Showing posts with label flight. Show all posts
Showing posts with label flight. Show all posts

Thursday, February 6, 2020

Russia with toddlers : Final days... 3 days of travelling...


The hotel provide breakfast. Sangat membantu since kami pun dah tak de stock apa2 untuk makan. Anak2 pun dapat makan free. Selection dia best. Simple western breakfast, ada cereal, ada roti/pastry, ada telur-hashbrown, macam-macam lah... Cold n sausage je x boleh makan. Best lah... Coffee pun ok. By 10am habis makan dinner.
Flight pukul 4. So by 12 noon kami ke airport. Walaupun urusan possibly x lama. Tapi kami nak settle cepat. Dengan budak2 ni biar cepat... Nak terkocoh2 last minute susah. The airport besar. Bila dapat platform hujung, memang la dapat tengok semua. Muhammad tido most of the time, Hessa seronok main kat playground. Main dengan anak2 Russian. Siap bersembang tu. Both cakap bahasa depa la... Main itu ini... Sampai kes menangis n minta maaf la... Beriyer budak2 ni. 
Flight balik ni lebih penuh berbanding datang hari tu. Dengan orang dok sebelah makan ruang, penat mengecikkan diri. But the kids were alright. Muhammad tido je lah most of the time. Hessa x dpt nak tido sangat. 

Entah macam mana flight balik ni tiba lebih awal dari jadual. Pukul 5am, sedangkan ikut jadual pukul 6am baru sampai Hanoi airport. Kami terpaksa tunggu 30mins sebelum airport transfer bawa kami ke hotel di Hanoi. 

Transit ni asalnya untuk hampir 12jam. Nak tak nak, dah ada budak ni kena lah ambil juga bilik. Tp disebabkan tempoh panjang, kami decide untuk duduk di hotel tengah bandar yang provide halal breakfast. We chose Cosiana Hotel. Tapi banyak perubahan jadual sejak kami beli tiket. Transit 12 jam finally jadi 10 jam. 2 jam tu penting tu, we should opt for a hotel near airport je kalau kejap sangat. Sebab dr airport ke tengah bandar pun 1 jam jugak.

Cosiana Hotel ni ada sales manager yang efficient. Check in sangat smooth.. Cumanya bilik kami tu busuk bau air kumbahan. Sangat busuk. Bau piping lama. Dah la dia biarkan pintu bilik air terbuka. Nasib la kami plan dok situ for 4 jam dan badan sangat penat. Dan anak2 tido. Tapi lama kelamaan, bau tu hilang. Or kami dah lali.

We had our breakfast and lunch there. ni view dari bilik kami. Belakang train station. Macam di Malaysia je. Lepas budak mandi dan siap. Kami ke airport semula. Book grab which berharga lebih 50% less dari airport transfer.

We finally arrived in KL 7.45pm. But urusan keluar bag menyebabkan lambat keluar..pkl 9 baru settle. Pukul 11 br sampai rumah, sebab dah siap solat n dinner McD hahaha. 

Monday, February 3, 2020

Russia with toddlers : Day 9 Murmansk back to Moscow

Our flight was around noon. Beg tak de la nak kemas lebih2 pun sebab takde apa sangat membeli as souvenir di Murmansk ni. Tak banyak pun jumpa dijual - tak mencari pun. Memang kat sini kumpul pengalaman je... Seronok sangat. his is Mic

We habis kan all makanan, left a bit utk makan kat airport hari ni dan esok je. By around 10am Michael dah pick up. Our flight was around noon. Sebelum balik sempat lah bergambar dengan Michael. Bagi buah tangan sikit. Memang sangat berbaloi ambil dia as our guide dan driver. Baik, teratur, on time... Cumanya sebab generally Russian ni x friendly, kadang2 ada gaya macam dia tak puas hati or marah, but rupanya tak... Hahaha... Tapi yang sadis dia kata dia lebih faham english anak2 dari aku punya english. Dia kata susah nak tangkap accent english-melayu aku... Hahaha... But dia impress Hessa and Muhammad can converse in english. 

Airport Murmansk ni kecil je. Sini baru kami beli sikit souvenir. Ada banyak option murah murah. So kami gunakan kebanyakan coins yang ada. Around 100-120 rub je.


The view of Tundra/Murmansk from above was stunning... tak sangka langsung dapat ke tempat macam ni.

The flight was uneventful but aeroflot ni bagus. Dia ada hadiah untuk anak2. Seronok la depa. Dan pergi balik dapat hadiah berbeza.

Kami berjalan tukar terminal untuk airport transfer balik ke hotel. Senang je. Dan barang pun tak berat sangat. Walaupun senang, ada 2 orang budak kecik ni kecoh juga la. Tapi diaorg happy je dpt duduk atas trolley bag tu. Sampai terminal D kami tunggu pula airport transfer dr hotel.
Check in hotel very smooth. Tak banyak soal langsung. Tapi hotel ni takde bellboy angkat beg. Tapi dia ada a simple cafe, sejuk2 ni minum coffee best. Aku turun semula untuk dapatkan beg kami yang tinggal hari tu. Oh... Kami duduk standard room je, the 2 kids are allowed to stay together. Xde extra charge pun.

Petang tu cadangnya nak pergi ke MegaMall Khimki yang ada IKEA. Tapi wifey kata dia x berapa larat especially mengenangkan nak kejar budak2 nanti. And the kids dah relax kat bilik hotel. Lagipun xde apa nak beli. Cumanya aku nak jugak cari cream honey Medulubov yang aku pernah beli dulu plus some tea or coffee buat buah tangan. So aku je yang pergi mall. Beli barang and dinner. The kids were ok je.

630pm aku keluar. By 9 dah sampai balik. Menarik mall tu. Mostly beli pakai credit card sebab dah abis cash. Cumanya x blh nak borong medulubov honey tu sebab booth dia xde cash machine. Kebetulan pula dalam banyak2 booth sempena xmas ni, ada pulak madu medulubov ni. Brand ni xde pun dlm pasaraya. It is a very nice mixed honey yang dalam bentuk cream. Boleh buat ganti jam. 
Packing untuk balik was not too bad. Semua barang muat je masuk beg. Even beg yang pecah tu pun kami pakai. Plan utk wrap kat airport. Memang tu je duit cash yang tinggal, ngam ngam utk wrap beg je.

InsyaAllah... Esok dah nak balik dah... 

Tuesday, January 14, 2020

Russia with toddlers : Day 5 - Moscow to Murmansk

Today is a travelling day. The flight is at 3pm. We have plenty of time to pack. Our plan was to go to Murmansk lighter, means part of our clothing we shall leave at our last hotel at SVO. Breakfast hari tu kami masak semua yang ada. Pack for lunch and some food untuk dalam flight and dinner. Sebab dalam perjalanan tak tau ada ke benda boleh makan selain roti. dan dlm flight nanti, kalau bebudak lapar ke macam mana. Aku dah email aeroflot minta allow bawak food, dia kata ok. Lagipun tak boleh nak request halal meal sebab flight tak sampai 3 jam. Barang basah macam telur and sosej memang wajib lah siap masak.

Aku dah pre-arranged dengan hotel Holiday Inn Express SVO yg aku akan tinggalkan barang di hotel since kami akan menginap di situ pada malam terakhir sebelum balik ke KL. Selain dari nak memudahkan perjalanan, flight to Murmansk menggunakan Aeroflot limit baggage allowance to 20kg per bag. So kena lah cautious plus kena la plan if ada beli brg extra dari Murmansk.

Plan tinggal barang ni bagus jugak. Mulanya plan nak tinggalkan souvenir yh kami beli. Tapi akhirnya banyak jugak barang kami tinggalkan. Basically, kami terpaksa tinggal kan semua jackey yang x berapa tahan sejuk. Untuk anak2 kami settle dengan 1 jacket dan seluar yg akan pakai ulang2 sepanjang masa di Murmansk. Set tu je nampak sesuai. Selain tu, since di Adagio xde washing machine, semua baju kotor pun kami tinggalkan. Memandangkan satu beg tu dah pecah, kami guna beg tu utk tinggalkan barang2 ni. 

Sebelum ke airport, aku tukar semua USD yang diperlukan. Aku x sure di Murmansk ada ke tak money changer. 
Kami naik Gett to Holiday Inn Express SVO. Mudah je proses letak barang. No question asked. Then kami ambil shuttle van to Terminal. Tapi disebabkan kami sambung dengan Domestic flight, kami kena jalan kaki dan naik aerotrain ke Terminal B - terminal domestik. Jauh jugak, mau 30 minit jugak. Nasib lah barang kami dah dikurangkan. Stroller pun kami tinggal, dok la depa atas trolley. Tapi ada byk tempat trolley x blh masuk. Jalan je la depa. 
Check in for aeroflot was pretty smooth. Semua counter utk aeroflot. So xde panjang beratur. Senang. Cumanya, nak masuk balai berlepas kena thorough all the checks dan ada procedure yang kami tak faham i.e. nak masuk tu kena scan boarding pass tapi macam mana nak buat untuk anak2 kan. But all ok, semua orang understand dan staff membantu. Air seperti biasa x blh langsung. Tapi yang renyah bila nak kena buka kasut dan jaket. Dengan budak2 lagi... So berlaku sedikit kelam kabut especially sebab ada satu lipstick plak bentuk tajam. Masa nak cek tu, jadi sukar sikit sebab sorang kena handle all bags n anak2. But... Kejap je lah. And budak2 pun behave je.


We managed to Solat sebelum naik plane. Actually kena juga tunggu about an hour. Tapi kami lebih suka cepat dari tergopoh, especially bila bawak anak ni. Baru tu lah nak ke toilet and with all the jackets and boots, gi toilet tak mudah mana. Ada masanya bila ada wifi, memang lah kami bagi phone/tablet especially kat dalam airport macam ni. Kalau tak, susah nak diam.

Flight was pretty smooth. Flight agak penuh. Mostly tourist China. We received chicken sandwich yang x halal. But we already packed some food. Anak2 x kisah tak makan. dan dalam flight they provide some goodies for the kids, so they were all too busy playing with the goodies. Cantik barang-barang dia bagi tu.


Kalau dah prepare awal, we can actually download some apps for entertainment. We didn't manage to do that.


We arrived at Murmansk on time. But 6pm with total darkness. Nasib we all pakai baju siap, keluar flight turun tangga dan masuk bas. Sejuk!!! Dan snow kat tepi runaway tu dah lebih paras lutut dah... Wo hoo..

Murmansk airport ni kecil je. Ada satu je conveyer belt. Nak jadi cerita, masa menunggu tu kami berkenalan dengan a group of chinese Malaysian tourist. Ada 25 org. Terkejut depa kami datang berempat dan travel sendiri. Diaorg dari Parlo rasanya, 7 malam di Russia. 2 mlm di Moscow, 2 di SPB dan 3 kat Murmansk. Banyak juga bercerita dengan 1 couple ni.

Dapat je bag. Get the kids prepared nak keluar airport. Tapi x sempat nak keluar, Michael/Mikhail our Airbnb host cum driver and guide dah tunggu. Again.. Nasib la barang2 dah dikurangkan. Nak ke kereta kena lalu jalan agak licin snow dan x proper... So beg kena angkat. The kids dah super excited. Snow kotor pun dah nak pegang. But Alhamdulilla... All were just as planned. 

Michael cerita la serba sedikit pasal Murmansk. Tapi lebih nak discuss pasal chasing Northern Lights dan itinerary. Dia kata, masa kami sampai ni cuaca tak bagus. Dah berminggu x nampak Northern Lights sebab awan tebal. Plus, cuaca agak abnormal when it should be - 15degree at least, but it was - 3 degree je masa tu. So likelihood kurang kalau tak sejuk. 

It took about 40 mins to the apartment. And the apartment was good. Ada dua bilik. Well equipped as per advertised. Dan ada cable channel banyak cartoon.

We were prepared kalau tak nampak Northern Lights... But malam tu aku lebih kagum dengan keadaan snow yg sgt tebal dan kegelapan ya amat keadaan luar. Tak sangka all the plan menjadi so far. Bersyukur Alhamdulillah... so far so good.


So Murmansk... Lets explore... And pleasure be nice to us. And Northern Lights... Please show urself... Hessa doa. 

Monday, December 30, 2019

Russia with toddlers : Day 1 - KUL to Moscow

Akhirnya bermula lah trip kami ni. Disebabkan trip ni perlu planning betul-betul bab baju nak bawa. Kami punya packing tu dah start a couple of weeks ago. Jadi pada hari departure tu tak lah last minute sangat. Semua barang dah siap. Cumanya ada beberapa barang especially roti-roti yang beli last minute. Kami memang selalunya bawa roti cream dan ikan bilis gardenia tu. Ni gunanya untuk lapik perut while di dalam airport sebelum berlepas, transit or even bila dah sampai. Plus, first meal lepas check in hotel sebelum ada orientation hotel.

Flight kami berlepas pukul 7.30pm dan ada transit di Hanoi kurang 3 jam. Kami decided minta bantuan jiran yang bawa grab untuk hantar dan ambil kami di airport. Mulanya nak letak kereta di KLIA - hotel movenpick. Tapi bila kira-kira balik, kos jadi RM 300, lebih baik naik grab.

The flight ke Hanoi seperti biasa. Sampai on time. Anak-anak bawa beg masing2. Beg aku pula penuh baju sejuk yang akan dipakai sesampai di Moscow. Aku tak pasti macam mana keadaan airport sebab kami landing di SVO kali ni bukannya DMD masa aku dtg last year. Sesampai di Hanoi airport kami terus cari port yang hampir dengan tempat sesuai solat. Kami x sempat nak solat maghrib sebelum berlepas ke Hanoi. Kami duduk di belakang satu family yang ada anak-anak kecil juga. Tapi besar sikit dr Hessa dan Muhammad. 

Flight ke Moscow rasanya dijadualkan lebih lewat dari jadual yang diemail pada kami. Lewat hampir sejam. 12.55am baru nak berlepas. Hampir pukul 12am Muhammad dah tak dapat tahan dah... Dia tidur dulu. Hessa masih happy main hp.

Kapal terbang ke Moscow agak luas dan lapang. Dan kami dapat satu row. Aku dapat 3 seat kosong tambahan. Jadi Hessa pindah dengan aku. While Muhammad dapat 3 seat kongsi dengan ibu. Agak selesa depa tido sepanjang flight ke Moscow. Full rest for all of us. While keluarga yang dok belakang kami di airport, seated depan kami. Dan ada beberapa family with small kids that area. So x de lah rasa risau kalau2 anak meragam. But eventually, depa tido most of the way. Makan di serve sebaik berlepas dan 2 jam sebelum landing. Sama je menu macam tahun lepas. 😂

Sesampai di airport.. Kami tak berebut keluar. Kami tengok2 family lain kalau2 depa tukar baju dalam flight. Nope, semua xde tukar baju. Tapi kami tukar with all jacket dan heattech sesampai di airport. Kami x biasa cuaca sejuk, tak nak tetiba sgt sejuk dan anak terus tak sihat. All the way sampai ambil bagasi agak smooth. Walaupun lambat, beg pun baru keluar sesampai kami di carousel. Cumanya kami dapati salah satu beg kami pecah sedikit. Kami buat report kat airport, tapi kena claim later. (alamak tak buat tuntutan lagi).

Keluar dr airport, kami kena beli sim card dan cari taxi ke hotel. Ada 2 booth sim card - Megafon lebih mahal dari MTC, jd kami beli je MTC. Untuk unlimited data 1 bulan 1300Rub. Untuk taxi, keluar je ke arrival hall, ada banyak driver cakap they all from Yandex. Aku x suka deal with them, so kami pergi je ke kaunter untuk dapatkan taxi. Kami dah download Gett another apps utk taxi. Di DMD tahun lepas pakai Gett, tp di SVO pakai yandex. Untuk anak2 kena order sekali car seat. Kena tambah 100Rub each. Harga total dalam 1500rub. Kalau masuk highway kena bayar tol asing. Sim card kena bayar cash while taxi ada both card and cash option. So nak tak nak kena lah tukar sikit duit kat airport yang rate dia mahal tu. No other option. 

All in all we took 2 hours from keluar flight sampai keluar airport. By 8.30am kami dah on the way ke hotel. By 10am kami sampai hotel. Perjalanan smooth.. Anak2 tido je. Hotel check in was also smooth. We review hotel in the next entry. 

Dapat je bilik. Kami berehat je. Hari ni takde berapa ada plan. Kami cuma nak jenguk2 mall sebelah hotel kami je. But kami cuma keluar quite late dalam pukul 4pm. Memang target keluar masa time tido anak2 di Malaysia i.e. time difference 5 jam, so 9pm Malaysia. We target untuk tidorkan anak only after 8pm moscow time. So depa terus dpt kill jet lag dan biasakan dgn waktu tempatan from the first day. 

Kami pilih Adagio Aparthotel Kievskya. Sebelah hotel kami ada Europskyi mall or Mall of Europe. So jalan-jalan mall tu je hari ni. Sambil minum di cafe mahal 😁. Kat situ pun ada supermarket, so boleh lah beli barang makanan sikit - biskut, buah-buahan, susu, telur, roti dan salad. Untuk cover breakfast. 
 
 

Sebab dah sampai, nak jugak lepak-lepak mengopi - our usual event bila jalan-jalan. Ni kami singgah cafe yang consider up, kat tengah-tengah Europskiy Mall ni. Boleh lah estimate harga bila tengok kedai ni. Basically, ni lah antara kedai paling mahal kami lepak while we were there. So kalau bawak guna bajet cafe ni, semua tempat lain boleh settle.

Kami nampak signboard Eataly dekat satu lagi mall which bersambung dengan hotel kami. Since pizza is our kids alltime favourite. Kami decide untuk dinner kat situ je. Dekat mall tu pun ada money exchange. Rate dia bagi 10% better than at the airport. By then, dah pukul 6 lebih. Diri sendiri pun dah penat... We call it a day for today. Balik hotel dan ready to sleep.

Monday, September 30, 2019

Quick trip : Jakarta - Bandung Day 1 of 2

Parents in law aku hari tu berusaha dapatkan pakej MH Deals. Dia nak bawak anak-anak, cucu dan adik beradik yang boleh travel jalan-jalan makan angin. Dan akhirnya dia dapat good deal untuk fly to Jakarta dan tido 3 hari 2 malam. So... Last week kami menjelajah Jakarta dan Bandung bagaikan cerita fast & furious. Semua nak pergi dengan time yang sangat singkat. Anyway, aku rasa aku lebih kepada jalan-jalan cari makan plus nak biasakan semula anak-anak naik flight. Plus, seronok juga jalan if kita ikut je tanpa banyak plan.

The flight was very early in the morning. Kami kena ada kat airport sebelum subuh. Untuk trip ni, demi memudahkan perjalanan, kami decide untuk park di klia je. Tapi sebab awal sampai, kami terus park di hotel movenpick ada program park and fly. RM20 tempat tak berbumbung. Berbumbung RM25. Dan shuttle ke airport free. It's a good offer. So kami cuba ni. Xde buat prior booking. Alhamdulillah xde issue.
Thru MH deals booking flight terpecah dua, kami group 11 orang sampai dulu dan ada 4 orang lagi sampai 1 jam lebih lewat. Sementara depa sampai kami tunggu je kat airport. Airport dah lawa. Takde playground, tapi dia punya tempat isap rokok lawa pula. Dok lah bergambar sekejap. Tapi tak sesuai pulak design macam ni untuk tempat hisap rokok.
 

Bila semua dah sampai, first stop - makan. Restoran sederhana di area Mangga Dua. Yumss... Alhamdulillah. All meals pun masuk pakej. Next kami ke Mangga Dua. 

Sepertimana plan asal. Bila shopping ni aku akan dok dalam kereta with the kids. In this case, dua dua nya tido. So aku dok dalam kereta je lah. Sejam je dia mangga dua, ada beberapa orang balik ke van dengan pembelian. But mostly x membeli lagi. Selepas tu sepatutnya pergi tempat lawatan, tapi semua orang tak larat. So balik hotel sebelum keluar senula untuk dinner.
Anak-anak seronok bila balik hotel. Kami bermalam di Ibis Kemayoran selama 2 malam. Petang tu sempat kami gi mandi pool. Cantik area courtyard hotel ni. Tenang. Very personal. Pool pun bagus.

Malam tu kami makan di kedai Cina. Sedap juga masakan dia. Aku tak ingat apa namanya... satu tu dessert selasih dengan santan. satu tu appetiser macam tauhu goreng yang jauh lagi sedap dari Annora tu.

We have to sleep early tonight as tomorrow our day will start very early at 4am.

Tuesday, November 6, 2018

Russia Day 8 : Last day... Bye Russia

Hari ini hari terakhir di Moscow. Kami ke airport pukul 2pm. So ada banyak masa lagi pagi ni. Mak ayah ajak aku pergi ke supermarket awal2 pagi. Diaorg nak beli buah tangan untuk kawan2. Diaorg pun nak singgah di Alenka cafe, beli coklat. Habiskan semua rubles yang ada. 

Lepas tu, aku n family adik nak ke GUM departmental store. Semalam tak sempat pergi. Mak ayah dah pergi. So depa nak relax je kat rumah. Cantik Red Square ni... tapi hari ni cuaca agak mendung. Nasib semalam cuaca lebih baik dan boleh ambil gambar banyak2. GUM ni departmental store je, ada satu supermarket jual barang harga premium. Nak beli ole-ole ok lah. Banyak designers jugak. But the inside is very pretty.
Sekejap je tengok2 GUM tu. Kami sempat makan lunch dekat kedai Lebanese halal, mr livenets. A fine dining restaurant, cantik deco. Cantik jugak harga. Rasa sedap ya amat. Tapi kami je lah try makan sini. Kebetulan tak jauh sangat dr apartment. Ni harga kat situ. So boleh lah korang estimate premium price makan/bajet makan.

Aku pun sempat ke elievskyi moscow. Market ni dibuka 24 jam. Tapi aku rasa SPB punya store jauh lebih cantik dari moscow. Tapi the inner deco kedai ni sangat cantik.. Tak macam normal grocer. Kedai ni pun depan rumah je. So area Tverskaya sesuai utk stay.. Mudah ke mana2. 

Vietnam airlines ni biasa je. Makanan pun lebih kurang sama je. Ye lah kami order halal food. Apa option yang ada. 



Bye bye Russia... See you next time insyaAllah.