Tuesday, August 26, 2014

NZ Planning : Making the bookings

I wish i could travel freely. Beli tiket pergi dan balik and decide there and then mana nak pergi. Tapi kalau dah ada 10 org keluarga dan 6 org bukan keluarga (oh my parents friend nak tag along with the trip) memang la kena plan and book siap tempat bermalam. Walaupun ber campervan, nak kena book jugak campsite. Nanti xde electric dan proper bilik air plak malam.

So we have decided to rent 2 campervans dan 1 kereta utk travel around.  Tapi utk penjimatan, masa di bandar Auckland dan Christchurch kitaorg decided utk sewa van dari Jucy Rental. Jadi booking accomodation agak terhad bila dengan campervan ni. Memang kena tido di campsite la. Plus, walaupun ada tempat tido dlm campervan, mana blh tetiba berhenti mana2 and tido dlm campervan.

Talking about renting campervan ni. Selain dari try guna Malaysian company utk book campervan ada jugak aku minta quote dari broker campervan booking utk bg price. Memang pricing broker ni lagi murah la dr local Malaysian company tu. Aku pun google dan baca review jugak pasal the type and model campervan yang di sewa. Tgk youtube. Cek the size and facilities. Lebih baru campervan lebih elok facilities. Basically from my reading company besar mcm MAUI akan keluar model baru, lepas beberapa tahun dia jual campervan tu kepada company lain yg refurbish n cat semula dan continue renting at a cheaper rate. Tu sbb MAUI lebih mahal.

Update : bila dah agak2 settle nak book tu. Aku contact MAUI directly sbb ada jugak kerisauan sebab bukan book direct ke pembekal campervan. Ntah macam mana, the company try nak bid the price dr broker... And dia bagi price yang sama... Wah... Happy giler... Dpt book direct aku rasa lagi secured. Settled. Plus dia agree to pay deposit dulu... Best!

Then kereta... Ada 2 event kena sewa kereta. Masa sekejap kat Auckland dan the last couple of days kat Christchurch. Kitaorg rasa Jucy Rentals yang termurah. Yang nak murah lagi possibly Shoestring dekat Auckland. Tapi pilihan tak banyak. So we book all the other from Jucy Rentals.
Another issue yang kena settle awal (sebenarnya kena settle lagi awal dr book kereta) adalah internal flights. Antara kekangan bila guna internal flights ni adalah berapa kg boleh bawak, mostly kena tambah bayaran kalau nak bwk lebih. Lepas tu plak NZ airline limit number of bag - 1 org 1 bag. Tu lagi payah nak plan sbb kita estimate by berat, dah plak kena make sure blh muat 1 beg. Ada budak ni arrangement beg susah sikit. Lepas finalise internal flight br blh fikir book campervan.

Lastly, for accomodation... As much as top ten macam paling best... Dia plak paling mahal. But the facilities mcm superb. While the motel pun mostly sama je n ada pro and cons... Senangnya yang elok selalunya lebih mahal. Since bawa baby, option utk pergi tempat too cheap mcm kurang sbb nak tgk jugak hygine. Plus, kalau bkn campervan option utk tido dlm kereta memang xde la. Tambah2 ada org tua.

Eh penat plak nak pilih... But that is the most enjoying part.

Tuesday, August 12, 2014

NZ Planning : Refining the itinerary

Raya dah settle... So time untuk tengok and plan pasal trip ke NZ. Masa raya hari tu dah work out itinerary. So sekarang time nak start buat booking.
Itinerary dah macam set dah tapi tak berapa nak confirm lagi. Especially places to go bila dah sampai pit stop or tempat bermalam. Banyak itinerary dari blog blog, tapi kami cuba juga cari kelainan dan decide on preferences. Maklumlah kumpulan kami ni ada dari baby x sampai 2 tahun dan 4 tahun. Plus opah dan atuknya yang dah berumur 65 dan 68 tahun. So tak berapa boleh nak berangan nak buat extreme activities, tapi dah alang-alang sampai maybe lah dapat selit satu. Dan tak boleh jugak buat aktiviti hiking melampau sebab orang tua tak larat. Driving jauh sangat pula takut budak-budak kecil ni boring.

Dalam buat perancangan ni selain tengok blog blog, ada jugak ajukan persoalan kat thorntree forum lonely planet. Teringat zaman dulu (10 tahun sudah) lonely planet forum ni among the places yg senang untuk discuss and minta pandangan. Sekarang ni disebabkan internet ada banyak information dah, members pun ada yang kurang membantu especially kalau pengaju soalan terus je letak soalan tanpa buat apa2 searches or study. Samada persoalan tak berjawab atau persoalan dijawab dengan sarcasm. From lonely planet ni aku tanya pasal hiking yang sesuai untuk group aku yg range umur jauh ni. So antara lain mencadangkan Hooker Valley and Kea Point Track yang mostly takde banyak blog blog cerita. 

I wasn't talking about the Hooker Valley track, which doesn't access a glacier, but the Kea Point Track does - easily walkable for a 3 year old; also as Harry points out, you can drive to the Blue Lake carpark & picnic shelter and sramble up the lateral moraine of the Tasman Glacier, and walk for 20-25 minutes to the edge of Lake Tasman, without paying a cent; OR you can take the Argo tour or Glacier Explorers Tour.

Tapi lain orang lain pandangan. So kebanyakan forummers bukan Asians jadi yang lebih dibincangkan adalah kenyataan dalam forum yang umur 65 tahun tu veteran. The westerners ni umur 65 ni masih kuat berjalan hahaha...

Selain dari forum, aku ada jugak minta itinerary dari rakyat Malaysia yg buat booking campervan dan yang ada bilik or rumah sewa sana. But mostly tak kena dengan bajet kami. Lebih kepada kalau nak senang n risau travel sendiri, book lah dari diaorg. Tak payah banyak fikir dah.

Bila dah agak set itinerary ni, kitaorg mula lah book internal flights Auckland to Christchurch... Itu pun itinerary kena alter jugak utk memastikan jadual flight sesuai dan berapa lama nak book kereta dan di mana nak tido utk memudahkan transit. Ada beberapa lokasi yang macam tak banyak pilihan especially kalau dah bawak campervan. Memang kena cari campervan site la. Dan dalam bandar macam tak praktikal pulak bawak campervan. So kitaorg cari lagi if sesuai untuk sewa kereta bila di bandar besar. Sebab campervan tu macam dah wajib, kalau pergi NZ x bawak campervan tak pasti gi mana lagi yg sesuai dengan campervan ni. Nak tak nak, mahal ke tak... Campervan is a must.
So there you go... Ramblings entah apa2 while planning for this trip.

Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Tahun ni Raya sebelah Daddy... Selamat Hari Raya everyone - that's me with my cousin Kakak Qielah