Monday, March 28, 2016

Roadtrip : Phuket - Haadyai

Hari ni last day di Phuket, kami plan untuk check out hotel awal sebab bagi peluang nak menyinggah mana-mana tempat tepi jalan. Sebab masa datang hari tu, nampak jugak beberapa tempat menarik. Lagi satu, kami memang target nak berhenti di R&R Trang - Patthalung, katanya ada section halal yang sangat menarik kat R&R ni.


Dalam pukul 10am kami gerak dari Renaissance Phuket. Perjalanan hari ni mengambil masa hampir 6 jam. lepas tu, kami akan stop every 2 hours, so ada harapan malam baru sampai ni.

Tapi tak jauh mana, lepas je jambatan Phuket tu dah mula stop. Beli nenas... banyak kami beli buat makan dalam perjalanan. Lepas tu kami meneruskan perjalanan. Kami lalu beberapa gerai jual ayam golek. Nampak sangat menarik. dah berderet-deret kedai ayam golek tu, akhirnya kami buat stop kedua... janji halal.
Setelah 5 jam kami jumpa R&R Trang Patalung ni... memang besar dan ada tempat makan halal muslim dan ada surau untuk solat. Memang wajib berhenti sini. Plus dia ada section jajan-jajan dan kek local yang halal. Memang shopping sakan buat buah tangan. (gambar first bawah ni dari google map je)


Memang agak lama kami berhenti kat sini. Pilihan makanan tak banyak, tapi apa yang ada mencukupi. Standard mee/bihun sup macam mee celup tu. 35 baht je, tak sampai RM5. kedai pun bersih. Ruang solat pun besar.

On the way dari Patthalung ke Haatyai, kami banyak lalu tempat-tempat lawatan. Ada kawasan tepi hutan/bukit yang cantik. Tapi next time kami datang lagi.

Kami finally sampai di Centara Haatyai dah hampir Maghrib. Hampir 9-10 jam perjalanan. Alhamdulillah takde masalah langsung sepanjang perjalanan. Yang sesak pun bila masuk ke bandar Haatyai. Kami pilih Centara ni sebab lokasi dia central dan senang nak ke pasar malam Haatyai ni. First time kami di bandar ni. Since kami dah jangka akan sampai waktu malam, kalau boleh dinner tu beli disekitar ni je.

Warning!!! kami finally makan di Restoran Hamid, sbb nak senang handle Hessa berbanding makan kat warung-warung tu. Jangan makan kat situ. Harga melampau mahal. Rasa sangat tak sedap. Makan tomyam dia, taruh ikan bau hanyir ya amat. Lauk-lauk lain sikit dan tak sedap!!! seriously mahal dan menyesal kami makan kat situ. Terpaksa beli makanan lain. jauh lagi sedap ayam golek yang kami beli dalam perjalanan tadi.

Hotel centara ni tak berapa ok. Hotel lama. Katil keras. Toilet pun kecik. Sink pun flow tak best. Carpet dia nipis. Tapi untuk satu malam, tak kisah lah. Harga dia mahal berbanding lain probably sebab brand dan lokasi. Basically, our 1 night kat Haatyai do not give a good picture of the city. Perhaps kena ulang dan bagi dia peluang sekali lagi.

No comments:

Post a Comment