Tuesday, April 22, 2014

Baby Spa


Semalam kami cuba Baby Spa ni... orang kata jangan tak merasa. Menarik jugak. Tapi mungkin sebab Hessa kecik sangat, so dia tak nampak macam seronok bila dok dalam air... dengan muka gelabah.

Plus plus plus mark... staff dia sangat peramah dan suka budak-budak. pandai ambik hati bagi budak2 nampak happy. dan urut baby dia nampak sangat best. tempat sangat bersih,

agak berbaloi especially kalau dpt discount. Tapi nak ulang selalu, kami tak berapa nak mampu :-)

Kitaorg try sempena Hessa 6 bulan. Kami pergi ke Hippopo Baby Spa, Centerpoint Bandar Utama.  kitaorg walk in je. Tak ramai org.

Dan semalam birthday Ibu... Happy Birthday Ibu! 

Friday, April 11, 2014

Penang : only for one night

Bila Hessa nampak sangat senang dan selesa berjalan, kitaorg try pulak jalan-jalan ke Penang. Tak berapa nak plan sangat trip ni. Lagipun Penang pun tak jauh mana dan apa saja nak bawak boleh je taruh dalam kereta. Or otherwise, boleh je beli.

So pagi Sabtu lepas kitaorg bertolak ke Penang dari Ipoh. Dah lama sebenarnya tak pergi Penang. Dan first time try Jambatan Kedua.
Apa nak buat kat Penang ni selain dari jalan-jalan cari makan. Tapi rupanya dah ada anak kecik ni, tak mudah jugak nak jalan-jalan cari makan. Nak kena cari tempat yang kurang sesak. So sempat jugak lah makan cendol dan makan kat Hameediyah (tp x sempat la plak nak ambik gambar). Kitaorg terpaksa skip semua tempat makan waktu malam. Dan breakfast plak makan kat hotel je.




But the highlight for this trip was the hotel. Kitaorg rasa demi keselesaan Hessa, kitaorg kena pilih hotel yang ada beach sendiri. Sbb proses dok kat beach dengan balik hotel tu kalau susah sangat mmg tak pergi lah ke beach. Kitaorg booked kat Golden Sands Resorts. Bilik selesa. Tapi agak basic jugak lah, memandangkan reputasi hotel ni. Tapi tenang je kat hotel ni dan ada private beach kat belakang hotel.





Tapi Hessa macam tak berapa nak ada mood bila bawak ke pantai esok nya. Dia kurang selesa dengan angin pantai. Takpe, tak sampai lagi 6 bulan :-)


For family with bigger kids banyak jugak aktiviti rekreasi kat hotel ni. Tapi kalau tido semalam je, tak berapa sempat sangat lah.
 We got the room with city view... this is the view from the room.

Lepas breakfast kitaorg pun gerak balik Ipoh. A very quick trip, sekadar nak ambil angin.