Monday, January 30, 2017

Chiang Mai : Day 2 - Long drive to the Golden Triangle

First day plan nya nak pergi Chiang Rai dan border Myanmar & Laos. Jauh perjalanan hari ni, 4 jam lebih satu hala. Katanya nak gi shopping kat border.
First stop on the way ke utara RnR Mae Kachan, ada hotspring ni. Toilet break dan rehat-rehatkan badan sekejap. Entah macam mana kiraan penumpang, sepatutnya dapat 2 van dan kami duduk dalam van sama-sama. Tapi tak cukup tempat, jadi driver/guide yang arrange tu, bawa pula kereta dia untuk trip ni. Jadi kami dapat special sikit, duduk dalam kereta. Alhamdulillah... senang lah sikit.

Aku tak berapa terlibat dalam plan trip ni. Ayah mula-mula cakap kat driver tu yang sepatutnya berhenti di Masjid dekat  border dengan Myanmar - Mae Sai , tapi driver terus bawak ke pasar Mae Sai. Dah lah tak makan lunch dan takde tempat solat. Nasib baik makcik-makcik ni jumpa restoran halal Bismillah tu. Yang ada sediakan tempat solat. Tapi sebab kedai tu tak expect ramai org, terpaksa tunggu nasi masak pulak dah... segala lauk dia ada habis licin. But by the time semua org settle solat dan makan, memang time nak balik ke pasar Mae Sai tu. 
Tapi masa tunggu nasi masak tu, my wife dah siap2 gi ke kedai, beli apa-apa yang menarik. The kids were all with me kat kedai makan tu. Lagi senang memilih barang sorang-sorang kat kedai tu. Ada jugak makcik-makcik yang lebih cekap, sempat membeli jugak. 

Next kami menuju ke border Laos pulak. Jarak antara Mae Sai to Golden Triangle Park dalam 35 minit. So plan nya untuk ke situ untuk tengok border Thailand Laos. Kami pun tak pernah ke Laos, katanya banyak jugak barang-barang jualan kat situ.

Kami sampai kat border tu dalam pukul 4 lebih, dan plan nak kena gerak balik dalam pukul 6pm. Sempat lah tengok-tengok. Tapi sebenarnya takde apa sangat kat tepi tepi jalan tu. Kalau nak adventure kena lah naik bot seberang ke Myanmar/Laos. Mula-mulanya semua orang tak nak pergi sebab harganya 300baht sorang rasanya. Tapi aku pun try nego harga, dapat harga yang sesuai, rasanya dapat harga dalam 110baht-120 baht sorang. Harga individu jauh lagi mahal daripada harga sewa satu boat. So mostly yang adventure ikut join sekali. 
Interesting tempat ni, satu kawasan di mana 3 negara bertemu. Thailand, Laos dan Myanmar. Kalau bukan sebab kes-kes dadah, takde nya tempat ni dipanggil Golden Triangle. Life jacket disediakan, tapi untuk ramai orang-orang tua, memang lebih sesuai sewa boat besar. Tak teruk sangat nak melangkah. Masa dalam bot tu ada nampak kasino-kasino di sebelah Laos. Kata nya di Thailand takde kasino jadi kalau mereka mahu berjudi kenalah pergi ke Poipet di Cambodia atau Donsao, Laos (lokasi/negara terdekat). Bagus betul kerajaan patuh kepada agama nya.

Kami tak singgah pun bahagian Myanmar, tapi dapat singgah kat Laos. Kena bayar land tax 30baht. Apa ada kat situ, takde apa sangat. Apa yang ada di bahagian kat Thailand di jual kat situ cuma kualiti lagi rendah, harga lagi mahal. Cumanya ada lah fridge magnet Laos, kalau nak membeli juga. Tapi market dia agak kelam berbanding di Thailand.



Kami bergerak balik dah dekat nak pukul 7pm. Rasanya tempat ni lebih menarik nak singgah berbanding Mae Sai border market. Restoran lebih teratur. dan kedai-kedai pun elok jugak. Kami sampai di Chiang Mai dalam pukul 10/11pm. Dinner beli ditepi jalan/petrol station on the way back je. It was quite tiring lah, perjalanan 3-4 jam tu. Kalau ada terlebih hari di Chiang Mai, boleh lah ke sana. Otherwise, baik lepak kat Chiang Mai je kot. Lepas tu, nak cari makanan halal tak berapa mudah sini.
Oh... tapi kat area golden triangle tu banyak pelancong dari China. Ada sekali tu masa my wife dok kat tepi kedai - kerusi berehat (gambar bawah ni). Sibuk lah pelancong-pelancong tu mengambil gambar hessa n muhammad. Cute katanya... siap berebut-rebut nak ambik gambar. Diaorg ingat kami ni penduduk asal ke apa... hahaha


Friday, January 27, 2017

Chiang Mai : Day 1 - Birthday trip

An impromptu trip planned by my parents. My parents buat pakej trip dengan kawan-kawan dia, ajak kami join sekali. Mostly dah planned by my dad. Ground pakej pun dia dah buat. Hotel pun dia pilih. So kami ikut je lah. Elok jugak timing ni since lagi few months nak travel jauh. So flight to Chiang Mai ni boleh jadi training untuk Muhammad familiarise dengan kapal terband dan pengalaman terbang. Dan untuk kami belajar serba sedikit pasal dia.

Kata mak, trip ni trip birthday dia. Both my parents are January babies. Memang depa akan plan something in January. So since this is their birthday trip - Mak 68, Ayah 71, kena lah aku buat something for the celebration. Maybe some surprise celebration.

So, seminggu lebih sebelum bertolak aku dah contact beberapa baker/restaurant halal yang aku boleh jumpa kat dalam Facebook. Aku email diaorg and minta quotation kalau depa boleh set some simple celebration. Aku pun ada email hotel bg tau the plan. But mostly tak balas except for 1 or 2. Yang sorang ni Deen&Diana Bakery.

Kenalah contact diaorg through email, facebook, lime untuk agree the plan dan price. Aku ada jugak minta colleague dr Thailand to call the bakery shop so give them assurance yang aku ni bukan scam. Tapi masih jugak lah cakap macam ayam itik, sebab dia tak berapa nak jelas perancangan dia. Dia takde lah nak share apa dia akan buat dan kek dia mcm mana. Aku cuma pilih perisa dia je. Dan aku agree je dengan price dia. Aku bg tau nama hotel dan time, suruh dia cek our bookings just to be extra sure. Payment, dia agree utk kutip bila kami sampai. Harap-harap surprise ni menjadi.

Flight agak baik. Hessa tak meragam, kami dah prepare lolipop dan untuk Muhammad kitaorg bagi dia minum susu masa kapal terbang nak berlepas. So dia tido je. Cumanya masa landing dia dah tak nak minum susu, so dia menangis jugak sebab pressure kat telinga dia. While on the plane, dia ok-ok je. Hessa pun well behave.

Flight ke Chiang Mai hari tu sepatutnya tiba dalam pukul 2.35pm, tapi delay lama jugak. So pla sepatutnya tiba di hotel pukul 4pm tapi sampai lewat, dekat pukul 5 lebih. Aku dah risau dah if the cake and dessert tu rasa tertipu since kami tak sampai2 lagi. Bila tiba di hotel, orang hotel ada tunjuk the set. Mula-mula macam kantoi jugak, sebab dia bagi tau my mom sbb dia ketua trip. Nasib baik dia tak faham. Dan finally dapat lah celebrate. A simple cake, semua dapat merasa. Dan a box of dessert. Cantik packaging, dan sedap. And the surprise menjadi. Dan makcik-makcik happy dapat dessert tu.


Thank you Deen&Diana Bakery. Punya lah dia percaya, dia takde pun di hotel, dia dah balik sebab lama tunggu, dia suruh kami serahkan duit kepada counter hotel je.

Hotel kami tinggal hotel bajet biasa CH Hotel, ada pintu belakang yang buka je terus ke Anusarn Market. Dari situ boleh jalan kaki ke night bazaar. Dari malam tu, makcik-makcik dah start shopping kat belakang hotel tu. Makanan halal ada beberapa restaurant kat belakang tu. Dan ada port massage kaki betul-betul belakang hotel tu.

Lepas check in, aku bawak Hessa ke swimming pool. Sebab dah janji. Tapi sejuk nak mati air dia. Sbb swimming pool dia open space, kawasan ni agak chill jugak waktu malam, so air dia sejuk beku. Sekejap je lah kami dok kat pool.