Thursday, October 15, 2015

Jogja : Day 2 - Merapi dan Borobodur

We start the day quite early today sebab banyak tempat nak visit dan kitaorg decide untuk pindah ke hotel lain hari ni. Nak dok hotel yang elok sikit. Bila travel dengan anak, hotel pun kena upgrade sikit. Tapi on the way, tetiba aku terperasan passport tertinggal kat hotel. Nasib baik belum jauh lagi. Kena lah patah balik ke hotel. 

First stop - breakfast. Pak Keprek bawak kami ke Soto Kadipiro. Local small restaurant jual soto. Sedap ya amat. Nampak nya kedai ni only serve local. Tak nampak pun tourist. Seronok dapat makan local ni. Masa ni aku sempat tanya Pak Keprek ada satu benda yang aku makan malam tadi kat lesehan. Rupanya aku makan kulit sapi - krecek yang dalam gudeg. What! dan kat kedai soto ni ada pulak krecek yang jadi keropok... tapi aku tak berani cuba. Nasib baik aku tak tau apa aku try semalam, kalau tahu, memang tak try lah. (gambar bawah ni dari google).
Dari situ kami menuju ke kaki Gunung Merapi. Asal nya kami agak ragu-ragu nak pergi tempat ni memandangkan Hessa baru 2 tahun dan akan terdedah dengan pencemaran udara sebab nak naik Jeep terbuka dengan jalan yang tak berturap. Tapi diaorg ada bagi cover hidung. So kitaorang belasah jugak lah, sebab dah sampai. Agak adventure jugak jeep ride tu. Tapi sebab ada anak kecil, dia bawak slow sikit. Tapi memang makan habuk lah kalau berselisih. Hessa tak suka cover mulut dia, so kena lah masuk bawah tudung. Kami rasa on second thought, kalau ada budak kecik agak bahaya nak bawa ke tempat ni, especially kalau yang tak boleh terdedah kat habuk dan debu.

Kat kaki gunung tu, tempat viewing gunung merapi, ada muzium kecil. Agak informatif. Kami agak terkesan jugak bila tengok peninggalan dari kesan gunung berapi tu. Walaupun macam tak berapa nak siap muzium tu, tapi macam sesuai pulak caranya untuk memberi kesan pada pengunjung. Selepas tengok muzium tu, kami buat few stops untuk bergambar dan kemudian turun semula.




Selepas tu, kami meluang kan masa pergi ke muzium peribadi yang kecil dalam kawasan yang sama - Muzium Ullen Sentalu. Muzium ni kecil je, simpan sejarah budaya jawa. Tapi sangat indah. Dia buat muzium ni dalam rumah/bangunan/banglo kecil. Tapi garden sekitar nya cantik ya amat. Kami banyak habis masa menikmati keindahan deco taman. Tenang. Tak ramai orang pun.




Kami makan lunch di restoran yang ada kolam ikan sekelilingnya. agak cantik. tapi makanan dia biasa saja. Lepas makan kami ke candi Borobodur. Pak Keprek mmg tinggal kan lawatan ke candi di lewat petang sbb dia kata kurang panas. Memang cantik tempat ni. Kami ambil guide jugak kat sini. Tapi biasalah, sapa jaga Hessa memang tak sempat lah dengar penerangan tapi dapat lah tahu serba sedikit. Sangat menarik sejarah kedua-dua candi ni. Berada sangat hampir tapi wujud pada kurun berbeza. Kagum bila pada masa sekarang tempat dua ni (Parambanan dan Borobodur) sangat dekat, tapi dalam sejarah seolah-olah perabadaban ni tak berkaitan langsung. Dah lah dua-dua berkaitan dengan agama yang berbeza.

Kawasan ni sangat tenang di waktu petang. Ramai jugak orang tapi tak bersesak. Dan view sunset dari sini memang cantik. memang wajar melawat tempat ni waktu petang dan tengok sunset. Ramai pelancong melepak kat situ tengok sunset. Tapi sebab kami ada budak kecik, tak lah sampai gelap kat situ.






Malam tu, kami makan kat restoran yang agak spesial. Jejamuran. Boleh google kat mana tempat ni. Yang special dia, semua masakan dibuat dr cendawan. Satay, rendang etc. semua based dari cendawan - jejamuran. Sedap!!! Soup dia sedap, sesuai untuk Hessa. Habis dinner baru balik hotel.


No comments:

Post a Comment