Wednesday, March 11, 2020

Covid 19 : Apakah persediaan kita untuk anak-anak kecil?

Macam mana nak kawal Covid 19 ni untuk anak-anak. Stay at home? Tetapi nampak gayanya macam Covid 19 kurang terkesan kepada anak-anak. Ni aku kumpul dari internet.

Ni dari CDC website (updated 1 March 2020).

S: Adakah kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada virus yang menyebabkan COVID-19 berbanding dengan populasi umum dan bagaimana jangkitan dapat dicegah?

J: Tidak, tidak ada bukti bahawa kanak-kanak lebih mudah terdedah. Malah, kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan dari China telah berlaku pada orang dewasa. Jangkitan pada kanak-kanak  sangat kecil.

Untuk maklumat mengenai risiko, sila lihat penilaian risiko semasa. Kanak-kanak harus melakukan tindakan pencegahan yang biasa untuk mengelakkan jangkitan, termasuk membersihkan tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air atau sanitizer tangan berasaskan alkohol, mengelakkan orang yang sakit, dan mesti up to date mengenai vaksinasi, termasuk vaksin influenza.

S: Adakah kanak-kanak berisiko tinggi untuk penyakit yang teruk, morbiditi, atau kematian akibat jangkitan COVID-19 berbanding orang dewasa?

J: Terdapat sedikit laporan mengenai hasil klinikal untuk kanak-kanak dengan COVID-19 sehingga kini. Laporan terhad dari China mencadangkan bahawa kanak-kanak yang disahkan COVID-19 mungkin hadir dengan gejala ringan dan walaupun komplikasi yang teruk (sindrom kesusahan pernafasan akut, kejutan septik) telah dilaporkan, tapi jarang berlaku. Walau bagaimanapun, seperti penyakit pernafasan lain, populasi kanak-kanak tertentu mungkin berisiko tinggi jangkitan teruk, seperti kanak-kanak sihat.


Ni pula dari article website ni (updated 4 March 2020).

Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan pada kanak-kanak masih rendah: lebih daripada 44,000 kes disahkan dari China, hanya 416 (kurang daripada 1 peratus) berusia sembilan tahun atau lebih muda. Tiada kematian dilaporkan dalam kumpulan umur ini.

Di Australia, hanya satu kanak-kanak telah mengesahkan jangkitan COVID-19.

Ia masih tidak jelas sama ada jumlah jangkitan kanak-kanak yang rendah yang dicatatkan adalah disebabkan oleh:

bilangan kanak-kanak yang terdedah kepada virus
bilangan kanak-kanak yang terinfeksi, atau
Bilangan kanak-kanak yang dijangkiti yang rendah mengalami gejala yang cukup teruk untuk dijaga.


Dari website WHO (updated 6 March 2020)

Kanak-kanak adalah punca utama penyebaran virus influenza dalam masyarakat. Tetapi untuk virus COVID-19, data awal menunjukkan bahawa kanak-kanak kurang terjejas daripada orang dewasa dan kadar serangan klinikal pada umur 0-19 tahun adalah rendah.
Data awal lebih lanjut daripada kajian penghantaran isi rumah di China menunjukkan bahawa kanak-kanak dijangkiti orang dewasa, bukan sebaliknya.


Tidak lah bermaksud kita patut abaikan saja Covid 19 ni. Penjagaan kebersihan perlu dilakukan. Basuh tangan dan kawal keadaan sekitar. Cumanya, kita tak perlu terlampau panik. Cuma perlu lebih berhati-hati.


p/s - kami plan nak ke Thailand... again... and by driving :-)

Berisiko, ye. Tapi di sana kurang kes berbanding di KL ni. So, we are going to a safer place kot. Dan roadtrip macam lebih selamat berbanding flying.

But be cautious.

Thursday, March 5, 2020

Tips bawa anak-anak kecil ke Moscow, Russia

Here are some tips for those who want to bring your little kiddos to Moscow. Please note these tips are based solely on my trip planning and experience. I have only been there twice and only a couple of days each time. So list ni bukanlah ultimate, ada ramai lagi orang berpengalaman, ni kiranya basic info la. 

1. Antara perkara yang banyak mengelakkan orang nak ke Russia/Moscow adalah kerana masalah visa. Sebenarnya proses untuk mendapatkan visa sangat mudah. Cumanya harga dia agak mahal. Kalau pakai agent, boleh sampai rm700 per person. Kalau buat sendiri aku rasa kos tak sampai rm500. Boleh baca entry ni untuk keterangan lebih lanjut.

Lagi satu masalah nya, ada juga website terangkan pasal registration upon arrival. Pendaftaran ni wajib. Tetapi setakat dua kali aku di sana, takde siapa pun cek dan hanya pihak hotel je yang sebenarnya faham pasal ni. So jika ada plan nak duduk sana lebih lama, mungkin ada baiknya stay di hotel. Ada beberapa airbnb je yang boleh tolong buatkan. Tapi berbayar. Mungkin akan buatkan kos hampir sama dengan bilik hotel. Kalau tinggal sekejap, kurang 5 working days, aku ada baca yang tak perlu pun register. Lets say sampai moscow then pergi tempat lain untuk 4 hari dan kembali ke Moscow, kat tempat lain tu tak perlu pun register.

2. Pemilihan hotel/penginapan agak crucial bila bawa anak-anak. Kalau boleh senang makanan halal or ada dapur sendiri, dekat dengan public transport dan ada ruang yang mencukupi. Aku punya bajet untuk penginapan ni agak rendah, RM 400 sehari. Jadi bila browse airbnb, pilihan agak terhad dan kebanyakan rumah tak lah cantik mana. Berbanding tengok airbnb negara lain, rumah tempat lain lebih berseni. Di Moscow ni mostly rumah-rumah airbnb ni dalam bangunan lama. Jadi kena cek pasal lif. Ada banyak rumah takde lif. Dan kalau ada lif pun, mungkin kena naik tangga sikit baru ada lif. Mostly lif ni created a little bit later. Kalau nak bangunan baru dan keadaan lebih cantik, selalunya a bit outskirt. Please be in mind, pilihan ni bergantung pada bajet, aku bajet murah, dapat la macam tu.

So disebabkan faktor registration dan pilihan yang kurang airbnb. Kami decide untuk stay di Adagio Aparthotel Kievskaya. Ini hotel apartment means ada small kitchennete. Ada katil yang besar. Hotel ni sangat recommended. Sebab lokasi sangat dekat dengan metro dan ada kedai kebab halal dan jual daging/sosej halal depan hotel. Ada juga fast food halal dalam europe mall which is located sebelah hotel. Kalau masa winter rasanya ada pool yang boleh digunakan. Dan yang amazed me, diaorg sangat lenient pasal bawak anak2. Aku ambil bilik standard sahaja - studio unit with kitchen. Aku agak risau if dia nak minta bayaran tambahan untuk anak2. Dia tak tanya langsung. Perhaps, sebab bilik tu takde langsung tempat letak katil extra. Since anak kami memang tido sekali bersama kami, muat je lah. In fact, diaorang happy je register anak2 untuk proses immigresen, so kami tak sorok pun anak2.

Similarly with the hotel dekat airport tu, pretty lenient with kids. So aku beranggapan memang hotel kat Russia ni ok untuk kids bawah 6 years old. Not as rigid as europe hotels, pay per pax not per room.

3. Transportation agak mudah di Moscow. Station Metro dia cantik dan comprehensive. Plus, dia ada sistem bas dan tramp yang selari. Tapi Station Metro dia tak stroller friendly. Selain dari banyak tangga, dia punya eskalator sangat panjang dan curam. Kalau naik eskalator memang kena tutup stroller. Lagi satu, walaupun ada beberapa line kat dalam station yang sama, jarak antara line tu selalunya agak jauh. Di sini, walaupun ada 2 lines on the same station, sesetengah tempat dia bagi different station name for line a dan nama lain untuk yang serve line b. Walaupun both under the same roof dan interconnected.

Walaupun signboard dalam bahasa Russia, ada juga bahasa inggeris but very tiny. Lagi satu, pakej tiket Rub 400 utk 3 full days adalah sangat berbaloi. Beli lah tiket tu.

But if you think metro tu agak susah. Teksi Yandex dan Gett sangat mudah dan cepat. As good as in Malaysia. Takperlu nak deal apa2. Siap2 download untuk masukkan credit card Malaysia. Senang. Untuk bawa anak2 dia ada option untuk kereta ber car seat. It is slightly expensive, but tak beza mana. Dan kereta ber carseat ada banyak. Cumanya, masa kami di St Petes, ada je bawak anak tak ber car seat. Macam takde issue je. So i dont know how strict their rules are. But dari airport, memang diaorg strict.

4. Untuk plan itinerary, tak banyak attractions untuk anak-anak kecil. Walaubagaimanapun, Red Square alone deserved 1 full day. Dataran dia luas, bangunan cantik, dan banyak aktiviti. Ruang luas untuk anak berlari-lari. Even dah pergi siang, waktu malam pun kena datang lagi. Memang worth 1 whole day spend kat situ sahaja.
Kremlin kompleks tu boleh skip kalau takde interest nak tengok cathedral. Aku tak pernah masuk armory, itu maybe interesting. Tapi pada aku, if ada anak kecil museum may not be that interesting. Kremlin tu sangat luas, ada park yang cantik di depan dan di dalam nya. Dan ada changing guards proses. Tu pun best. 

Especially during winter, di dataran red square tu ada xmas market dan some sort carnival standard fun fair malaysia. Tu lagi lah buat kan tempat tu best. Pay per ride around 200 to 300 rub, parents can sit along (if required) for free. Ada juga ice skating, i think the rate is pretty reasonable juga.

5. Again on itinerary, on both occasions aku pergi souvenir market di Ismailovo.  Bagi orang kita yang suka beli n pesan2 souvenir, tempat ni wajib pergi walaupun jauh. Harga souvenir dia jauh lebih murah. Tapi kena plan on weekends saja rasanya, tak ramai penjual pada hari lain. Ada juga flea market during the weekends. 

Di sebelah market tu ada kremlin ismailovo, on both occasions aku x sempat nak ke situ. Rasanya ada various museums and attraction. Tapi we had some issues yang menyebabkan masa yang ada tak sempat ke situ. 

Di market ni ada restoran jual grilled chicken/lamb/salmon yang sedap. Sangat best which even you are not a big shopper, akan enjoy at least the food. They claim halal. We did ask. Plus, banyak penjual yang mengaku Islam dan confirm kan makanan tu halal. So we took it as it is la. Harga satu cucuk main course - ayam, daging, salmon - rub 600 rasanya. It comea with salad/coleslow and roti. If you have to choose between the 3, aku paling suka salmon. Mushroom dan potatoes grill pun sedap. Nasi boleh minta, nanti dia belikan from other shops and hantar. 

Since we are discussing on souvenir, HRC Moscow ada di Arbat Street. Nak ke situ lebih hampir if stop dekat Smolenskaya metro not Arbatskaya metro. Tapi aku lebih suka HRC st petersburg berbanding Moscow. Tapi at both places, city shirt diaorg surely banyak salib. So kena tengok2. 

6. Pakaian untuk anak-anak semasa cuaca sejuk/winter memang kena sangat jaga. Otherwise, diaorg tak larat jalan dan complain. Pakaian basically at least 3 lapis. Heattech + fleece + jacket. Heattech and jacket tu penting. Kalau x banyak bawak heattech, pakai lah layers satu lagi utk x bg heattech busuk. But heattech uniqlo tu kalau basuh pun cepat kering.

So these are the baju they wear bawah the full jacket. 2 pasang heattech, satu fleece. Thick socks. Boots.Glooves and beanie.

Jacket tu penting untuk elakkan angin sejuk direct contact dengan badan. Jangan risau if nampak awkward pakai baju sepasang, mostly kids sana memang pakai sepasang penuh baju winter. Cover head to toe. We've made a mistake untuk dress down bila gi ismailovo, dua2 anak kesejukan. X boleh nak jalan lama2 kena balik hotel cepat. 

Tablet memanaskan tangan tu sangat berfungsi. Memang cepat tangan jadi panas. Anak2 seronok. Boots pun kena ada. Kalau sports shoes tu memang akan beku jari-jari kaki tu. Senang kata lapisan paling luar kena yang kalis air dan angin. Kat dalam boleh belasah.

7. Makanan halal can be an issue here. Tak banyak kedai halal. dan kalau jumpa kedai shawarma especially kat St Petersburg, tak semestinya halal. Masa first time datang sini, dok area Red Square, ada restaurant Mr Livenet, Halal Lebanese restaurant. Tapi mahal. Fine dining. Tapi masa dok kat Kievskaya, banyak pula kedai kebab halal. Dan kat Europeskiy Mall ada Halal Fast Food (kami tak jumpa/cari masa dok situ, later dah kat Murmansk baru terjumpa dlm internet). So Kievskaya maybe a better place to stay.

Selain tu, ada few restaurants dekat dengan central mosque Sobornaya. Ada 2 exactly kat luar. Ada satu dalam perkarangan masjid. Dalam masjid tu Morrocan style dessert, agak mahal. Kat luar lebih russian style and authentic. Harga ok.

Ada satu lagi masjid dekat dengan red square, nak ke situ better naik grab. Kat dalam area masjid tu ada small halal shop. Ada pastry yang sedap sedap dan ada small little grocery/butcher shop. Boleh beli daging halal.

8. Travelling during winter when the sunrise at 10am can be a bit depressing :-) Ingat kan still awal, rupanya dah hampir pukul 12pm... lepas tu kena bekejar untuk balik for solat sebelum pukul 4pm. Siang agak kelam dan pendek. Kena jalan malam. So untuk bawak anak-anak ni agak mencabar jugak. Sebab nak lepak kat park pun tak sempat. nak keluar awal-awal pagi pun macam tak sesuai sebab gelap.

But sebenarnya salji ni kering bila pegang. macam pasir. Kata our driver kat Murmansk, the govt used pasir dan some chemicals untuk clear kan salji. so kereta2 nampak kotor.

Here is our short video masa kami di Moscow.

p/s : Susah rupanya nak buat video ni hahaha...


Thursday, February 20, 2020

Plan for 2020

Hmm... lets plan for 2020...

It is our 10 year annivesary, but we have just spend a bomb last year. So budget nak travel kena potong sikit.

Dan disebabkan Hessa dah masuk darjah satu, jadi travel plan kami tahun ni kena berlegar-legar dengan cuti sekolah dia (boring!)

So here is the berangan plan:

March - Cuti seminggu - this kind of set dah... we are going to Phuket :-) dah booked and settled last December hahaha... sebab ada discount. But a bit worried lah dah ada Covid 19 ni. But Thailand macam ok je.

End of May - Early June 2 weeks - Ni macam nak kena allocate for Hari Raya. Hoping no more Covid 19. First week tu boleh concentrate untuk raya, we have long raya holidays. So ada 2nd week holiday untuk jalan-jalan. Nak gi mana ye? Tapi aku sukar sikit nak cuti awal bulan ni. Hmm...

End July - Ni raya haji pulak, tapi happened to be towards the end of the cuti sekolah. So ada dalam seminggu boleh jalan-jalan... Kena plak hujung bulan, lepas gaji. Sesuai nak jalan ni... gi mana ye...

End of the year - ada 6 minggu cuti. Adik aku baru pindah ke KK. Maybe we could spend 2 weeks in Sabah lah kot. Aku tak pernah ke sana for a holiday... perhaps this is a good timing... cumanya penat lah nak berebut dengan orang-orang lain masa cuti sekolah ni. But what to do.

This year ni macam tak boleh plan jauh mana, sebab bajet restricted. But here are some travel ideas yang aku ada sekarang... Mid level budget.

1. Taiwan - the city is pretty compact. Lately muslim friendly. Banyak restaurant halal rasanya. Lepas tu ada gak sejuk-sejuk sikit dan ada food picking. Perhaps interesting to fit in End July tu, tapi masa tu peak summer kot... Malas lah travel masa panas ni.

2. Tasmania, Australia - for a short road trip macam ada banyak aktiviti. Tapi disebabkan takde direct flight, tak boleh nak buat a quick trip. Mesti kena spend at least 7-9 hari. 3 hari travelling, 2 hari kat tempat transit - Melbourne atau Sydney. 4 hari di Tasmania. So kalau nak spend lebih masa kat Melbourne atau Sydney, kena lah add more days. Perhaps this is an option for Summer vacation next year, sebab Tasmania sejuk in July/August. Ada southern aurora plak tu.

3. Island holiday... apparently, kami tak pernah pergi pulau for island holiday.... Local trip dulu lah kot. Mana best? The last time i went to Perhentian/Redang was 15 tahun sudah. Mana yang lebih kids friendly?