Showing posts with label local trip. Show all posts
Showing posts with label local trip. Show all posts

Thursday, February 20, 2020

Plan for 2020

Hmm... lets plan for 2020...

It is our 10 year annivesary, but we have just spend a bomb last year. So budget nak travel kena potong sikit.

Dan disebabkan Hessa dah masuk darjah satu, jadi travel plan kami tahun ni kena berlegar-legar dengan cuti sekolah dia (boring!)

So here is the berangan plan:

March - Cuti seminggu - this kind of set dah... we are going to Phuket :-) dah booked and settled last December hahaha... sebab ada discount. But a bit worried lah dah ada Covid 19 ni. But Thailand macam ok je.

End of May - Early June 2 weeks - Ni macam nak kena allocate for Hari Raya. Hoping no more Covid 19. First week tu boleh concentrate untuk raya, we have long raya holidays. So ada 2nd week holiday untuk jalan-jalan. Nak gi mana ye? Tapi aku sukar sikit nak cuti awal bulan ni. Hmm...

End July - Ni raya haji pulak, tapi happened to be towards the end of the cuti sekolah. So ada dalam seminggu boleh jalan-jalan... Kena plak hujung bulan, lepas gaji. Sesuai nak jalan ni... gi mana ye...

End of the year - ada 6 minggu cuti. Adik aku baru pindah ke KK. Maybe we could spend 2 weeks in Sabah lah kot. Aku tak pernah ke sana for a holiday... perhaps this is a good timing... cumanya penat lah nak berebut dengan orang-orang lain masa cuti sekolah ni. But what to do.

This year ni macam tak boleh plan jauh mana, sebab bajet restricted. But here are some travel ideas yang aku ada sekarang... Mid level budget.

1. Taiwan - the city is pretty compact. Lately muslim friendly. Banyak restaurant halal rasanya. Lepas tu ada gak sejuk-sejuk sikit dan ada food picking. Perhaps interesting to fit in End July tu, tapi masa tu peak summer kot... Malas lah travel masa panas ni.

2. Tasmania, Australia - for a short road trip macam ada banyak aktiviti. Tapi disebabkan takde direct flight, tak boleh nak buat a quick trip. Mesti kena spend at least 7-9 hari. 3 hari travelling, 2 hari kat tempat transit - Melbourne atau Sydney. 4 hari di Tasmania. So kalau nak spend lebih masa kat Melbourne atau Sydney, kena lah add more days. Perhaps this is an option for Summer vacation next year, sebab Tasmania sejuk in July/August. Ada southern aurora plak tu.

3. Island holiday... apparently, kami tak pernah pergi pulau for island holiday.... Local trip dulu lah kot. Mana best? The last time i went to Perhentian/Redang was 15 tahun sudah. Mana yang lebih kids friendly?

Friday, May 3, 2019

Weekend trip : Cherating

Awal-awal pagi ni aku cuba arrange untuk tengok pelepasan penyu di sanctuary Pak Su Cherating. Alhamdulillah, ada pelepasan hari ni dan masih ada slot kosong. Aku dah follow sanctuary Pak Su Cherating ni dah lama dah. Tapi tak pernah berkesempatan nak datang sini. Sampai lah few months ago, Pak Su ni meninggal dunia. Terasa ralat tak dapat datang much earlier. Sanctuary ni diteruskan oleh anak dia. So dah ada kat Kuantan ni aku wajib lah aku support sanctuary ni.
Pagi ni kami breakfast di hotel dan kemudian main pasir la... Breakfast was good. Spread dia bagus. Walaupun ramai orang, banyaknya macam group office trip, but kitchen cepat penuhkan makanan. Cumanya ada jugak lalat, apa nak buat dah tepi laut kan.

Kami keluar agak awal ke Cherating tu. Selepas zohor kami dah ke sana. Lunch kami makan di Mee Chalong. Kami tiba di situ around pukul 4 lebih. Event start pukul 5.30. Dah sampai awal sangat, sempat lah kami pergi ke kuala kemaman cari sata dan keropok sekejap.

Aktiviti pelepasan penyu ni start dengan penerangan serba ringkas dari pihak sanctuary. Sangat informatif dan nampak betapa passionate nya keluarga pak su ni dalam memulihara penyu ni. Walaupun sanctuary ni disediakan secara pensendirian, tempat nya cukup menarik untuk dikunjungi. Kecil dan cosy. 
Bila sessi mengeluarkan anak-anak penyu dari dalam timbunan pasir, dia jemput sesiapa saja yang lahir dalam minggu untuk turut serta bersama2 warga-warga emas. So my wife dapat lah special treatment dan dapat tengok proses up close. 
Setelah tu, dalam lebih kurang pukul 630pm proses pelepasan penyu dilakukan. Untuk anak2 kecil, penyu ni diletakkan dalam bekas plastik untuk elakkan kena terlebih tekan.


It was a simple event. But i found it very inspiring. How these people dedicated their life for this. Walaupun sekejap je dengan penyu, but it was very intimate. An impactful event for myself. The kids love it too. But Muhamad doesn't understand much - dia yang end up jadi penyu.

We surely will come back for this. 

Malam tu kami makan di lilawadi. Food was great. Service excellent. Hujan teramat lebat. They tried as much to give us table yang x kena hujan. Hahaha... The food was quick. Harga hampir mcm harga KL. 

p/s - selamat berpuasa.

Tuesday, April 30, 2019

Weekend trip : Kuantan

Hessa dah sebulan. Surgery dia dah recover but still kena avoid mandi swimming pool. Sebelum puasa, we decided to make a trip to Kuantan bersempena birthday ibu.

So pepagi Jumaat last week kami bertolak pagi dengan aim untuk breakfast di Lemang Tok Ki di Bentong. Agak mudah untuk sampai ke tempat ni. Agak straightforward je dari highway. Since tempat ni dengarnya ramai orang datang, kami pilih untuk datang pagi Jumaat. Yes, kami dapat makan dengan tenang. Kamk order lemang dan set rendang daging dan ayam. Daging tu sangat lain, ayam tu sedap. Harga dia agak reasonable dengan portion dia. Banyak je pilihan makanan lain selain lemang. 

We managed to arrive just in time untuk check in. Since ni trip birthday, we splurge a bit di Hyatt Kuantan di Teluk Cempedak. Hessa dan Muhammad la happy bila stay hotel yang elok macam ni.

Lepas berehat sekejap, kami keluar untuk ke Kula Cakes. Ni pun katanya viral. Untuk elak susah dapat tempat duduk, kami decide untuk datang sebelum orang ofis keluar ofis. Memang dapat makan dengan tenang. And yes we tried the mango cake tu, sedap! Choclate drink dia pun best.
Lepas Kula Cakes, kena lah balik hotel sebab dua dua ni dah minta nak main pasir depan hotel. Tapi hujan pula petang tu, so tak boleh la ke beach. 

Malam tu kami makan sate di Terminal Sate Zul. Nampak kedai ni tepi jalan besar dan sangat tempting. Since nasi impit adalah makanan favourite both kids, makan kat kedai sate ni agak selamat. Dan sate dia sedap jugak.


Malam tu kami nampak kawasan pantai teluk cempedak agak happening. Ada pasar malam. Ada main api di tepi pantai. Sangat best untuk lepak-lepak abiskan masa. We had some drinks sambil tengok-tengok orang. We can walk ikut jalan pasir ke situ. 

Friday, November 3, 2017

Kota Bahru for a wedding

Matlamat utama kami dapatkan kereta tu dalam bulan October sebab nak bawak mak ayah jalan-jalan ke Kota Bahru bagi menghadiri perkahwinan cucu sedara dia - anak sepupu kami. Kebetulan tarikh dia jatuh pulak dengan my own birthday. So celebrate birthday di KB lah kita.



Kami decided untuk book Hotel Perdana, Kota Bahru sebab orang kata breakfast dia best. Memang betul best ya amat... banyak pilihan makanan lokal especially kuih muih. Bilik dia pun bagus, siap dapat yang ada connecting door. Dan yang paling best pool dia. Saiz yang sesuai. Walaupun ramai orang, kami dapat our own corner :-)

Disebabkan berziarah keluarga, tak berapa lah nak merasa makan kat luar. Tapi dapat jugak lah mencuba teh tarik madu pulau pisang. dekat sini dia ada sediakan sup ikan. So sangat sesuai la bawak anak sebab sup ikan memang favourite diaorg. Istimewa tempat ni sebab teh tarik dia banyak buih... float... sedap. Manis tu ada... but reasonable lah. Kalau boleh layan teh tarik kedai mamak, sama je manis dia. Sup ikan pun sedap. Masa kami gi sana orang tak berapa ramai. Senang nak duduk. Tapi melihatkan keadaan kedai, rasanya bila ramai tu sangat sesak. Banyak sungguh meja.



Kami di Kota Bahru 2 malam je, lepas tu kami ke Kuala Terengganu. alang-alang dah ke Pantai Timur. Di KT kami duduk di airbnb apartment 3 bilik. Rumah apartment kampung ladang tok pelam,  facing laut. Elok jugak rumah ni. Tapi mungkin flat ni baru buka, jadi agak sunyi. Lepas tu plak, the design flat ni tak menggunakan view laut tu sepenuhnya. sedangkan boleh je dia maximise laut tu. Anyway, agak central apartment ni. Kami di sini satu malam je pun, sebelum balik semula ke KL.

Sempat singgah dekat our favourite keropok lekor. Ini sebenarnya matlamat utama singgah di KT. Keropok Kelulut 008!!!


Monday, March 6, 2017

Lumut - Marina Island Resort

Last weekend aku dengan beberapa kawan lain buat impromptu plan gi ke Lumut dan bermalam di Marina Island Resort. Jarak dari KL dalam 3 jam perjalanan.

Hari sabtu kami berjanji jumpa di Plaza Tol Stesen Sungai Buloh Utara - Hospital Sg Buloh. Janji kat situ senang, sebab kat Plaza tol tu tak banyak kereta tapi parking dia luas. Plus, kat situ boleh bagi option samada guna jalan lama Kuala Selangor atau ikut highway keluar di Sungkai.

Setelah semua berkumpul dalam 4 kereta, kami decide untuk lalu jalan lama Kuala Selangor. Lunch di Lembah Bernam Sekinchan. Kami nak try makan makanan eksotik. Sambil tengok-tengok kawasan sawah padi. Target sampai sana dalam 11.30am sebelum orang ramai sampai sana. One of us cepat-cepat call untuk buat reservation. Basically kalau reserve sebelum pukul 12pm masih ok. Dari Plaza Tol Sungai Buloh hampir 2 jam baru sampai Sekinchan tu.

It was the first time for all of us makan kat situ. Sesampai je, kami cepat-cepat order. Apa yang diaorg offer kami order a few sets. Ada Rendang Landak, Daging Rusa dan Masak lemak udang galah. Harga dia berpatutan untuk makanan eksotik ni. Selain daripada menu eksotik, ada je lauk-lauk lain. 

Pada aku, rasa dia sedap. Macam rendang Landak tu, aku tak dapat nak bezakan sangat rasa daging landak dengan daging-daging lain. Tapi aku memang rasa rendang tu by itself sedap. Boleh beli lagi. Lauk-lauk lain dia pun sedap. Kalau bukan makanan eksotik, harga dia agak standard KL.


Setelah lunch, licin semua makanan, kami straight ke kedai jual kerepek-kerepek. Kami target beli kat Wisma Masri, memang rambang mata membeli kerepek kat sini. Borong semua...

We finally arrived at Marina Island Resort dalam pukul 3pm. Budak budak dah excited nak mandi laut dah... tapi mak bapak nak rehat dulu. Kitaorg ada extra bilik sebab ada sorang kawan kitaorg pull out last minit. So bilik tu jadi port bersembang dan meeting hehehe...

Petang sikit, kami lepak di Pantai Teluk Batik. Lama sungguh tak pergi sini. Masih cantik lagi. Pantai dia bersih. Sibuk lah bebudak main pasir... Mak bapak pun mandi laut sesama.. lama tak rasa mcm bebudak.


Malam tu kami dah plan nak makan kat Lumut Ikan Bakar. Tapi entah macam mana plak malam tu tutup pulak kedai dia. Sebab tak sure mana nak makan, kami singgah je mana-mana kedai yang buka. But it was not really good. Tak ingat apa nama kedai tu. Tapi semua dah penat, especially the kids. But lepas dinner some of us stop utk makan durian tepi jalan. Marvellous.

Esok pagi, aku dan geng-geng laki pepagi gi keluar beli breakfast nasi lemak bungkus. Kami tak ambil breakfast di hotel. Kami target beli nasi lemak ikan dan udang dekat Kg Sitiawan. Nasi lemak bungkus RM1.20 satu. Kawan aku cakap nasi lemak dekat Kedai Kopi dekat situ pun sedap jugak. So ada lah beli sikit dekat situ, beli jugak Roti Canai dekat Kedai Pak Tam. Suasana kedai kat situ best giler. Makan tepi sungai. Tapi cuaca tak berapa bagus. Hujan pulak. Nasib kami plan tapau je. But the nasi lemak tu, especially yang ikan dan udang, sangat recommended. Sedap giler. Yang kat kedai kopi or Pak Tam, both equally good.

Then... semua join makan kat bilik kosong satu tu. Actually Marina Island Resort ni, bilik dia sangat luas. Macam apartment boleh duduk anak beranak. Ada satu bilik dengan katil King Size. Ruang tamu sangat luas. Cuma nya dapur dia takde kelengkapan. Otherwise memang cantik sangat dok sini. Sangat selesa lah. Kalau bawak toto or tilam boleh anak2 tido. 


Lepas breakfast, all the kids shoot terus main dekat pool. Some of us tried kayaking. Lepas tu ada frenzy park utk yg nak lebih thrill. Semua tu ada dekat Marina Island ni. Kayak dgn frenzy park kena bayar. Tapi tak mahal mana. Dia ada laut dan pantai buatan. Cuma air nya tak berapa jernih or biru lah. but still masin. Frenzy park ada nampak dalam gambar bawah ni, yang dari jauh color warna hijau kuning tu. Its a themepark atas air. besar jugak tempat tu. kalau salah langkah boleh terus masuk laut. Tapi cetek je laut tu. Dia provide life jacket.



Lepas check out, first kami makan lunch dekat Restoran D'Warisan. Restoran ni sgt dekat dengan Marina Resort. Ni pun sangat best. Lauk berjenis-jenis. Rambang mata. Rasa pun sedap2. Harga reasonable. tak lah murah sangat. memang terlebih makan kitaorg. Tak sempat nak ambil gambar pun. Lepas lunch kami gi beli makanan laut di pekan Lumut. Sebab tak berapa tahu mana nak beli, kami stop je dekat kedai Hasil Laut Tarmizi dan Zalina sebelah tu ada kedai Jamilah. Cukup lah beberapa options. Apparently Kedai Jamilah macam lebih bagus.

Lepas beli belah sekejap, our next stop was Pekan Teluk Intan. Most of us tak pernah tengok pun Menara condong ni... Setanding tak yang dekat Pisa Itali. Lepas stop kat Teluk Intan, kami bersurai. Pulang ke rumah masing-masing at our own pace. Best trip ni. tapi kejap sangat. Agak penat.









Friday, December 23, 2016

MRT

Finally MRT dah dari Sg Buloh dah in operation... so lets try and utilise public transport. I so believe with a quote I read recently. So I now use public transport - not that I am rich though but mampu lah berkereta.

“A developed country is not a place where the poor have cars. It's where the rich use public transportation” – Gustavo Petro, Mayor of BogotáJun 25, 2013

Thursday, September 15, 2016

Cameron Highlands : Daytrip from Ipoh

Image result for cameronian inn



Hari tu cuti awal sikit sebelum raya haji, kami sempat buat daytrip naik Cameron Highlands. Tak tido sana sebab datang dari Ipoh. Lepas light breakfast kami terus ke sana, aim nak makan scones, petik strawberry and minum teh kat kebun teh. Muhammad pun dah masuk 3 bulan, dah boleh keluar rumah jauh sikit.

First stop: Scones at Cameronian Inn (gambar bawah ni from google).
Aku ada baca tempat ni served the best scones. Dan dia lain sikit dari tempat-tempat lain. Memang ye pun, dia kat rumah rehat yang kecil. Tak ramai org pun ada kat situ masa kat sana. Sangat rasa homemade. Dan kawasan inn tu agak sunyi, jadi dia ada aroma romantik tapi simple. Dengan taman bunga kecil kat area tu dan suasana sejuk, memang best la tempat ni. Scones pun tak mahal. Best dan boleh ulang lagi datang sini :-)

Next stop : Petik strawberry.
Kitaorg decide untuk petik buah strawberry di ladang di Kampung Sedia. Nak support peladang kampung ni. Mungkin sebab kami datang ni sebelum raya haji, tak ramai langsung orang kat sini. So petik pun aman-aman je. Banyak jugak strawberry. Dan pengalaman memetik tu yang best. Dan bila tak ramai org, tak lah berebut. Sebelum balik, kami singgah makan aiskrim strawberry. 


Final stop : Minum teh di ladang teh
Kat sini ada 3 atau 4 ladang teh. Kami pilih Ladang teh sungai palas sebab view dia. tak sangka nak sampai ke ladang ni kena menapak jauh jugak. Kami pun bernasib baik sebab sampai pun dah hujung-hujung sebelum dia tutup. so dah ramai orang balik dan senang cari tempat duduk. Frankly makanan kat sini tak lah terlebih sedap but ok lah. Mostly packed food. agaknya lebih mudah nak handle orang yang ramai datang minum teh sini. Tapi kami ada cuba cheese kek nasi lemak tu, hmmm... ok lah rasa but tak lah boom yang boleh order lagi, but tak lah langsung tak sedap. Kena berani cuba. ANyway, kami datang sini for the view :-) which was really good. Tak sah datang cameron kalau tak datang ladang teh ni.


Lepas minum teh, kami pun turun balik ipoh, ikut jalan gopeng. Puas hati dapat ke Cameron, dah lama sungguh tak ke sini.

Monday, February 10, 2014

Kuala Terengganu : Quick trip... Quick bite


What else kat Kuala Terengganu kalau tak pergi Pasar Payang and enjoy the beach view. Disebabkan kitaorg takde lah banyak sangat masa spend kat Kuala Terengganu, so tu je sempat. Tapi Hessa tak de pun dok lama kat situ, sekejap je lepas tu aku bawak dia keluar dan dok melepak kat tempat duduk tepi jalan kat depan pasar payang. Apa ke nama tempat tu aku pun tak ingat. Then time for lunch. Plannya nak cari Warung Pak Nong, tapi sampai ke sudah tak jumpa. Makan je lah kat warung tepi laut ni. Pun goreng2 and celop jugak. Ok lah... kedai ramai org... sotong fresh :-) after lunch terus headed back to KL. Singgah kejap kat warung tepi jalan beli keropok lekor kelulut 008 yg famous tu. Marvellous!

Kuala Terengganu deserves a re-visit... a longer stay at the beach area... or at least g perhentian. Tp disebabkan dah buat quick trip ke Kuala Terengganu, we have to cancel our 1 week east coast plan yg patutnya nak buat bulan 4. Kalau gi lagi bulan 4 ni, terlebih dose plak ke KT ni. Hmm... where should we go then??? Till next time...

(Trip : 31 Jan - 1 Feb 2014)

Sunday, February 9, 2014

Kuala Terengganu : Primula Beach Resort


As we came during Chinese New Year holiday, the hotel greeted us with a very welcoming gesture - 2 Mandarin oranges and 1 ang pow (with RM 2 inside) in each room. wasn't it cool...

Hotel ni dah lama tapi still ok. The location is good. Tp our rooms bukan yg facing laut, tu a bit setback lah... lepas tu plak ada construction kat sebelah tu, so block skit view ke pantai. Tp aku rasa dlm banyak2 bilik maybe 10%-15% rooms je yang tak dpt view beach. So, maybe sbb kitaorg last minute tu yg dpt room without beach view.

The breakfast spread was very good. Banyak makanan tempatan. Kitaorg yg mmg tujuan dtg terengganu nak makan mmg happy lah, so that tak payah lah nak cari merata2 tempat for breakfast. And mostly ok to good. Tp local food je lah. Kalau terasa nak makan western tu, mmg so-so je lah. Pastry pun tak banyak choice. But the bad thing was, tak banyak tempat duduk kat breakfast area. Kitaorg turun agak awal, pukul 7.30 dah kat bawah sbb sebelum tu kitaorg bawak Hessa tgk laut. So, masih banyak tempat. Tp for those yg turun lambat, they have to queue. for me agak off la kalau aku terpaksa queue pepagi. Pas tu, most of the people enjoying the breakfast selagi lalu, so bayangkan lah berapa lama depa tunggu. Termasuk lah family aku yg enjoying each food yg ada kat buffet, dah bayar. Kena lah rasa... for me it's the hotel fault lah. kalau dah tau hotel fully book dan blh dah agak occupants, kena lah sediakan table. they have beautiful garden yg luas dan ada je kerusi-kerusi kat garden dan pool. bg lah org semua duduk situ, keje lebih skit lah nak kemas. :-)

Here some pictures of Hessa yg didera pepagi lagi kena baring atas pasir.
 

The hotel ada pool yg agak well maintained. Cantik. Well appointed. Plus ada small slides for kids. Hessa was too small to try.


(trip : 31 Jan - 1 Feb 2014)


Saturday, February 8, 2014

Kuala Terengganu : CNY unplanned trip

Tok & Nenek (mak abah ibu) cadangkan untuk semua satu family pergi ke Kuala Terengganu untuk cuti panjang Chinese New Year. Memang takde apa-apa plan sebenarnya untuk ke Kuala Terengganu, tapi disebabkan semua orang boleh bercuti masa tu, Tok pun buat hotel reservation - dia pilih untuk kami semua stay di Primula Beach Resort, sbb hotel tu je yang available. Tok as government servant booked the hotel guna govt. servant rate - tp yg best nya, the only room available cuma 1 suite dan 1 standard room. Which is somewhat cool, sbb semua org blh melepak dekat-dekat. And guna govt. servant rate, harga hotel tak mahal sangat. Anyway, plan pun g sana satu hari je.

So pagi 31 January, we left KL awal pagi sebelum solat subuh. Hessa pun tak mandi terus je masuk kereta. Solat subuh di Petronas, tepi highway. For me, dah bertahun-tahun tak drive towards Pantai Timur. So terasa jugak lah pemandangan highway tu sangat cantik. Plus, masa pergi ni cuaca sejuk di Semenanjung Malaysia. So perjalanan tu agak sejuk jugak lah. At one point, di area Chenor temperature drop to the lowest, 19 degree! Wow, Malaysia boleh sampai 19 degree Celcius...


 
We finally arrived dekat ketereh around 12.30 and stop sekejap untuk solat Jumaat. Then terus ke hotel dan tiba di Primula Beach Resort pukul 2.30pm. Lepas check in, we had snack kat tepi laut walking distance dari Primula. Tapi sebab badan penat jugak masa tu,  kitaorg settle makan cepat-cepat untuk rehat-rehat kat hotel.

Hessa was very good.. perjalanan dlm 8-10jam ni dia mostly tidor je kat dalam car seat dia. In fact almost 2 jam berhenti untuk solat jumaat pun dia tak de nangis... I think she loves travelling... like father like daughter :-)




As per our previous trip experience, Hessa would be extremely happy bila sampai hotel. Seronok golek2 dia atas katil, dia seronok when both of us cuddle atas katil sejuk n ada aircond... and sbb kepenatan, tu la activity petang tu before we went for dinner at night.


After full rested and solat... we went out to venture the town. Matlamat utama jalan-jalan ke Kuala Terengganu ni untuk makan keropok lekor, makan sata, makan seafood, makan itu, makan ini... kiranya jalan-jalan cari makan lebih dari lain. Sebabkan trip ni sgt impromptu, makan malam tu pakai redah je, kadang-kadang lagi fun mcm ni, dr tengok sangat review :-) so that night we went to this place yang aku pun tak sure apa nama tempat ni. Perfect place. Seafood sedap, walaupun sbb kitaorg lewat, dah tak byk choice. Tp apa yg ada pun dah ok. Environment best. Restoran bersih dan colorful.

Dan the best part of all... sbb kan cuaca sejuk, dok makan kat sini tak terasa bahang ikan bakar. Lepas makan masuk kereta tgk temperature 25 degree... Cool! lepas makan balik hotel n tido... :-) Ni lah trip yg best, relax, makan, relax.

(trip : 31 January 2014 - 1 February 2014)