Tuesday, October 9, 2018

Russia Day 2 : SPB - the Hermitage

Lepas berehat sekejap, makan tengahhari dan solat. Kami pun start our plan. Based on the recommendation, the must see kat SPB ni adalah sebuah Palacr yang dah dirubah jadi Museum sebahagian kawasan dia. The Hermitage. Katanya art museum. Walaupun ada anak kecil, tapi sebab berdukung lagi kami redah je masuk museum ni. 


Museum ni considered as the 2nd largest art museum. Kompleks museum ni ada 6 bangunan. Tapi kami target untuk tengok the main Winter Palace je. Harga tiket 700Rub. Untuk elakkan ramai orang, kami ambil advantage hari Rabu when the museum opened sampai malam. Jadi dah petang sikit dalam pukul 4 tu baru kami masuk. Memang takde orang pun beratur beli tiket. Adik aku ambil audio guide. Aku malas pakai audio guide sebab pengalaman sebelum ni. Audio guide give us too much information. Jadi slow dan penat nak dengar. Kalau betul2 banyak time dan really want to enjoy every bit of the museum, audio guide sangat recomendable. 

Apart from the museum map dan simple museum guide, no other information available in English. Tapi important exhibit ada lah. 
But dalam tu aku sangat impress dengan tangga entrance dia. Kat situ aku rasa dengan palace ni. I've been to palace in Versailles dan Vienna. Yang ni lagi magnifique. Ukiran gold dia sangat cantik. Other rooms yang define as Russian rooms juga sangat cantik. Aku banyak habiskan segment Russian exhibit. See these rooms... Giler cantik. 


Ada seekor merak ni... Buat dari gold. Quite a prominent exhibit. Cantik ya amat. Ni from wikipedia : The Peacock Clock is a large automaton featuring three life-sized mechanical birds. It was manufactured by the entrepreneur James Cox in the 2nd half of the 18th century and through the influence of Grigory Potemkin it was acquired by Catherine the Great in 1781.

Belum kira bilik2 winter palace yang di hias... Memang cantik. 

Banyak exhibit lain-lain dalam museum ni dan sebab besar sangat. Boleh je sesat. Museum bukan stroller friendly. Banyak naik tangga between floors. But around exhibit flat je lah. 

View outside winter palace. The square. The garden. The fountain. Memang cantik. Boleh spend at least a couple of hours kat sini.
Disebabkan cuaca yang selalunya sejuk di sini. Ada cloack room untuk letak your jacket. Aku agak impress dengan prosess ambil jaket and letak jaket ni. Ralit tengok.
Lepas spend 2 - 3 jam kat situ. Badan pun dah rasa penat. Ye lah. Dengan jet lag lagi. So we head home. Tapi... Bila nak sampai, ada shopping mall besar depan rumah. So jalan2 sikit kat mall... Pukul 9 lebih baru balik. Kesian mak ayah penat jalan. Tapi dah sampai, kena lah jalan. dalam Galeria ni ada supermarket. So sempat lah beli-beli barang dapur.

Thursday, October 4, 2018

Russia Day 2 : Moscow to St Petersburg

Hari ni bermula sangat awal... Possibly terjaga awal sebab jet lag. Tapi kami ada train Sapsan pukul 7 am utk ke SPB. Entry ni mostly cerita pengalaman dan gambar naik Sapsan. Ni view from hotel. 


Jalan dari hotel ke airport mudah je. Ada tangga bawah tanah untuk seberang jalan besar. Tapi... Semua pakai tangga... Seperti yang kami malam semalam. Takde pilihan lain, Jawabnya kena lah angkat beg2 tu... Pergh... Stroller pun kena angkat. Nak naik ke station ada ramp, tapi curam ya amat ramp dia. Memang teruk jugak lah.
Train scheduled on time.. Kami beratur di pintu gerabak sebelum dibenarkan masuk. Lepas konduktor cek tiket dan passport baru dapat masuk. Aku duduk tepi tingkap belakang parents aku. Menarik train ni, tapi tak la exclusive or nampak mahal. Leg room dia ok. Kadang2 ada org tolak trolley snack, kalau nak membeli snack dan souvenir.
Tapi view di tepi track antara Moscow dengan St Petersburg nothing impressive. Banyak semak samun. Takde langsung view yang worth mentioning. Kalau train kat UK or other parts of europe, surely banyak view menarik. Ni takde langsung.
Facilities dalam train sufficient. Toilet basic dan bersih. Suasana pun selalunya tak bising. Train pun tak lah laju sangat.

We have arrived at St Petersburg on time. Sebab tadi ambil gerabak dekat dengan platform, bila sampai panjang la sikit menapak dia. Dah lah angin bertiup sejuk. Lama la sikit kesejukan untuk masuk bangunan. Di train train station ni, nak masuk dan keluar ada xray baggage. So kalau berat tu memang la kena angkat.

Ada sedikit drama dengan accomodation di St Petersburg ni. Owner accomodation yang kami book beberapa bulan lepas bagitahu minggu lepas, apartment dia tengah repair loft dan tak pasti akan siap atau tak bila kami sampai. Rumah tingkat 4. Tak de lif. Sangat haru. So kami bagitau kami kena cancel dan minta dia return the money dan proses cancellation tu dia buat dalam airbnb website. Mudah saja. Tapi kami lah resah nak pilih rumah baru. So at last minute, kami pilih je whatever available. Tapi kami tukar lokasi, bukan lagi dekat dengan masjid seperti sebelum ni. Tapi walking distance dgn train station. 

So dari train station kami jalan kaki ke rumah. Agak hazab jugak rupa bangunan rumah kami tinggal tu. Sangat lama. Dan huduh la jugak. Nak naik lif kena naik beberapa anak tangga. Lif kecik muat 1 bag je. Tapi alhamdulillah. Keadaan dalam rumah sangat ok. Perabot penuh dan elok. Pinggan mangkuk pun berhias penuh dalam almari, boleh buat kenduri. Banyak barang tuan rumah dalam rumah ni. Dia kata pakai je apa nak. Cumanya dia tak mahir berbahasa inggeris. So ye kan aja la. 
My bod for the next few nights. 
Mak enjoying the well equipped huge kitchen. 

Monday, October 1, 2018

Russia Day 1 : KUL to Moscow

The day has come for our trip to Russia. The flight was about time maghrib and as aku cakap sebelum, timing flight dia tak berapa best. Kami kena bermalam di Hanoi dulu satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Moscow keesokan tengahhari. We stayed in this cheap hotel, Family Airport Hotel. Decent la... Tapi tetiba dok suite dgn mak ayah, tapi toilet nya tutup pakai langsir je. Kelakar. 
Suasana dalam airport agak relax. Terhibur aku dengan gelagat a group of acik2 ni. Siap pakai seragam... Ingatkan stewardess ke apa... Tak. Travel together je. Dresa pakai baju flag russia. Siap bag pun sedondon.
Vietnam airlines ni not too bad. Dulu aku pernah naik antara Hanoi to HCMC. Dapat sandwich babi, so kali ni kitaorg dah order siap halal food. So here are the 2 meals we had on the plane. Tak ingat plak mana satu dapat dulu.
Lepas lunch, diaorang terus je bagi air 600ml seorang. So tak payah lah korang sibuk2 tekan nak air. Dah lama jugak tak travel with kids of my own. So agak bertenang flight ni. I can sleep whenever i want. Hahahaha... But personal entertainment kat flight ni agak limited, but ok lah... Cukup lah utk aku.

Kami sampai dah petang di Moscow. Cuaca chill but not too cold. Kami ambil teksi menggunakan app Gett. Samada boleh download setelah dapat local sim card atau pun minta bantuan kaunter Gett di arrival hall. Gett ni macam Uber dan Grab la konsepnya. Mudah. In fact, kita boleh je minta car seat - tambah rub 100 per trip for car seat. 

The journey to city center to airport was smooth. The driver was not able to speak in English. Kami pakai translator kalau sibuk la sangat nak sembang. Kalau nak ke hotel, dok senyap je pun boleh sampai. Tahu je driver jalannya. 

Kami tiba dah around pukul 8. Kami stay di hotel kecil kat atas Kazanskyi station. Lokasi nya di depan Leningradskyi station iaitu stesen train untuk Sapsan ke St Petersburg esok. Unik nya di sini, nama station keretapi besar ni berdasarkan bandar yang keretapi ni tuju. So utk ke Kazan duduk Kazanskyi. Nak ke StPeters naik la dari Lenigradskyi - nama lama bandar tu.

Tapi entah macam mana kami tak jumpa pintu masuk hotel tu dari lobby station keretapi. Dah lah setiap kali masuk station nak kena buat beg xray dan body scan. Penat la jugak. Tanya semua orang, takde sapa boleh faham kami. Pusing pusing... Akhirnya jumpa..

Rupanya hotel tu dekat tingkat tiga dan tiada lift. Beg kami 20kg lebih kurang... Agak kepenatan disitu mengangkut beg walaupun ada ramp. Dan kesian mak lena panjat tangga. Reception hotel faham english dan dia buat registration visa kami utk hari tu sahaja. Semua orang dia register. 

As said it was a very simple room. Utk mak ayah aku ambil suite so aku tido dalam bilik mereka. Tapi aku sebenarnya ada je book bunk bed. Tapi malas nak tido situ. Murah je hotel ni. Lepas rehat kejap. Aku dengan adik gi cari makanan halal. Kami jumpa 2 kedai halal dalam stesen tu. Alhamdulillah. Walaupun dah nak tutup, apa yang ada dah cukup. Kami juga pergi ke Leningradskyi station untuk recee jalan supaya mudah bawak barang esok hari. Lagi satu, kami kena redeem tiket sebab sekarang kami ada print out je. Kena ambil tiket betul. Boleh je redeem esok tapi takut terlewat dan beratur panjang. Kaunter ni buka hingga lewat malam - ke 24 jam, tak sure aku.

Lepas tu relax. Esok nak ke St Petersburg. Wow!!!