Hari ketiga ni kami start lewat sikit sebab semalam rasanya agak penuh jadual. Lagipun hari ni hari Jumaat, nak bagi ruang Pak Keprek solat jumaat. Start hari ni agak lewat. Breakfast kat hotel dulu.
Lepas breakfast kami terus ke istana or Keraton. Tak ramai pelancong hari ni. Dan bila masuk sini akan ada guide yang bawak. katanya pekerja-pekerja istana yang seumur hidup mereka sekeluarga hanya untuk istana. Selalunya memang ada persembahan di awal pagi di Keraton, tapi disebabkan hari tu hari Jumaat, ada bacaan Al Quran berkumandang. Guide kami menerangkan serba sedikit hal istana dan kehidupan orang-orang istana. Cantik tempat ni, tapi kompleks dia tak besar mana.
Selepas tu, kami ke Taman Sari. Tak berapa jauh dari keraton. Taman Sari ni tempat raja-raja bersiram. Kompleks ni agak unik dan seni bina dia agak menarik. Tapi kat sini kena ikut pulak dengan guide tempatan. Kami taknak guide sebab nak tengok2 je, tapi dia follow juga dan kerap cuba nak bg tau sejarah dan nak bantu ambil gambar. Tapi dah di ikut dan ambil gambar, kami akhirnya bagi juga lah tips. Tempat ni agak panas kalau visit tengahhari.
Selepas Taman Sari, kami bagi ruang pada Pak Keprek solat, so kami nak bershopping sekejap. Kata kawan ofis, wajib shopping dekat Mirota Batik. Dekat je kedai ni dengan Keraton. Dia dekat dengan Hamzah batik. Memang kedai ni agak murah berbanding kedai lain dan kualiti dia sama. Plus, semua jenis batik dan cenderamata ada kat situ. Memang one stop shopping je lah.
Selepas shopping kami ke Restoran Ayam Tulang Lunak Hayam Wuruk. Guide kami tak berapa tahu kedai ni. Rupanya tak popular sangat dengan warga tempatan. Tapi bagi orang malaysia, ramai yang datang ke sini. Kami pilih kedai ni pun sebab sedara cadangkan makan sini. beza nya kat sini, tulang-tulang ayam dia semua boleh makan. Licin terus.
Lepas lunch, hari ni kami decide untuk berehat. Kami dah pindah hotel, dari hari pertama di Ibis Malioboro. Semalam dan hari ni kami di Hyatt Regency Jogjakarta. Agak jauh dari central area. Tapi kalau ikut website, dia ada kolam mandi yang best. So, hari ni kami nak enjoy kolam mandi je.... :-)
No comments:
Post a Comment