Thursday, October 3, 2019

Quick Trip : Jakarta - Bandung Day 2 of 2 and balik KUL

Hari ni kami bermula sangat awal. Dijangkakan perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan mengambil masa 3-4 jam, jadi kami dah keluar hotel jam 4am.
Semalam kami semua skip Masjid Istiklal sebab tak larat. Pagi ni cadang asal nak subuh kat situ pun terpaksa skip. At least ada 50 bas persiaran dah ada di masjid tu pukul 4am. Orang dah ramai. Gerai gerai menjual pun dah buka.. Kagum aku. Subuh pukul 430am but 4am dah penuh gitu. Ke sebab hari ni ada perhimpunan bantah kerajaan. Kami pun tak pasti. 

Kami sampai di Bandung around 8.30am dan straight gi breakfast. Simple breakfast. Sedap. Ramai orang. Hari ni hanya gi ke kedai dan mall untuk shopping.

Fashion House ke Pasar Baru ke Toko Buku ke lunch ke Pasar Cibaduyut (yang ni first time aku pergi dan shop) Rumah Mode ke Kartika Sari dan Amanda dan akhirnya kami balik semula ke Jakarta. Jam pukul 9am. Guide cakap, better makan malam di dalam perjalanan saja. Dan kami lalu jalan lama bukan highway. Lalu area bogor.

Kami stop untuk makan di satu restoran Sunda selepas kami keluar dari Bogor. Nampak gaya macam kedai tu je buka. Masa tu pun dah pukul 10pm. Ni pun kedai simple. Gurami goreng panas dengan nasi pun ok dah masa ni. Kelaparan.

Selepas makan tu, salah sorang makcik aku yang dalam group sampai 1 jam lewat bertanya-tanya if flight diaorg sama timing ke dengan yg lain. After selidik rupanya group lambat 4 orang ni flight diaorg 4am bkn nya 4pm macam 11 orang lain. So masa tu dah pukul 11pm lebih so ada 5 jam lebih kurang untuk fly out ke KL. Katanya dah cek dulu tapi diyakinkan pukul 4pm. Bergegas la kami macam fast and furious. Aku dah start call MAS utk back up plan in case terlepas flight. Very costly though... But based on calculation waze sempat sampai ke airport, cuma kena bergegas la. Dan Alhamdulillah all went well. Diaorg ni umpama 2 hari 1 malam je untuk trip ni. Hebat.

The next day we went to my favourite shopping mall di Jakarta - Thamrin City Mall. Dok la shopping dalam sejam before we head to the airport. We packed our lunch n makan kat airport je. Airport baru ni luas dan cantik. Plus dia ada trolley dan boleh letak anak jugak. So tak perlu bawak stroller.

Sampai KLIA, shuttle nak ambil kereta agak kelembapan jugak. But ok lah, dia hantar ke parking lot sampai depan kereta. Penat dah nak angkut beg. 

I would highly recommend our driver/guide untuk trip ni. Kereta/van dia bersih. Dia fasih berbahasa melayu dan selection food dia ok. Dan yang paling bagus, dia quick thinking dan relax. Masa kami ke bandung tu dia tu driving or bekerja hampir 24jam. Bertolak pukul 4am dan last hantar group ke airport pukul 2.30am baru masuk balik hotel. But dia ada co-driver la all the way, kawan dia jadi back up in case dia penat. 

Lagi satu, aku rasa Jakarta ni sudah sangat banyak kemajuan. Benda utama yang kami notis, bandar dia significantly lebih bersih dari dahulu. Ada sungai yang nampak bersih dan tak nampak orang-orang yang dok setinggan bawah jambatan.