Showing posts with label Haatyai. Show all posts
Showing posts with label Haatyai. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

Roadtrip : Haadyai - Ipoh

Last day our roadtrip kali ni. Tak sangka boleh buat road trip ni. Finally settle semua. Takde berapa plan pun. Semua pakai apa sempat je.

Kami gerak awal jugak hari ni. Breakfast tak berapa sangat. Sebab plan nak makan kat Danok. Dekat je Haatyai ke Danok, lebih kurang 1 jam je... Bila dah dekat dengan Border baru kami tengok-tengok mana kedai nak berhenti. Tak jumpa pula yang mana yang menarik. Tiba-tiba dah hampir sampai hujung i.e. tak boleh patah balik. Sebelum masuk ke immigresen aku ambil simpang kiri untuk elak masuk kawasan immigresen, sbb kami tak makan lagi. Ntah mana sesat kat jalan belakang-belakang tu tapi tetiba jumpa kedai makan ni.... so tak tau ke mana lagi kami stop la.

Nama restaurant ni Nurlaila, kami tak letak apa-apa expectation... tapi sedap ya amat....!!!! sangat sedap dan harga ok. Tapi sebab kami berdua je yang makan, tak boleh nak order melampau-lampau banyak nanti bazir, but kami tapau jugak untuk makan bila sampai ipoh nanti InsyaAllah...

Memang wajib untuk ulang semula kedai ni. Gambar pun tak ambil sbb tak jangka sedap melampau, ni pun gambar dari google map je.

Masuk balik ke Malaysia agak senang, sebab border Danok tak perlu keluar kereta. Wajib pulangkan semua dokumen especially document bawak masuk kereta tu, nanti kena saman pulak.

But aku rasa dalam jauh-jauh perjalanan, driving dari Bukit Kayu Hitam ke Ipoh yang paling penat... dah lah pressure kena highbeam memanjang kat highway... but Alhamdulillah, sebelum maghrib kami sampai di Ipoh dan menikmati lauk pauk dari Nurlaila :-)

Monday, March 28, 2016

Roadtrip : Phuket - Haadyai

Hari ni last day di Phuket, kami plan untuk check out hotel awal sebab bagi peluang nak menyinggah mana-mana tempat tepi jalan. Sebab masa datang hari tu, nampak jugak beberapa tempat menarik. Lagi satu, kami memang target nak berhenti di R&R Trang - Patthalung, katanya ada section halal yang sangat menarik kat R&R ni.


Dalam pukul 10am kami gerak dari Renaissance Phuket. Perjalanan hari ni mengambil masa hampir 6 jam. lepas tu, kami akan stop every 2 hours, so ada harapan malam baru sampai ni.

Tapi tak jauh mana, lepas je jambatan Phuket tu dah mula stop. Beli nenas... banyak kami beli buat makan dalam perjalanan. Lepas tu kami meneruskan perjalanan. Kami lalu beberapa gerai jual ayam golek. Nampak sangat menarik. dah berderet-deret kedai ayam golek tu, akhirnya kami buat stop kedua... janji halal.
Setelah 5 jam kami jumpa R&R Trang Patalung ni... memang besar dan ada tempat makan halal muslim dan ada surau untuk solat. Memang wajib berhenti sini. Plus dia ada section jajan-jajan dan kek local yang halal. Memang shopping sakan buat buah tangan. (gambar first bawah ni dari google map je)


Memang agak lama kami berhenti kat sini. Pilihan makanan tak banyak, tapi apa yang ada mencukupi. Standard mee/bihun sup macam mee celup tu. 35 baht je, tak sampai RM5. kedai pun bersih. Ruang solat pun besar.

On the way dari Patthalung ke Haatyai, kami banyak lalu tempat-tempat lawatan. Ada kawasan tepi hutan/bukit yang cantik. Tapi next time kami datang lagi.

Kami finally sampai di Centara Haatyai dah hampir Maghrib. Hampir 9-10 jam perjalanan. Alhamdulillah takde masalah langsung sepanjang perjalanan. Yang sesak pun bila masuk ke bandar Haatyai. Kami pilih Centara ni sebab lokasi dia central dan senang nak ke pasar malam Haatyai ni. First time kami di bandar ni. Since kami dah jangka akan sampai waktu malam, kalau boleh dinner tu beli disekitar ni je.

Warning!!! kami finally makan di Restoran Hamid, sbb nak senang handle Hessa berbanding makan kat warung-warung tu. Jangan makan kat situ. Harga melampau mahal. Rasa sangat tak sedap. Makan tomyam dia, taruh ikan bau hanyir ya amat. Lauk-lauk lain sikit dan tak sedap!!! seriously mahal dan menyesal kami makan kat situ. Terpaksa beli makanan lain. jauh lagi sedap ayam golek yang kami beli dalam perjalanan tadi.

Hotel centara ni tak berapa ok. Hotel lama. Katil keras. Toilet pun kecik. Sink pun flow tak best. Carpet dia nipis. Tapi untuk satu malam, tak kisah lah. Harga dia mahal berbanding lain probably sebab brand dan lokasi. Basically, our 1 night kat Haatyai do not give a good picture of the city. Perhaps kena ulang dan bagi dia peluang sekali lagi.