Kami menaiki Air Asia ke Jogjakarta. Kami ambil flight tengah hari. Hessa dah nak masuk 2 tahun, jadi rasanya tak susah sangat nak bersiap ke airport. Lagipun sekejap je di sana. Pergi hari Rabu, balik hari Sabtu. Flight on time. Di Jogja kami disambut oleh Pak Keprek. Dia bukan pemandu pelancong biasa. Kami dapat no telefon dari rakan sepejabat yang berasal dari Indonesia. Dia lebih banyak menjadi pemandu bagi journalist/reporter. Tapi sebab rate dia berpatutan dan perancangan pun last minute, ok lah.
Sesampai di Jogja dah tengahhari. Tempat pertama kami tuju, cari makan. Takde apa langsung itinerary yang kami bincang terdahulu dengan Pak Keprek. Tapi dia faham, kami mesti lapar. First stop - lunch di Restoran Ayam Goreng Ibu Hartini. Kedai Ibu Hartini sangat famous dan kedai ni dekat sangat dengan Airport. Memang singgahan yang sesuai.
Semasa makan tengahhari ni lah kami discuss dengan Pak Keprek jadual perjalanan kami. Dia cakap, kami bagi tahu je mana nak pergi, dia akan susun supaya sesuai dan dia akan bagi cadangan tempat-tempat lain jika dia rasa ada masa yang boleh di isi. Kami pun bagi tau yang utama ada 3 - Prambanan, Borobodur dan Merapi. Ada juga kami cakap pasal pantai, berkayak dalam gua etc, tapi kami rasa ada aktiviti yang kurang sesuai sebab Hessa baru je 2 tahun. Setelah tu, Pak Keprek pun bagi cadangan dia, kami bersetuju saja. Lainnya Pak Keprek ni berbanding pemandu yang saya pernah engage dalam trip sebelum ni, dia masuk campur dan bagi cadangan, bukannya pandu je janji sampai.
Tapi, lagi satu yang lain, dia makan dengan kami. Order sama-sama dan makan semeja. Awal-awal agak kekok jugak. Ye lah, susah nak sembang-sembang tapi lama-lama rasa elok jugak, sebab dia akan juga share dia punya point of view dan budaya sebenar. Dan dia pun ada bagi cadangan makan. Oh, lagi satu kami dah bagi tahu Pak Keprek yang kami suka mencuba makan. Jadi dia kena bawak kami ke kedai2 yang famous dan sedap :-)
First destination, disebabkan masih awal lagi, Pak Keprek cadangkan kami visit Prambanan. Sebab Prambanan ni dekat dengan central bandar Jogja ni. Kompleks Candi Prambanan ni agak besar. dan hari tu hari Rabu petang, tak ramai orang. Dapat lah kami enjoy tempat tu. Caj masuk agak mahal, tapi sebab kami plan jugak ke Borobodur, jadi kami beli pakej tiket kat sini. Lepas tu kami ambil guide, bayar Rp 100,000. Memang berbaloi sebenarnya ambil guide ni. Otherwise, macam tengok batu-batu besar je lah. But, disebabkan ada budak kecik sorang ni, my wife je dapat information pasal tempat ni. Aku terpaksa layan budak ni je.
Kompleks dia besar, dan bila ada guide memang segala ceruk tempat dia cuba explain. Tapi kami ajak dia jalan dan cakap cepat-cepat sikit... hahaha... badan dah penat. Tapi Hessa happy dapat panjat sana sini. Lagipun, bila sejarah dah termasuk sejarah agama dan ibadat, macam tak berapa minat nak tahu :-). Settle Prambanan kami terus ke hotel.
By the time kami check in hotel, kami decide untuk jalan-jalan sekitar hotel je. Untuk first night ni, kami booked Ibis Yogyakarta Malioboro. Ibis ni letaknya di hujung Malioboro. Kami pilih Ibis sebab murah :-)
Kami baca memang jalan Malioboro ni sangat happening pada waktu malam. Dan disebabkan kesesakkan jalan raya dan kami ada anak kecil, kami berpendapat, baik kami duduk je di Malioboro terus. Kalau anak meragam malam masa jalan-jalan, terus je lah balik ke rumah. Kami pun dah minta pendapat Pak Keprek, restoran mana yang best makan dia Malioboro. Lesehan tepi jalan. Kami pun ada tanya receptionist kat Ibis, the best streetfood di Malioboro. Bila dah tahu tu, kami pun prepare lah nak ke sana. Tapi, katanya, pukul 9 - 10pm baru buka... jadi kena tunggu lewat skit lah nak makan.
Memang Malioboro ni sangat happening. Petang dia dah ramai orang. Kami keluar lepas berehat (tido, mandi etc). Kedai-kedai baju banyak, kedai souvenir. Jalan raya pun sesak. Ada banyak motor dan ada kereta kuda jugak. First kami cari restoran/lesehan yang dikatakan tu. Memang tak nampak lagi setup. Tapi banyak je kami nampak lesehan-lesehan lain. Kami jalan terus menuju ke arah istana. Tapi sampai hujung tu, tak boleh jalan dah sebab ada construction. Bila dah malam, memang ramai diseluruh jalan Malioboro. Penjaja tepi jalan merata-rata. Macam-macam ada jual. Tapi paling menarik, ramai jugak student-student, budak remaja yang berkumpul-kumpul dalam bulatan. Sessi melepak diaorg nampak sangat menarik.
Bila jam dah pukul 9pm, kami terus lah ke lesehan... Lesehan Terang Bulan. Kami sampai dalam jam 9.30pm, dah mula beratur. Tapi tak panjang. Lesehan ni letaknya di hadapan Kedai Batik Terang Bulan. Nama lesehan ni SBTB, takde branch lain katanya. Makan memang diatas lantai dengan meja kecik. Best ya amat. Kami duduk je sebab ada orang datang ambil order, ramai beratur, kami tak sure sepatutnya beratur ke dtg ambil order. Agaknya sebab mcm terpinga-pinga kat situ, depa siap carikan tempat duduk dan ambil order.
Oleh kerana memang tak tau apa nak order, kami ambil je set komplit, semua letak. Cuma beza ayam ber kuah atau ayam goreng. Suasana sangat menarik. Crowd dia pun menarik. macam orang ada-ada. walaupun streetfood lesehan makan tepi jalan, aku rasa harga dia tak lah murah mana, but tak mahal. Rasa dia sedap. Cumanya ada beberapa benda dalam pinggan aku yang aku sebenarnya tak pasti apa dia yang aku makan. But anyhow, semua licin. :-) Hessa tido sepanjang kami di situ. Alhamdulillah :-) dapat makan dengan tenang. Lepas makan, terus balik hotel. Senang hotel dekat. Tak perlu risau nak nego harga dengan teksi.
No comments:
Post a Comment