Friday, September 15, 2017

Beli Kereta

Since balik dari Cameron, i have one thing in mind. Kereta kami muatannya dah agak terhad bila berjalan. Dengan tambah sorang lagi baby, plus hajat nak gi roadtrip ke Siam sekali lagi. Macam kena beli kereta besar sikit. Lepas tu, dengan parents yang dah tua dan tak larat memandu, kalau nak bawak diaorg berjalan, dah tak muat kereta sebab kami menggunakan car seat untuk both kids sepanjang masa.

So... kami pun survey-survey nak beli kereta... here is in our list:

Innova

Serena

Exora

setelah test drive... kami decide untuk beli Serena.

Serena wins it for:

1. Kerusi row ketiga dia yang sangat spacious ruang kakinya

2. Row kedua yang mudah dialih-alih ke depan dan kebelakang

3. Seat tengah row kedua dia yang boleh tolak kedepan dan boleh jugak jadi penghalang untuk budak2 ke depan

4. TV dalam kereta

5. Pintu auto dia

Harap-harap dapat kereta awal bulan Oktober, sebab my parents dah ajak nak gi Kota Bahru... Jalan-jalan cari makan ke sana lah plak :-)


Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka...

Walaupun cuti panjang, kami tak ke mana-mana... balik kg je :-)

Monday, September 11, 2017

Quick Getaway Cameron Highlands

Hari Raya Haji hari tu aku ambil cuti extra, plan asal nya terfikir nak ke Selatan Thailand lagi. Tapi entah macam mana, terlupa pula bawak passport bila balik ke Ipoh untuk berhari raya. Jadinya, kami buat plan mengejut lagi. Dengan anak-anak ni boleh je plan mengejut. So hari Ahad 2 hari selepas Raya Haji, awal-awal pagi kami menuju ke Cameron Highlands.

Perjalanan ke Cameron Highlands dari Ipoh agak mudah. Jalan tak sesak pun walaupun hari tu hari cuti. Kami booked di Century Pines Resort. Hotel ni hotel lama, mula-mula masuk kuat jugak bau bilik ni, bau lembab, bau kayu, bau bilik lama. But lama kelamaan ok lah. Kami ambil bilik yang ada small garden dan tempat duduk kat belakang bilik tu. Best jugak minum-minum teh sambil anak main rumput kat belakang tu. So lepas rehat-rehat sekejap, ka

Then kami keluar utk achieve our main target for this trip i.e. nak petik buah strawberry. Tu je matlamat holiday ni. So kami target ladang strawberry yang besar je. Kami singgah yang dekat dengan hotel, tapi nak sampai pun sesak ya amat. Sesampai je, diaorg kata takde buah nak dipetik. Kami nak try tempat lain, tapi jalan sesak ya amat. Jalan 1km boleh ambil 1 jam. Jadi aku call dulu ladang-ladang strawberry, semua cakap tak boleh nak gi hari ni. Dah abis buah utk petik. So... kena lah pujuk Hessa sebab dia nak sangat petik strawberry. Kami janji cuba lagi esok. 

So kami balik hotel. Hotel ni bagi voucher for free scones and hi tea. Aku assume ada hi tea buffet. But apparently ada scones dan sandwich. Tak cukup hahaha... and nasib lah free, if kena bayar, so not worth it. so untuk menghabiskan masa luang petang tu, kami enjoy the park in front of the hotel. Memang best tempat ni. Bebudak seronok. Dapat sewa basikal. sambil jalan-jalan enjoy taman dalam suasana sejuk.




Malam tu kami dinner steamboat. Famous CH for steamboat. As first timer, kami cuba di Restoran Tanah Abang. Quite worth it. Supply dia banyak. Meja banyak. Service bagus. Cuaca sejuk. Best kedai ni. Sesuai jugak untuk budak-budak. Alhamdulillah.

The next day start dengan breakfast. Decent one. Tapi tak banyak sangat pilihan. Cumanya view dia best giler. Boleh feeling-feeling dok overseas. Yang lagi best, most of the people dah habis cuti, so agak lengang keadaan hotel tu. Lepas breakfast, both bebudak nak sambung main dekat padang semalam.... off we went. Sebab depan hotel je. Very convenient.




Lepas dah puas, balik hotel dan bersiap. The main aim nak pergi petik strawberry. We ended up pergi Kok Lim Strawberry Farm sebab dia je confirm ada dan boleh petik buah strawberry. Tapi bila kami sampai, pekerja dia explain dengan bahasa melayu yang sangat bagus yang tak de banyak buah strawberry yang tinggal, tapi cukup lah untuk budak-budak buat pengalaman memetik strawberry. Dia jugak pesan tak perlu kutip semua sebab yang tinggal tak berapa besar. Tapi disebabkan kita bayar entrance tu dapat few hundreds gram of strawberry, dia kata bekas strawberry tu akan dipenuhkan secukupnya sebelum kita keluar. Diaorg ada stock strawberry yang dah sedia petik, saiz yang sesuai. Walaupun agak kecewa sebab tak berapa nak petik, tapi penerengan dia buat kami puas hati. Manage our expectation. Tapi ladang strawberry dia ni tak berapa friendly kanak-kanak. Kawasan curam, bertangga dan sempit. Stroller tak sesuai. Tapi, strawberry yang dia fill up memang bagus-bagus. Puas hati. Janji anak-anak gembira. Tak bergambar pun, sebab strawberry yang dapat dipetik jauh-jauh, dan kena jaga bebudak takut jatuh.


Lepas kutip strawberry, kami ke ladang kaktus dan taman rama-rama. Taman rama-rama tu kecil but worth a visit. Ada taman bunga yang best dalam tu. Cantik dan sesuai untuk kanak-kanak.





Memang puas hati berjalan-jalan bila tak ramai orang ni. Kami dapat explore tempat dengan tenang. Disebabkan dah kepenatan, malam tu kami plan beli lunch kat Marrybrown je. Sebelum maghrib kami dah balik hotel dan makan ayam marrybrown kat hotel. Bebudak nak main kat taman belakang bilik hotel pulak.


The next morning, we had the same breakfast and head home. On the way tu, nak lah singgah beli kuda rotan/kayu... tapi tak muat kereta... geram betul. Ni nak kena beli kereta besar sikit ni. hahaha.