Tuesday, April 30, 2019

Weekend trip : Kuantan

Hessa dah sebulan. Surgery dia dah recover but still kena avoid mandi swimming pool. Sebelum puasa, we decided to make a trip to Kuantan bersempena birthday ibu.

So pepagi Jumaat last week kami bertolak pagi dengan aim untuk breakfast di Lemang Tok Ki di Bentong. Agak mudah untuk sampai ke tempat ni. Agak straightforward je dari highway. Since tempat ni dengarnya ramai orang datang, kami pilih untuk datang pagi Jumaat. Yes, kami dapat makan dengan tenang. Kamk order lemang dan set rendang daging dan ayam. Daging tu sangat lain, ayam tu sedap. Harga dia agak reasonable dengan portion dia. Banyak je pilihan makanan lain selain lemang. 

We managed to arrive just in time untuk check in. Since ni trip birthday, we splurge a bit di Hyatt Kuantan di Teluk Cempedak. Hessa dan Muhammad la happy bila stay hotel yang elok macam ni.

Lepas berehat sekejap, kami keluar untuk ke Kula Cakes. Ni pun katanya viral. Untuk elak susah dapat tempat duduk, kami decide untuk datang sebelum orang ofis keluar ofis. Memang dapat makan dengan tenang. And yes we tried the mango cake tu, sedap! Choclate drink dia pun best.
Lepas Kula Cakes, kena lah balik hotel sebab dua dua ni dah minta nak main pasir depan hotel. Tapi hujan pula petang tu, so tak boleh la ke beach. 

Malam tu kami makan sate di Terminal Sate Zul. Nampak kedai ni tepi jalan besar dan sangat tempting. Since nasi impit adalah makanan favourite both kids, makan kat kedai sate ni agak selamat. Dan sate dia sedap jugak.


Malam tu kami nampak kawasan pantai teluk cempedak agak happening. Ada pasar malam. Ada main api di tepi pantai. Sangat best untuk lepak-lepak abiskan masa. We had some drinks sambil tengok-tengok orang. We can walk ikut jalan pasir ke situ. 

Wednesday, April 3, 2019

Strabismus again

After a few years of assessment. We have decided for Hessa to undergo another strabismus surgery. The previous one macam tak effective. Plus next year dia dah nak masuk darjah satu. Emosi dia kena jaga.

Ingatnya nak buat bulan April but what the heck tunggu lebih lama. So, we decided to make it happened a month earlier. Lebih cepat buat, lebih cepat recover. Lebih cepat boleh decide the next step. 

So last week she did the surgery. Alhamdulillah. All went well. We really salute the doctor in terms of his determination and approach. Terasa berbaloi segala bayaran kami. Really recommended. 

Membawa anak pergi masuk operating theatre ni banyak main emosi. Emosi kanak2 tu dah pasti. Emosi ibu bapa lagi lah. Kami menempuh satu proses yang kami boleh decide untuk tidak teruskan. Kami ada option tu. Kami tak boleh bayangkan ibu bapa yang terpaksa menempuh proses ni dan takde pilihan lain. Dan kena lalui berkali kali. Anda semua memang sangat kuat. 

Having to go through this has thought me a lot personally. I have to appreciate life more. And don't take things for granted. As parents, kena bertanggungjawab penuh pembentukan anak2, both dalaman dan luaran. InsyaAllah. I will try to do my best.

Monday, April 1, 2019

Weekend Trip : Roadtrip to Satun Day 3

Last day di Satun. Pagi ni kami breakfast di satu kedai hampir dengan kedai semalam. Dia ada dim sum, laksa siam yang sedap dan macam2. Takde nama english kedai ni, but sebelah awake cafe. Jumpa kedai ni pun sebab kedai breakfast semalam tutup pulak. Yummy food dan murah.

Hari ni tak plan nak bertolak awal sangat. Plannya nak beli barang dapur lagi. Ke pasar semula... Then Big C, Makro dan Tesco. Bertolak balik ke KL dalam tengahhari. Hari ahad kebanyakan kedai tutup, our lunch pun pakai belasah je. Janji sebelum cross border. Apparently, kedai tu pun ok jugak rasanya... Eh... Sedap saja makan kat sini. 

We did stop dekat pasar wang kelian. Ramai ya amat orang membeli belah. As usual aku dan anak2 dalam kereta. Kebanyakan barang-barang yang selalu beli di siam dan x jumpa di Satun wujud je kat pasar ni. Macam macam ada. 

Walaupun ramai ya amat orang kat wang kelian tu, ramai2 datang dengan bas. Rupanya most of them local yang shopping situ. Cross border bertenang je. Takde berapa nak ada orang pun. Kalau bukan sebab nak semua kena turun dan jalan ke kaunter, crossing border boleh je settle dalam 20 minutes. Tapi proses park n turun kereta tu makan masa skit bila dah ada anak ni. Semua nak berdukung.
Back to Ipoh was uneventful. Traffic jam di Plus highway memang kadang2 melampau, especially di terowong Menora. Selalunya driving paling penat bila balik Siam ni bila dah masuk Malaysia. Walaupun highway besar, driving sini sgt stresaful.

Satun definitely a place to come back kalau nak fikir makan je. The restaurant tepi laut dan pasar malam memang best. Pasar basah bole cakap melayu tu pun best. Kalau ada weekend trip saja, Satun is more complete. Makan boleh, shopping serba sedikit, barang masih murah, halal senang, driving relax. InsyaAllah datang semula.