Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

Friday, January 10, 2020

Russia with toddlers : Day 4 - All round

Hari ni hari terakhir kami di Moscow. Jadi kami cuba utilise as much dan wajib ulang balik Red Square sebab tu the central of attraction and activities. The kids loved it so much.

We leave early. Dan hari ni kami plan untuk tak bawak stroller and the kids gonna walk around as well.

Again, terlupa lagi nak tukar duit dekat money changer dekat hotel. But kami di sekitar Moscow city center, so should be alright la. Dari semalam kami cari cafe alenka. Alenka ni chocolate brand Russia. Under the same company ada beberapa jenis chocolate brand, tapi yang ada gambar baby 'Alenka' tu yang ingredients boleh kita makan. Yg lagi 2 samada ada alcohol atau x guna soy based. So on the way to our first location kami kena tukar train di Beloruskaya. Pusing lah satu station dan finally jumpa the Alenka shop tapi xde cafe. So we head terus ke destinasi pertama. Central Masjid Moscow untuk solat zohor/asar n have lunch. Dari Beloruskaya kami naik tram ke Masjid. 

Kami tiba di area masjid 15 min sebelum masuk waktu zohor. Around 12.30pm. So kami gi lunch dulu. Boleh lah kami cuba Brosch. Local soup. Mcm gaya Ghoulash di eastern europe. Kami order lamb soup sbb nampak org lain order tu. Kami order salmon dan chicken utk anak2. Sedap... Semua sedap. 

Lepas makan kami ke Masjid. While kami nak solat dah azan asar. Sbb asarnya 1.30pm rasanya. Ni lah masjid moscow. Besar. Paling besar di Eropah rasanya. Cantik. Besar. Ada restaurant Morrocan dalam tu.

We walk to the nearest bus station. Matlamat kami nak pergi ke Gorky Park. Masa tu dah 2.30pm. Cuaca hari tu agak sejuk. Dan cuaca agak kelam dan mendung. Hari ni Hessa jalan kaki dan kami tak bawak stroller. Muhammad masih berdukung dalam carrier. Kalau naik public transport dengan anak2 ni, jalan ke bus stop dan tunggu bas adalah aktiviti yang memenatkan kepada mereka. Tambah pula bas bkn mcm Metro. Lebih terdedah kepada cuaca. Station Metro terdekat dengan masjid adalah station Prospekt Mira, tapi nak menapak ke situ lagi jauh. Bas dan tram lebih mudah. 

Nak ke Gorky Park kena tukar bas. Sampai bas stop nak tukar bas, Hessa nak minta nak minum. Kami pula dah kehabisan air, so aku pun cari lah air mineral dalam Mall kat belakang bus stop tu. While mencari air mineral, aku terjumpa Alenka Cafe. Terus aku ajak semua masuk n have a break dlm cafe. Muhammad pula tengah tido masa tu. So dapat la dia tido atas sofa di dalam cafe. Rupanya Mall kami singgah tu Toys Mall where semua barang dijual situ sesuai untuk anak2. Ada juga persembahan sempena xmas. Tp Hessa kata the brass band n singing were too loud, we didn't follow the show. Dalam sejam juga melepak di cafe. And it was a very needed break after all. Akhirnya merasa lepak makan kek dan beli chocolate. 

Dari Toys Mall, ni boleh je jalan kaki ke Red Square. Dulu ada kami jalan kaki je ke Red Square dari Mall ni masa datang dengan my parents. Or boleh juga naik bas no 144 akan berhenti depan Bolshoi Theatre. Aku masa tu teringin nak ke Gorky Park although my wife prefer to walk from Bolshoi to Red Square. Tempat tu mcm happening. But dia kata lets go to Gorky Park since I've been saying about the place too many times. The same bus akan sampai ke Gorky Park. Ada few stations away. 

Gorky Park kelam. Walaupun ramai nampak orang tolak stroller dan anak2 ke situ tapi suasana kelam. Lampu tak banyak. Tak ramai orang. Tak sebest Red Square. To make things worst hujan!!! At temperature - 3 we have to walk under the rain. Hessa jalan je. Muhammad berdukung. Aku dah ajak turn back n ambil bas balik ke Red Square. My wife cakap dah alang2 sampai masuk la sikit. So we masuk n walk for 100 meters then turn back. Spent around 20 minutes in the dark unlitted garden. Perhaps if it was much earlier and x hujan the place might be better. But it wasn't so and it was a bad decision hahaha... So we walk back to the bus stop, dah lah kena seberang jalan, jauh pulak. Penat and frustrated. Hessa said it is okay daddy. We can go back. Dia x faham nak marah lagi :-)
So we returned to the Red Square. Terlampau ramai manusia. Mostly yang dalam bas kami naik pun semua turun ke Red Square. Happening dan yang bestnya mostly all with families with kids. We were too excited. While bersesak2 aku kena jaga and hold boots Muhammad, ada orang tegur boots macam nak tercabut. While doing that aku terlepas my glove. Hilang mana ntah.
Kami decide untuk ke dataran depan Four Seasons sebab hari tu ada satu carousel kat situ. Memang ada dan sangat besar, so kami terus beratur. While wifey dan anak-anak beratur aku cari kaunter tiket. Tak jumpa, tanya orang jaga pintu. Rupanya free. Walaupun ramai orang, carousel ni sangat besar. Jadi 2 kali giliran... Kami  dah boleh masuk. Tak lama pun beratur dah dapat naik carousell tu... Hessa n muhammad dah happy... Berbaloi jalan sepanjang hari. Next we went to the carnival ditengah Red Square. Main another carousell and the tea pot, sama mcm first day sebab tu dua je yang budak2 boleh main, yang lain tak boleh sebab tak cukup ketinggian.
It was a jolly good time. Ramai orang. Semua happy. We took more pictures then masuk semula GUM untuk makan ice cream. Kali ni kami makan yang mall tu punya. Ice cream dia dah siap taruh. But my wife said yang aiskrim bosco cafe yang makan 2 hari sudah lagi best.
We wanted to spend more time outside. But by then dah almost 7. Budak2 dah penat. Nak ambil gambar pun dah tak mau dah. berlari sana sini je...

So we walk back to the nearest Metro. It is the final day kami di Moscow. Esok dah nak ke Murmansk. Nak kemas beg pagi esok. So we leave Moscow dengan Red Square. Walaupun jadual kami relax, but we did as much as we can. 

Malam tu kami makan n cuba habiskan makanan yang dah dibuka. Dan yg bulky. Dan aku sempat make a quick trip to HRC untuk belikan shirt. So settle... 

Friday, October 26, 2018

Russia Day 6 : Ismailovo Market dan Moscow Metro

Hari ni one of the highlihhts of the trip. Gi beli souvenirs. Melalui pembacaan memang nak beli souvenir better beli di Ismailovo market. Kalau ada time la. Sbb harga selain tempat ni sangat mengarut. Kat sini jauh lagi murah. 

Nak ke sini agak jauh. Dia outskit. Plus dari station nak ke pasar tu ada jugak dalam 300 meter. So jalan kaki je lah. Tapi cuaca tak menyebelahi kami. Hujan je sepanjang masa kami di sana. Nak shopping pun susah. 

Sini semua barang yang sesuai untuk bagi buah tangan ada wujud. Dengan harga yang sangat jauh lagi murah. Tapi hujan ni mengganggu tengok2 ni. Dah lah becak sikit. Tapi sempat la kami cover most of the places. Cumanya memakan masa lebih panjang. Sebab susah nak berjalan. 

Lunch... Menurut tripadvisor. Grill sini halal. So... Aku tanya lah jugak dan dia confirm kan daging dan lamb halal. Alhamdulillah. 
Next to ismailovo ada complex macam kremlin with various museums. We skipped that sebab hujan. Dari luar tempat tu sangat cantik. 


Lepas shopping kami balik ke apartment. Hantar barang dan tukar baju yang lembab. Next kami pergi few places which very much recommended. Tengok station metro yang kebanyakkan sangat cantik.. Macam museum. Ballroom. Sangat well decorated. 

Dah lah metro ni sangat dalam. Katanya kalau perang, boleh je jadi bunkers. Plus ada satu tu perlukan 3 minit utk sampai ke atas. 

So here are the pictures of the station we went. 

Lepas settle semua. Singgah HRC di Arbat. Then we all went back home. Puas hati. Dekat 10 station kami pergi. Here are the pictures, a must visit indeed:







Monday, October 22, 2018

Russia Day 5 : Masjid Moscow

We are back in Moscow. Sepertimana perjalanan ke St Petersburg, sapsan ke moscow as eventful as the prior trip. 
Kami tiba dalam tengahhari. Ambil Gett untuk ke apartment airbnb. Tapi disebabkan space dan usaha penjimatan, aku ambil Metro je. Dan agak2 je jalan nak ke apartment. Di sini ada pakej tiket Metro. Secara kasar nya lebih murah ambil yang 3 hari for Rub 400. Boleh naik ke mana-mana saja bas, Metro atau tram. Senang, kalau salah naik boleh patah balik.

Lepas rehat sekejap, kami bergegas nak ke Moscow central masjid di area Sobornaya. Nak ke sana kena tukar dari bas ke tram. Cantik sekitar tempat tu, especially dekat area Metro Belorusskaya station ni.
Masjid ni sangat besar. Katanya kedua terbesar di Eropah. Akhirnya kami bertemu binaan dengan dome yang betul-betul masjid.. Lain2 tu macam masjid tapi sebenarnya church. Kami sampai elok elok baru je masuk maghrib. Tapi langit masih cerah. 
Ada kedai makan Morocco dalam kawasan masjid. Aku berharap ada butchery atau pasar basah utk beli2. Tapi takde. 

Lepas solat. Kami makan di kedai local. Walking distance je. Sedap kedai ni. Tapi nak order susah sikit dan portion dia tak la besar. Language issue memang wujud kalau makan tempat macam ni. Lagi satu service ntah apa2. Tapi kedai ni penuh. Worst thing was bila nak bayar dia masukkan benda2 tak order or tak dapat. Nasib la aku akauntan kiasu. Tanya everyline... Hahaha
My whole family balik dengan Gett. I went home naik Metro from Prospekt Mina to Tverskaya. Dapat tengok2 tempat dan singgah small convenient stores. Nice. 

Thursday, October 18, 2018

Russia Day 4 : Solat Jumaat at SPB

Hari ni plan nya agak concentrate on pergi solat Jumaat di masjid St Petersburg. So memang bersiap pagi2 utk tujuan tu. Cumanya my bro and family dia x ikut la but jalan-jalan to places suitable for their kids. For me, as this trip is solely to entertain my parents memang seronok la dapat bawak tempat2 macam ni. 

Tapi sebelum gi masjid. Aku sempat masuk ke Eliseyevskiy Store. Malam tadi dia dah tutup. Cafe dia sangat cantik dari luar. Kat dalam pun impressive. Pastries dia cantik.. Kalau dengan my wife surely kami akan minum kopi kat sini. 

Awal kami tiba. Tapi mak ayah kan jalan slow. By the time kami sampai, just nice dapat duduk kat dalam. Disebabkan khutbah dibuat dalam Russia, aku tak berapa pasti samada tu khutbah ke ceramah. But apa2 pun... Semua settle dan plan nya kami akan jumpa semula my bro. Dan nak makan dekat kedai semalam. 

Ramai pulak orang kat kedai tu dan tak de tempat duduk. While my parents prefer makan kat rumah je. So we headed home early. Diaorg nampak penat dah. Katanya nak save tenaga jugak. Sebab esok nak ke Moscow kan. 

Selepas solat tu sementara tunggu my parents siap, jumpa pula a few malaysian girls travel to SPB independently. Sempat la sembang sikit2. Depa baru sampai. 

Berus kasut sebelum masuk ke masjid. 

Petang tu kami pergi la tempat wajib rakyat Malaysia. HRC. Jauh tempat ni. Kena naik Gett. But design dia menarik.

Malam tu lepas a bit recover. Mak ayah ajak jalan-jalan dekat Galeria. Mall depan apartment je. Saja nak pusing2.

That's the end of our SPB chapter. Esok nak gi Moscow. 

Monday, October 15, 2018

Russia Day 3 : SPB the city

Direct from Peterhof, kami terus ke Masjid SPB. Masjid ni agak senang nak sampai sebab ada Metro Gor'kovskaya station dekat sangat dari tempat dia. Matlamat kami untuk solat dan cari kedai makanan halal for lunch. and we managed to have both.
Lepas solat, kami nak ke city center, target kami adalah Savior on the Spilled Blood then Nevskiy Prospekt. Untuk ke city center, kami kena tunggu bas kat depan apartment yang sepatutnya kami tinggal. Sesungguhnya lebih baik lah kami tinggal dekat dengan train station. Kalau kami tinggal kat situ, jawabnya slow lah sikit ke bandar sebab jauh dari Metro. Tapi ada makanan halal nearby. Kami plan nak ke restoran ni esok.
Naik bas ke city center lebih dapat tengok-tengok pemandangan. Ada satu park yang aku nampak. Cantik. Terfikir nak bawak anak-anak ke sini... mesti best - rindu kat depa... 

Sampai sini baru lah aku tau nama church ni. Savior on the Spilled Blood. Rupanya ada 2 church yang lebih kurang macam ni. Yang lebih famous, ada di Moscow. Tapi memang unik.
Sementara kami jalan-jalan tu, ada lah orang jual boat tour. Memang malam semalam ada discuss, kalau kita ada time dan tak mahal, lets go for boat tour. Nak jalan semua memang tak larat. Disadvantage boat tour ni, tak banyak dalam bahasa inggeris. My parents mula-mula tak nak. Tapi akhirnya akur dengan semua orang. Kami beli lah tiket kat sorang penjual ni, dia bawa ke jetty. Dan kena tunggu dalam 10 minit. Kami maybe orang yang terakhir naik bot dan possibly ni yang last.

Sejuk ya amat... tapi dia ada bagi blanket. Kalau tak tahan sejuk, boleh duduk ditempat tertutup. All the way sepanjang boat tu bergerak, ada guide yang bagi explanation. but all in Russian. It was lovely sebab kami dapat rasa both masa ada matahari dan hampir-hampir sunset. beautiful. 
Sepanjang boat ni bergerak sebelum masuk ke Neva River, ada lah bebudak yang kejar boat kami. Setiap kali lalu bridge kecil-kecil macam gambar ni, dia akan ada dan melambai. Kami akan jumpa dia semula kat bride selepasnya... cute.

Abis boat tour. Rasanya cuaca sangat sejuk. Kesian kat mak ayah dan baby. So we booked teksi dari Gett. Seronok mak sebab teksi datang depan muka. Hehehe. Aku kena find my way back home. Dengan telefon tak de line, aku agak-agak je jalan. tak de map. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat menikmati view malam church tadi. such a beauty. kat depan tu pun ada orang jual-jual. Siang tadi tak perasan pun.

Malam tu, adik aku ajak jalan. So kami naik bas semula ke Nevskiy Prospekt dan jalan balik ke rumah... dalam setengah jam je jalan malam. seronok tengok orang ramai dan some street performance. stop sekejap kat cafe cari coffee. nasib la kami dapat apartment kat area ni, sebenarnya sangat convenient.