Monday, April 24, 2017

Italy Planning : Loosing the flexibility


Aku suka travel sendiri berbanding ikut pakej trip so aku bagi time kat tempat aku nak tengok lebih. Tapi kalau dah itinerary macam kat atas tu, macam hilang langsung flexibility yang aku harapkan dari travel sendiri. Semua macam dah set. Tapi tak boleh nak buat apa dah sebab kalau tak book accomodation, mana nak tido. Kalau tak plan the highlights, nanti confuse pula nak buat apa bila dah sampai kat situ. Dan bila involve long travelling, jarak dgn timing kena jaga, otherwise mau sampai tengah malam dan esok langsung tak larat nak buat apa dah. Or kalau ada 2 hari berturut kena long travelling, the kids akan boring dan penat, driver lagi lah penat. Dan bila dah bawak budak, kena banyak bagi time untuk bersiap, many pit stops dan ada ruang untuk berlari bebas. So, terpaksa lah buat itinerary almost tak flexible, tapi aku bagi juga ruang satu hari extra bila ada travelling jauh - so that is much flexible aku boleh taruh kat itinerary ni.

But ada beberapa perkara yang masih lagi dalam percaturan walaupun next month nak travel:

1. Stroller dan Carseat

Disebabkan ada dua budak kecil - bawah 5 tahun, kami kena decide samada travel dengan 2 stroller atau satu stroller - sorang lagi bawak baby carrier je. Bila dah kena bawa stroller ni, memang lah agak terhad lah perjalanan. So kena research kalau tempat tu stroller friendly atau tak. Yang aku baca, places with cobble stones street tak friendly dengan stroller. Lepas tu pulak, airport, kena bawak stroller ke tak. Transit lama.

Car seat kena bawak. Sewa mahal sangat. Disebabkan issue carseat ni aku kena plan sewa kereta dari hari pertama hingga akhir. Aku bawak dua car seat. Sampai airport, masuk dalam kereta sewa, return carseat terus check in carseat. Nasib both of my kids memang duduk dalam carseat, so takde issue familiarisation.

2. Titlis - Jungfraujoch

Dari hari tu aku tak berapa sure pasal ni. Tiket kena beli awal kalau pergi Jungfraujoch, tapi kena make sure sempat sampai ke train station pagi tu. Dah lah tiket sangat mahal. But the view is to die for (kata orang). But is it worth the stress? But so far kitaorg macam settle dengan Titlis saja. Sebab for sure tak berkejar-kejar. Plus, boleh ke main snow? Sebab plannya sampai sana early May. Risau jugak if x berapa snowy.

3. Rome

Sempat ke tak nak ke Rome. Perlu ke pergi Rome or save it for a later trip one day. Aku dah pernah pergi Rome so battle ni aku tak perlu fikir sangat. Aku pass the decision pada orang lain. Tapi aku rasa agak penat untuk pergi balik dari Florence ke Rome dalam satu hari. Kalau nak pergi pun, kena naik train. Train express ada ke Rome every hour lebih kurang. Dan perjalanan 2 jam lebih je. Tapi bila ke sana takde bawak kereta, macam mana nak travel around. Rome is accessible by walking. Banyak tempat hanya boleh sampai dengan berjalanan kaki. Atau kalau tak pun naik teksi, Uber takde kat Rome rasanya. Dah lah berenam dan ada stroller. Macam tak mobile utk guna public transport. Dan dengan mak mertua tak berapa larat nak cover tempat berjalan kaki, kena plan mana nak pergi.

4. Shopping

Itinerary ni ada jugak revolve dan include shopping. Tapi bajet nya tak de. Kitaorg tido di Genoa semata-mata sebab nak shopping dekat Serravalle. Disebabkan tu jugak lah, ada satu hari tu travel 400km dalam satu hari. The longest drive among all. But is it worth it, should we see more places than spend time to shop. Dah lah a bit diversion dan Genoa tu boleh drop je from the list. Tapi Genoa agak sentimental to me, back in 2004 aku pernah tido dekat seminggu kat situ masa aku backpack Italy. Macam nak singgah tengok.

5. Transit Doha

Ada plan nak transit di Doha. Dah call Qatar Airways. Tapi diaorg tak boleh dah finalise harga tiket. Katanya dah buat journey ke Italy, baru boleh release price. So kitaorg put that in mind dan call bila dah sampai Milan nanti. Kat Doha kami dah ada few friends yang boleh bawak kami jalan-jalan. Tapi the plan kena hold up sampai tahu berapa harga tukar tiket - worth it or not.