Tuesday, April 30, 2019

Weekend trip : Kuantan

Hessa dah sebulan. Surgery dia dah recover but still kena avoid mandi swimming pool. Sebelum puasa, we decided to make a trip to Kuantan bersempena birthday ibu.

So pepagi Jumaat last week kami bertolak pagi dengan aim untuk breakfast di Lemang Tok Ki di Bentong. Agak mudah untuk sampai ke tempat ni. Agak straightforward je dari highway. Since tempat ni dengarnya ramai orang datang, kami pilih untuk datang pagi Jumaat. Yes, kami dapat makan dengan tenang. Kamk order lemang dan set rendang daging dan ayam. Daging tu sangat lain, ayam tu sedap. Harga dia agak reasonable dengan portion dia. Banyak je pilihan makanan lain selain lemang. 

We managed to arrive just in time untuk check in. Since ni trip birthday, we splurge a bit di Hyatt Kuantan di Teluk Cempedak. Hessa dan Muhammad la happy bila stay hotel yang elok macam ni.

Lepas berehat sekejap, kami keluar untuk ke Kula Cakes. Ni pun katanya viral. Untuk elak susah dapat tempat duduk, kami decide untuk datang sebelum orang ofis keluar ofis. Memang dapat makan dengan tenang. And yes we tried the mango cake tu, sedap! Choclate drink dia pun best.
Lepas Kula Cakes, kena lah balik hotel sebab dua dua ni dah minta nak main pasir depan hotel. Tapi hujan pula petang tu, so tak boleh la ke beach. 

Malam tu kami makan sate di Terminal Sate Zul. Nampak kedai ni tepi jalan besar dan sangat tempting. Since nasi impit adalah makanan favourite both kids, makan kat kedai sate ni agak selamat. Dan sate dia sedap jugak.


Malam tu kami nampak kawasan pantai teluk cempedak agak happening. Ada pasar malam. Ada main api di tepi pantai. Sangat best untuk lepak-lepak abiskan masa. We had some drinks sambil tengok-tengok orang. We can walk ikut jalan pasir ke situ. 

No comments:

Post a Comment