Thursday, February 9, 2017

Chiang Mai : Day 4 - Balik

Final day... gerak ke airport pagi-pagi... sebab kereta dah park kat KLIA2, so sampai KLIA2 terus boleh balik rumah. Macam rasa first time landing kat KLIA2, jauh ya amat la dari gate nak ke tempat ambil beg.

Chiang Mai ni cantik dan banyak benda menarik. Tapi disebabkan pergi dengan makcik-pakcik, itinerary dia lebih yang bersesuaian dgn pilihan mereka. Tapi kami suka trip ni, mak ayah happy, so kami happy lah. Nasib lah kami dpt naik kereta ke border tu, otherwise penat lah jugak.

Thank you makcik pakcik yang dlm trip ni, semua sporting. Walaupun banyak tempat shopping, depa bkn shopping sangat, happy dapat sampai je... Here some random pictures of them yang mostly shared dlm group whatsapp trip Chiang Mai.








Friday, February 3, 2017

Chiang Mai : Day 3 - Elephant Farm & Long Neck Tribe


Hari ni kami jalan-jalan dalam bandar. Sebab trip ni free and easy, the group boleh decide nak ikut or tak nak. Dan kalau ikut pun, boleh pilih nak duduk luar je ke, tengok show, or naik gajah etc. Kiranya no frills budget trip. So consider trip murah lah.


Hari ni, plannya nak ke Elephant Farm - Maetaeng. Cantik tempat ni. Luas. Ada Elephant Show. Nasib baik kami sempat sampai sebelum Elephant show. Terus je dapat tengok. Tengok show ni pun dah berbaloi harga tiket masuk. Walaupun ada je orang-orang yang against this kind of trip, katanya menyeksa gajah tu... but hmm.. hmm... hmm..


**Update** 
Lepas balik dari Chiang Mai ni, belakang badan Muhammad ada ruam-ruam. Dia memang ada mild eczema. So kami sapu je lah ubat eczema. Masa nampak ruam-ruam tu, kami ingatkan salah pakai sabun. Sabun pun ditukar. Sampai lah sekali tu, kami jumpa doctor sebab masalah lain. Doctor tu tanya, kenapa belakang badan dia, kami kata eczema. Doktor tu kata, tu bukan eczema. Macam bukan eczema. Rupanya dia kena bacterial infection. Kami rasa, ada possible dia kena sebab tengok gajah ni. ada sekali tu, gajah ni sembur air dan terkena dia. Masa tu, dia duduk dalam carrier ni. Ingatkan dia tak basah tak pe lah, probably air tu tak bersih dan affected seluruh belakang badan dia. But sekarang dah settle lah. So bagi yang nak bawak tengok gajah, berhati-hati ye.
Selepas tengok elephant show, kami jalan menuju ke elephant ride. Yang ni memang best. Jauh gajah ni berjalan. Siap masuk dalam sungai dan panjat bukit. Sangat best. Hessa walaupun baru 3 tahun pun happy. Berani sungguh dia. Semua makcik-makcik trip ni pun naik gajah. Lebih dari setengah jam naik gajah ni. Agak adventurous.



Lepas naik gajah ni, kami ada naik kereta lembu pulak... kemudian disediakan halal lunch. Lepas lunch, sambung naik rakit. Hessa happy sungguh naik rakit. Rakit ni berhenti jauh dari entrance, jadi kena arrange dengan driver supaya dia ambil kat tempat rakit ni berhenti. Cumanya, guide rakit ni kecoh sikit. Sibuk nak minta tips, mengadu sakit sakit badan sebab berkayuh. Terpaksa lah jugak bagi tips, tak banyak mana pun.


Lepas settle dekat elephant farm, kami terus ke Long Neck tribe village. Tak jauh mana pun, less than 10 minutes dah sampai. Kena beli tiket kat situ, tapi kena naik bukit yang tangga nya tinggi. But makcik-makcik ni lepas je. Kat atas tu, ada lah beberapa org long neck ni buat bergambar. Dia buat jualan kraftangan dan kain. Tak luas mana. Penat mendaki je lebih (utk makcik-pakcik tu lah). But menarik lah, for the first timer tengok long neck tribe ni. Hessa tido dalam perjalanan 10 minit ke sini, bila bangun dia nampak long neck tribe tu, terus terkejut dan malu-malu ambil gambar.

Sempat sampai kat hotel sebelum Maghrib. Lepas rehat dan solat. Kami ke pasar kat belakang hotel lagi. Malam terakhir kat sini... kami jalan merata sampai hujung lah... jumpa kawasan lepak2 makan... ada live performance. Open air food court. Menarik n best tempat melepak sini.
Malam tu, kami cari massage. Selain tempat massage kaki kat pasar tu, kat depan hotel ada small massage center. Untuk mak and ladies bertudung, lebih sesuai gi massage center ni, sbb bertutup. Seronok mak n makcik makcik tu dpt gi massage. Harga standard la, tak mahal mana. Dalam 250thb je sejam.