Perjalanan hari ni di jangka kan akan memakan lebih 10 jam, jadi kami plan bertolak seawal mungkin. Pukul 5am kami dah bersiap sedia. Plan nak solat subuh di RnR saja. Kami 2 kereta - Abah/Mak dan keluarga Opek plus kami sekeluarga 1 kereta. Mimi tak dapat ikut kali ni.
Solat di RnR Kuala Kangsar. Kemudian perjalanan terus ke Changlun. Dalam pukul 8.30am kami dah tiba di Changlun. Kami nak cari kedai buat insurance. Seperti dalam blog, kami pergi buat di stesen minyak dekat pekan Changlun. Macam tak berapa ramai orang nak cross border. Kami minta orang tu siap buat immigration card dengan insurance papers semua. Dia pun ada jugak explain sekali lalu. Tapi kami rasa boleh pandai-pandai lah kat sana nanti.
Tiba di border masih tak berapa ramai sebab masih dapat parking dan tak beratur lama. Tapi abah tak jumpa parking, dah lepas border kereta baru dia patah balik jalan kaki. Kami mula beratur dari pukul 9.30 macam tu. Sebab sebelum ni aku dgn wife pernah cross border ni jalan kaki nak gi makan di Sadao, kami agak familiar kat mana nak beratur. Walaupun ada 2 orang budak dan seorang ibu mengandung, takde langsung courtesy or barisan untuk lepas cepat.
Sebenarnya, beratur tu ok je, yang tak tahan kalau orang yang tengah beratur tu bagi pihak satu group yang ramai - or satu bas. Itu yang jadi pada kami. Bila dah nak dekat, baru nak turun dan isi kad immigresen semua. Kelam kabut group tu. Kami jadi naik geram dan marah. Tapi sebab excited, marah tu tak la melampau. Cuma kesian mak yang nak berdiri lama. Tapi, masa tu ada org approach kami utk cut queue. Tapi kena bayar RM20 seorang. Kami tak ambik, sebab rasanya tak lah lama mana.
Selepas dapat chop passport, driver kena pergi hantar dokumen ke pejabat immigresen dan kastam untuk bawa kereta masuk. Ada dokumen yang kena serah - semua dah di isi masa beli insurance. Dan ada dokumen yang kena pegang dan perlu serah semula bila keluar dari Thailand. Yang ni kena be careful. Kalau tak serah kan, nanti akan kena denda bila masuk balik ke Thailand dengan kenderaan yang sama. Proses ni tak lama, tak ramai orang beratur pun. Tapi sebab keadaan office-office kecik dan takde direction sangat, boleh jadi confusing dan clueless. Janji serah kan saja. Tak seperti crossing borders yang aku pernah pergi, dekat sini takde check point yang memastikan semua dah lengkap. Settle macam tu je. So harap-harap pemahaman baca blog-blog lain je.
Lepas je border, kami cari kedai beli sim card dengan makan lunch. Banyak sim card available yang sesuai untuk tourist kat sini. Dan mereka boleh berbahasa Malaysia, so aku rasa beli kat sini lebih baik dari beli jauh dari border. Makan lunch hari tu, tak berapa menarik. Kami pergi je kedai tepi jalan. Kami pernah makan dekat satu restoran di Danok ni sebelum ni, sedap ya amat. Tapi bila sampai semula kat sini, kami dah tak boleh nak cari kedai tu. So settle je apa kedai kat tepi jalan tu. But tak lah menarik dan nak recommend kedai tu.
Around pukul 12 tghhari waktu Thailand - lepas je border, waktu Thailand dan waktu Malaysia berbeza. Tetiba kita dapat balik 1 jam :-) so pukul 12 tghhari Thailand bersamaan pukul 1pm time Malaysia. Benda ni pun kalau tak berapa nak set awal2 agak kacau jugak. Tp kalau guna jam kat handphone, dia dah automatic tukar jam ni. So, kalau ada ahli group masih guna jam waktu Malaysia, kena lah set betul2 nanti salah faham. So dari border, our target terus ke Krabi.
Perjalanan ke Krabi ni awal-awal agak mencabar sebab kami guna waze. Problem guna waze ni bila dia cuba nak elak jem so dia mula lah ikut jalan mana-mana. jalan kecik. simpang bukan-bukan. Bagi konvoi even dua kereta, laluan laluan macam ni agak susah nak follow sebab ada potensi terlepas simpang. Lepas tu pulak, hari tu jalan agak busy. Ada kalanya kami tak follow waze sangat tapi follow je signboard jalanraya bila waze melalut....
Selepas keluar dari kesesakan awal-awal tu, jalan dah tenang dan 1 direction je. Takde option sangat. Awal-awal tu sesak sebab dekat dengan pekan haadyai. Walaupun kami tak masuk bandar, tapi pusing-pusing jugak. Dekat jalan yg tenang ni, tak banyak kereta. Kalau ada pun tak laju. Senang nak drive. Kami ada berhenti-henti jugak. Toilet break. Banyak masjid di tepi-tepi jalan. Sampai ketika kami nak pilih masjid nak solat mungkin kami sampai kawasan bukan islam. Tetiba dari banyak merata masjid tepi jalan, langsung takde masjid dah. Dekat sejam kami mencari-cari dan cek guna waze dan google map. Sambil drive sambil cari. Sampai lah ada signboard masjid, a bit off route. Dan sesampai je dekat satu simpang ni, kami berhenti sekejap sbb tak nampak masjid nya. Tetiba ada sorang mamat ni naik motor lalu dan berhenti, seolah-olah tahu yang kami mencari masjid. Kami cakap nak solat, dan dia pun bawak la ke masjid. Rupa-rupanya masjid tu dalam pembinaan/renovation. Dan mamat tu contractor buat masjid tu. So Alhamdulillah, sempat lah kami bersolat.
Setelah 2-3 jam perjalanan, pukul 7 lebih kami sampai pekan Krabi. panjang jugak pekan ni, dan kami pula duduk di Aonang Princeville Beach Resort, dekat tepi laut. Memang sesak betul tempat tu waktu malam. Kami terlepas simpang hotel tu bila sampai area tu. Terpaksa pusing satu round lagi nak cari pintu masuk hotel. Hotel ni tak berapa banyak parking, cukup2 kami punya kereta je masa tu. Location sangat strategik. Kat tepi laut, dekat pasar tepi pantai. Banyak makanan halal. Ada massage center.
Lepas check in, sempat lah kami dinner. Cari makan dekat area-area situ je. Jalan kaki. Nak banyak restoran halal yang sedap, blog-blog cakap, dekat area masjid. Tapi nak menapak 1km ke masjid mcm jauh. Dah lah jalan ke situ kena mendaki sikit. So malam ni, kami settle je dgn apa depan mata. Dan pekena coconut ice cream for dessert. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment