Showing posts with label Culture. Show all posts
Showing posts with label Culture. Show all posts

Friday, January 31, 2020

Russia with toddlers : Day 8 Murmansk all round

Hari ni kami nak cover the city center. So kitaorang plan dengan Michael untuk buat city tour. A standard city tour macam pakej orang lain melibatkan visit few monuments dan muzium. Tapi disebabkan kami ni ada anak-anak kecil, we stick to something basic but fun. But still go to the important places. We do not know if we ever come to this place again, so wajib lah tengok semua.

First stop and a must go especially those yang boleh masuk muzium. The Lenin icebreaker. Ni adalah kapal pemecah ais pertama dalam dunia yanh menggunakan tenaga nuklear untuk bergerak. Sekali bergerak 2 tahun baru kena 'isi balik' nuklear. But now jadi muzium je. We really enjoyed the place although kami tak masuk muzium tu. The kids enjoy a very fresh snow while we both dengar-dengar cerita yang di share oleh Michael. Apart from sejarah tempat tu, dia jugak cerita serba sedikit hal keluarga dan budaya. So boleh la kami tau serba sedikit hal Russians ni.
Michael memang rajin share dan banyak cerita.. Walaupun kadang2 dia sukar nak mencari perkataan dalam english, tapi dia dah sangat bagus dah. Most Russians tak tahu berbahasa inggeris. 
Anyway, tempat ni sangat menarik. Especially masa kami kat situ almost takde orang. So Hessa and Muhammad dapat bergolek dan berlari sana sini in the fresh snow. Lepas tu ada pulak ice carving kat tengah2 tu. Cantik... We spent more than half an hour sini until kami puas hati lah.

Next we want to see frozen lake. Aku teringin nak jalan atas tasik yang beku. Jadi Michael bawa kami ke tasik Seymon dekat Oceanarium semalam. Sebelah tasik tu ada amusement park, tapi sebab tak ramai orang kat situ, takde lah Hessa dan Muhammad nak masuk. Kat situ pun ada monument kuching yang berjalan pulang ke Murmansk, setia kepada keluarga. Dan ada slide ais yang x buka pulak pagi tu.

Tasik tu pun diseliputi snow juga. Nampak ada orang main skate kat situ. Tapi bila Michael cuba tengok betul2, dia rasa macam tak selamat la pulak. Di hentak-hentak boots dia dan ais tu pecah. Untuk mengelakkan bahaya, dia ajak kami naik dari tasik je. Tapi sempat la kami nampak air mengalir bawah ais tu. Kalau terpecah, tenggelam kami dalam tu. Tasik tu dalam kot. Sejuk pulak tu.

But dah tengok snow... memang masing-masing ambil peluang lah.. Hessa and Muhammad siap sapu2 snow kat kapal tu... berlari sana sini.

We walk around sambil sembang-sembang. Michael juga share rupa tempat tu masa summer. Cakap pengalaman masa kecil dia. Seronok. Macam kenal sedara. gambar atas ni adalah jeti untuk tambat bot masa summer, sekarang dah boleh jalan atas dia.

Dalam kereta while we were here, budak2 main game je lah. kalau tak bagi game atau depa tido, memang tak boleh nak sembang :-) bagi chance lah kat depa, kat sini je dpt phone, otherwise tak lah.


Tak jauh dari tasik tu ada monumen tertinggi di Murmansk, the Alyosha. Tapi on the way ke situ, Muhammad dah tertido. Kami decide untuk tak turun. Lagi pun nak kena mendaki sikit baru sampai. Tapi Michael cadangkan untuk kami pergi ke satu lagi monument iaitu the waving women. Monument ni simbolik isteri-isteri melambai tangan kepada seaman/seafarers... Or suami mereka. Samada untuk pergi ke laut atau pun pulang. Di sini bukan sahaja ada monumen, tapi view port Murmansk nampak sangat cantik dari lokasi ni. Wow...

Our next destination is the special one. Orang tak datang Murmansk for this, but since kami ada anak2, lets go for snow tubing. Asalnya kami nak ke Northstar Ski Resort, tapi semalam masa Michael nak confirmkan, diaorg kata tak cukup salji for tubing. Ada satu lagi ski slope yang Michael sendiri tak pernah sampai di Murmansk. The South Slope Ski Center pun ada snow tubing. So lets go there...
Harga snow tubing ni 30 mins Rub 300 dan 1 hour Rub 400. So we went for 1 hour. Rasanya cukup lah. Kami sampai situ lebih kurang pukul 1.15pm, ski resort tu baru buka pukul 1pm. So xde orang. Setelah di brief oleh pekerja situ dan ditranslate oleh Michael, we started our snow tubing. Best rupanya... Hessa and Muhammad enjoyed. Mak bapak pun suka. Tak pernah rasa free and seronok macam ni. Tenang rasanya tengok langit dan slide atas snow ni... While we were on the tubing ni, Michael rajin plak nak ambilkan gambar. Dengan 2 pekerja - satu kat bawah dan kat atas slope - dan cameraman. Dan kami sahaja berempat di situ, terasa pelancongan VIP pulak. Sangat exclusive.
Snow tubing ni main nya mcm ni. We have to sit on the tube tayar ni. Dan dia akan ditarik ke atas slope. Sampai di atas, we arranged ourselves untuk slide semula ke bawah. Di sebabkan dia ni dipengaruhi graviti dan berat badan, takde sekali pun kami pusing atau slide dengan cara yang sama. Anak2 kena go with 1 parent, so Muhammad dengan aku while Hessa with ibu. Muhammad tak nak stop. 
Ada satu slope tu pekerja tu cadangkan kami berempat sekali slide, kami pegangkan tube budak2 so jadi 4 bulatan turun sekali. Best.... Dan lagi best bila fresh snow tu cover seluruh muka kami...
Disebabkan kami je kat situ, tak perlu nak beratur dan berebut... Sejam tu aku rasa dah cukup lama dan puas hati. Anak-anak tak de pun rasa x cukup. 
Habis sejam... Dan kami ke destinasi terakhir. Our lunch stop. We decided for Michael drop kan kami kat restoran seafood Tundra which is known as the best in town. Memang local pun makan kat sini. Michael pun makan kat sini dengan family. Kami ajak dia makan sekali, but rupanya dia dah plan untuk birthday party anak dia petang tu. Ok lah... Kami boleh balik naik teksi.
It was a wise decision. Restaurant cantik. Makanan sedap. While kat situ, kami ambil kesempatan untuk solat. Kami dapat kebenaran guna cloak room utk solat. Yang lagi best, kat restaurant tu ada kawasan kanak2 bermain. Agak luas jugak. Disebabkan kami di situ dah almost pukul 3, tak ramai orang. We really feel it was really the best ending for our trip ni. A very nice lunch/dinner.
*Restoran ni takde sijil halal. Makan at your own discretion ye. Banyak pilihan makanan dia berasaskan seafood. Ada steak, but not too many choices.*

We went back home later... Kemas beg for tomorrow as we head back to Moscow before going back to KL the next day. Sedih plak nak tinggalkan this depressing city. Hahaha... 


Monday, January 20, 2020

Russia with Toddlers : Chasing the Aurora

So that night was the night... The main highlights of this whole trip. The main objective we visited Murmansk. Chasing the Aurora Borealis with 2 toddlers...

Disebabkan ada anak-anak kecil ni, kami decide untuk ambil private trip and not with any travel agent or travel group. Kami tak nak kalau-kalau anak meragam dan mengganggu orang lain. Dan kalau budak-budak ni buat perangai nak balik awal or mengantuk or takut-takut waktu malam ni, buat kacau mood orang lain. It was a good decision so far, tambah pula kami dapat host airbnb as our guide dengan driver. Lagi lah senang bincang. 

Driver picked us up at around 8.30pm as usual mesti dia kena tunggu around 5 minit untuk kami semua turun. As much as we started to prepare ourselves 30 minit sebelum the set time, mesti ada je yang buat terlambat. Last minute tak jumpa glove ke, boot basah lah, kunci rumah tak sure dalam poket mana lah, tak sure mana toys nak bawak n tinggal la, or gaduh sapa nak tekan button lift or sapa boleh tekan button buka pintu etc... etc... That night we were joined by 2 orang budak muda dari mainland China. Diaorg duduk di rumah airbnb Michael dekat tempat lain. They seemed fine with the kids around.

Sebenarnya mencari aurora ni memang based on luck. Kalau nak buat trip ni, memang kena spare at least 3 nights or more sebab x tahu hari apa akan muncul. 2 orang muda tu dah gi cari malam semalam, x jumpa. Keadaan cuaca yang sangat berawan sangat tidak membantu. Probability kewujudan aurora pun penting. 
Aku sebenarnya tak tau arah mana kereta tu pergi malam tu... Mula2 ke atas bukit... Dok 5 minit... X nampak gaya ada... Kami drive tempat lain... Dok kejap tengok2 atas... Takde gaya nya... So we left... Drive lagi... So selama dari pukul 9pm sampai pukul 1030pm kami ke sana ke mari... Dalam perjalanan tu ada juga nampak tour bus berhenti. Tapi sebab tour bas ni besar, lokasi dia nak park agak terhad. So depa x lah berpindah randah macam kami. Sambil2 tu Michael check jugak dalam wassap group dia, agent2 lain share tempat mana nak tgk. Sampai satu tempat yang Michael rasa ada possibility, we stop for a while. 

Dalam keadaan berawan malam tu, nak tengok aurora lebih mudah menggunakan lense kamera, bukannya mata kasar. Bagi aku yang tak tau apa nak tengok... We just see total darkness. 2 orang budak muda tu pun bawak kamera, so bila Michael took position, diaorg pun set kamera diaorg. We stopped there for more than 30 minutes until Michael decided to change place. Dia dah kata tak nampak... Macam putus asa... Tapi masih berharap. Aku pula dah redha je lah... No hal. Tapi aku rasa masih ada peluang esok atau lusa... Kami ada 2 malam lagi. 

We moved to the place yang bas berhenti tadi. Dah pukul 11pm lebih. While baru2 Michael set up kamera, he saw the aurora through the lense... Dia suruh kami cepat posing sebab memang pakej ambil gambar sekali. So aku cepat2 pergi ambil n dukung Hessa. While my wife yang tunggu dari dalam kereta kena siapkan Muhammad yang dah tido dah dalam kereta dari tadi.

Aku sempat ambil gambar sekali dua dan cuba tolong my wife... Sampai Michael jerit... Aurora is not going to wait for you... By then... Depa semua siap dan... Aurora pun dah terlindung... Tak sempat nak ambil gambar. Here are the pictures.. The last one, Aurora dah pergi. 
There you can see how Aurora was blocked by the clouds. Alhough we couldn't see it all... But kami dah puas hati dah... Alhamdulillah. We were indeed happy... 

But Michael was not really satisfied... Dia kata weather sangat tak cantik. Dia cakap sebenarnya dah berminggu cuaca too cloudy for aurora. Tapi nasib la dapat jugak tengok. 

Walaupun dah tengok dan jam dah lepas pukul 12... Kami ingatkan dia dah nak hantar balik rumah. But bila dia nampak ada 3 tour bus masih parked by the roadside, dia pun nak berhenti jugak. Bagi puas hati... Dia tengok2 still xde aurora... Dalam hati aku, cukup2 lah tu. But he was so passionate. Tapi masa tu aku sempat cakap kat Michael, kalau dia dapat tau ada better chance nampak aurora dalam 2 malam lagi ni, lets do another try. He again said, the weather is so bad, he can't promise. But kami nampak kesungguhan dia. 

We arrived home pukul 1am lebih. Budak2 dah tidur. Malam tu was so good for us. Dapat jugak tengok aurora... Happy... Puas hati. 



Friday, January 17, 2020

Russia with toddlers : Day 6 - Murmansk 'into the unknown'

Michael's place is well equipped including washing machine. Malam tu jugak dah basuh baju. Dan we really appreciate the kitchen facility masa kat Murmansk. Bila sejuk dan gelap, ada jugak perasaan malas nak berpakaian penuh dan berjalan keluar.

Last night bebudak seronok dengan space dalam rumah yang lebih luas dari hotel dan tv yang banyak kids channel, cumanya semua in Russian. While lepas dinner we talked about how lucky we are, sampai juga ke tempat paling utara ni... As we only starts at noon tomorrow. We got to rest a bit more and ni rush. Sesungguhnya bila ada driver dan guide ni, lebih mudah bila travel dengan anak2. 

So today we started the 2nd part of the trip. Antara benda aku nak alami dan nak tengok, macam mana gelap nya suasana takde matahari ni. So pagi tu aku jalan kaki to the nearest supermarket. Huge supermarket. And sebelah dia ada the biggest mall in artic circle - Murmansk Mall. Memang 5 mins door to door. Aku tengah edit video, nanti aku upload. Mall dia sama je macam Tesco or Giant kat Malaysia.


Pukul 12 Michael datang pick up. Our destination today, Saami Village. Jarak ke tempat ni lebih 100km, hampir 2 jam. Saami ni kiranya penduduk asal kawasan scandinavia, kiranya orang asal area ni. Dalam frozen 2, the people are prescribed as northundra. Tempat ni macam tunjuk budaya Saami people mcm de Te Puia New Zealand dan Sarawak Culture Village la konsep dia. But at the same time sini ada reindeer, which the kids are excited untuk feed.

Perjalanan 2 jam yang penuh snow... Gloomy... Cantik... Depressing... Cold... Ni green... No sun... Dirty... White... All in. Kuasa Allah. Alhamdulillah. On the way tu, Michael stop kat tepi jalan, so we could feel the snow... yup... kami dah too excited to see the white forest.

 
 
We arrived about 10 mins sebelum pukul 2. Sempat solat jama' sebelum start event. Solat atas salji je.

First, diaorang bawa masuk the dining hall... Dia cerita serba sedikit pasal program hari tu dan latar belakang orang Saami. We were lucky sebab group Malaysian semalam tu ada kat tempat yang sama. They come with an english speaking guide yang translate semua presentation. In actuality, semua information dalam Russian je. Kalau nak english guide ada travel agent quote for usd 150. Kami redha je without, but dapat pulak for free. And the group was also happy to see us and invite us to join them. Memang ok je lah.

After the talk kami di bawa untuk tengok the animals. But sebelum tu kami singgah visit the tiang-tiang ni dan diaorg explain pasal their rituals and belief. And of course the pray for luck. When you walk with the kids, all the luck you need is for them to follow instruction je dan possibly nak bergambar :-) Nak dengar these explanations ni kalau sempat lah.
Lepas little talk tu, kami tengok certain small artic animals. Then kami ke reindeer farm where we are allowed to feed the reindeers. Tetiba Hesaa and Muhammad were frantically takut nak tengok... Hahaha... Kome ni dari jauh datang nak feed 'Sven' bila jumpa 'Sven' kome menjerit2 takut... Ceh... Kids can be very unpredictable. Dok la aku tenang kan depa kat tepi farm 😂. Orang ambil gambar dengan reindeer, kami bergambar dengan budak menangis je, hahahaa...




Then, we had some traditional games - tarik tali lah... Main bola la... Baling bola... Etc. Sebab explanation in Russian dan kami ada budam yang berlari sana sini main snow dan kejar rabit... Kami x main sangat lah. But bila time main slide, both Hessa and Muhammad. Bab thrill macam ni depa tak takut, ada budak lebih besar pun tak buat.

Then the most exciting part, the sled with the reindeer. Kami duduk atas sled dan reindeer tu tarik. Nasib baik both Hessa and Muhammad so into this. Dia tak takut, plus boleh je bawak budak. So kami semua dapat naik satu sledge. Dan 3 ekor reindeer tarik. Yang ni tak boleh nak ambil video or gambar sebab satu tangan kena pegang sledge, satu tangan kena peluk budak. Dapat 3 round dia pusing. Laju ya amat.

Lepas tu, dapat pulak naik banana boat yang ditarik dengan snowmobile. Yang ni sangat laju, ingat kan budak2 tak boleh but actually boleh je, but diaorg dah distracted untuk main snow. so kami je take turn naik banana boat tu :-) dan let them main snow sepuas puasnya. Nak ambil gambar dengan sledge and reindeer pun tak nak. Dapat gambar atas sledge pun marah, tak nak tengok kamera. 
Then lastly we get back to the dining hall for salmon soup dan roti. Sedap ya amat walaupun salmon masak singgang je. Kami lapar kot. Kami ada bekal nasi impit, bebudak makan nasi impit dan soup. Bertambah2 nasi impit. Settle lunch. 
The tour semua rush balik by then. So we had the place to ourselves. Diaorg suruh kami pakai costume and ambil gambar... yang ni semua Hessa yang ambilkan, Muhammad could not care about it anymore :-) 

But when the place was so dark and kosong... Rasa tenang je... sempat lah gi toilet break kejap.
The whole program dalam 2 jam. But we spent quite a bit of time to pack. Toilet break etc. And Michael dah tunggu kat luar. Dia memang bagi 3 hours kat tempat ni. Then we headed back home. 

On the way back, we discussed about aurora hunting. Prediction said.. Weather tak bagus dan Michael kata tonight could probably the best night among all other nights to see the aurora. So pukul 9 dia janji akan ambil kitaorg semula for aurora hunting.