Monday, January 30, 2017

Chiang Mai : Day 2 - Long drive to the Golden Triangle

First day plan nya nak pergi Chiang Rai dan border Myanmar & Laos. Jauh perjalanan hari ni, 4 jam lebih satu hala. Katanya nak gi shopping kat border.
First stop on the way ke utara RnR Mae Kachan, ada hotspring ni. Toilet break dan rehat-rehatkan badan sekejap. Entah macam mana kiraan penumpang, sepatutnya dapat 2 van dan kami duduk dalam van sama-sama. Tapi tak cukup tempat, jadi driver/guide yang arrange tu, bawa pula kereta dia untuk trip ni. Jadi kami dapat special sikit, duduk dalam kereta. Alhamdulillah... senang lah sikit.

Aku tak berapa terlibat dalam plan trip ni. Ayah mula-mula cakap kat driver tu yang sepatutnya berhenti di Masjid dekat  border dengan Myanmar - Mae Sai , tapi driver terus bawak ke pasar Mae Sai. Dah lah tak makan lunch dan takde tempat solat. Nasib baik makcik-makcik ni jumpa restoran halal Bismillah tu. Yang ada sediakan tempat solat. Tapi sebab kedai tu tak expect ramai org, terpaksa tunggu nasi masak pulak dah... segala lauk dia ada habis licin. But by the time semua org settle solat dan makan, memang time nak balik ke pasar Mae Sai tu. 
Tapi masa tunggu nasi masak tu, my wife dah siap2 gi ke kedai, beli apa-apa yang menarik. The kids were all with me kat kedai makan tu. Lagi senang memilih barang sorang-sorang kat kedai tu. Ada jugak makcik-makcik yang lebih cekap, sempat membeli jugak. 

Next kami menuju ke border Laos pulak. Jarak antara Mae Sai to Golden Triangle Park dalam 35 minit. So plan nya untuk ke situ untuk tengok border Thailand Laos. Kami pun tak pernah ke Laos, katanya banyak jugak barang-barang jualan kat situ.

Kami sampai kat border tu dalam pukul 4 lebih, dan plan nak kena gerak balik dalam pukul 6pm. Sempat lah tengok-tengok. Tapi sebenarnya takde apa sangat kat tepi tepi jalan tu. Kalau nak adventure kena lah naik bot seberang ke Myanmar/Laos. Mula-mulanya semua orang tak nak pergi sebab harganya 300baht sorang rasanya. Tapi aku pun try nego harga, dapat harga yang sesuai, rasanya dapat harga dalam 110baht-120 baht sorang. Harga individu jauh lagi mahal daripada harga sewa satu boat. So mostly yang adventure ikut join sekali. 
Interesting tempat ni, satu kawasan di mana 3 negara bertemu. Thailand, Laos dan Myanmar. Kalau bukan sebab kes-kes dadah, takde nya tempat ni dipanggil Golden Triangle. Life jacket disediakan, tapi untuk ramai orang-orang tua, memang lebih sesuai sewa boat besar. Tak teruk sangat nak melangkah. Masa dalam bot tu ada nampak kasino-kasino di sebelah Laos. Kata nya di Thailand takde kasino jadi kalau mereka mahu berjudi kenalah pergi ke Poipet di Cambodia atau Donsao, Laos (lokasi/negara terdekat). Bagus betul kerajaan patuh kepada agama nya.

Kami tak singgah pun bahagian Myanmar, tapi dapat singgah kat Laos. Kena bayar land tax 30baht. Apa ada kat situ, takde apa sangat. Apa yang ada di bahagian kat Thailand di jual kat situ cuma kualiti lagi rendah, harga lagi mahal. Cumanya ada lah fridge magnet Laos, kalau nak membeli juga. Tapi market dia agak kelam berbanding di Thailand.



Kami bergerak balik dah dekat nak pukul 7pm. Rasanya tempat ni lebih menarik nak singgah berbanding Mae Sai border market. Restoran lebih teratur. dan kedai-kedai pun elok jugak. Kami sampai di Chiang Mai dalam pukul 10/11pm. Dinner beli ditepi jalan/petrol station on the way back je. It was quite tiring lah, perjalanan 3-4 jam tu. Kalau ada terlebih hari di Chiang Mai, boleh lah ke sana. Otherwise, baik lepak kat Chiang Mai je kot. Lepas tu, nak cari makanan halal tak berapa mudah sini.
Oh... tapi kat area golden triangle tu banyak pelancong dari China. Ada sekali tu masa my wife dok kat tepi kedai - kerusi berehat (gambar bawah ni). Sibuk lah pelancong-pelancong tu mengambil gambar hessa n muhammad. Cute katanya... siap berebut-rebut nak ambik gambar. Diaorg ingat kami ni penduduk asal ke apa... hahaha


No comments:

Post a Comment