Tuesday, November 10, 2015

Adik

Alhamdulillah... Hessa nak dapat Adik pula :-)

InsyaAllah

So, tak boleh lah nak berangan gi mana-mana for the next 1 year or so.

Or shall we plan for a road trip... gi ke Kelantan Terengganu or gi ke Selatan ke... ???

Monday, October 26, 2015

Jogja Last Day

Hari terakhir di Jogja. I planned a surprise for ibu. Bagi dia me time ber spa di Martha Tilaar Spa. Tak berapa jauh dari hotel. Aku buat arrangement dengan hotel dan rezeki dia ada slot pukul 11am yg free. So hotel dapatkan teksi dan hantar dia ke sana. Pak Keprek dah janji datang tengahhari untuk check out. So dia ambil aku dan Hessa then gi ambil ibu di Spa. Seronok katanya ber spa tu. Alhamdulillah.



Sebelum balik, Pak Keprek singgahkan kami di kilang buat Bakpia. Sejenis makanan or kuih tradisi Jogja. Ada banyak brand Bakpia kat Jogja. No 25, 75, 88, Kurnia Sari etc. Tapi guide kami dan kawan ofis mencadang kan Bakpia 25. Kami beli di kilang/rumah. Beli panas2 lagi. Sedap. Memang ole-ole wajib bawak balik. Ada banyak perisa Bakpia ni, semua sedap.

Jogjakarta ni best. Aku rate Jogja ni lebih dari Bandung, Bali, Jakarta dan Surabaya. Aku rasa makanan dia best. Ada tempat sejarah. Ada shopping. Ni pun kami tertahan-tahan utk gi tempat yang lebih adventure sebab Hessa masih kecil. Till we see you again Jogja.

Tuesday, October 20, 2015

Jogja Day 3 - Istana and hotel

Hari ketiga ni kami start lewat sikit sebab semalam rasanya agak penuh jadual. Lagipun hari ni hari Jumaat, nak bagi ruang Pak Keprek solat jumaat. Start hari ni agak lewat. Breakfast kat hotel dulu.

Lepas breakfast kami terus ke istana or Keraton. Tak ramai pelancong hari ni. Dan bila masuk sini akan ada guide yang bawak. katanya pekerja-pekerja istana yang seumur hidup mereka sekeluarga hanya untuk istana. Selalunya memang ada persembahan di awal pagi di Keraton, tapi disebabkan hari tu hari Jumaat, ada bacaan Al Quran berkumandang. Guide kami menerangkan serba sedikit hal istana dan kehidupan orang-orang istana. Cantik tempat ni, tapi kompleks dia tak besar mana.


Selepas tu, kami ke Taman Sari. Tak berapa jauh dari keraton. Taman Sari ni tempat raja-raja bersiram. Kompleks ni agak unik dan seni bina dia agak menarik. Tapi kat sini kena ikut pulak dengan guide tempatan. Kami taknak guide sebab nak tengok2 je, tapi dia follow juga dan kerap cuba nak bg tau sejarah dan nak bantu ambil gambar. Tapi dah di ikut dan ambil gambar, kami akhirnya bagi juga lah tips. Tempat ni agak panas kalau visit tengahhari.



Selepas Taman Sari, kami bagi ruang pada Pak Keprek solat, so kami nak bershopping sekejap. Kata kawan ofis, wajib shopping dekat Mirota Batik. Dekat je kedai ni dengan Keraton. Dia dekat dengan Hamzah batik. Memang kedai ni agak murah berbanding kedai lain dan kualiti dia sama. Plus, semua jenis batik dan cenderamata ada kat situ. Memang one stop shopping je lah. 

Selepas shopping kami ke Restoran Ayam Tulang Lunak Hayam Wuruk. Guide kami tak berapa tahu kedai ni. Rupanya tak popular sangat dengan warga tempatan. Tapi bagi orang malaysia, ramai yang datang ke sini. Kami pilih kedai ni pun sebab sedara cadangkan makan sini. beza nya kat sini, tulang-tulang ayam dia semua boleh makan. Licin terus.

Lepas lunch, hari ni kami decide untuk berehat. Kami dah pindah hotel, dari hari pertama di Ibis Malioboro. Semalam dan hari ni kami di Hyatt Regency Jogjakarta. Agak jauh dari central area. Tapi kalau ikut website, dia ada kolam mandi yang best. So, hari ni kami nak enjoy kolam mandi je.... :-)





Malam ni malam terakhir kami di Jogjakarta. For memory, kami makan tempat up sikit kat sebelah hotel ni. Read some review kata best. Restoran Sasanti. Suasana restoran memang cantik. sesuai nak romantik :-) gambar dekat restoran ni gelap2 belaka. Restoran ni sebelah hotel je, senang nak pergi.

Thursday, October 15, 2015

Jogja : Day 2 - Merapi dan Borobodur

We start the day quite early today sebab banyak tempat nak visit dan kitaorg decide untuk pindah ke hotel lain hari ni. Nak dok hotel yang elok sikit. Bila travel dengan anak, hotel pun kena upgrade sikit. Tapi on the way, tetiba aku terperasan passport tertinggal kat hotel. Nasib baik belum jauh lagi. Kena lah patah balik ke hotel. 

First stop - breakfast. Pak Keprek bawak kami ke Soto Kadipiro. Local small restaurant jual soto. Sedap ya amat. Nampak nya kedai ni only serve local. Tak nampak pun tourist. Seronok dapat makan local ni. Masa ni aku sempat tanya Pak Keprek ada satu benda yang aku makan malam tadi kat lesehan. Rupanya aku makan kulit sapi - krecek yang dalam gudeg. What! dan kat kedai soto ni ada pulak krecek yang jadi keropok... tapi aku tak berani cuba. Nasib baik aku tak tau apa aku try semalam, kalau tahu, memang tak try lah. (gambar bawah ni dari google).
Dari situ kami menuju ke kaki Gunung Merapi. Asal nya kami agak ragu-ragu nak pergi tempat ni memandangkan Hessa baru 2 tahun dan akan terdedah dengan pencemaran udara sebab nak naik Jeep terbuka dengan jalan yang tak berturap. Tapi diaorg ada bagi cover hidung. So kitaorang belasah jugak lah, sebab dah sampai. Agak adventure jugak jeep ride tu. Tapi sebab ada anak kecil, dia bawak slow sikit. Tapi memang makan habuk lah kalau berselisih. Hessa tak suka cover mulut dia, so kena lah masuk bawah tudung. Kami rasa on second thought, kalau ada budak kecik agak bahaya nak bawa ke tempat ni, especially kalau yang tak boleh terdedah kat habuk dan debu.

Kat kaki gunung tu, tempat viewing gunung merapi, ada muzium kecil. Agak informatif. Kami agak terkesan jugak bila tengok peninggalan dari kesan gunung berapi tu. Walaupun macam tak berapa nak siap muzium tu, tapi macam sesuai pulak caranya untuk memberi kesan pada pengunjung. Selepas tengok muzium tu, kami buat few stops untuk bergambar dan kemudian turun semula.




Selepas tu, kami meluang kan masa pergi ke muzium peribadi yang kecil dalam kawasan yang sama - Muzium Ullen Sentalu. Muzium ni kecil je, simpan sejarah budaya jawa. Tapi sangat indah. Dia buat muzium ni dalam rumah/bangunan/banglo kecil. Tapi garden sekitar nya cantik ya amat. Kami banyak habis masa menikmati keindahan deco taman. Tenang. Tak ramai orang pun.




Kami makan lunch di restoran yang ada kolam ikan sekelilingnya. agak cantik. tapi makanan dia biasa saja. Lepas makan kami ke candi Borobodur. Pak Keprek mmg tinggal kan lawatan ke candi di lewat petang sbb dia kata kurang panas. Memang cantik tempat ni. Kami ambil guide jugak kat sini. Tapi biasalah, sapa jaga Hessa memang tak sempat lah dengar penerangan tapi dapat lah tahu serba sedikit. Sangat menarik sejarah kedua-dua candi ni. Berada sangat hampir tapi wujud pada kurun berbeza. Kagum bila pada masa sekarang tempat dua ni (Parambanan dan Borobodur) sangat dekat, tapi dalam sejarah seolah-olah perabadaban ni tak berkaitan langsung. Dah lah dua-dua berkaitan dengan agama yang berbeza.

Kawasan ni sangat tenang di waktu petang. Ramai jugak orang tapi tak bersesak. Dan view sunset dari sini memang cantik. memang wajar melawat tempat ni waktu petang dan tengok sunset. Ramai pelancong melepak kat situ tengok sunset. Tapi sebab kami ada budak kecik, tak lah sampai gelap kat situ.






Malam tu, kami makan kat restoran yang agak spesial. Jejamuran. Boleh google kat mana tempat ni. Yang special dia, semua masakan dibuat dr cendawan. Satay, rendang etc. semua based dari cendawan - jejamuran. Sedap!!! Soup dia sedap, sesuai untuk Hessa. Habis dinner baru balik hotel.


Wednesday, October 7, 2015

Jogja : Day 1 - Malioboro

Susah kalau dah kaki nak jalan. So as much as budget dah abis utk pindah rumah, but we managed to save a bit for a quick trip. And jogja we went.

Kami menaiki Air Asia ke Jogjakarta. Kami ambil flight tengah hari. Hessa dah nak masuk 2 tahun, jadi rasanya tak susah sangat nak bersiap ke airport. Lagipun sekejap je di sana. Pergi hari Rabu, balik hari Sabtu. Flight on time. Di Jogja kami disambut oleh Pak Keprek. Dia bukan pemandu pelancong biasa. Kami dapat no telefon dari rakan sepejabat yang berasal dari Indonesia. Dia lebih banyak menjadi pemandu bagi journalist/reporter. Tapi sebab rate dia berpatutan dan perancangan pun last minute, ok lah.

Sesampai di Jogja dah tengahhari. Tempat pertama kami tuju, cari makan. Takde apa langsung itinerary yang kami bincang terdahulu dengan Pak Keprek. Tapi dia faham, kami mesti lapar. First stop - lunch di Restoran Ayam Goreng Ibu Hartini. Kedai Ibu Hartini sangat famous dan kedai ni dekat sangat dengan Airport. Memang singgahan yang sesuai.

Semasa makan tengahhari ni lah kami discuss dengan Pak Keprek jadual perjalanan kami. Dia cakap, kami bagi tahu je mana nak pergi, dia akan susun supaya sesuai dan dia akan bagi cadangan tempat-tempat lain jika dia rasa ada masa yang boleh di isi. Kami pun bagi tau yang utama ada 3 - Prambanan, Borobodur dan Merapi. Ada juga kami cakap pasal pantai, berkayak dalam gua etc, tapi kami rasa ada aktiviti yang kurang sesuai sebab Hessa baru je 2 tahun. Setelah tu, Pak Keprek pun bagi cadangan dia, kami bersetuju saja. Lainnya Pak Keprek ni berbanding pemandu yang saya pernah engage dalam trip sebelum ni, dia masuk campur dan bagi cadangan, bukannya pandu je janji sampai.

Tapi, lagi satu yang lain, dia makan dengan kami. Order sama-sama dan makan semeja. Awal-awal agak kekok jugak. Ye lah, susah nak sembang-sembang tapi lama-lama rasa elok jugak, sebab dia akan juga share dia punya point of view dan budaya sebenar. Dan dia pun ada bagi cadangan makan. Oh, lagi satu kami dah bagi tahu Pak Keprek yang kami suka mencuba makan. Jadi dia kena bawak kami ke kedai2 yang famous dan sedap :-)

First destination, disebabkan masih awal lagi, Pak Keprek cadangkan kami visit Prambanan. Sebab Prambanan ni dekat dengan central bandar Jogja ni. Kompleks Candi Prambanan ni agak besar. dan hari tu hari Rabu petang, tak ramai orang. Dapat lah kami enjoy tempat tu. Caj masuk agak mahal, tapi sebab kami plan jugak ke Borobodur, jadi kami beli pakej tiket kat sini. Lepas tu kami ambil guide, bayar Rp 100,000. Memang berbaloi sebenarnya ambil guide ni. Otherwise, macam tengok batu-batu besar je lah. But, disebabkan ada budak kecik sorang ni, my wife je dapat information pasal tempat ni. Aku terpaksa layan budak ni je.





Kompleks dia besar, dan bila ada guide memang segala ceruk tempat dia cuba explain. Tapi kami ajak dia jalan dan cakap cepat-cepat sikit... hahaha... badan dah penat. Tapi Hessa happy dapat panjat sana sini. Lagipun, bila sejarah dah termasuk sejarah agama dan ibadat, macam tak berapa minat nak tahu :-). Settle Prambanan kami terus ke hotel.

By the time kami check in hotel, kami decide untuk jalan-jalan sekitar hotel je. Untuk first night ni, kami booked Ibis Yogyakarta Malioboro. Ibis ni letaknya di hujung Malioboro. Kami pilih Ibis sebab murah :-)

Kami baca memang jalan Malioboro ni sangat happening pada waktu malam. Dan disebabkan kesesakkan jalan raya dan kami ada anak kecil, kami berpendapat, baik kami duduk je di Malioboro terus. Kalau anak meragam malam masa jalan-jalan, terus je lah balik ke rumah. Kami pun dah minta pendapat Pak Keprek, restoran mana yang best makan dia Malioboro. Lesehan tepi jalan. Kami pun ada tanya receptionist kat Ibis, the best streetfood di Malioboro. Bila dah tahu tu, kami pun prepare lah nak ke sana. Tapi, katanya, pukul 9 - 10pm baru buka... jadi kena tunggu lewat skit lah nak makan.

Memang Malioboro ni sangat happening. Petang dia dah ramai orang. Kami keluar lepas berehat (tido, mandi etc). Kedai-kedai baju banyak, kedai souvenir. Jalan raya pun sesak. Ada banyak motor dan ada kereta kuda jugak. First kami cari restoran/lesehan yang dikatakan tu. Memang tak nampak lagi setup. Tapi banyak je kami nampak lesehan-lesehan lain. Kami jalan terus menuju ke arah istana. Tapi sampai hujung tu, tak boleh jalan dah sebab ada construction. Bila dah malam, memang ramai diseluruh jalan Malioboro. Penjaja tepi jalan merata-rata. Macam-macam ada jual. Tapi paling menarik, ramai jugak student-student, budak remaja yang berkumpul-kumpul dalam bulatan. Sessi melepak diaorg nampak sangat menarik.

Bila jam dah pukul 9pm, kami terus lah ke lesehan... Lesehan Terang Bulan. Kami sampai dalam jam 9.30pm, dah mula beratur. Tapi tak panjang. Lesehan ni letaknya di hadapan Kedai Batik Terang Bulan. Nama lesehan ni SBTB, takde branch lain katanya. Makan memang diatas lantai dengan meja kecik. Best ya amat. Kami duduk je sebab ada orang datang ambil order, ramai beratur, kami tak sure sepatutnya beratur ke dtg ambil order. Agaknya sebab mcm terpinga-pinga kat situ, depa siap carikan tempat duduk dan ambil order.

Oleh kerana memang tak tau apa nak order, kami ambil je set komplit, semua letak. Cuma beza ayam ber kuah atau ayam goreng. Suasana sangat menarik. Crowd dia pun menarik. macam orang ada-ada. walaupun streetfood lesehan makan tepi jalan, aku rasa harga dia tak lah murah mana, but tak mahal. Rasa dia sedap. Cumanya ada beberapa benda dalam pinggan aku yang aku sebenarnya tak pasti apa dia yang aku makan. But anyhow, semua licin. :-) Hessa tido sepanjang kami di situ. Alhamdulillah :-) dapat makan dengan tenang. Lepas makan, terus balik hotel. Senang hotel dekat. Tak perlu risau nak nego harga dengan teksi.


Monday, September 14, 2015

Moving house 3

Apparently, our appointed contractor loved our house decoration and wanted to include our house in an article in a magazine. Tapi dia boleh taruh ID design by them, walhal 70% of items dalam gambar tu kitaorg punya idea. Cumanya renovate dapur je diaorg punya keje. But apadahal, janji masuk magazine :-)

Alhamdulillah.





Wednesday, May 6, 2015

Moving house 2


Penat betul nak pindah rumah. Alhamdulillah, we managed to settle in on time.

Kebetulan ada orang nak masuk sewa rumah kami di KD start 1 May 15. Jadi kami memang kena pindah semua barang sebelum 1 May 15. Dan Alhamdulillah, we done all by 26 April 15.

All these dates recorded here for future reference :-)

Masih banyak nak berkemas. Masih lagi nak menyesuaikan keadaan. ada lah deco sikit-sikit, apa yang mampu setakat ni.


Monday, April 13, 2015

10 + 1 tips bawa baby/anak kecil dan roadtrip di New Zealand

Aku cuba buat a list of so called tips untuk our recent trip to New Zealand. List ni bukan the ultimate tips as if kami dah ke sana berpuluh-puluh kali. Cumanya nak share perkara-perkara atau decisions yang betul dan salah sepanjang perjalanan kami.

TRANSPORTATION
1. Sewa kereta atau campervan (rental car vs campervan/caravan) 
Ini ada persoalan yang memang kena decide awal-awal sebelum plan buat itinerary sebab dia sangat mempengaruhi keseluruhan perjalanan. The pace, the accomodation dan places to visit. Ni ada beberapa faktor kena fikir semula, berdasarkan pengalaman kami yang sewa campervan. 

Con utk campervan:

- Kami berpendapat kalau ada campervan senang nak bawa anak ke toilet kalau tetiba kat jalan nak ke toilet. Dan juga my parents yg kadang2 nak ke toilet. Tetapi di NZ, at most of the places, toilet ada di tepi jalan mcm RnR, bersih dan cantik. Toilet dalam campervan tu kecil, susah nak guna untuk adult. Lepas tu, kalau banyak pakai air, akan jadi basah luar toilet, kalau x betul cara lah. Lepas tu kena pula buang sisa toilet, although tak bau apa dan takde rupa.
- adalah menjadi kesalahan untuk baring di katil campervan semasa campervan sedang bergerak.

- faktor makan ada logik nya, tetapi kenalah ada seorang yang rajin nak masak fresh dan memang nak makan makanan panas. Otherwise, boleh je makan bekal yang dah siap dari tempat tinggal or beli tepi jalan yang mana campervan tak boleh buat sebab tak boleh simply park tepi jalan
- anak kami menyusu, jadi tiada keperluan air panas untuk susu botol

- pilihan tempat penginapan juga terhad di campervan campsite je. Dan rasanya electric agak essential otherwise kena lah bersejuk beku malam. 

- talking about campsite, dengan campervan ni tak lah menjimatkan sangat. Ada lah penjimatan. Tp nak camping or park kena bayar dan individual person. So end up bayar at least half dr sewa apartment terus. Lepas tu, nak solat subuh nak ambil wuduk, kena keluar ke shared toilet... Sejuk. Yang perempuan kena pakai tudung pulak tu. Nak guna toilet campervan ok, tp kecil la. 

- tapi yang agak ralat adalah the mobility of campervan. Dengan campervan tak boleh nak pergi semua tempat contohnya dan jauh pula nak park kalau pergi paknsave 😉. Dan kalau dah buka dapur untuk masak, kena kemas semua baru boleh gerak. Otherwise, berterabur. 
- dan lastly, tingkap untuk view orang belakang limited to the side window. Dan tak nampak depan. Lepas tu, susah nak cakap dengan orang dok belakang. Nak sembang2 x berapa nak dengar. So nak tak nak, ibu kena duduk belakang dan bukannya sebelah driver. Otherwise, x boleb control anak2 dalam kereta. 

Pro on campervan
- pengalaman. Ni memang tak dapat kat mana2. Without the experience, i won't be able to come out with the list above. Aku tak berapa sure tempat lain selain NZ yang lebih sesuai untuk berpengalaman driving campervan.
- if you have plenty of time. Go for it. Kalau ada masa untuk lebih leisurely drive without the stress untuk sampai destination. Dan ada peluang lepak2 kat campsite. Kalau kena hit 6 hours driving daily, hentikan la... Lebih senang naik kereta. 
- campsite dia... Especially top ten campsite memang best (atas ni gambar campsite paling cikai). Again, kalau ada time untuk melepak pasang canopy, buat copy, memasak di campervan or public kitchen tu. Dan banyak facilities untuk kids enjoy the campervan park. Boleh je abis sehari melepak kat campervan site tu. Seronok.

- tidor dalam campervan ni rasa macam main pondok-pondok.. hahaha... aku suka katil located atas area driver. Luas.

- pengalaman... Again... U will not gain this experience elsewhere. 

2. If u decide untuk sewa campervan, ada banyak broker kita boleh dapat. Google je dan minta quote. Tapi minta juga dari campervan real company macam Maui, Britzx etc. Kalau bagu tau dia harga broker, ada potensi dia beat the price. Maybe sama or lagi murah plus some freebie. Big campervan companies are able to beat the price and give betterment offers, so contact them. 


3. Aku rasa Juicy Rentals adalah paling murah dari all car rental company and they all consider kalau minta discount with whatever reasoning lah, especially kalau order lebih dari satu kereta. Shoestrings murah, but aku rasa dia bkn company dan kenderaan dia bukan tip top as juicy rentals. Tapi Juicy Rental punya ofis jauh dari airport, kena plan betul-betul timing ye. 

4. Ni tips specifically untuk yang bawa anak dan perlu sewa car seat. Kalau blh buat jadual yang logistically boleh bawa car seat sendiri dari Malaysia, please do so. Reasons:
- car seat juicy rental yang kami dapat masa berada di Auckland kotor dan lama. Dia siap suruh kami pilih sendiri among car seat yang kotor2 tu. Xde pilihan. Dia bukan kisah kita dah book ke tak. Jijik. Imagine your kids might be gigit seatbelt dia... 
- while Maui bagi car seat yang bagus. Macam baru. But for sure baru basuh. Tapi, we delayed our departure for 1-2 hours sebab nak tunggu car seat. Plan datang ofis pkl 8am and clear ambil kereta pukul 10am. Pukul 1030am baru dapat car seat. Tu pun x cukup. Memang lembab!

5. Full Insurance for vehicle rental is really recommended. Bila accident kalau kita tak salah pun hati kita senang. Bila aku report accident tu, since aku dah full insurance, dia suruh isi form je and go. X peduli pun aku report properly ke tak sebab depa tau owner akan chase kereta dia.


ITINERARY

6. South Island generally lagi best dari North Island. Dan Queenstown is the mother of all places in NZ. If ada terasa indecisive if perlu pergi satu tempat lain or extra day in Queenstown, put it on Queenstown. Dunedin and Invercargill can skip. Banyak boleh buat di Queenstown. Scenery lawa. Banyak day trip. We certainly didn't do justice to Queenstown. We might be back to further explore the place - plus we missed Glenorchy, Cromwell dan macam-macam tempat lagi. Here what we did in Queenstown.

7. But if nak pergi ke Milford Sound, please stay at Te Anau sebelum or selepas. The journey Te Anau to Milford Sound sangat cantik, best dan worth spending more time on it. Kami dapat picnic kat tepi sungai and that was the most memorable one. One of our highlights. Kalau balik hari dari Queenstown, agak berkocoh2. Plus, aku rasa Milford Sound can be overrated, sama je Halong Bay punya overrated. Aku rasa Langkawi Geopark pun cantik, but Musandam Fjord, Oman is so much more inspiring and magnificent. So, kalau dapat enjoy Te Anau to Milford tu, maybe tak lah kecewa sangat. Ni entry pasal the journey dan Milford Sound.

8. I didn't do Fox/FJ Glacier. But the trekking kat Hooker Valley tu best. So kitaorang rasa gi Mt Cook dari area situ lebih berbaloi dari ke Fox/FJ are, our reasons:
- nak ke situ senang nak masuk dalam itinerary sebab dia in between Queenstown dan Christchurch. Tak lah kena drive jauh2 while takde town in between macam ke Fox or FJ glacier. 
- But surely we had fun hiking at Kea Points and Hooker Valley. Plus, ada trail yang landai which is suitable for orang-orang tua juga. In fact tolak stroller pun boleh, tapi yang kukuh la... Bukan yang flimsy payung tu lah. X daya. 
- the view is superbly beautiful.
But again, i didn't go to Fox and FJ, so i should not judge them. (you can read our experience here

OTHERS

9. Kami sewa the backpack for hiking di Christchurch. Kena ambil dari rumah dia, tak jauh dari town. It is nice to have, but unnecessary sebab berat ya amat. Tapi we can see Hessa loved it better. Sebab dia tak tersepit badan dia dengan badan kita kalau dalam carrier. Dan dia lebih nampak jauh dan bebas. It was more comfortable and exciting for her. Kalau nak sewa peralatan specific for anak2 kecil boleh sewa di Christchurch. Macam-macam ada. Kami sewa dari orang ni...https://www.babyonthemove.co.nz/  We didn't meet her pun. Bila set timing, kami ambil kat rumah dia tapi dia xde masa tu. Nak pulangkan pun kami letak je without checking ke apa. Xde form xde sign apa2. Based on trust je and credit card details. Oh by the way, stroller mudah je di bawa ke merata-rata tempat. Kami jalan di Auckland bawak stroller.

10. Kami rasa beli barang makanan dan even souvenir (berupa makanan) lebih murah di PaknSave dari tempat-tempat lain. Example, kami beli fruit jam dari ladang di Geraldine, tetiba jem yang sama ada je jual di PaknSave dan lebih murah. Begitu juga Cadbury, dekat PaknSave lagi murah berbanding Cadbury Museum di Dunedin. 
Whatever you do... It's New Zealand. It is beautiful. You may not have enough time to cover all... But kalau boleh cover certain places dengan lebih tenang aku rasa lebih berbaloi dari tengok semua sekejap2. Don't make it too rush. Kalau naik campervan lagi lah elok go slow. Yes it might be once in a life time travel, enjoy apa depan mata cukup.

Lastly... 
.
.
.
.
.
Extra tip:
If you happened to have 1 opportunity to travel maknanya bajet x banyak dan boleh pergi 1 tempat orang putih bercuaca sejuk. Aku rasa you better choose other country not New Zealand - any european countries especially. Dia memang sangat cantik - scenery gunung with snowcap, padang rumput hijau luas dan tasik sejauh mata memandang... The colors hijau, putih dan biru yang sangat kagum dengan penciptaannya. Negara yang tenang, aman dan bersih. Yes... All of that in one. 

Tapi... 
 - This is not a place to shop, selain souvenirs and barang kat supermarket PaknSave. Dia tak de local product, takkan nak beli kambing or bulu kambing yang super mahal. Dia takde hasil kraf yang significant. Or takde jugak branded item outlet mall or real flee market for antiques. 

- There is not much of a history in this country. Takdelah monumen yang boleh dikagumkan or bangunan bersejarah, kubu or kota lama. Kalau ada bukan lah sejarah perang or ketamadunan. Xde orang berperang di sana kecuali those for Lord of the rings. 

- culture pun selain dari di cultural center, x de sangat nampaknya among the people. They are not the most friendly people (my opinion la). Dan dari makanan pun x nampak culture, selain fish and chips i found nothing much we should try.

- you kind of kena travel jauh-jauh untuk satisfy your holiday, compared to let's say London, or Paris or even Beijing dan Tokyo pun. Kalau dok situ 4 malam pun ada banyak benda nak buat. tak perlu drive merata.

Therefore kalau bajet limited dan time tak cukup, you can get the view (maybe as beautiful) plus others as mentioned above, di beberapa negara di Eropah seperti Switzerland (sangat mahal la), UK, France, Germany, Austria... To name a few. The countries suggested tu tak exaushtive tapi lebih kepada kriteria kena negara orang putih dan beriklim sejuk. 

Again... Above opinions are mine. Aku buat berdasarkan pengalaman sendiri. Tapi kalau you really want to go to NZ, you will not regret. I didn't feel rugi langsung. Aku sangat suka dan akan ulang satu masa nanti insyaAllah. Dan it was and still is in my list of places to go.