Saturday, May 10, 2014

Bandung & Jakarta (with a baby) : Day 2 - Ciwidey/Situ Patenggang

Hari kedua (1/5/2014). Bandung ni famous dengan Kawah Gunung Berapi, both of us dah pernah sampai ke Tangkuban Perahu. So bila google, ada satu lagi kawah gunung berapi namanya Kawah Putih. Kalau dari Bandung ke Tangkuban Perahu dalam 1 jam 15 minit, kalau ke Kawah Putih lagi jauh, dalam 2 jam baru sampai. Dan dia arah bertentangan, Tangkuban Perahu ke Utara, Kawah Putih ke Selatan. So tak mungkin boleh pergi kedua-dua tempat dalam sehari.

Ok. Kitaorg decide nak ke Kawah Putih. Tapi, bila baca balik, sesuai ke bawak baby 6 bulan ke kawasan banyak sulphur macam tu. Bukan agak acidic ke. Pastu bila driver datang, kami tanya lah pendapat dia berkenaan Kawah Putih, macam mana terdedah nya kawasan tu. Dia pun cakap macam kurang elok bawak baby. Tapi dia kata kawasan Kawah Putih tu cantik. Dia kawasan wisata jugak. Ciwidey tu tempat tanam teh dan tanaman strawberry. Boleh jugak petik strawberry kalau nak. Boleh jugak buat lawatan. So off we go to Ciwidey.

Oh, sebelum bertolak, kitaorg makan breakfast kat hotel. Breakfast dia agak recommended la. Best. Banyak jugak makanan local yang boleh dicuba. Sedap!

Kitaorg jangka kan dah perjalanan memakan masa dalam 2 jam. Tapi setelah sejam lebih, traffic jam yg teruk sampai kereta kena berhenti. sangat lama berhenti rasanya dalam 2 jam jugak. Jalan tersengguk-sengguk, berhenti kejap, jalan sikit... stress jugak dalam kereta. Dah lah driver tu tak tau apa sebabnya. Tapi Hessa masih baik je, tak meragam. Ye lah baru 6 bulan. dapat susu settle lah. Mak Bapak je restless. 
Selepas lebih kurang 2 jam tu baru lah kereta bergerak. Rupa-rupanya ada perarakan hari pekerja dan event besar-besaran kat simpang masuk ke Kawah Putih. Ada larian dan pesta sempena 1 Mei. Jalan tutup masa perasmian dan awal2 lari. Ceh... patut lah 2 jam tunggu. So nak ke tempat ladang teh, kena lalu simpang ke Kawah Putih. Dari simpang tu dalam 5 km akan sampai Kawah Putih. Kami straight lagi tapi tak jauh sangat lah. 

Bila sampai ke kawasan perkebunan teh, driver kami pun cakap. Ha... ni lah tempat nya. Kami pun terpinga-pinga, jadi apa nak buat kat sini. Dia kata dia tunjuk je kebun teh. Dia pun jarang ke situ. Jadi selepas tengok balik lah.... oooh geram jugak masa tu. Ye lah, dah 4 jam dalam kereta nak patah balik. As much as the view tu cantik macam kat cameron tapi lebih landai dan kurang sejuk, takkan gitu je kan. Penat duduk je lah.

Jalan ke depan sikit, ada lah nampak tempat wisata, tapi driver kami tak pasti apa yang ada kat dalam wisata tu sebab dia tak pernah pergi. So patah balik lah ke area kebun teh dan nampak lah ada gerai-gerai tepi jalan. Sebab kan nak jugak berhenti, kitaorg stop je kat situ menikmati suasana sekeliling. dan ada pulak orang jual jagung bakar. Jadi lah... 



Lepas dah reda skit geram kat driver tu. Geram sebab dia cuma kata ada je tempat melawat, tapi tak de plak specific target nya. Tapi ye lah, dia driver je kan.

So kitaorg ajak driver tu pergi semula ke tempat wisata tu. Dia berjaya kowtim untuk kitaorg kena caj sebagai local bukan tourist. Janji kita tak buka mulut lah... nanti kantoi. So sampai lah kami ke Tasik Situ Patenggang. Cantik jugak tasik ni. Cuma maintenance kawasan versi zaman dulu lah. Takde lah moden, tetapi cukup. Kebersihan ok. Ramai family gathering, budak-budak sekolah. Ada sejarah rupanya tasik ni.

 Ada boat kalau nak sewa untuk pusing pulau Asmara tu. Tapi takde la kami gi pusing. Ada orang jual makanan, but kami tak berani cuba. Ok lah... rasa macam off the beaten track. Orang Malaysia takde datang sini ni.


  


Selepas sejam kat situ, kami pun puas hati lah untuk berangkat balik. Ye lah, perut pun lapar sebab lunch pun tak makan lagi ni. Nasib baik driver memang dah plan kedai mana nak singgah. Kedai besar, pondok-pondok makan atas kolam ikan. Konsep macam Kampung Daun jugak. Takde orang dah makan lunch kat situ. Kitaorg pun dah penat. Gambar pun tak ambil hahaha... rasa makanan kat situ ok, sedap lah.

On the way balik, kami tanya lah kat driver, mana tempat nya nak petik strawberry tu. Ohh.. dia kata ada lah kat tepi-tepi jalan kat Ciwidey tu. Tempat kita berhenti lama-lama menunggu tu. Hahaha... hati dah geram balik, apasal plak kita tunggu dalam kereta tadi. Patut nya kita g lah singgah petik strawberry. Tapi driver tu cakap, masa tu tak tau pulak kena tunggu sampai dua jam. Ye lah....

Anyway, sepanjang jalan dalam kereta. Hessa ok je. Since dia cuma menyusu. No issue at all.

Malam tu kitaorg explore Chimpelas Walk. Mall yang bersambung dengan hotel. Makan Indomie dekat situ. Sempat lah pusing-pusing. Menarik jugak mall tu.

No comments:

Post a Comment