Friday, December 2, 2016

Italy Planning : Memandu di Itali - ZTL

Accomodation dah kind of tahu dah mana nak duduk. For the first time ever kitaorg book airbnb. Banyak pilihan. Tapi tak tau macam mana nak pilih. Should we take those yang considered as superhost, ada yang kami pilih sebab location, ada kami pilih sebab kelainan, ada kami pilih sebab rupa paras. Tapi yang penting mesti parking free dan nampak elok. Location, sebab ada kereta mcm tak berapa kisah sangat. Dan utama jugak, bajet. Basically, kalau tick semua criteria, mmg of coz lebih dari bajet yang ada. Ni yang dah booked so far (gambar all from airbnb):

Lake Como... woot woot... tetiba Como in the list :-). Bila check semula, dr airport to Lake Como berbanding airport to Milan, tak jauh beza pun. Hampir sama. Buat pe dok Milan kalau boleh rest and kill off jet leg kat lake Como. Kami pilih sebab view dan keadaan rumah. Dia pun superhost.

Next Lucerne... hooray!!! Duduk dekat farmhouse di Lucerne. Tengok lembu tenusu Switzerland berlatarbelakang gunung Swiss... Ni pilih for the experience. Rumah kat Swiss mahal2 belaka. Takut tgk harga. Ni terpaksa dok dlm farm utk dapat yang murah sikit.

Firenze/Florence. Kami plan utk bermalam lama di Florence ni. So pilih rumah yang cantik rupa paras. Jauh skit dari town. Tapi sebab ada issue driving di Italy (yang akan aku tulis kat bawah ni) kitaorg pilih rumah ni.

Lastly, Venice. Location location location. Aku rasa rumah ni mmg paling dekat yang boleh dapat dgn bajet yang ada. Dan so far condition nampak cantik dan org sangat recommend the host as baik.

All the houses above hosted by superhost. and they do accept us. Mula-mula takut jugak diaorg taknak accept org kampung. Ada 2 tempat lagi yang tak berapa sure mana nak duduk. Sebab both tempat tu tido satu malam je. Not much important sangat especially Milan the last one before balik.

So driving kat Italy yang sekarang ni merisaukan aku. Bila aku google dan baca advices dalam internet, memang agak memeningkan kepala pasal memandu di Italy ni. Aku dah biasa memandu disebelah kiri, so itu tak menjadi masalah. Tetapi, disebabkan bilangan rombongan yang besar ni, aku kena ambil kereta 6 seaters yang katanya org Italy drive kereta kecik2 je. Itu takpe lagi.
(Gambar taken from www.autoeurope.com)


Tetapi yang aku risau pasal Zona Traffico Limitato atau ZTL. Zon Pemanduan Terhad. Kebanyakan bandar ada kawasan ZTL ni. Makna ZTL ni hanya kereta yang berkenaan je yang boleh masuk kawasan ZTL. Selalu nya utk resident yang memang tinggal di kawasan tu. Dan kebanyakan kawasan ZTL ni terhad di pusat bandar, kawasan tourist attraction etc. ZTL ni takde special signage, i.e. kadang kala boleh tak perasan dan no turning back. Kalau masuk ZTL memang akan terus kena saman.

Selalunya kereta yang boleh masuk satu-satu ZTL ni kereta yang owner nya duduk dalam daerah tu. So ada kemungkinan kereta italy yg dari Pisa tak boleh masuk ZTL di Florence. Jadi kereta sewa ni memang takde permit lah nak masuk dlm ZTL ni. ZTL ni antara consideration masa pilih accomodation.

Lagi menakut kan aku, GPS selalunya tak notify pasal ZTL ni. So ada potensi kita lalu je ZTL ni bila nak lalu ke tempat lawatan. Kalau dah lepas masuk dan takde permit, auto fine masuk dalam buku. Dan ZTL ni pun ada time dia jugak. Tapi aku  dah tak tgk time dah, janji jangan masuk ZTL.

Bila banyak baca pasal ZTL ni, lagi risau lah aku nak drive ni. Dah lah kita kalau boleh nak parking sedekat mungkin dengan tempat lawatan sbb ada bebudak dan PIL yang tak larat jalan. Ni mmg kena masuk public transport la jawabnya.

Saman selalunya a flat rate, maybe boleh bayar - terpaksa bayar lah kan. Tapi bila aku tengok clause sewa kereta, ada flat rate fee kalau kita kena saman. Impose by the Car Rental Company bagi menguruskan urusan saman kita tu. Flat rate tu yang menggila rasanya. Lebih mahal dari the actual saman.

Serious perkara ni mencuakkan aku.

No comments:

Post a Comment