Showing posts with label pahang. Show all posts
Showing posts with label pahang. Show all posts

Friday, May 3, 2019

Weekend trip : Cherating

Awal-awal pagi ni aku cuba arrange untuk tengok pelepasan penyu di sanctuary Pak Su Cherating. Alhamdulillah, ada pelepasan hari ni dan masih ada slot kosong. Aku dah follow sanctuary Pak Su Cherating ni dah lama dah. Tapi tak pernah berkesempatan nak datang sini. Sampai lah few months ago, Pak Su ni meninggal dunia. Terasa ralat tak dapat datang much earlier. Sanctuary ni diteruskan oleh anak dia. So dah ada kat Kuantan ni aku wajib lah aku support sanctuary ni.
Pagi ni kami breakfast di hotel dan kemudian main pasir la... Breakfast was good. Spread dia bagus. Walaupun ramai orang, banyaknya macam group office trip, but kitchen cepat penuhkan makanan. Cumanya ada jugak lalat, apa nak buat dah tepi laut kan.

Kami keluar agak awal ke Cherating tu. Selepas zohor kami dah ke sana. Lunch kami makan di Mee Chalong. Kami tiba di situ around pukul 4 lebih. Event start pukul 5.30. Dah sampai awal sangat, sempat lah kami pergi ke kuala kemaman cari sata dan keropok sekejap.

Aktiviti pelepasan penyu ni start dengan penerangan serba ringkas dari pihak sanctuary. Sangat informatif dan nampak betapa passionate nya keluarga pak su ni dalam memulihara penyu ni. Walaupun sanctuary ni disediakan secara pensendirian, tempat nya cukup menarik untuk dikunjungi. Kecil dan cosy. 
Bila sessi mengeluarkan anak-anak penyu dari dalam timbunan pasir, dia jemput sesiapa saja yang lahir dalam minggu untuk turut serta bersama2 warga-warga emas. So my wife dapat lah special treatment dan dapat tengok proses up close. 
Setelah tu, dalam lebih kurang pukul 630pm proses pelepasan penyu dilakukan. Untuk anak2 kecil, penyu ni diletakkan dalam bekas plastik untuk elakkan kena terlebih tekan.


It was a simple event. But i found it very inspiring. How these people dedicated their life for this. Walaupun sekejap je dengan penyu, but it was very intimate. An impactful event for myself. The kids love it too. But Muhamad doesn't understand much - dia yang end up jadi penyu.

We surely will come back for this. 

Malam tu kami makan di lilawadi. Food was great. Service excellent. Hujan teramat lebat. They tried as much to give us table yang x kena hujan. Hahaha... The food was quick. Harga hampir mcm harga KL. 

p/s - selamat berpuasa.

Tuesday, April 30, 2019

Weekend trip : Kuantan

Hessa dah sebulan. Surgery dia dah recover but still kena avoid mandi swimming pool. Sebelum puasa, we decided to make a trip to Kuantan bersempena birthday ibu.

So pepagi Jumaat last week kami bertolak pagi dengan aim untuk breakfast di Lemang Tok Ki di Bentong. Agak mudah untuk sampai ke tempat ni. Agak straightforward je dari highway. Since tempat ni dengarnya ramai orang datang, kami pilih untuk datang pagi Jumaat. Yes, kami dapat makan dengan tenang. Kamk order lemang dan set rendang daging dan ayam. Daging tu sangat lain, ayam tu sedap. Harga dia agak reasonable dengan portion dia. Banyak je pilihan makanan lain selain lemang. 

We managed to arrive just in time untuk check in. Since ni trip birthday, we splurge a bit di Hyatt Kuantan di Teluk Cempedak. Hessa dan Muhammad la happy bila stay hotel yang elok macam ni.

Lepas berehat sekejap, kami keluar untuk ke Kula Cakes. Ni pun katanya viral. Untuk elak susah dapat tempat duduk, kami decide untuk datang sebelum orang ofis keluar ofis. Memang dapat makan dengan tenang. And yes we tried the mango cake tu, sedap! Choclate drink dia pun best.
Lepas Kula Cakes, kena lah balik hotel sebab dua dua ni dah minta nak main pasir depan hotel. Tapi hujan pula petang tu, so tak boleh la ke beach. 

Malam tu kami makan sate di Terminal Sate Zul. Nampak kedai ni tepi jalan besar dan sangat tempting. Since nasi impit adalah makanan favourite both kids, makan kat kedai sate ni agak selamat. Dan sate dia sedap jugak.


Malam tu kami nampak kawasan pantai teluk cempedak agak happening. Ada pasar malam. Ada main api di tepi pantai. Sangat best untuk lepak-lepak abiskan masa. We had some drinks sambil tengok-tengok orang. We can walk ikut jalan pasir ke situ. 

Monday, January 8, 2018

Quick trip : Fraser's Hill

Weekend sudah rasa macam tak tahu apa benda nak buat. So ntah macam mana kami decide untuk gi ke Fraser's Hill. Wife aku tak pernah sampai sana, aku dah pernah pergi masa sekolah rendah. So lama sangat lah tak pergi sana. Impromptu trip je.

Kami sampai sana, mulanya plan nak lepak-lepak dekat air terjun Jeriau. Tapi sesampai kat sana, rupanya tak boleh masuk sebab hujan. Bahaya. So ambil gambar kat entrance je.


Dan hari pun hujan. Jadi kami pun dok melepak dekat center Fraser's Hill. Nak decide samada nak tido sini je ke or balik rumah. So kami decide untuk tido sini je. Sementara cari tempat tido tu kami sempat singgah kat The Paddock. Naik kuda. Sebab ni bukan cuti sekolah dan hujan sikit-sikit. Takde orang pun dekat tempat kuda tu. So kami je enjoy kuda tu. Dan ada tempat boleh try memanah... Hessa dapat cuba, tapi tak kemaner lah.


We decided to sleep at Puncak Hill. Kami ada cuba cari bilik di Shahzan Inn, tapi harga dia agak mahal sangat dan bajet kami hanya kat bilik paling murah which probably jauh ke dalam hutan. Puncak Hill ni agak standard harga dia dan agak central. Tak menakutkan. Talking about menakutkan, kami tengok jugak Silverpark Resort. Memang agak usang je... takde orang. Scary lah.


Malam tu kami makan tapau je, dan pagi tu breakfast provided by hotel. Lepas breakfast, kami jalan-jalan kat area clock tower. Agak sunyi kawasan center ni. Kami nampak orang-orang lain jalan-jalan. Ada sedikit feeling macam survivor. entah kenapa, macam kami ni survivor. Kami jalan-jalan dekat Banglo Pekan yang sangat sesuai buat scene cerita hantu. 

Sangat refreshing jalan-jalan pagi-pagi dekat Fraser's Hill. Teringin jugak buat family day kat situ. But the spooky feeling tu memang wujud lah kat situ. Lepas check out kitaorg stop dekat Teahouse for brunch. Menarik jugak dia punya setting. Ada tea set, scones, some cakes... sedap jugak. But the view dan environment tempat tu memang worth a visit.


Lepas balik dari Fraser's Hill baru lah wife aku baca pasal hantu kat Fraser's Hill... hahahaha.... tetiba dia kata menyesal tak baca sebelum naik ke Fraser's Hill. Kalau dia baca, memang tak lah nak naik atas sana lagi. But for me, it is a very nice quite vacation. Don't go during cuti sekolah, it gives a bit eerie sensation. Macam mystery holiday... :-)

Wednesday, January 22, 2014

Genting Highlands : Weekend getaway (Jan 2014)

Seperti dalam entry sebelum ni, aku plan nak bawa Hessa gi ke Genting Highlands. Kali terakhir aku pergi Genting tahun 2006. So dah 8 tahun aku tak pergi Genting ni. Ibu Hessa banyak kali dah ajak aku, tapi aku je malas nak drive ke Genting.

Memandangkan trip ni rest and relax je, takde nak kejar apa-apa. Kitaorg bertolak ke Genting pun selepas makan tengah hari dan visit kawan aku yg baru je dpt anak. Lagipun, check in time untuk Hotel Awana ni pukul 3pm. So kitaorg pun plan untuk sampai di hotel lebih kurang jam 3 petang.

Check in hotel ni agak cepat je. Takde masalah dan tak ramai. Bilik hotel ni pada aku besar... kalau setakat bawak anak bawah 10 tahun 2 - 3 org, muat je nak tidur satu bilik. Cumanya takde breakfast. Tapi hotel ni dah wujud lama dah, 20 tahun sudah aku pernah stay kat apartment sini. So ada benda yg nampak sangat lama dan deserved refurbishment. Toilet bilik tak lah elok sgt, tp ada lah bathtub. Sink dia tersumbat, tp sebab aku dok sehari semalam... malas nak complain.



Dan aku dapat tahu yang pool hotel ni heated... meaning walaupun dalam cuaca sejuk, air dia agak panas... so memang sangat sesuai lah bawak anak-anak... tapi anak aku masih kecik sangat nak try pool ni... so tgk je lah.


Lepas check in, solat asar dan rehat-rehat... kami pun terus ke puncak genting highlands tu utk jalan-jalan. takde plan pun nak main apa-apa ride. Cuma nak g minum kopi... tgk-tgk perubahan genting dan dinner... Hessa happy je tengok lampu... and kitaorg g dinner kat Coffee Terrace (RM84 per person for buffet dinner). Dinner tu biasa saja le.. for the same price some hotels kat KL maybe boleh bagi better food.

The next day, check out pukul 12pm. Setelah breakfast (spread kat hotel ni so-so je). kitaorg jalan-jalan sekitar hotel. menghirup udara segar. Memang tu lah sbb nya aku pilih hotel awana ni, sbb dia ada garden boleh jalan-jalan. Kalau ambik hotel kat puncak, takde jalan-jalan outdoor sangat. Bila jalan-jalan... ada lah sign tunjuk ada other kids activities... sapa dok sini lama-lama sempat lah join kot.


Oh for those yg might not know kat mana Awana hotel ni. Awana ni dekat sangat dengan station cable car ke genting highlands resort tu. Kiranya halfway utk ke puncak. Sesapa yg nak stay sini dan tak nak drive ke puncak. boleh naik shuttle utk ke cable car or shuttle terus ke puncak. Tp aku ada baca review, shuttle ni slow sgt.. kena tunggu lama. n kalau penuh, kena lah tunggu sejam lagi.

Final say... memang boleh datang lagi and stay kat awana ni for weekend getaway. worth the stay. *note - Genting Highlands outdoor theme park is currently closed for renovation. 2016 nanti baru dijangka dibuka semula.

(trip : 18 Januari 14 - 19 January 14)