Thursday, October 30, 2014

Seoul : Day 2 - Gangnam

Hari ni plan nak jalan jalan sekitar Gangnam area. Apparently, as much as Gangnam is so famous dengan lagu Gangnam Style, the area bukan lah tempat common visit by tourist. Dia kawasan office and new city center. X banyak blog cerita pasal Gangnam boleh dirujuk.

So pagi-pagi kena gigih bertungkus lumus bekerja so boleh siap most of the work dalam tempoh 3.5 hari so last day boleh make sure kerja betul2 siap with half day to spare so boleh balik awal dan merambu ramba. Petang tu tepat jam 5 kami bergerak balik. Dari ofis ke Oakwood COEX tak sampai 15 minit naik teksi. Hessa at the hotel with ibu. Thought that they would jalan-jalan kat area COEX. Tp ibu said they have the room yg sgt best untuk explore. Dan tengok makcik kemas bilik dan orang cuci tingkap.

Lepas lunch/dinner kat hotel - masak telur dan sardin sendiri. Off we go. Our first stop ia Gangnam Station. Ada terbaca di local blog yang station ni agak besar dan ada small shopping area yang jual barang sama macam Namdaemun market but with a lot less crowd. Banyak local je sini. And yes it is true. Harga pun murah murah.
Gangnam Station Underground Mall ni buka sampai pukul 10pm rasanya, so memang sesuai la untuk jalan2 lepas ofis.

Had our coffee break sebelum plan nak ke mana plak lepas tu.
We then keluar dari station untuk menikmati Gangnam Street... Jalan-jalan menikmati suasana the famous Gangnam area.

Kemudian kami menuju ke Sinsadong area. Ada satu jalan yang hidup pada waktu malam. Garosugil street. It is a fashion street. Sinsadong ni masih consider kawasan Gangnam jugak so di Garosugil ni boleh la tgk the Gangnam style.

Kami ke sana naik teksi, sebab kalau naik train nak kena tukar train dan makan masa dekat setengah jam walhal kalau naik teksi tak sampai 5 minit. Senang naik teksi sebab semua pakai meter dan boleh bayar pakai kredit kad. Cumanya bahasa la x berapa tau nak cakap. Nak jadi cerita, kami cuma cakap nak ke Sinsadong area which is so huge area dan dia tanya nak gi mana kat Sinsadong, kami tak tahu macam mana nak cakap nama jalan dan dia pulak tak tahu baca map in English. So driver taxi berhentikan kami dekat dengan Sinsa Station sebab aku rasa macam dekat je dengan Garosugil Street tu.


Yes... Tak jauh mana pun station tu dgn the street... Kami jalan from one end to another... Singgah tengok2 kedai. Dekat jalan ni ada banyak small local designer boutique dan cafe. And we can concluded that Korean suka minum coffee. Sangat banyak cafe dan semua cantik2. Tapi disebabkan kenyang dan baru je minum kopi dekat Gangnam station dan waktu pun dah lewat. Kami browse through je area tu. Tak ramai orang, maybe sebab bukan weekend dan hari tu malam isnin.
The whole jalan tu sangat cantik. Jalan pun tenang je sampai hujung jalan... Kami tahan teksi untuk balik ke hotel. On the way back ada la lalu another mall street yang ada Hyundai Mall dan Galeria... Sepanjang jalan banyak the designers brand boutique. But mostly dah nak tutup sebab masa tu dah pukul 10pm. Kitaorg pun dah penat. Dapat tengok je lah.

Travelling dengan Hessa ni agak mudah. Masa ni dia baru je 1 tahun dan tak pandai nak berjalan. Walaupun kami all the way ke sana ke mari... Dia ok je dok dalam baby carrier. X meragam langsung. X de kesempatan pun kami lepas kan dia berjalan... Anyway, dia pun suka berdukung and most of the time tido je. Cuaca pun sejuk, so x la berpanas dalam carrier tu.

Wednesday, October 29, 2014

Seoul : Day 1 & Hotel Review

This is not my first time in Korea. I came once back in 2012. Tapi masa tu cuma untuk 2-3 hari je. Masa first time datang tu sempat lah jugak jalan ke Itaewon, tapi masa tu datang sekejap waktu malam dan makan di Hotel Hamilton - indian restaurant, apa nama tak ingat. So sebab dah pernah pergi walaupun sekejap, trip kali ni terus je ke sana cari makanan halal.

Gangnam area/COEX tempat kami bermalam ke Seoul city center agak jauh, kena seberang sungai Han. Kalau naik train pun dalam 45 minit dan kena tukar train. Tapi sebab ada bawa baby, masuk je train diaorg akan bangun dan bagi seat. Walaupun sebenarnya lagi mudah berdiri bila babywearing berbanding duduk, tapi dah semua insist suruh duduk, duduk jugak lah.

Sesampai kami di Itaewon keadaan agak ramai orang. Di tengah-tengah jalan ada food festival... kami mencari-cari kedai makanan halal di kawasan tu, memang ada tapi menu dia lebih kepada makanan Malaysia, so kami tak berminat nak cuba - lagi pun mahal. Dalam masa yang sama, dalam banyak-banyak food fair booth tu ada satu booth jual seafood goreng-goreng... tempted nak beli dan macam ok je ke halalan dia... so kitaorg beli dan cuba, sedap ya amat (sorry takde gambar) :-)

Next, seingat nya ada masjid dan orang cakap nak cari restaurant halal gi ke arah masjid. Sedang kami cari-cari jalan ke Masjid kami terjumpa sekumpulan orang Malaysia yang tunjuk arah. Akhirnya kami jumpa restaurant halal yang jual makanan korea (tapi waiter dia dari bangladesh dan feel kedai macam kedai india). Tak kisah lah... janji kenyang. Nak ke Masjid kena daki bukit sikit. Sebab lapar sangat, tak sempat ambil gambar. Price dia agak reasonable.

After makan, singgah dekat kedai serbaneka untuk beli air dan terus balik ke hotel. 

Oakwood Hotel, COEX ni service apartment. Disebabkan ada company bayar bawa anak dan boleh masak, kami pilih hotel ni. Memang sangat selesa hotel ni. Bilik dia besar. Kelengkapan cukup. Rice cooker pun ada. Washing machine pun ada dan lengkap dengan sabun untuk guna washing machine. Cleaner pun (menurut kata ibu Hessa) sangat teratur kerja nya.... Jadi, memang Hessa dan ibu enjoy sangat melepak kat bilik ni.

Monday, October 27, 2014

Seoul : Flying experience

Kami ambil flight hari Sabtu ke Seoul. Menggunakan Cathay Pacific. Dapat transit di Hong Kong on the way back. Untuk jimat hari, kami ambik flight petang, dan sampai Seoul awal pagi Ahad. Dengan harapan Ahad tu dapat lah jalan-jalan kejap. Kami pergi ni dgn seorang colleague lagi.

It was a peaceful afternoon flight dari KL ke Hong Kong. Transit kat Hong Kong Airport dalam 3 jam lebih, boleh lah ronda-ronda airport. Airport Hong Kong ada satu restaurant halal, Popeye. Fast food ayam goreng. Harga... tak payah nak cakap lah... mahal ya amat. Makan jika perlu. Tapi sebab nak try, kami beli jugak lah satu.


Seperti airport-airport lain, ada disediakan bilik untuk persalinan bayi. Nothing to shout out, but decent lah.


By the time kami nak bertolak ke Seoul, pukul 1am. Airport pun dah agak lengang. Airport ni besar ya amat.


Walaupun flight dari KL ke Hong Kong, Hessa dah settle. Tapi lain pula flight dari Hong Kong ke Seoul. Flight ni bertolak tengah malam, mungkin dia dah terlampau mengantuk atau pun sangat tak selesa. It was one of the most dreadful flight for us. Hessa tak boleh tido. Dia nak berdukung with daddy. Penat lah berjalan ke depan dan ke belakang. Tak boleh duduk langsung. Penat ya amat. Dia akan menangis bila daddy duduk. Terlelap-lelap kejap je... tapi ok bila berdiri. Daddy lah yang tak boleh tido langsung. Tapi dah dekat nak sampai dapat lah daddy tido sejam, Hessa pun dah penat by then.

Kami sampai di Seoul pukul 5.40am. Awal pagi. Ambil taxi direct to the hotel. Stay di COEX Gangnam, a service apartment. Masa sampai hotel dalam pukul 7.30am. Awal sangat. Check in pun boleh masuk pukul 2pm. Badan sangat flat. Dah tua sangat rasanya. Hessa dah ok dah masa ni. Dia tak meragam, tapi tido je lah since tak tido malam. Pagi tu kami merayau sekitar hotel, tapi badan teramat penat. Jumpa ada runcit kecil kat depan hotel. Beli la makanan telur dan beras (terlupa bawak dari Malaysia) mahal la jugak... But blh la merasa. Sebabkan penat sangat, last-last kami baring-baring kat sofa depan registration counter hotel.

Kami merayu kalau-kalau ada bilik yang boleh kami masuk. Ada booked 1 bedroom apartment dan 1 studio. Reception hotel sangat baik, sangat bertimbang rasa. Dia kesian especially sebab ada baby. Dia bagi kami duduk di bar yang ada lebih ruang untuk rehat. Tak lama lepas tu, diaorg kata ada satu bilik diaorg akan sediakan lebih awal. Apartment 1 bilik tu blh siap dalam pukul 10am. Kami sangat berterima kasih... boleh lah rehat badan...

Dapat je bilik. mandi and settle sekejap. Colleague yang perempuan tu pun tak larat. So lepas mandi, semua tido... nasib baik lah sampai Seoul ni satu hari awal. Kalau tak, penat lah nak keje. 

Tips : Next time naik flight, we need to equip ourselves with the baby carrier. Kalau ada Ergo or any baby carrier, tak lah penat sangat masa berdukung dalam flight tu. Ni sebab dukung berpangku, tangan jadi sangat penat. Dan kalau ada baby carrier, tido sambil duduk tu lebih selesa.

Friday, October 10, 2014