Monday, November 11, 2019

Roadtrip : Hatyai - Songkhla - Pak Bara - Satun

Adik ipar sorang ni tak dapat join ke Jakarta/Bandung sebab takde cuti. Dia x puas hati sebab left out tapi dia cadangkan untuk buat roadtrip ke selatan siam (lagi?). Kali ni dengan semua 3 beradik sebelah wife. Meriah sebab masing-masing ada anak lebih kurang sebaya umur. Masa gi Jakarta/Bandung yang tak cukup sorang pun dah meriah seluruh perjalanan... Ni dah berempat lagi lah. 
Kami bertolak lewat kali ni. Sebab Abah ada hal pagi sabtu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam... Semua anak2 dalam kereta kami. So awal-awal merasa lah ketenangan mcm gambar ni. Otherwise melompat je. Actually trip ni jadi lebih menarik sebab nak melayan kerenah 4 budak ni lah. 

Kami sampai di border Bukit Kayu Hitam around pukul 3. Smooth di bahagian Malaysia. Tapi kat siam agak sesak tapi proses dan bangunan dah sangat baik. Kat sini penumpang kena turun, while driver beratur dalam kereta. But petang tu tak sesak sangat..tak sampai 2 jam dah settle semua. So... Siam here we come. 


Walaupun kami baru je makan sebelum cross border, selesai je semua urusan kami terus menuju ke Restoran di Danok. Selepas makan terus ke hotel. Disebabkan kami tak lama di siam ni, walaupun penat malam ni kena jalan-jalan jugak. Dah sampai, rugi tak pergi. So malam ni kami pergi ke Asian Nightmarket. 


Nothing much kat market ni. Not for us. But kat situ kami jumpa Malaysians je penuh. Dari tempat jualan sampai lah ke food court. Frankly aku lebih suka Greenview Night Market.

Itinerary utama jalan ni as always, cari makan. And one of the famous one is the Chabura Dim Sum. Kami tau tempat ni sesak dan ramai Malaysia. So aku google n katanya dia buka pukul 6am dan dari hotel kami ke situ tak sampai pun 10 minit. So as early as pukul 6 kami dah siap2 nak ke chabura. Kami senang dapat meja. Since sangat awal.... Yummmsss.. Semua jenis ada. Boleh order dan makan dengan tenang.
By the time kami settle dalam 730am. Dah penuh dah restoran tu dan dah ramai dah ambil no giliran di luar. Alhamdulillah. Kalau kena tunggu kat luar dengan budak2 ni, memang tak lah nak makan sini. 

Hari kedua ni main itinerary adalah ke Songkhla Zoo. Sepertimana entry dulu-dulu tu. Songkhla zoo masih sama. Cumanya tak boleh drive kereta sendiri. Kena naik zoo train. Which was not really covenient. Siap berebut dan bertolak tolak. Mainly sbb dia takde station dan proper queue. Train stop keja depan kejap ke belakang. 

Selepas zoo. Kami head terus ke Pak Bara, our next destination. Aim utama nak gi pasar malam Pak Bara. On the way tu for sure la singgah Amazon Cafe dgn 7-11. Beli macam-macam. Dan lunch di Kai Tod Decha dekat dgn airport. Sedap ya amat. Puas hati datang sini lagi. Datang ni balas geram kedai ni tutup masa kami datang beberapa tahun lepas. 

Kami tiba di Pak Bara dah pukul 630am. Bilik dah tersedia. Cantik juga simple resort ni. Lepas refresh sekejap terus pergi ke Pasar Malam.

Apparently, pasar malam dia tak sebest pasar malam yang aku pernah pergi di Don Khuan sebelum ni. Takde buka table. Tak banyak sangat jenis2 makanan berat. Tapi dalam takde benda tu bagai orang giler jugak membeli. Banyak... Tak terabih. 

Breakfast ada provided di hotel. Breakfast best. Ada macam-macam options. Ada local ada juga western style. All halal. Ada laksa siam dan ada kuih muih.
Extra pula sebab dia sea front. Memang enjoy. Really cantik. Dah nampak laut, bebudak pun nak main pasir. So... Lets main tepi pantai Pak Bara.
Ada small strecht untuk main pasir or mandi laut di Pak Bara. Di sekita Pak Bara Viewpoint, tempat pasar malam semalam. Pantai bersih. Ombak kecil. Tapi awal pagi pukul 9-10am tu time air naik. Sebab tak menyempat, terlupa pula nak bawak baju mandi. Belasah je mandi pakai baju tido. Dengan suasana redup tepi pantai, sejam lebih la depa bermain sebelum we plan untuk balik ke hotel, check out dan gi lunch di Tanjung Pauh.

Perjalanan ke tanjung pauh hampir sejam. Hujan di sepanjang perjalanan. Tapi sebab dah pernah pergi, dah boleh anticipate keadaan jalan dan sekitar. Sekali lagi kami tuju ke kedai sama macam last March. Kali ni kami nampak dah ada sign board untuk kedai seafood tersorok di dalam kampung Nelayan tu. Sara Seafood. Again... Ya amat sedap. Puas hati. Budak-budak were too tired untuk main pasir lagi. Elok pun sebab cuaca tak elok. Hujan je.

Hujan masih lebat. Kami tak dapat ke pasar basah. So we headed to Big C untuk beli beli barang. Right after that we went to pasar basah beli barang-barang kering dan beras. Kami pergi kedai sama macam kami pergi bulan Mac hari tu. Senang. By then dah pukul 4. So we should head back to the border. Nampak gayanya x sempat lah nak singgah pasar di Wang Kelian dan Padang Besar. 

Lepas berhenti solat. Jam dah hampir pukul 5. Border tutup pukul 6pm. Ada less than 30km to go. But then ada about 300km lagi nak balik ke ipoh. Badan masing-masing dah penat. So aku saja je bagi cadangan. Why not balik esok je. Kita maybe boleh sampai border. Tapi lepas border tu tengah malam baru sampai. Lagi pun tu hari isnin Deepavali. Mesti traffic sesak sebab lebih banyak kenderaan ke selatan. Dan semua yang bekerja memang cuti esok nya. Semua setuju dan kami extend cuti satu malam. 

Patah balik ke pekan Satun. Nak cari hotel. Banyak je. Tapi our main consideration, hotel kena ada lift. Dan over a couple of calls, we decided untuk tido di Starin Resort. Hotel islam. Takde breakfast for Thb 500 semalam. RM70 je. Ok lah. Apparently takde orang pun lain di resort tu. Kami boleh pilih bilik lagi. 

We stayed kat chalet sebelah menyebelah. Bilik semua on the ground floor je. Jenis chalet. Bilik simple. Ada terasa ada nyamuk. Tapi malam baru lepas hujan ni. Memang terasa suasana dok dalam hutang. Segala bunyi serangga dan katak.
Malam tu we had dinner at restoran negara dan esok pun pergi breakfast yang aku pergi bulan Mac sudah... Macam ulang-ulang kedai sama. Next time datang sini kena try kedai lain pulak. 

Kami keluar awal check out. Sampai border before 10am. Takde banyak pun orang berniaga di Wang Kelian. Mungkin awal lagi dan hari tu hari selasa. Cross border pun smooth. Dan kami sempat singgah pasar di Padang Besar. Aku baru tau ada kompleks tu. Ada banyak benda menarik sini, lebih mudah. Semua ada. Cumanya harga barang2 dah mahal lah... Start harga tshirt pun rm30, baik beli tshirt h&m or uniqlo. Lagi murah.