Wednesday, December 4, 2019

Planning Russia : Winter Clothing


Akhirnya tiba Disember. Setelah berbulan bulan menunggu.

Perkara yang banyak merungsingkan dalam perancangan trip kali ni adalah berkenaan pakaian baju sejuk ni. Dijangkakan kami berada di sana di dalam keadaan - ve 3 sehingga - ve 20 celcius. Apa pakaian yang sesuai untuk anak-anak kecil kami masa sejuk beku ni. Aku sendiri pun tak pernah merasai sejuk sebegini
Aku google jugak dan mostly semua kata layering macam jadual North face above. Baju jaket kalau bukan paling tebal pun takpe tapi kena ada various layers. So that is how we prepared. Beli baju bundle dan ada yang baru. Here are the places utama kami beli:

1. Bondoru - banyak pilihan baju orang dewasa. Banyak rupa dan banyak jenis kualiti. Kena pilih satu satu, dan mungkin jumpa yang elok. Kami pergi yang di Shah Alam. Harga mostly RM 70. Laki ke perempuan satu harga je mostly. Tapi masa kami pergi tu tak banyak langsung or hampir tiada pilihan untuk anak2 kecil.

2. Baju Sejuk Bundle - BSB ni lokasi dia di Bukit Antarabangsa. Kedai kecil. Lebih banyak pilihan baju anak2. Servis atau nasihat ada diberikan oleh pekedai. Bagus diaorg ni. Cumanya tak rajin nak balas atau respond wassap. Kami minta dia inform bila ada dtg stok baru. Dia ada inform. Tp bila kami minta simpan sebab weekend tu ada hal. Dia kata simpan 1 minggu je. Fair enough. Tp bila minta update lepas tu, x bagi tau pula. Harga baju sejuk dewasa mostly rm80. Kanak2 rm50. Baju dia lebih wangu dari Bondoru sbb dia claim baju dah basuh. Cumanya baju Bondoru lebih lawa. Kat sini ada banyak baju yang corak sama dgn pelbagai saiz, possibly borong dari Lazada.

3. Uniqlo - to create layers, we bought heattech dari uniqlo. Semua size ada. 

4. Decathlon - bila baca tripadvisor, banyak org luar suggest sini. Harga baju sejuk dia consider murah. Kami banyak beli accesories kat sini. Kasut pun beli sini. Selain baju heattech juga. Sini banyak corak dan banyak info pasal baju yang dibeli. Ada lah info which baju untuk lebih panas dan sini ada jaket/fleece dual design. So bawak 1 tp 2 color depan belakang. Bergambar ada lah lain sikit. Tak la jaket sama je. 

5. Lazada - beli direct. So far kami beli dapat yang ok. Cuma sizing je lah. Banyak pilihan. Murah dari yang jual kat BSB. Risiko barang sampai ke tak tu kena tanggung sendiri la. 

Kebetulan pula, masa kami di sana nanti... In fact bermula awal bulan ni, takkan ada matahari terbit langsung di sana. Mungkin menambahkan kesejukan... Wo hoo... Harap semua ok. InsyaAllah


No comments:

Post a Comment