Thursday, August 17, 2017

Weekend at Johor Bahru

Adik ipar pindah ke JB last weekend. So kami decide untuk tolong-tolong apa patut sambil-sambil check out JB. Kami ke sana pun tengahhari Sabtu lepas kelas muzik Hessa. Accomodation kami book via Airbnb. Dalam cari sana sini akhirnya kami decide untuk book apartment di Aliff Residence memandangkan ipar tu pun duduk di apartment tu, so senang lah nak keluar, nak tolong dan makan. Since satu area.

Nak komen sikit pasal rumah Airbnb tu. Setelah duduk di beberapa rumah Airbnb di Itali hari tu, terasa sangat rumah Airbnb Malaysia ni agak sedih. But again, how much did we pay kan. Tak semahal di Italy. Cumanya rasa sedih sebab diberi barangan terpakai yang sendiri pun tak pakai, contoh nya tuala yang disediakan tuala nipis yang color tuala gambar kartun tu dah lusuh ya amat. Lepas tu, kebersihan jangan cerita lah. Cermin dalam bilik air pun tak dilap. But how much did we pay kan... so terima je lah seadanya.

Ok, we've tried few places for makan (memang ni lah punca nak tag along, bukan nak tolong sangat pun hahaha)

Dinner

Untuk first night ni kami dinner dekat je dengan area Aliff Residence ni. Kilang Bateri. Menarik sebenar tempat ni. The setup guna kontena-kontena dan berbagai jenis makanan style food court. So kalau tak tau mana nak decide apa nak makan, tempat ni sesuai. But most apa yang kami try malam tu biasa lah. Up to the standard. tapi sebab style dia macam food court, tak berapa banyak facility untuk kanak-kanak. Baby seat tak de. Tapi jalan antara parking ke tempat makan ada ramp, so boleh tolak stroller. Dan banyak kedai-kedai jual barang untuk anak2. Ada jugak indoor play area, but tak nampak elok sangat lah. Cumanya buat problem je bila anak-anak nampak, dah sibuk nak pujuk untuk tak main kat situ. Hahaha.

Lunch

Kami jalan jauh untuk lunch on Sunday tu. Kami pergi ke area Pasir Gudang mencari kedai makan Rahmat. Adik Ipar kata makanan dia simple je, ikan siakap goreng. Walaupun jarak dia jauh jugak lah, hampir sejam untuk ke sana. But it was all worth it. Ikan dia segar, juicy dan murah. Menu dia tak banyak pilihan, but dah ada ikan goreng panas-panas makan dengan nasi, sedap dah. Serious sedap dan worth untuk ulang makan sini. 

As tempat makan ni tepi laut, ada lah view laut. Tapi tak busuk or hanyir macam sesetengah tempat.


Petang tu kami jalan area Danga Bay park. 

Dinner

So malam tu sebelum balik kami try cari mee bandung muar di kampung majidee. Kami google je dan singgah di sebuah kedai belakang petron kg majidee. Sedap dan banyak sungguh lauk-lauk mee bandung dia. Worth it. tak sempat nak ambil gambar sebab kedai tu agak gelap. Nak dapat tempat duduk agak susah sikit sebab kedai kecik. But ok lah.

Kalau jalan-jalan dalam Malaysia ni is always about food... good food. Alhamdulillah.

Monday, August 7, 2017

10 tips Roadtrip dengan anak-anak di Italy-Switzerland

10 tips ni sekadar share pengalaman kami yang specifically masa travel hari tu. Tips-tips hanya berdasarkan pengalaman sedikit kami drive around hari tu. For sure, for those yang dah biasa travel area situ, ada banyak lagi tips yang lebih relevant dan specific.

Transportation

1. Kalau plan drive di Itali, kalau boleh sewa lah kereta paling kecil yang sesuai. Sebab jalan-jalan di Itali macam area Como tu sangat kecik. Parking pun kecik je, ngam-ngam je. Dan masa kami park di parking lot pun tempat parking pun sangat ngam-ngam je dengan kereta kami yang 8 seaters ni. Kalau lah kami sewa lagi besar, memang susah lah.

2. Untuk driving di Itali, kena banyak baca pasal ZTL especially make sure hotel/airbnb yang dibook tu bukan dalam kawasan ZTL. aku ada tulis pasal ZTL ni before. Please read here. Also please read about Vignette kalau sewa kereta di Italy dan drive all the way to Switzerland.

3. Untuk penjimatan belanja, sila sewa kereta dari airport dan pulangkan kat airport. Jika plannya macam tu, boleh je bawak car seat dari Malaysia directly sebab dapat je kereta, boleh guna car seat sendiri. Jimat sikit duit. Lepas tu, sepanjang perjalanan agak relax pasal car seat. On our case, kami letak car seat baby sorang kat belakang. Setiap kali menyusu, kami sorok bawah tudung je. Dan tido pun mostly atas riba. Alhamdulillah, tak lah kena tahan :-)

Itinerary

4. If you plan to drive the mountain passes. Please check the timing for the pass opening hours/date. We missed it. We might need to comeback for that.

5. Jarak antara Milan airport ke Milan Central dan ke Lake Como lebih kurang sama. Untuk stay selepas tiba dari Malaysia, lake Como might give a better experience. Milan bandar je, boring. And please be flexible untuk hari awal-awal tiba di destinasi dan kalau boleh jangan jauh dari airport. So kalau ada issue pasal flight, kereta or luggage, you are not far out lagi. Macam kes kami, boleh baca sini.

6. Rome deserved more than a daytrip. I think 2 or 3 hari pun ok. But with the kids, you may not cover much of the place. Tempat lawatan dia tak de tempat berteduh dan mostly kena jalan kaki. But stroller kami bawak suitable dengan most of the places we went although we were walking on cobble street. Similarly, Venice jugak tak cukup sehari. Ada banyak tempat boleh explore di Venice. Cumanya, jalan kaki di Venice lebih redup, tapi bukan stroller friendly. If you have to think between Venice or Rome, i think Venice is more suitable for the kids.

7. Kalau tak cukup hari, Zurich can be given a go. It's another city. Begitu juga Bern, it is a very nice city but kalau tak banyak masa boleh skip je. Bellagio pun cantik je, kalau nak tengok, daytrip dah cukup. But tak perlu bermalam. Lauterbrunnen would be a nicer place to stay compare to Interlaken. Similarly Lucerne. So... nak pilih bandar-bandar ni kena bergantung kepada time dan interest. Tapi dah sampai, rasa macam nak cover semua. Tapi jarak antara satu sama lain jauh. So banyak jugak spend time kat dalam kereta je. Nasib baik border crossing tak mengambil masa langsung.So untuk bawa anak-anak ni, lebih banyak spend di suatu pekan/bandar berbanding cubaan untuk cover too many places.

Budget

8. Shopping lah sebanyak-banyak nya di Italy lebih dari Switzerland. Between the 2 countries, sangat terasa murah nya. Di Italy, one simple lunch - pasta/pizza cost dalam Euro 10 boleh makan 2 orang. Kalau di Swiss, dapat makan sandwich hotdog je. Parking pun melampau mahal di Swiss. Dan outlet mall ada di Italy je. Beli groceries di Italy untuk makan di Swiss... kalau boleh lah... So keep your shopping spree lebih di Italy compared to Swiss

9. Lebih mudah cari kedai halal di Italy berbanding Switzerland. Dah lah halal, kebanyakan kedai ni ada jual pasta dan pizza. Senang cari pizza halal. Dan kalau tak jumpa pun, pilih je pizza margherita or cheese. Boleh je.

10. Dengan anak-anak ni, lebih flexible lebih baik. Kalau boleh, jangan keluar terlalu awal setiap pagi. Dan kalau plan untuk banyak berjalan especially di bandar seperti Rome dan Venice, try cari hotel/airbnb yang central. So bila tengah hari boleh balik rumah untuk Siesta dan sambung jalan lepas asar. The kids enjoy it more. Plus, kalau kat central ni, at anytime, we can go separate ways, i.e. ayah dok kat rumah jaga anak dan mak gi shopping and take turn. Even suami isteri pun ada interest berbeza, but sesungguhnya anak-anak lagi seronok di hotel/rumah je, tengok tv.

Enjoy... roadtripping is about the journey, not the destination.