Tuesday, August 12, 2014

NZ Planning : Refining the itinerary

Raya dah settle... So time untuk tengok and plan pasal trip ke NZ. Masa raya hari tu dah work out itinerary. So sekarang time nak start buat booking.
Itinerary dah macam set dah tapi tak berapa nak confirm lagi. Especially places to go bila dah sampai pit stop or tempat bermalam. Banyak itinerary dari blog blog, tapi kami cuba juga cari kelainan dan decide on preferences. Maklumlah kumpulan kami ni ada dari baby x sampai 2 tahun dan 4 tahun. Plus opah dan atuknya yang dah berumur 65 dan 68 tahun. So tak berapa boleh nak berangan nak buat extreme activities, tapi dah alang-alang sampai maybe lah dapat selit satu. Dan tak boleh jugak buat aktiviti hiking melampau sebab orang tua tak larat. Driving jauh sangat pula takut budak-budak kecil ni boring.

Dalam buat perancangan ni selain tengok blog blog, ada jugak ajukan persoalan kat thorntree forum lonely planet. Teringat zaman dulu (10 tahun sudah) lonely planet forum ni among the places yg senang untuk discuss and minta pandangan. Sekarang ni disebabkan internet ada banyak information dah, members pun ada yang kurang membantu especially kalau pengaju soalan terus je letak soalan tanpa buat apa2 searches or study. Samada persoalan tak berjawab atau persoalan dijawab dengan sarcasm. From lonely planet ni aku tanya pasal hiking yang sesuai untuk group aku yg range umur jauh ni. So antara lain mencadangkan Hooker Valley and Kea Point Track yang mostly takde banyak blog blog cerita. 

I wasn't talking about the Hooker Valley track, which doesn't access a glacier, but the Kea Point Track does - easily walkable for a 3 year old; also as Harry points out, you can drive to the Blue Lake carpark & picnic shelter and sramble up the lateral moraine of the Tasman Glacier, and walk for 20-25 minutes to the edge of Lake Tasman, without paying a cent; OR you can take the Argo tour or Glacier Explorers Tour.

Tapi lain orang lain pandangan. So kebanyakan forummers bukan Asians jadi yang lebih dibincangkan adalah kenyataan dalam forum yang umur 65 tahun tu veteran. The westerners ni umur 65 ni masih kuat berjalan hahaha...

Selain dari forum, aku ada jugak minta itinerary dari rakyat Malaysia yg buat booking campervan dan yang ada bilik or rumah sewa sana. But mostly tak kena dengan bajet kami. Lebih kepada kalau nak senang n risau travel sendiri, book lah dari diaorg. Tak payah banyak fikir dah.

Bila dah agak set itinerary ni, kitaorg mula lah book internal flights Auckland to Christchurch... Itu pun itinerary kena alter jugak utk memastikan jadual flight sesuai dan berapa lama nak book kereta dan di mana nak tido utk memudahkan transit. Ada beberapa lokasi yang macam tak banyak pilihan especially kalau dah bawak campervan. Memang kena cari campervan site la. Dan dalam bandar macam tak praktikal pulak bawak campervan. So kitaorg cari lagi if sesuai untuk sewa kereta bila di bandar besar. Sebab campervan tu macam dah wajib, kalau pergi NZ x bawak campervan tak pasti gi mana lagi yg sesuai dengan campervan ni. Nak tak nak, mahal ke tak... Campervan is a must.
So there you go... Ramblings entah apa2 while planning for this trip.

No comments:

Post a Comment