Showing posts with label bandung. Show all posts
Showing posts with label bandung. Show all posts

Thursday, October 3, 2019

Quick Trip : Jakarta - Bandung Day 2 of 2 and balik KUL

Hari ni kami bermula sangat awal. Dijangkakan perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan mengambil masa 3-4 jam, jadi kami dah keluar hotel jam 4am.
Semalam kami semua skip Masjid Istiklal sebab tak larat. Pagi ni cadang asal nak subuh kat situ pun terpaksa skip. At least ada 50 bas persiaran dah ada di masjid tu pukul 4am. Orang dah ramai. Gerai gerai menjual pun dah buka.. Kagum aku. Subuh pukul 430am but 4am dah penuh gitu. Ke sebab hari ni ada perhimpunan bantah kerajaan. Kami pun tak pasti. 

Kami sampai di Bandung around 8.30am dan straight gi breakfast. Simple breakfast. Sedap. Ramai orang. Hari ni hanya gi ke kedai dan mall untuk shopping.

Fashion House ke Pasar Baru ke Toko Buku ke lunch ke Pasar Cibaduyut (yang ni first time aku pergi dan shop) Rumah Mode ke Kartika Sari dan Amanda dan akhirnya kami balik semula ke Jakarta. Jam pukul 9am. Guide cakap, better makan malam di dalam perjalanan saja. Dan kami lalu jalan lama bukan highway. Lalu area bogor.

Kami stop untuk makan di satu restoran Sunda selepas kami keluar dari Bogor. Nampak gaya macam kedai tu je buka. Masa tu pun dah pukul 10pm. Ni pun kedai simple. Gurami goreng panas dengan nasi pun ok dah masa ni. Kelaparan.

Selepas makan tu, salah sorang makcik aku yang dalam group sampai 1 jam lewat bertanya-tanya if flight diaorg sama timing ke dengan yg lain. After selidik rupanya group lambat 4 orang ni flight diaorg 4am bkn nya 4pm macam 11 orang lain. So masa tu dah pukul 11pm lebih so ada 5 jam lebih kurang untuk fly out ke KL. Katanya dah cek dulu tapi diyakinkan pukul 4pm. Bergegas la kami macam fast and furious. Aku dah start call MAS utk back up plan in case terlepas flight. Very costly though... But based on calculation waze sempat sampai ke airport, cuma kena bergegas la. Dan Alhamdulillah all went well. Diaorg ni umpama 2 hari 1 malam je untuk trip ni. Hebat.

The next day we went to my favourite shopping mall di Jakarta - Thamrin City Mall. Dok la shopping dalam sejam before we head to the airport. We packed our lunch n makan kat airport je. Airport baru ni luas dan cantik. Plus dia ada trolley dan boleh letak anak jugak. So tak perlu bawak stroller.

Sampai KLIA, shuttle nak ambil kereta agak kelembapan jugak. But ok lah, dia hantar ke parking lot sampai depan kereta. Penat dah nak angkut beg. 

I would highly recommend our driver/guide untuk trip ni. Kereta/van dia bersih. Dia fasih berbahasa melayu dan selection food dia ok. Dan yang paling bagus, dia quick thinking dan relax. Masa kami ke bandung tu dia tu driving or bekerja hampir 24jam. Bertolak pukul 4am dan last hantar group ke airport pukul 2.30am baru masuk balik hotel. But dia ada co-driver la all the way, kawan dia jadi back up in case dia penat. 

Lagi satu, aku rasa Jakarta ni sudah sangat banyak kemajuan. Benda utama yang kami notis, bandar dia significantly lebih bersih dari dahulu. Ada sungai yang nampak bersih dan tak nampak orang-orang yang dok setinggan bawah jambatan.

Tuesday, May 20, 2014

Bandung & Jakarta (with a baby) : Last Day

Day 5 (4/5/2014) Kami ambik flight awal. Jadi nya awal lah kena check out. Driver pun bagus dah tunggu.


So sesambil makan kek kek dari Amanda (oh jangan lupa beli Kek Kukus Amanda ni kat Bandung) dan kek dari Kartika Sari (pun beli kat Bandung) - tapi kami suka lagi kek kukus Amanda. Lets recap things that we learnt from our first trip.

1. Budak 6 bulan ni tak tau apa sangat. So long as dia dok bawah ketiak mak dia, dapat minum susu. Dia settle. Alhamdulillah, Hessa tak meragam bila cuaca panas or sejuk dan bunyi bising. Dan sebab dia ni minum direct je, so tak de pun nak sibuk bawak botol, pencuci botol whatsoever.

2. Try ambik flight awal pagi. Kami ambil KLM awal pagi. Sebab rasanya lebih mudah nak tidurkan baby ni masa flight berlepas. Then kalau dia dah tidur, senang sikit handle. Tapi budak 6 bulan ni selain menyusu dia tido je lah.

3. Kalau bergantung dengan stroller, agak susah jalan-jalan kat less developed country. So make sure ada carrier yang bagus.



Alhamdulillah, our first trip with baby berjalan lancar. Baby tak membawa apa-apa masalah yang mengganggu perjalanan.

Monday, May 12, 2014

Bandung & Jakarta (with a baby) : Day 3 - Bandung - Jakarta

Hari Ketiga (2/5/14). Sebab kitaorg memang takde plan nak shopping pun, walaupun bandung ni syurga shopping kami tak banyak bagi untuk bershopping. Tapi takkan lah tak beli apa-apa langsung. So hari terakhir di Bandung sebelum menuju ke Jakarta, kitaorg shopping skit. Dalam tak berapa nak shopping tu sempat lah pergi Pasar Baru, beberapa outlet shop yang tak ingat nama dan Rumah Mode.

For me, Pasar Baru tu memang pergi kalau ada plan nak membeli contohnya nak buat langsir or beli kain berkodi-kodi. Kalau setakat tengok je, boleh skip lah. Especially kalau ada budak. Kami jalan jugak 1 round sebab ni first time sampai sini. Then kami kembali ke tempat letak kereta. Driver kami memang plan untuk letak kereta kat depan kedai jual tudung dan telekung. Memang kedai tu je lah yang kami singgah. Dan harga nya sangat berpatutan. Kedai tu entrance dia memang dari parking lot. Tak ingat pulak namanya.

Kitaorg ada pergi beberapa so-called outlet shop. Tapi mungkin bukan timing dia, semua kedai yang kami pergi tu macam letak baju-baju fake je. Bukan overrun atau pun reject. Tapi Rumah Mode nampak elok skit lah. Sempat lah beli dekat Rumah Mode. Lagipun kedai dia cantik dan ada cafe. Lebih mudah nak pilih baju.

By noon kitaorg pun gerak ke Jakarta. Sebab hari tu hari Jumaat, katanya lebih ramai orang akan keluar dari Jakarta ke Bandung berbanding masuk ke Jakarta. Memang jangkaan tu betul, tak sampai 4  jam kami dah sampai. Tapi bukan terus ke hotel, tapi terus gi ke FX Mall sebab nak beli baju. Makan pun kat situ. Mahal jugak option makanan yang ada. Kitaorg tru Sate Khas Senayan. Aku order Nasi Cobek... Nasi putih dan lauk yang bawah dia ada sambal cili pedas nak mati dia letak sebesar pinggan makan. Giler nak makan!


Then lepas makan baru driver hantar ke hotel. Kitaorg dok hotel yang senang nak jalan-jalan. Amaris Thamrin City. Dari Thamrin City ni boleh jalan kaki ke Plaza Indonesia. Dan senang kalau nak ke Tanah Abang. Bilik dia simple sangat. Size muat-muat 2 orang je. Dinding dia tak soundproof sangat, ramai yang datang sini dengan group besar. Jadi depa suka sembang-sembang kat luar dan depan-depan pintu. Jadi suasana agak bising jugak lah. Toilet dia kecik je, nothing to shout out. Konsep nya janji dapat tido. Kalau plan nak ke sini, cari lah bilik yang ada tingkap boleh buka, kami dapat bilik agak terkebelakang, tingkap tak boleh buka. Agak claustrophobic sebab bilik dia yang muat-muat je.

Saturday, May 10, 2014

Bandung & Jakarta (with a baby) : Day 2 - Ciwidey/Situ Patenggang

Hari kedua (1/5/2014). Bandung ni famous dengan Kawah Gunung Berapi, both of us dah pernah sampai ke Tangkuban Perahu. So bila google, ada satu lagi kawah gunung berapi namanya Kawah Putih. Kalau dari Bandung ke Tangkuban Perahu dalam 1 jam 15 minit, kalau ke Kawah Putih lagi jauh, dalam 2 jam baru sampai. Dan dia arah bertentangan, Tangkuban Perahu ke Utara, Kawah Putih ke Selatan. So tak mungkin boleh pergi kedua-dua tempat dalam sehari.

Ok. Kitaorg decide nak ke Kawah Putih. Tapi, bila baca balik, sesuai ke bawak baby 6 bulan ke kawasan banyak sulphur macam tu. Bukan agak acidic ke. Pastu bila driver datang, kami tanya lah pendapat dia berkenaan Kawah Putih, macam mana terdedah nya kawasan tu. Dia pun cakap macam kurang elok bawak baby. Tapi dia kata kawasan Kawah Putih tu cantik. Dia kawasan wisata jugak. Ciwidey tu tempat tanam teh dan tanaman strawberry. Boleh jugak petik strawberry kalau nak. Boleh jugak buat lawatan. So off we go to Ciwidey.

Oh, sebelum bertolak, kitaorg makan breakfast kat hotel. Breakfast dia agak recommended la. Best. Banyak jugak makanan local yang boleh dicuba. Sedap!

Kitaorg jangka kan dah perjalanan memakan masa dalam 2 jam. Tapi setelah sejam lebih, traffic jam yg teruk sampai kereta kena berhenti. sangat lama berhenti rasanya dalam 2 jam jugak. Jalan tersengguk-sengguk, berhenti kejap, jalan sikit... stress jugak dalam kereta. Dah lah driver tu tak tau apa sebabnya. Tapi Hessa masih baik je, tak meragam. Ye lah baru 6 bulan. dapat susu settle lah. Mak Bapak je restless. 
Selepas lebih kurang 2 jam tu baru lah kereta bergerak. Rupa-rupanya ada perarakan hari pekerja dan event besar-besaran kat simpang masuk ke Kawah Putih. Ada larian dan pesta sempena 1 Mei. Jalan tutup masa perasmian dan awal2 lari. Ceh... patut lah 2 jam tunggu. So nak ke tempat ladang teh, kena lalu simpang ke Kawah Putih. Dari simpang tu dalam 5 km akan sampai Kawah Putih. Kami straight lagi tapi tak jauh sangat lah. 

Bila sampai ke kawasan perkebunan teh, driver kami pun cakap. Ha... ni lah tempat nya. Kami pun terpinga-pinga, jadi apa nak buat kat sini. Dia kata dia tunjuk je kebun teh. Dia pun jarang ke situ. Jadi selepas tengok balik lah.... oooh geram jugak masa tu. Ye lah, dah 4 jam dalam kereta nak patah balik. As much as the view tu cantik macam kat cameron tapi lebih landai dan kurang sejuk, takkan gitu je kan. Penat duduk je lah.

Jalan ke depan sikit, ada lah nampak tempat wisata, tapi driver kami tak pasti apa yang ada kat dalam wisata tu sebab dia tak pernah pergi. So patah balik lah ke area kebun teh dan nampak lah ada gerai-gerai tepi jalan. Sebab kan nak jugak berhenti, kitaorg stop je kat situ menikmati suasana sekeliling. dan ada pulak orang jual jagung bakar. Jadi lah... 



Lepas dah reda skit geram kat driver tu. Geram sebab dia cuma kata ada je tempat melawat, tapi tak de plak specific target nya. Tapi ye lah, dia driver je kan.

So kitaorg ajak driver tu pergi semula ke tempat wisata tu. Dia berjaya kowtim untuk kitaorg kena caj sebagai local bukan tourist. Janji kita tak buka mulut lah... nanti kantoi. So sampai lah kami ke Tasik Situ Patenggang. Cantik jugak tasik ni. Cuma maintenance kawasan versi zaman dulu lah. Takde lah moden, tetapi cukup. Kebersihan ok. Ramai family gathering, budak-budak sekolah. Ada sejarah rupanya tasik ni.

 Ada boat kalau nak sewa untuk pusing pulau Asmara tu. Tapi takde la kami gi pusing. Ada orang jual makanan, but kami tak berani cuba. Ok lah... rasa macam off the beaten track. Orang Malaysia takde datang sini ni.


  


Selepas sejam kat situ, kami pun puas hati lah untuk berangkat balik. Ye lah, perut pun lapar sebab lunch pun tak makan lagi ni. Nasib baik driver memang dah plan kedai mana nak singgah. Kedai besar, pondok-pondok makan atas kolam ikan. Konsep macam Kampung Daun jugak. Takde orang dah makan lunch kat situ. Kitaorg pun dah penat. Gambar pun tak ambil hahaha... rasa makanan kat situ ok, sedap lah.

On the way balik, kami tanya lah kat driver, mana tempat nya nak petik strawberry tu. Ohh.. dia kata ada lah kat tepi-tepi jalan kat Ciwidey tu. Tempat kita berhenti lama-lama menunggu tu. Hahaha... hati dah geram balik, apasal plak kita tunggu dalam kereta tadi. Patut nya kita g lah singgah petik strawberry. Tapi driver tu cakap, masa tu tak tau pulak kena tunggu sampai dua jam. Ye lah....

Anyway, sepanjang jalan dalam kereta. Hessa ok je. Since dia cuma menyusu. No issue at all.

Malam tu kitaorg explore Chimpelas Walk. Mall yang bersambung dengan hotel. Makan Indomie dekat situ. Sempat lah pusing-pusing. Menarik jugak mall tu.

Friday, May 9, 2014

Bandung & Jakarta (with a baby) : Day 1 KL - Jakarta - Bandung

Kitaorg dah plan dah, genap je Hessa 6 bulan, nak try lah trip overseas. So sebagai percubaan, kitaorg decide untuk pergi yang dekat-dekat je lah. First destination : Jakarta Bandung.

Planning tak de lah beriya sangat sebab both of us, dah pernah ke Bandung dan Jakarta. Trip yang takde expectation sangat ni perlu supaya kita boleh try tengok perbezaan travelling dengan baby dan travelling masa takde baby. Kurang expectation or keperluan berjalan akan kurang kan stress kalau perjalanan tak mencapai matlamat disebabkan masalah atau kehendak baby ni.

Hari pertama (30.4.2014 - Rabu) penuh dengan perjalanan. Dari KL naik flight ke Jakarta, kemudian supir dah tunggu untuk ke Bandung. Antara yang kitaorg risau masa tu, takut Hessa menangis teruk masa nak berlepas. Kitaorg dah plan ambik flight pagi, sebab kemungkinan Hessa akan masih mengantuk dan boleh selesa tidor dalam flight sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, plan berhasil, memang ditahan dari bagi susu sampai lah kapal terbang nak berlepas. Dan Hessa tido hampir sepanjang perjalanan. Smooth.


Perjalanan dari Jakarta ke Bandung pun tak lah ada apa-apa sangat. 4 jam perjalanan yang penuh traffic je. Hessa pun tido bangun tido bangun. Umur 6 tahun ni masih senang lagi rupanya. Bagi je susu, dia pun tido. Driver Indon ni pun kata baik je budak ni. tak menangis apa-apa pun.

Sebab ada baby kami jangka kan perjalanan dekat sekitar hotel akan jadi sangat limited. So kitaorg booked kat Sensa Hotel Bandung sebab hotel ni bersambung dengan Chimpelas Mall/Walk. Memang strategik, tapi cuma mall tu je lah, takde lah benda lain. Hotel ni tak dekat pun dengan Pasar Baru ataupun tempat baju-baju outlet. Tapi memang tak de lah plan nak jalan kaki ke sana untuk shopping. dah ada baby kan. Hotel ni recommended if korang ada idea yang sama i.e. nak dekat mall. Apart from that, condition bilik biasa-biasa je, seperti harga nya. Dia cuba nak up kan skit condition toilet dia, but nothing fancy.
 View from tingkap hotel...


Setelah berehat sekejap, kitaorg dinner di Kampung Daun. Environment tempat ni best. Tapi agak gelap. Ramai orang, sebab kami takde buat reservation, kena tunggu kejap. Itu pun sebab kitaorg dah sampai agak lewat, org dah abis dinner baru sampai. Ye lah, jalan nak sampai ke restoran ni punya lah scary, naik bukit dan masuk kampung. Jalan pun tak berapa elok.

Kesedapan makanan ok lah. tapi menang lebih bab environment dan setup restoran tu. Kalau datang sini lagi, memang akan ke sini. Sebab setup dia mmg takde kat Malaysia.




By the time abis makan, dah pukul 11 dah. So back to the hotel.