Monday, May 12, 2014

Bandung & Jakarta (with a baby) : Day 3 - Bandung - Jakarta

Hari Ketiga (2/5/14). Sebab kitaorg memang takde plan nak shopping pun, walaupun bandung ni syurga shopping kami tak banyak bagi untuk bershopping. Tapi takkan lah tak beli apa-apa langsung. So hari terakhir di Bandung sebelum menuju ke Jakarta, kitaorg shopping skit. Dalam tak berapa nak shopping tu sempat lah pergi Pasar Baru, beberapa outlet shop yang tak ingat nama dan Rumah Mode.

For me, Pasar Baru tu memang pergi kalau ada plan nak membeli contohnya nak buat langsir or beli kain berkodi-kodi. Kalau setakat tengok je, boleh skip lah. Especially kalau ada budak. Kami jalan jugak 1 round sebab ni first time sampai sini. Then kami kembali ke tempat letak kereta. Driver kami memang plan untuk letak kereta kat depan kedai jual tudung dan telekung. Memang kedai tu je lah yang kami singgah. Dan harga nya sangat berpatutan. Kedai tu entrance dia memang dari parking lot. Tak ingat pulak namanya.

Kitaorg ada pergi beberapa so-called outlet shop. Tapi mungkin bukan timing dia, semua kedai yang kami pergi tu macam letak baju-baju fake je. Bukan overrun atau pun reject. Tapi Rumah Mode nampak elok skit lah. Sempat lah beli dekat Rumah Mode. Lagipun kedai dia cantik dan ada cafe. Lebih mudah nak pilih baju.

By noon kitaorg pun gerak ke Jakarta. Sebab hari tu hari Jumaat, katanya lebih ramai orang akan keluar dari Jakarta ke Bandung berbanding masuk ke Jakarta. Memang jangkaan tu betul, tak sampai 4  jam kami dah sampai. Tapi bukan terus ke hotel, tapi terus gi ke FX Mall sebab nak beli baju. Makan pun kat situ. Mahal jugak option makanan yang ada. Kitaorg tru Sate Khas Senayan. Aku order Nasi Cobek... Nasi putih dan lauk yang bawah dia ada sambal cili pedas nak mati dia letak sebesar pinggan makan. Giler nak makan!


Then lepas makan baru driver hantar ke hotel. Kitaorg dok hotel yang senang nak jalan-jalan. Amaris Thamrin City. Dari Thamrin City ni boleh jalan kaki ke Plaza Indonesia. Dan senang kalau nak ke Tanah Abang. Bilik dia simple sangat. Size muat-muat 2 orang je. Dinding dia tak soundproof sangat, ramai yang datang sini dengan group besar. Jadi depa suka sembang-sembang kat luar dan depan-depan pintu. Jadi suasana agak bising jugak lah. Toilet dia kecik je, nothing to shout out. Konsep nya janji dapat tido. Kalau plan nak ke sini, cari lah bilik yang ada tingkap boleh buka, kami dapat bilik agak terkebelakang, tingkap tak boleh buka. Agak claustrophobic sebab bilik dia yang muat-muat je.

No comments:

Post a Comment