Showing posts with label krabi. Show all posts
Showing posts with label krabi. Show all posts

Wednesday, March 16, 2016

Roadtrip : Krabi - Emerald Pool - Phuket

Hari ni kami berpisah dari group mak abah dan opek. Diaorg tak cuti panjang, tapi kami teruskan trip sampai ke Phuket. Tak jauh pun Krabi ke Phuket, dalam 2 - 3 jam je, kata waze. Sebabkan tak jauh, kami plan untuk detour sikit. Ke Emerald pool. Banyak je direction ke Emerald Pool tu. Tapi since kami pakai waze senang je, follow the direction, janji battery phone penuh dan ada data. Lepas breakfast besar, salam-salam, kami pun gerak... Perjalanan ke Phuket tak sesak mana. Jalan seperti biasa. Tapi takde dah nak jumpa masjid. And mostly dalam kawasan hutan. Tak banyak pekan-pekan kecil pun kami tempoh.

Emerald pool ni kiranya mcm half way dari Krabi ke Phuket. Kami sampai kat situ dah agak tengahhari. Tak nampak banyak sangat kenderaan kat tempat parking. Kami pakai park je kereta. Ada entrance fee untuk foreigners, tak mahal mana pun. Tapi jarak antara parking lot ke Emerald pool nya agak jauh... sebenarnya memang jauh lah... dah lah jalan tanah merah. Macam masuk ladang kelapa sawit. tapi sebab tak hujan, takde lah becak... dah lah jalan dengan ibu mengandung, kena dukung anak. Agak penat lah jugak.



But the view of the pool was mesmerizing. macam mana dalam hutan mcm ni, tetiba ada pool cantik mcm ni. Air jernih. Kami tak gi jauh sgt. Sampai the main pool je. Tapi, sebab kan aku tak pandai berenang plus ada Hessa yg kecik lagi. kami main-main air kat anak-anak sungai dan jeram kat sekeliling je. Takut la pulak kalau dalam pool tu. dah lah kami sekeluarga je.
Kawasan sini redup je. dan agak bersih.

Dok lah melepak situ dalam sejam dua. sempat hilang kan penat berjalan dari parking lot. Takde kedai makanan pun jual-jual kat area tu. Tapi ada lah aiskrim. Hessa dapat makan aiskrim je. Then kami meneruskan perjalanan ke Phuket.


Akhirnya kami sampai di Phuket. Hotel kami, Renaissance ni dekat dengan airport. Di utara pulau Phuket. Bagi sesapa yang pernah nak ke Phuket, hotel ni agak susah nak sampai sebab jauh dr main street and main town/aktiviti kat Phuket town. Sebab kami drive, kami boleh lah pilih hotel ni. Parking tak banyak kat hotel ni, tapi cukup lah. Kami sampai sini pun dah lewat petang. Agak jauh jugak dari main street untuk sampai ke hotel ni. Kalau takde kenderaan memang susah. Dah lah takde apa-apa kedai or restaurant berhampiran hotel. Lepas check in, kami berehat je, enjoy the room.


Tapi sebenarnya area utara pulau Phuket ni banyak makanan halal. Ada masjid lagi. Lepas rehat-rehat kejap, kami keluar ke jalan besar untuk cari dinner. Tak jauh dr simpang hotel kami jumpa restoran halal. Memang ada beberapa restoran kat situ tapi mostly takde orang. Kami gi yang nampak paling cerah. 

Sedap ya amat dan murah. :-) siap kami tapau untuk breakfast esok nya. Tak sempat ambil gambar, sebab lapar sangat. Dekat restaurant ni ada jugak khidmat laundry layan diri. Boleh lah nak basuh-basuh baju if perlu.

Friday, March 11, 2016

Roadtrip : Krabi

Setelah seharian dalam kereta semalam. Hari ni nak rehat saja di hotel. Family mertua plan untuk buat island hopping.  Untuk buat island hopping, ejen-ejen tourist ni office dia jalan depan beach, sangat dekat dengan hotel. Sebab tak berapa plan untuk island hopping, adik ipar gi tanya-tanya ejen-ejen ni jika ada kosong slot pagi. Dapat rate agak murah sebab diaorg nak cukup kan quorom je. So untung lah sikit. Tapi nasib lah, kalau takde kosong, tak dpt lah buat island hopping. But gamble kali ni berbaloi.


Tapi memandangkan kami ada Hessa dan ibu mengandung, we skip the boat trip. Enjoy the hotel dan beach ok jugak. So lepas je breakfast, kitaorg gi ke beach which is the same beach boat-boat island hopping ni berkumpul. Memang senang duduk kat princeville ni, tak perlu kenderaan, boleh je settle dgn jalan kaki. While diaorg pergi island hopping, kami dok bercanda di tepi pantai. Dah panas skit kami balik hotel untuk mandi swimming pool pula. Disebabkan hotel ni menyediakan breakfast halal, kami dah settle lunch kami dgn heavy breakfast :-)

Lepas mandi pool, kami berehat je dekat hotel. Dah petang sikit baru kami cari makan. tapi tak sure mana nak tuju. geng yang pergi Island hopping tak balik lagi. So we drove out. tak jauh mana dari hotel, dekat depan station police tourist ada gerai-gerai halal which the kind yang kami cari pun. Alhamdulillah... memang makan kat situ je. Agak rambang mata memilih.






Lepas makan, kami gi lepak kat beach lagi. Kali ni kami ke Noppharat Thara Beach. Pantai ni sebelah je dengan pantai Aonang. tak sampai 2km pun dari Aonang. Tapi masa kami sampai tu air surut. boleh lah berlari-lari kat beach.





Malam tu kami makan beramai-ramai kat Al-Hud Seafood. Malam tu abah kata tak payah nak drive, so kita ambik tuk tuk. Tak nak drive sbb takut susah nak cari parking. Lagipun tak berapa sure nak makan kedai mana. Jadi abah tanya je org tuk tuk tu kat mana makan halal yang sedap dan dia terus je bawak ke Al Hud ni. Memang sedap. Location dia tak jauh sgt dari masjid, jadi kurang 2 km dari Aonang princeville. Kalau baca blog, aku x pernah baca pasal restoran ni, tapi restoran Hasna Palace memang banyak org recommend. Al hud ni dekat seberang jalan Hasna Place, berdepan je. Sedap, murah, berbaloi...

Lepas makan, balik hotel then arrange gi massage center dekat-dekat hotel. Untuk my wife, massage dekat spa hotel je, up 50 bath mahal skit dari yang kat tepi-tepi jalan sekitar hotel. Ok lah. Merasa lah jugak massage. Tapi spa ni open sampai pukul 10pm je rasanya. So kena book awal. Tukang urut tu pun kena panggil dari massage center kat luar je.

Monday, March 7, 2016

Roadtrip : Ipoh to Krabi

Hari Pertama:

Perjalanan hari ni di jangka kan akan memakan lebih 10 jam, jadi kami plan bertolak seawal mungkin. Pukul 5am kami dah bersiap sedia. Plan nak solat subuh di RnR saja. Kami 2 kereta - Abah/Mak dan keluarga Opek plus kami sekeluarga 1 kereta. Mimi tak dapat ikut kali ni.

Solat di RnR Kuala Kangsar. Kemudian perjalanan terus ke Changlun. Dalam pukul 8.30am kami dah tiba di Changlun. Kami nak cari kedai buat insurance. Seperti dalam blog, kami pergi buat di stesen minyak dekat pekan Changlun. Macam tak berapa ramai orang nak cross border. Kami minta orang tu siap buat immigration card dengan insurance papers semua. Dia pun ada jugak explain sekali lalu. Tapi kami rasa boleh pandai-pandai lah kat sana nanti.

Tiba di border masih tak berapa ramai sebab masih dapat parking dan tak beratur lama. Tapi abah tak jumpa parking, dah lepas border kereta baru dia patah balik jalan kaki. Kami mula beratur dari pukul 9.30 macam tu. Sebab sebelum ni aku dgn wife pernah cross border ni jalan kaki nak gi makan di Sadao, kami agak familiar kat mana nak beratur. Walaupun ada 2 orang budak dan seorang ibu mengandung, takde langsung courtesy or barisan untuk lepas cepat.

Sebenarnya, beratur tu ok je, yang tak tahan kalau orang yang tengah beratur tu bagi pihak satu group yang ramai - or satu bas. Itu yang jadi pada kami. Bila dah nak dekat, baru nak turun dan isi kad immigresen semua. Kelam kabut group tu. Kami jadi naik geram dan marah. Tapi sebab excited, marah tu tak la melampau. Cuma kesian mak yang nak berdiri lama. Tapi, masa tu ada org approach kami utk cut queue. Tapi kena bayar RM20 seorang. Kami tak ambik, sebab rasanya tak lah lama mana.

Selepas dapat chop passport, driver kena pergi hantar dokumen ke pejabat immigresen dan kastam untuk bawa kereta masuk. Ada dokumen yang kena serah - semua dah di isi masa beli insurance. Dan ada dokumen yang kena pegang dan perlu serah semula bila keluar dari Thailand. Yang ni kena be careful. Kalau tak serah kan, nanti akan kena denda bila masuk balik ke Thailand dengan kenderaan yang sama. Proses ni tak lama, tak ramai orang beratur pun. Tapi sebab keadaan office-office kecik dan takde direction sangat, boleh jadi confusing dan clueless. Janji serah kan saja. Tak seperti crossing borders yang aku pernah pergi, dekat sini takde check point yang memastikan semua dah lengkap. Settle macam tu je. So harap-harap pemahaman baca blog-blog lain je.

Lepas je border, kami cari kedai beli sim card dengan makan lunch. Banyak sim card available yang sesuai untuk tourist kat sini. Dan mereka boleh berbahasa Malaysia, so aku rasa beli kat sini lebih baik dari beli jauh dari border. Makan lunch hari tu, tak berapa menarik. Kami pergi je kedai tepi jalan. Kami pernah makan dekat satu restoran di Danok ni sebelum ni, sedap ya amat. Tapi bila sampai semula kat sini, kami dah tak boleh nak cari kedai tu. So settle je apa kedai kat tepi jalan tu. But tak lah menarik dan nak recommend kedai tu.

Around pukul 12 tghhari waktu Thailand - lepas je border, waktu Thailand dan waktu Malaysia berbeza. Tetiba kita dapat balik 1 jam :-) so pukul 12 tghhari Thailand bersamaan pukul 1pm time Malaysia. Benda ni pun kalau tak berapa nak set awal2 agak kacau jugak. Tp kalau guna jam kat handphone, dia dah automatic tukar jam ni. So, kalau ada ahli group masih guna jam waktu Malaysia, kena lah set betul2 nanti salah faham. So dari border, our target terus ke Krabi.

Perjalanan ke Krabi ni awal-awal agak mencabar sebab kami guna waze. Problem guna waze ni bila dia cuba nak elak jem so dia mula lah ikut jalan mana-mana. jalan kecik. simpang bukan-bukan. Bagi konvoi even dua kereta, laluan laluan macam ni agak susah nak follow sebab ada potensi terlepas simpang. Lepas tu pulak, hari tu jalan agak busy. Ada kalanya kami tak follow waze sangat tapi follow je signboard jalanraya bila waze melalut....

Selepas keluar dari kesesakan awal-awal tu, jalan dah tenang dan 1 direction je. Takde option sangat. Awal-awal tu sesak sebab dekat dengan pekan haadyai. Walaupun kami tak masuk bandar, tapi pusing-pusing jugak. Dekat jalan yg tenang ni, tak banyak kereta. Kalau ada pun tak laju. Senang nak drive. Kami ada berhenti-henti jugak. Toilet break. Banyak masjid di tepi-tepi jalan. Sampai ketika kami nak pilih masjid nak solat mungkin kami sampai kawasan bukan islam. Tetiba dari banyak merata masjid tepi jalan, langsung takde masjid dah. Dekat sejam kami mencari-cari dan cek guna waze dan google map. Sambil drive sambil cari. Sampai lah ada signboard masjid, a bit off route. Dan sesampai je dekat satu simpang ni, kami berhenti sekejap sbb tak nampak masjid nya. Tetiba ada sorang mamat ni naik motor lalu dan berhenti, seolah-olah tahu yang kami mencari masjid. Kami cakap nak solat, dan dia pun bawak la ke masjid. Rupa-rupanya masjid tu dalam pembinaan/renovation. Dan mamat tu contractor buat masjid tu. So Alhamdulillah, sempat lah kami bersolat.

Setelah 2-3 jam perjalanan, pukul 7 lebih kami sampai pekan Krabi. panjang jugak pekan ni, dan kami pula duduk di Aonang Princeville Beach Resort, dekat tepi laut. Memang sesak betul tempat tu waktu malam. Kami terlepas simpang hotel tu bila sampai area tu. Terpaksa pusing satu round lagi nak cari pintu masuk hotel. Hotel ni tak berapa banyak parking, cukup2 kami punya kereta je masa tu. Location sangat strategik. Kat tepi laut, dekat pasar tepi pantai. Banyak makanan halal. Ada massage center.

Lepas check in, sempat lah kami dinner. Cari makan dekat area-area situ je. Jalan kaki. Nak banyak restoran halal yang sedap, blog-blog cakap, dekat area masjid. Tapi nak menapak 1km ke masjid mcm jauh. Dah lah jalan ke situ kena mendaki sikit. So malam ni, kami settle je dgn apa depan mata. Dan pekena coconut ice cream for dessert. Alhamdulillah.