Showing posts with label product review. Show all posts
Showing posts with label product review. Show all posts

Friday, September 15, 2017

Beli Kereta

Since balik dari Cameron, i have one thing in mind. Kereta kami muatannya dah agak terhad bila berjalan. Dengan tambah sorang lagi baby, plus hajat nak gi roadtrip ke Siam sekali lagi. Macam kena beli kereta besar sikit. Lepas tu, dengan parents yang dah tua dan tak larat memandu, kalau nak bawak diaorg berjalan, dah tak muat kereta sebab kami menggunakan car seat untuk both kids sepanjang masa.

So... kami pun survey-survey nak beli kereta... here is in our list:

Innova

Serena

Exora

setelah test drive... kami decide untuk beli Serena.

Serena wins it for:

1. Kerusi row ketiga dia yang sangat spacious ruang kakinya

2. Row kedua yang mudah dialih-alih ke depan dan kebelakang

3. Seat tengah row kedua dia yang boleh tolak kedepan dan boleh jugak jadi penghalang untuk budak2 ke depan

4. TV dalam kereta

5. Pintu auto dia

Harap-harap dapat kereta awal bulan Oktober, sebab my parents dah ajak nak gi Kota Bahru... Jalan-jalan cari makan ke sana lah plak :-)


Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka...

Walaupun cuti panjang, kami tak ke mana-mana... balik kg je :-)

Saturday, March 22, 2014

Stroller

Stroller ni antara investment yg besar. Ye ada stroller yang murah. tp ada jugak stroller yg beribu-ribu. Kitaorg fikir pasal stroller ni lama jugak. Daripada sebelum dia lahir sampai dah lahir masih lagi argue pasal stroller mana nak beli. Kriteria nak beli pun berbeza antara pendapat aku dgn wife. Tapi pada pendapat aku ni adalah faktor-faktor penting dalam pilih stroller.

1. Bajet
Memang ni lah kriteria utama. Kalau bajet besar, mmg lagi banyak pilihan tp kalau bajet kecik agak terhad. Tapi apa sebab kita perlu taruh lebih bajet untuk stroller, maybe sebab nak pakai lama dan nak guna untuk jalan jauh. Tapi kalau bajet kecik, boleh je beli murah-murah tapi selalu tukar bila rosak. untuk review ni, aku citer pasal pengalaman sendiri. Aku ada bajet yang middle level (bagi aku lah). Dlm RM 1,000 ke RM 1,500 tapi wife suka yg mahal... ada sampai RM2,500!!!

2. Berat
Ni pun antara faktor yang aku fikir sebab aku lah yang akan mengangkat stroller ni masuk rumah keluar rumah. masuk kereta keluar kereta. Kalau dah berat penat nak angkat. Pastu ada masa nya yg kena usung stroller ni merata seperti naik tangga. Dah lah baby kat dlm berat pastu stroller lagi. Kalau stroller pun berat mmg lah kena 2 org angkat. Ada few brand yg ringan - maxi cosi, cherry, etc. Tp at the same time, bila ringan sangat org pertikai kan about durability. Kuat ke tak tiang stroller tu. So pada aku, if dpt 5kg ke bawah, tu mmg paling best. Tp paling berat pun aku rasa tak sepatutnya lebih dr 8kg. More than that, untuk aku mmg takkan beli lah. Dan matlamat nya nak travel, so tak blh lah nak beli yg berat.

3. Lipat
Ni pun utama jugak. Sbb kalau lepas lipat dia bulky atau lepas lipat kena pulak asing kan kerusi dgn frame, ambik banyak ruang dlm kereta. Untuk kitaorg yg bekereta tak besar boot nya, kalau stroller ni besar sgt dan makan ruang mmg susah lah. Dah lah beg lepas ni lagi besar, pastu barang baby lagi. Kalau bulky mmg susah lah. Pastu, bkn ke matlamat nak travel. So kena lah yg senang lipat ataupun umbrella style. Tapi masa aku pilih-pilih yang aku paling suka Babyzen Yoyo. Tapi kan masa nak beli tu takde lagi untuk infant, only for 6 months and above.

4. Lain-lain
Ada few kriteria lain. tp pada aku tak major. Mcm material, ketahanan roda, blh pusing 360 degree dgn mudah etc. Tp semua ni pada aku sampingan. Dan basically, the more you pay the more features u get. Anyway, aku agak tak bersetuju sgt stroller cum car seat ni. sbb dia tak blh nak guna lama. After 6 months, maybe kena beli baru. Pastu car seat tak blh pakai dah, memenuhkan ruang kat rumah. Pastu, pasal rear facing or straight front facing. Ini pun issue jugak. Tapi aku rasa takde hal sgt kalau front facing je. Cuma masa baby or masa anak meragam, susah skit nak pujuk kot kalau front facing.

After all the thoughts, ada a few yg jd shortlist. My wife nak bugaboo bee for those features dlm item 4, plus dia sgt mudah dilipat dan diguna. Tp agak mahal dan berat dia ok lah, not too light. Aku plak takde preference sgt, ikut je cakap dia. Cuma nya if Babyzen Yoyo wujud for infant aku mmg beli tu. Lagi satu aku mmg nak yg ringan je. tu je kriteria.

But finally entah macam mana, bila kitaorg g baby fair kitaorg beli Nuna Pepp. Wife mmg ada pernah suka Nuna Pepp ni sbb features dia. And at the same time senang nak lipat dan boleh tarik macam cabin beg. But the plus plus for me, masa beli tu promo harga RM900 lebih, tak sampai RM1k. So a big save for me. Once she is ok with it, aku ok je lah.

So how is Nuna Pepp. (ni pic second time dia naik Nuna Pepp, dah a bit better dan ok)

First masukkan Hessa kitaorg gi shopping kat Giant. Dia tak happy dok situ. But the second try she is fine and happy with it. Masa ni dia baru je lepas pantang.

Then lama-lama she is comfortable with it. boleh je tido dalam tu. Dan stroller ni blh buat baring flat terus. Hessa happy je tido dlm tu, especially bila biar flat. Siap blh bedung lg dlm tu. :-)
 

Flop:
 - lepas lipat dia agak bulky jugak. Sbb lepas hessa 6 bulan br lah Babyzen Yoyo keluarkan untuk infant. Geram je nak beli. Even bulky tp stroller ni agak friendly untuk susun dlm kereta sbb dia agak flat. So masa letak dlm kereta tak lah roda dia terjojol ke or ada seat besar ke.
 - Agak ringan, so tak leh lah nak gantung apa-apa sgt kat handle stroller. Dan tempat taruh barang bawah stroller sgt limited. Dan sbb nak bagi dia compact, all these items kena keluarkan untuk lipat stroller.
 - Takde window kat belakang so tak blh nak tgk baby sgt masa tolak stroller. Aku tau benda ni masa beli, tp org counter by saying, byk lagi masa nak tgk baby kan. So aku ok with that argument. Cumanya masa Hessa meragam dan badan tak sihat, ada jugak lah terasa rugi nya. But to solve this, jgn tutup head cover, biar je terdedah. Blh je tgk dia.

If we can turn back time and have second thought, we'll wait for Babyzen Yoyo... but still, mahal kot intro price masa tu lebih RM2,000 jugak sob sob sob.

Wednesday, March 12, 2014

Carrier?


Aku buat review bawak baby pakai sling ari tu, now aku nak review pakai baby carrier - ergo baby. Ergo ni kitaorg dpt hadiah daripada kawan-kawan ofis, actually depa tanya aku apa nak, then aku cakap lah ergo baby ni. Kitaorg dpt yg ni without baby insert.

Apa beza ergo baby dgn baby carrier yg lain. Ni korang blh google sendiri, tp basically katanya peletakkan kaki dan tulang peha. Ergo ni sangkut baby dlm keadaan dia duduk dan kaki tak tergantung. Berbanding carrier lain yg kaki agak tergantung.

Kitaorg pakai ergo masa Hessa lepas 3 bulan rasanya. Sbb Hessa ni baby kecik, so agak lambat baru pakai ergo ni. Dah lah kami takde beli infant insert, awal-awal nya agk kekok jugak sbb dia terjerelus ke dalam. dan takde pemegang tengkuk nya. so kena pegang lah tengkuk.

First time pakai ergo ni lama-lama masa kitaorg g genting. Masa tu, Hessa baru 3-4 bulan, tak pandai nak kangkang lagi dan kecik je budaknya. So, bila nak masukkan dlm ergo ni, mcm nampak terseksa jugak lah sbb nak kangkang kan kaki dia. Tp bila dah settle, dia nampak agak selesa dan selalunya dia tido bila dalam ni. Walaupun berpeluh bila jalan-jalan.

Whether is this recommendable. Yes, big yes. Especially kalau rajin nak carry baby dan baby pun tak berat dan takde masalah kalau panas atau berpeluh. Kalau ada masalah cepat panas dan mengamuk, mungkin tak sesuai.

The set back, maybe bila dah besar dia agak boring nak pakai ergo ni. sbb dia face ke badan kita, susah nak tgk depan. tp sementara kecik ni, elok je lah.

Sunday, January 12, 2014

Sling?

First time Hessa travel jauh seminggu selepas dia keluar dari hospital dan selesai masalah demam kuning. Masa tu kitaorg bawa Hessa balik kampung untuk ibu berpantang di kampung. Kami dah beli car-seat awal-awal lagi, sebab nak bawa Hessa balik kampung berpantang. Tapi, masa nak balik kampung tu, mak aku ada sekali dan dia tak nak bagi kitaorg letak Hessa dalam car-seat. Kesian kata dia, dan dia nak pangku dan riba Hessa sepanjang perjalanan KL ke Ipoh. Ok, no hal.

Setelah 3 minggu di kampung, aku bawa Hessa ke KL dah. Belum lagi genap 44 hari tempoh berpantang :-) Bagi tahu mak ayah sebab kena jumpa doktor hari ke 44. Memang pun, tapi kitaorang set date lagi awal sebab nak pergi baby fair di KLCC. Nak cari stroller untuk Hessa. Tapi untuk berjalan di baby fair ni, kitaorg tak de cara nak bawa baby. Kitaorg ada baby carrier, tapi masa tu kitaorang tak beli pun infant set, dan aku rasa baby carrier buat baby tu terkangkang. Hessa masa tu kecil sangat, dan aku rasa sling lagi best untuk bawa dia.

So kat rumah aku pun try baby sling tu. Kitaorang beli babasling sebab guna sling ni baby boleh baring instead of terkangkang. Harap-harap Hessa selesa dalam sling ni. So what's the verdict?

Me and Hessa in Babasling
.........................
Verdict (pada pendapat dan pengalaman aku):

Kitaorang bernasib baik, Hessa sedang tidur masa kami tiba di KLCC. Jadi senang lah nak memasukkan dia ke babasling. Awalnya memang senang berjalan-jalan guna sling ni. Tapi aku masih tak berapa yakin dengan kekuatan sling ni, dan aku agak risau. Jadi aku masih separa dukung Hessa walaupun dia berada dalam sling ni. Jadi postur badan aku agak tak betul dan lepas jalan-jalan ni, sakit belakang aku.

Hesaa pulak agak ok pada awalnya. Tapi dia memang tak tenang dalam babasling ni. Bila dia terjaga, dia terus nak keluar dari sling. Dia tak boleh mengeliat dan mungkin terasa terkongkong. So masa tengah jalan-jalan tu ada masanya aku terpaksa dukung dia dan bukannya dia duduk dalam sling.

.........................

Tapi ni saja lah sekali kitaorang cuba babasling ni, tak pernah pakai dah sejak cubaan pertama. Sekarang kitaorang ada baby carrier - egobabyr dan stroller yang dibeli di KLCC baby fair tu. Aku akan tulis review aku pasal baby ergo dan stroller tu dalam entry yang lain.