Friday, December 23, 2016

MRT

Finally MRT dah dari Sg Buloh dah in operation... so lets try and utilise public transport. I so believe with a quote I read recently. So I now use public transport - not that I am rich though but mampu lah berkereta.

“A developed country is not a place where the poor have cars. It's where the rich use public transportation” – Gustavo Petro, Mayor of BogotáJun 25, 2013

Friday, December 16, 2016

Italy planning : Aktiviti untuk anak-anak

Sambil-sambil buat planning ni, kena fikir juga the kids interest. While dia org ni kecik-kecik lagi. Kerenah tak banyak kot. Hessa baru 3-4 tahun while Muhammad tak sampai 1 tahun, so dia berdukung je lah. Possibly baru tahu jalan sikit-sikit. Hessa gi NZ pun dah lebih 1 tahun, ni lagi advance Muhammad ni.

Bila plan itinerary untuk Italy, mostly kita interested nak tengok bangunan-bangunan lama, scenery, shopping, museum (nope, apparently the group tak minat) etc. So kat mana nak selit aktiviti yang menarik for the kids ni. So tak lah mengekor je, but i dont think they mind pun. So long as mak bapak ada kan... so long as dapat berlari sana sini... makan ice cream or choc or sweets at all time jadi lah... oh, and for certain others so long as ada data/video kat youtube/gadget jadi lah... but kena fikir jugak lah. And dalam pada masa yang sama, tak lah buat aktiviti for kids yang org-org dewasa (in my case, their atok dan nenek) dok menunggu je e.g. pergi theme park or any amusement park.

So here are my list of activities or places of interest yang aku sempat nak selit kat itineary roadtrip ni (gambar google semua ni, i don't have any copyright though):

1. Jungfraujoch or Mount Titlis



My own interest is to go up to Jungfraujoch. But ada beberapa factor yang aku masih fikir-fikir lagi. Tiket nak naik ke atas ni sangat mahal. Kalau nak murah sikit, kena naik awal pagi i.e. kena keluar rumah lepas subuh baru sampai situ awal pagi. Ada jugak aku baca yang kat atas tu tgk view je, tak dapat pun pegang snow or step on it. Then most of the part, naik train dlm terowong, so maybe tak menarik. But it is the highest mountain for viewing point with the highest train station. It's on top of the world. The view is to die for.

So should i go to Mount Titlis instead, my PIL dah pernah gi situ. It's cheaper and doable though. Aku pula dah pernah ke Mount Pilatus, so that may not be an option. Anyhow, it kind of exciting kalau dapat merasa pijak or touch the snow. So akan allocate satu hari kat sini.

2. Carousel di Florence



Aku pernah sampai ke Florence/Firenze ni tahun 2004. Masa tu aku tak perasan pulak pasal carousel ni. Bila baca-baca, rupanya tempat ni kat tengah-tengah the medieval city. So boleh lah spend time kat sini while the adults enjoy the city. As said, aku dah pernah sampai sini, so i dont mind jaga bebudak if others want to enjoy the place sendiri-sendiri. It is a very lovely town to wander around. Banyak monument and historical buildings. Plus, kalau baru baca buku Inferno Dan Brown banyak tempat boleh refer to the novel.

3. Gondola ride in Venice



Naik gondola ni mahal. Dulu diaorg offer at Euro60... giler mahal. But if they want, possibly boleh try. Memandang kan ada ramai, Euro 60 tu tak lah terasa sgt. But berani ke budak tu. Plus selamat tak? Anyway, different mode of transportation pun can be interesting and new experience for the kids. So kalau tak berapa mampu naik gondola ni, perhaps Vaporetto pun dah ok dah. Memang kat venice ni kena lalu jalan air.

We also masukkan plan naik train dari Florence to Rome dan possibly naik public transport like tram dan ferry. To make the journey more interesting.


4. Gelato everywhere



Ni satu lagi. Rasanya bila-bila diaorg takde mood, ni je lah umpan kat diaorg. Memang sedap-sedap dan menarik Gelato ni. Aku dah google dah kedai-kedai yang wajib singgah for the gelato, harap-harap ada yang sempat kami rasa.

5. Parks and Gardens



Lastly, parks and gardens la. Memang merata-rata di negara Eropah ada parks, field or garden yang cantik. Bila dapat lepas berlari, depa seronok lah. Sambil yang dewasa enjoy the view. Contoh nya Park dekat menara Pisa ni. Harap-harap boleh melepak kat sini. 

Friday, December 2, 2016

Italy Planning : Memandu di Itali - ZTL

Accomodation dah kind of tahu dah mana nak duduk. For the first time ever kitaorg book airbnb. Banyak pilihan. Tapi tak tau macam mana nak pilih. Should we take those yang considered as superhost, ada yang kami pilih sebab location, ada kami pilih sebab kelainan, ada kami pilih sebab rupa paras. Tapi yang penting mesti parking free dan nampak elok. Location, sebab ada kereta mcm tak berapa kisah sangat. Dan utama jugak, bajet. Basically, kalau tick semua criteria, mmg of coz lebih dari bajet yang ada. Ni yang dah booked so far (gambar all from airbnb):

Lake Como... woot woot... tetiba Como in the list :-). Bila check semula, dr airport to Lake Como berbanding airport to Milan, tak jauh beza pun. Hampir sama. Buat pe dok Milan kalau boleh rest and kill off jet leg kat lake Como. Kami pilih sebab view dan keadaan rumah. Dia pun superhost.

Next Lucerne... hooray!!! Duduk dekat farmhouse di Lucerne. Tengok lembu tenusu Switzerland berlatarbelakang gunung Swiss... Ni pilih for the experience. Rumah kat Swiss mahal2 belaka. Takut tgk harga. Ni terpaksa dok dlm farm utk dapat yang murah sikit.

Firenze/Florence. Kami plan utk bermalam lama di Florence ni. So pilih rumah yang cantik rupa paras. Jauh skit dari town. Tapi sebab ada issue driving di Italy (yang akan aku tulis kat bawah ni) kitaorg pilih rumah ni.

Lastly, Venice. Location location location. Aku rasa rumah ni mmg paling dekat yang boleh dapat dgn bajet yang ada. Dan so far condition nampak cantik dan org sangat recommend the host as baik.

All the houses above hosted by superhost. and they do accept us. Mula-mula takut jugak diaorg taknak accept org kampung. Ada 2 tempat lagi yang tak berapa sure mana nak duduk. Sebab both tempat tu tido satu malam je. Not much important sangat especially Milan the last one before balik.

So driving kat Italy yang sekarang ni merisaukan aku. Bila aku google dan baca advices dalam internet, memang agak memeningkan kepala pasal memandu di Italy ni. Aku dah biasa memandu disebelah kiri, so itu tak menjadi masalah. Tetapi, disebabkan bilangan rombongan yang besar ni, aku kena ambil kereta 6 seaters yang katanya org Italy drive kereta kecik2 je. Itu takpe lagi.
(Gambar taken from www.autoeurope.com)


Tetapi yang aku risau pasal Zona Traffico Limitato atau ZTL. Zon Pemanduan Terhad. Kebanyakan bandar ada kawasan ZTL ni. Makna ZTL ni hanya kereta yang berkenaan je yang boleh masuk kawasan ZTL. Selalu nya utk resident yang memang tinggal di kawasan tu. Dan kebanyakan kawasan ZTL ni terhad di pusat bandar, kawasan tourist attraction etc. ZTL ni takde special signage, i.e. kadang kala boleh tak perasan dan no turning back. Kalau masuk ZTL memang akan terus kena saman.

Selalunya kereta yang boleh masuk satu-satu ZTL ni kereta yang owner nya duduk dalam daerah tu. So ada kemungkinan kereta italy yg dari Pisa tak boleh masuk ZTL di Florence. Jadi kereta sewa ni memang takde permit lah nak masuk dlm ZTL ni. ZTL ni antara consideration masa pilih accomodation.

Lagi menakut kan aku, GPS selalunya tak notify pasal ZTL ni. So ada potensi kita lalu je ZTL ni bila nak lalu ke tempat lawatan. Kalau dah lepas masuk dan takde permit, auto fine masuk dalam buku. Dan ZTL ni pun ada time dia jugak. Tapi aku  dah tak tgk time dah, janji jangan masuk ZTL.

Bila banyak baca pasal ZTL ni, lagi risau lah aku nak drive ni. Dah lah kita kalau boleh nak parking sedekat mungkin dengan tempat lawatan sbb ada bebudak dan PIL yang tak larat jalan. Ni mmg kena masuk public transport la jawabnya.

Saman selalunya a flat rate, maybe boleh bayar - terpaksa bayar lah kan. Tapi bila aku tengok clause sewa kereta, ada flat rate fee kalau kita kena saman. Impose by the Car Rental Company bagi menguruskan urusan saman kita tu. Flat rate tu yang menggila rasanya. Lebih mahal dari the actual saman.

Serious perkara ni mencuakkan aku.

Monday, November 14, 2016

Italy Planning : Setting the itinerary

So Italy here you go... the PIL has decided. We concentrate only on Italy... so which part of Italy shall we go. I would love to go to the Rome to the south as I've been to few cities on the north. Tapi kat south tu tak banyak tempat yang popular, my PIL prefer those must see places especially Venice dan Pisa. Dan aku plak cakap, instead of giving more time to Rome and the souther part, we can utilise the days to Switzerland. Eh, tu lagi best kan... boleh tengok view cantik dan salji. Sapa tak nak gi Swiss kan.

We've decided to fly to Milan instead of Rome sbb nak lebih ke Utara. So first day dan last day dah set.

To set the itinerary, ni soalan-soalan yang aku nak kena study:

1. Samada nak turun ke Rome first then naik ke atas sampai ke Swiss part. Or the other way around. Ni determine mode of transportation. Perlu ke naik kereta and drive. Any time boleh guna public transport? or perlu naik internal flight or train or boat?

2. What are the highlights and interest? Rome or Venice / Shopping dekat Milan or outlet mall / Switzerland mountains or Cinque Terre / etc etc etc Tgk jugak timing tempat-tempat interest tu. Ada special festival ke masa jalan kat sana?

3. Then berapa lama nak tido kat mana, tu bergantung sangat dengan highlights and interest. Then nak kena pilih la type of accomodation. Ni pun payah jugak ni. Nak dekat dengan places of interest or blh park and ride ke?

4. Apa pula aktiviti anak-anak. Sesuai tak plan nak gi Ufizi gallery bawak bebudak. Or should we skip. Apa aktiviti untuk bebudak? Jarak perjalanan tu sesuai ke bawak budak. Places of interest tu budak-budak appreciate tak or otherwise kita pun mengamuk kalau diaorg boring.

5. Bajet cukup ke pun nak cover semua yang best tu... ni sebenarnya issue utama. Kalau takde bajet constraint... eh semua boleh jalan.

Lagi penat bila ada jauh age gap dan differences in interest dalam satu group. Tapi agak kurang sikit stress kat aku bila plan, sbb aku dah pernah gi sana. So i can kurang kan my expectation dan dah settle with my own interests.

Anyway, for me the best part of travelling is the planning stage. Aku suka berangan dan plan itinerary. So give me all the ideas and opinion and interest. I'll set one which hopefully suited everyone. InsyaAllah.

Friday, October 21, 2016

2017 trip planning

Aku dapat email dari QR yang part of miles aku yang ada dlm system dia dah nak expired. Tapi in total, Qmiles tu boleh sampai ke Europe jugak... but we certainly tak berapa nak cukup duit nak travel. Baru je dapat baby and majlis aqiqah tu banyak jugak habis. But, macam wasted je lah kalau Qmiles ni tak digunakan.

So I put up various proposal. Since the last time pergi NZ dgn my family, now I proposed a roadtrip kepada parents my wife. Diaorg pun tak pernah buat roadtrip. Here are my proposals.... this weekend nak balik Ipoh and tanya pendapat diaorg.

Tapi ada beberapa tempat yang my PIL maybe tak berminat yang my wife pun dah reject awal-awal. I at first plan nak ke 2 weeks UK, 2 weeks Spain/Portugal and 2 weeks South Africa. But my wife dah kata either dia tak berminat atau the PIL dah pergi dan tak nak explore more than the main cities. So here are my final 3 proposals:




Basically around RM10k per person for 2 weeks trip all inclusive. And possibly the trip during Spring.

Europe tu banyak travel, but we get the glimpse of everything. I've been to many of those places so agak familiar nak plan. Ada few places yang teringin sangat aku nak pergi, mcm Brugge dan Amsterdam.

Scandinavia tu aku sendiri tak pernah sampai. But the airbnb rumah gayanya best-best. Cantik. Location pun ada yang unik. Tp agak lama lah on the road in between the cities.

Italy tu sbb my PIL tak pernah pergi. I've been there once in 2004, so tempat-tempat tu semua dah cover lebih kurang, so my expectation agak kurang but a bit familiar, so senang nak plan. Banyak tempat boleh cover without travelling on the road too much.

Wednesday, October 12, 2016

Aqiqah M and Birthday Party H

Last weekend kitaorg buat Majlis Aqiqah dan kebetulan sehari sebelum birthday Hessa, buat sekali harung terus....


Here are some pictures for memory... We designed and decorated the rumah sendiri semua nya... DIY and tak cukup bajet.














Thursday, September 15, 2016

Cameron Highlands : Daytrip from Ipoh

Image result for cameronian inn



Hari tu cuti awal sikit sebelum raya haji, kami sempat buat daytrip naik Cameron Highlands. Tak tido sana sebab datang dari Ipoh. Lepas light breakfast kami terus ke sana, aim nak makan scones, petik strawberry and minum teh kat kebun teh. Muhammad pun dah masuk 3 bulan, dah boleh keluar rumah jauh sikit.

First stop: Scones at Cameronian Inn (gambar bawah ni from google).
Aku ada baca tempat ni served the best scones. Dan dia lain sikit dari tempat-tempat lain. Memang ye pun, dia kat rumah rehat yang kecil. Tak ramai org pun ada kat situ masa kat sana. Sangat rasa homemade. Dan kawasan inn tu agak sunyi, jadi dia ada aroma romantik tapi simple. Dengan taman bunga kecil kat area tu dan suasana sejuk, memang best la tempat ni. Scones pun tak mahal. Best dan boleh ulang lagi datang sini :-)

Next stop : Petik strawberry.
Kitaorg decide untuk petik buah strawberry di ladang di Kampung Sedia. Nak support peladang kampung ni. Mungkin sebab kami datang ni sebelum raya haji, tak ramai langsung orang kat sini. So petik pun aman-aman je. Banyak jugak strawberry. Dan pengalaman memetik tu yang best. Dan bila tak ramai org, tak lah berebut. Sebelum balik, kami singgah makan aiskrim strawberry. 


Final stop : Minum teh di ladang teh
Kat sini ada 3 atau 4 ladang teh. Kami pilih Ladang teh sungai palas sebab view dia. tak sangka nak sampai ke ladang ni kena menapak jauh jugak. Kami pun bernasib baik sebab sampai pun dah hujung-hujung sebelum dia tutup. so dah ramai orang balik dan senang cari tempat duduk. Frankly makanan kat sini tak lah terlebih sedap but ok lah. Mostly packed food. agaknya lebih mudah nak handle orang yang ramai datang minum teh sini. Tapi kami ada cuba cheese kek nasi lemak tu, hmmm... ok lah rasa but tak lah boom yang boleh order lagi, but tak lah langsung tak sedap. Kena berani cuba. ANyway, kami datang sini for the view :-) which was really good. Tak sah datang cameron kalau tak datang ladang teh ni.


Lepas minum teh, kami pun turun balik ipoh, ikut jalan gopeng. Puas hati dapat ke Cameron, dah lama sungguh tak ke sini.

Friday, July 8, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Hari Raya kali ni dah berempat...



Kena break from jalan-jalan sampai hujung tahun...

Sunday, June 26, 2016

Welcome to the world.. Muhammad...


Dulu masa Hessa lahir sempat jugak ambil video. Muhammad ni tak sempat pula. Sebab tetiba sampai kat hospital, proses nya cepat pula. Dulu Csect, ni normal. Jadi tak sempat nak plan camera. Ni video Hessa lahir dulu.





Thursday, April 21, 2016

Hiatus

No travelling plan.

No jalan-jalan jauh.

No flying.

No budget.


From April to the next 6 months


While the last tri-mester....  and the first 3 months. InsyaAllah.... semua berjalan dengan baik


Ibu need full rest and preparation for Adik.



Happy Birthday Ibu!
InsyaAllah... kita doakan yang terbaik dan dipermudahkan.

Thursday, March 31, 2016

Roadtrip : Haadyai - Ipoh

Last day our roadtrip kali ni. Tak sangka boleh buat road trip ni. Finally settle semua. Takde berapa plan pun. Semua pakai apa sempat je.

Kami gerak awal jugak hari ni. Breakfast tak berapa sangat. Sebab plan nak makan kat Danok. Dekat je Haatyai ke Danok, lebih kurang 1 jam je... Bila dah dekat dengan Border baru kami tengok-tengok mana kedai nak berhenti. Tak jumpa pula yang mana yang menarik. Tiba-tiba dah hampir sampai hujung i.e. tak boleh patah balik. Sebelum masuk ke immigresen aku ambil simpang kiri untuk elak masuk kawasan immigresen, sbb kami tak makan lagi. Ntah mana sesat kat jalan belakang-belakang tu tapi tetiba jumpa kedai makan ni.... so tak tau ke mana lagi kami stop la.

Nama restaurant ni Nurlaila, kami tak letak apa-apa expectation... tapi sedap ya amat....!!!! sangat sedap dan harga ok. Tapi sebab kami berdua je yang makan, tak boleh nak order melampau-lampau banyak nanti bazir, but kami tapau jugak untuk makan bila sampai ipoh nanti InsyaAllah...

Memang wajib untuk ulang semula kedai ni. Gambar pun tak ambil sbb tak jangka sedap melampau, ni pun gambar dari google map je.

Masuk balik ke Malaysia agak senang, sebab border Danok tak perlu keluar kereta. Wajib pulangkan semua dokumen especially document bawak masuk kereta tu, nanti kena saman pulak.

But aku rasa dalam jauh-jauh perjalanan, driving dari Bukit Kayu Hitam ke Ipoh yang paling penat... dah lah pressure kena highbeam memanjang kat highway... but Alhamdulillah, sebelum maghrib kami sampai di Ipoh dan menikmati lauk pauk dari Nurlaila :-)

Monday, March 28, 2016

Roadtrip : Phuket - Haadyai

Hari ni last day di Phuket, kami plan untuk check out hotel awal sebab bagi peluang nak menyinggah mana-mana tempat tepi jalan. Sebab masa datang hari tu, nampak jugak beberapa tempat menarik. Lagi satu, kami memang target nak berhenti di R&R Trang - Patthalung, katanya ada section halal yang sangat menarik kat R&R ni.


Dalam pukul 10am kami gerak dari Renaissance Phuket. Perjalanan hari ni mengambil masa hampir 6 jam. lepas tu, kami akan stop every 2 hours, so ada harapan malam baru sampai ni.

Tapi tak jauh mana, lepas je jambatan Phuket tu dah mula stop. Beli nenas... banyak kami beli buat makan dalam perjalanan. Lepas tu kami meneruskan perjalanan. Kami lalu beberapa gerai jual ayam golek. Nampak sangat menarik. dah berderet-deret kedai ayam golek tu, akhirnya kami buat stop kedua... janji halal.
Setelah 5 jam kami jumpa R&R Trang Patalung ni... memang besar dan ada tempat makan halal muslim dan ada surau untuk solat. Memang wajib berhenti sini. Plus dia ada section jajan-jajan dan kek local yang halal. Memang shopping sakan buat buah tangan. (gambar first bawah ni dari google map je)


Memang agak lama kami berhenti kat sini. Pilihan makanan tak banyak, tapi apa yang ada mencukupi. Standard mee/bihun sup macam mee celup tu. 35 baht je, tak sampai RM5. kedai pun bersih. Ruang solat pun besar.

On the way dari Patthalung ke Haatyai, kami banyak lalu tempat-tempat lawatan. Ada kawasan tepi hutan/bukit yang cantik. Tapi next time kami datang lagi.

Kami finally sampai di Centara Haatyai dah hampir Maghrib. Hampir 9-10 jam perjalanan. Alhamdulillah takde masalah langsung sepanjang perjalanan. Yang sesak pun bila masuk ke bandar Haatyai. Kami pilih Centara ni sebab lokasi dia central dan senang nak ke pasar malam Haatyai ni. First time kami di bandar ni. Since kami dah jangka akan sampai waktu malam, kalau boleh dinner tu beli disekitar ni je.

Warning!!! kami finally makan di Restoran Hamid, sbb nak senang handle Hessa berbanding makan kat warung-warung tu. Jangan makan kat situ. Harga melampau mahal. Rasa sangat tak sedap. Makan tomyam dia, taruh ikan bau hanyir ya amat. Lauk-lauk lain sikit dan tak sedap!!! seriously mahal dan menyesal kami makan kat situ. Terpaksa beli makanan lain. jauh lagi sedap ayam golek yang kami beli dalam perjalanan tadi.

Hotel centara ni tak berapa ok. Hotel lama. Katil keras. Toilet pun kecik. Sink pun flow tak best. Carpet dia nipis. Tapi untuk satu malam, tak kisah lah. Harga dia mahal berbanding lain probably sebab brand dan lokasi. Basically, our 1 night kat Haatyai do not give a good picture of the city. Perhaps kena ulang dan bagi dia peluang sekali lagi.

Thursday, March 24, 2016

Roadtrip : Relax at hotel

Hari ni kami utilise sepenuhnya hotel ni. As trip gi jogjakarta haritu, bila ambil hotel yang mahal sikit kena ada allocation 1 hari untuk enjoy the hotel facilities and the room. Baru lah berbaloi. Dan since bawak budak kecik, free day mcm ni memang sangat diperlukan. So depa bebas berlari dan relax. Tak perlu apa-apa expectation. 

Tapi disebabkan kami tak ambil breakfast kat hotel, pepagi tu aku keluar ke gerai-gerai tepi jalan dekat masjid, area restaurant kami pergi first night di Phuket. Banyak local stalls jual breakfast, halal-halal semua. rambang mata. memang aku ambil mostly 1 item from apa yang ada dijual. Aku jenis rajin mencuba. Tapi takde pulak snap gambar.

Lepas breakfast, first thing.. lets hang out kat the nice pool. Kali ni giliran ibu yang join Hessa kat dalam pool. Kat hotel ni ada separate kids pool and ada slide. Adult pool dekat bar near the beach. So agak secluded dan takde ramai org kat kids pool. Ada jugak kids center kat situ, tp Hessa was too small to enjoy the kids center.

Lepas puas mandi, tukar baju dan lepak tepi beach. Hotel ni ada private beach dia sendiri. Cantik suasana beach. Redup bawah pokok. Tapi laut tu tak boleh mandi pulak. 
By then dah dekat pukul 2pm pun, perut pun dah mula start lapar. Masih banyak lagi makanan yang beli pagi tadi, kami balik bilik untuk rehat, Hessa pun dah penat. So kami balik bilik rehat.


Petang tu kami balik semula ke tepi pantai, enjoy the sunset. Plus Hessa pun dari pagi minta main pasir, so there she was, main pasir.

Lepas sunset, kami makan kat kedai tepi jalan yang ada sign board halal. Ntah apa nama kedai ni. Janji dia label halal. Alhamdulillah. Kedai luas dan bersih. Makanan dan harga standard.