Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Thursday, October 3, 2019

Quick Trip : Jakarta - Bandung Day 2 of 2 and balik KUL

Hari ni kami bermula sangat awal. Dijangkakan perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan mengambil masa 3-4 jam, jadi kami dah keluar hotel jam 4am.
Semalam kami semua skip Masjid Istiklal sebab tak larat. Pagi ni cadang asal nak subuh kat situ pun terpaksa skip. At least ada 50 bas persiaran dah ada di masjid tu pukul 4am. Orang dah ramai. Gerai gerai menjual pun dah buka.. Kagum aku. Subuh pukul 430am but 4am dah penuh gitu. Ke sebab hari ni ada perhimpunan bantah kerajaan. Kami pun tak pasti. 

Kami sampai di Bandung around 8.30am dan straight gi breakfast. Simple breakfast. Sedap. Ramai orang. Hari ni hanya gi ke kedai dan mall untuk shopping.

Fashion House ke Pasar Baru ke Toko Buku ke lunch ke Pasar Cibaduyut (yang ni first time aku pergi dan shop) Rumah Mode ke Kartika Sari dan Amanda dan akhirnya kami balik semula ke Jakarta. Jam pukul 9am. Guide cakap, better makan malam di dalam perjalanan saja. Dan kami lalu jalan lama bukan highway. Lalu area bogor.

Kami stop untuk makan di satu restoran Sunda selepas kami keluar dari Bogor. Nampak gaya macam kedai tu je buka. Masa tu pun dah pukul 10pm. Ni pun kedai simple. Gurami goreng panas dengan nasi pun ok dah masa ni. Kelaparan.

Selepas makan tu, salah sorang makcik aku yang dalam group sampai 1 jam lewat bertanya-tanya if flight diaorg sama timing ke dengan yg lain. After selidik rupanya group lambat 4 orang ni flight diaorg 4am bkn nya 4pm macam 11 orang lain. So masa tu dah pukul 11pm lebih so ada 5 jam lebih kurang untuk fly out ke KL. Katanya dah cek dulu tapi diyakinkan pukul 4pm. Bergegas la kami macam fast and furious. Aku dah start call MAS utk back up plan in case terlepas flight. Very costly though... But based on calculation waze sempat sampai ke airport, cuma kena bergegas la. Dan Alhamdulillah all went well. Diaorg ni umpama 2 hari 1 malam je untuk trip ni. Hebat.

The next day we went to my favourite shopping mall di Jakarta - Thamrin City Mall. Dok la shopping dalam sejam before we head to the airport. We packed our lunch n makan kat airport je. Airport baru ni luas dan cantik. Plus dia ada trolley dan boleh letak anak jugak. So tak perlu bawak stroller.

Sampai KLIA, shuttle nak ambil kereta agak kelembapan jugak. But ok lah, dia hantar ke parking lot sampai depan kereta. Penat dah nak angkut beg. 

I would highly recommend our driver/guide untuk trip ni. Kereta/van dia bersih. Dia fasih berbahasa melayu dan selection food dia ok. Dan yang paling bagus, dia quick thinking dan relax. Masa kami ke bandung tu dia tu driving or bekerja hampir 24jam. Bertolak pukul 4am dan last hantar group ke airport pukul 2.30am baru masuk balik hotel. But dia ada co-driver la all the way, kawan dia jadi back up in case dia penat. 

Lagi satu, aku rasa Jakarta ni sudah sangat banyak kemajuan. Benda utama yang kami notis, bandar dia significantly lebih bersih dari dahulu. Ada sungai yang nampak bersih dan tak nampak orang-orang yang dok setinggan bawah jambatan.

Monday, September 30, 2019

Quick trip : Jakarta - Bandung Day 1 of 2

Parents in law aku hari tu berusaha dapatkan pakej MH Deals. Dia nak bawak anak-anak, cucu dan adik beradik yang boleh travel jalan-jalan makan angin. Dan akhirnya dia dapat good deal untuk fly to Jakarta dan tido 3 hari 2 malam. So... Last week kami menjelajah Jakarta dan Bandung bagaikan cerita fast & furious. Semua nak pergi dengan time yang sangat singkat. Anyway, aku rasa aku lebih kepada jalan-jalan cari makan plus nak biasakan semula anak-anak naik flight. Plus, seronok juga jalan if kita ikut je tanpa banyak plan.

The flight was very early in the morning. Kami kena ada kat airport sebelum subuh. Untuk trip ni, demi memudahkan perjalanan, kami decide untuk park di klia je. Tapi sebab awal sampai, kami terus park di hotel movenpick ada program park and fly. RM20 tempat tak berbumbung. Berbumbung RM25. Dan shuttle ke airport free. It's a good offer. So kami cuba ni. Xde buat prior booking. Alhamdulillah xde issue.
Thru MH deals booking flight terpecah dua, kami group 11 orang sampai dulu dan ada 4 orang lagi sampai 1 jam lebih lewat. Sementara depa sampai kami tunggu je kat airport. Airport dah lawa. Takde playground, tapi dia punya tempat isap rokok lawa pula. Dok lah bergambar sekejap. Tapi tak sesuai pulak design macam ni untuk tempat hisap rokok.
 

Bila semua dah sampai, first stop - makan. Restoran sederhana di area Mangga Dua. Yumss... Alhamdulillah. All meals pun masuk pakej. Next kami ke Mangga Dua. 

Sepertimana plan asal. Bila shopping ni aku akan dok dalam kereta with the kids. In this case, dua dua nya tido. So aku dok dalam kereta je lah. Sejam je dia mangga dua, ada beberapa orang balik ke van dengan pembelian. But mostly x membeli lagi. Selepas tu sepatutnya pergi tempat lawatan, tapi semua orang tak larat. So balik hotel sebelum keluar senula untuk dinner.
Anak-anak seronok bila balik hotel. Kami bermalam di Ibis Kemayoran selama 2 malam. Petang tu sempat kami gi mandi pool. Cantik area courtyard hotel ni. Tenang. Very personal. Pool pun bagus.

Malam tu kami makan di kedai Cina. Sedap juga masakan dia. Aku tak ingat apa namanya... satu tu dessert selasih dengan santan. satu tu appetiser macam tauhu goreng yang jauh lagi sedap dari Annora tu.

We have to sleep early tonight as tomorrow our day will start very early at 4am.

Monday, October 26, 2015

Jogja Last Day

Hari terakhir di Jogja. I planned a surprise for ibu. Bagi dia me time ber spa di Martha Tilaar Spa. Tak berapa jauh dari hotel. Aku buat arrangement dengan hotel dan rezeki dia ada slot pukul 11am yg free. So hotel dapatkan teksi dan hantar dia ke sana. Pak Keprek dah janji datang tengahhari untuk check out. So dia ambil aku dan Hessa then gi ambil ibu di Spa. Seronok katanya ber spa tu. Alhamdulillah.



Sebelum balik, Pak Keprek singgahkan kami di kilang buat Bakpia. Sejenis makanan or kuih tradisi Jogja. Ada banyak brand Bakpia kat Jogja. No 25, 75, 88, Kurnia Sari etc. Tapi guide kami dan kawan ofis mencadang kan Bakpia 25. Kami beli di kilang/rumah. Beli panas2 lagi. Sedap. Memang ole-ole wajib bawak balik. Ada banyak perisa Bakpia ni, semua sedap.

Jogjakarta ni best. Aku rate Jogja ni lebih dari Bandung, Bali, Jakarta dan Surabaya. Aku rasa makanan dia best. Ada tempat sejarah. Ada shopping. Ni pun kami tertahan-tahan utk gi tempat yang lebih adventure sebab Hessa masih kecil. Till we see you again Jogja.

Tuesday, October 20, 2015

Jogja Day 3 - Istana and hotel

Hari ketiga ni kami start lewat sikit sebab semalam rasanya agak penuh jadual. Lagipun hari ni hari Jumaat, nak bagi ruang Pak Keprek solat jumaat. Start hari ni agak lewat. Breakfast kat hotel dulu.

Lepas breakfast kami terus ke istana or Keraton. Tak ramai pelancong hari ni. Dan bila masuk sini akan ada guide yang bawak. katanya pekerja-pekerja istana yang seumur hidup mereka sekeluarga hanya untuk istana. Selalunya memang ada persembahan di awal pagi di Keraton, tapi disebabkan hari tu hari Jumaat, ada bacaan Al Quran berkumandang. Guide kami menerangkan serba sedikit hal istana dan kehidupan orang-orang istana. Cantik tempat ni, tapi kompleks dia tak besar mana.


Selepas tu, kami ke Taman Sari. Tak berapa jauh dari keraton. Taman Sari ni tempat raja-raja bersiram. Kompleks ni agak unik dan seni bina dia agak menarik. Tapi kat sini kena ikut pulak dengan guide tempatan. Kami taknak guide sebab nak tengok2 je, tapi dia follow juga dan kerap cuba nak bg tau sejarah dan nak bantu ambil gambar. Tapi dah di ikut dan ambil gambar, kami akhirnya bagi juga lah tips. Tempat ni agak panas kalau visit tengahhari.



Selepas Taman Sari, kami bagi ruang pada Pak Keprek solat, so kami nak bershopping sekejap. Kata kawan ofis, wajib shopping dekat Mirota Batik. Dekat je kedai ni dengan Keraton. Dia dekat dengan Hamzah batik. Memang kedai ni agak murah berbanding kedai lain dan kualiti dia sama. Plus, semua jenis batik dan cenderamata ada kat situ. Memang one stop shopping je lah. 

Selepas shopping kami ke Restoran Ayam Tulang Lunak Hayam Wuruk. Guide kami tak berapa tahu kedai ni. Rupanya tak popular sangat dengan warga tempatan. Tapi bagi orang malaysia, ramai yang datang ke sini. Kami pilih kedai ni pun sebab sedara cadangkan makan sini. beza nya kat sini, tulang-tulang ayam dia semua boleh makan. Licin terus.

Lepas lunch, hari ni kami decide untuk berehat. Kami dah pindah hotel, dari hari pertama di Ibis Malioboro. Semalam dan hari ni kami di Hyatt Regency Jogjakarta. Agak jauh dari central area. Tapi kalau ikut website, dia ada kolam mandi yang best. So, hari ni kami nak enjoy kolam mandi je.... :-)





Malam ni malam terakhir kami di Jogjakarta. For memory, kami makan tempat up sikit kat sebelah hotel ni. Read some review kata best. Restoran Sasanti. Suasana restoran memang cantik. sesuai nak romantik :-) gambar dekat restoran ni gelap2 belaka. Restoran ni sebelah hotel je, senang nak pergi.

Thursday, October 15, 2015

Jogja : Day 2 - Merapi dan Borobodur

We start the day quite early today sebab banyak tempat nak visit dan kitaorg decide untuk pindah ke hotel lain hari ni. Nak dok hotel yang elok sikit. Bila travel dengan anak, hotel pun kena upgrade sikit. Tapi on the way, tetiba aku terperasan passport tertinggal kat hotel. Nasib baik belum jauh lagi. Kena lah patah balik ke hotel. 

First stop - breakfast. Pak Keprek bawak kami ke Soto Kadipiro. Local small restaurant jual soto. Sedap ya amat. Nampak nya kedai ni only serve local. Tak nampak pun tourist. Seronok dapat makan local ni. Masa ni aku sempat tanya Pak Keprek ada satu benda yang aku makan malam tadi kat lesehan. Rupanya aku makan kulit sapi - krecek yang dalam gudeg. What! dan kat kedai soto ni ada pulak krecek yang jadi keropok... tapi aku tak berani cuba. Nasib baik aku tak tau apa aku try semalam, kalau tahu, memang tak try lah. (gambar bawah ni dari google).
Dari situ kami menuju ke kaki Gunung Merapi. Asal nya kami agak ragu-ragu nak pergi tempat ni memandangkan Hessa baru 2 tahun dan akan terdedah dengan pencemaran udara sebab nak naik Jeep terbuka dengan jalan yang tak berturap. Tapi diaorg ada bagi cover hidung. So kitaorang belasah jugak lah, sebab dah sampai. Agak adventure jugak jeep ride tu. Tapi sebab ada anak kecil, dia bawak slow sikit. Tapi memang makan habuk lah kalau berselisih. Hessa tak suka cover mulut dia, so kena lah masuk bawah tudung. Kami rasa on second thought, kalau ada budak kecik agak bahaya nak bawa ke tempat ni, especially kalau yang tak boleh terdedah kat habuk dan debu.

Kat kaki gunung tu, tempat viewing gunung merapi, ada muzium kecil. Agak informatif. Kami agak terkesan jugak bila tengok peninggalan dari kesan gunung berapi tu. Walaupun macam tak berapa nak siap muzium tu, tapi macam sesuai pulak caranya untuk memberi kesan pada pengunjung. Selepas tengok muzium tu, kami buat few stops untuk bergambar dan kemudian turun semula.




Selepas tu, kami meluang kan masa pergi ke muzium peribadi yang kecil dalam kawasan yang sama - Muzium Ullen Sentalu. Muzium ni kecil je, simpan sejarah budaya jawa. Tapi sangat indah. Dia buat muzium ni dalam rumah/bangunan/banglo kecil. Tapi garden sekitar nya cantik ya amat. Kami banyak habis masa menikmati keindahan deco taman. Tenang. Tak ramai orang pun.




Kami makan lunch di restoran yang ada kolam ikan sekelilingnya. agak cantik. tapi makanan dia biasa saja. Lepas makan kami ke candi Borobodur. Pak Keprek mmg tinggal kan lawatan ke candi di lewat petang sbb dia kata kurang panas. Memang cantik tempat ni. Kami ambil guide jugak kat sini. Tapi biasalah, sapa jaga Hessa memang tak sempat lah dengar penerangan tapi dapat lah tahu serba sedikit. Sangat menarik sejarah kedua-dua candi ni. Berada sangat hampir tapi wujud pada kurun berbeza. Kagum bila pada masa sekarang tempat dua ni (Parambanan dan Borobodur) sangat dekat, tapi dalam sejarah seolah-olah perabadaban ni tak berkaitan langsung. Dah lah dua-dua berkaitan dengan agama yang berbeza.

Kawasan ni sangat tenang di waktu petang. Ramai jugak orang tapi tak bersesak. Dan view sunset dari sini memang cantik. memang wajar melawat tempat ni waktu petang dan tengok sunset. Ramai pelancong melepak kat situ tengok sunset. Tapi sebab kami ada budak kecik, tak lah sampai gelap kat situ.






Malam tu, kami makan kat restoran yang agak spesial. Jejamuran. Boleh google kat mana tempat ni. Yang special dia, semua masakan dibuat dr cendawan. Satay, rendang etc. semua based dari cendawan - jejamuran. Sedap!!! Soup dia sedap, sesuai untuk Hessa. Habis dinner baru balik hotel.