Wednesday, March 16, 2016

Roadtrip : Krabi - Emerald Pool - Phuket

Hari ni kami berpisah dari group mak abah dan opek. Diaorg tak cuti panjang, tapi kami teruskan trip sampai ke Phuket. Tak jauh pun Krabi ke Phuket, dalam 2 - 3 jam je, kata waze. Sebabkan tak jauh, kami plan untuk detour sikit. Ke Emerald pool. Banyak je direction ke Emerald Pool tu. Tapi since kami pakai waze senang je, follow the direction, janji battery phone penuh dan ada data. Lepas breakfast besar, salam-salam, kami pun gerak... Perjalanan ke Phuket tak sesak mana. Jalan seperti biasa. Tapi takde dah nak jumpa masjid. And mostly dalam kawasan hutan. Tak banyak pekan-pekan kecil pun kami tempoh.

Emerald pool ni kiranya mcm half way dari Krabi ke Phuket. Kami sampai kat situ dah agak tengahhari. Tak nampak banyak sangat kenderaan kat tempat parking. Kami pakai park je kereta. Ada entrance fee untuk foreigners, tak mahal mana pun. Tapi jarak antara parking lot ke Emerald pool nya agak jauh... sebenarnya memang jauh lah... dah lah jalan tanah merah. Macam masuk ladang kelapa sawit. tapi sebab tak hujan, takde lah becak... dah lah jalan dengan ibu mengandung, kena dukung anak. Agak penat lah jugak.



But the view of the pool was mesmerizing. macam mana dalam hutan mcm ni, tetiba ada pool cantik mcm ni. Air jernih. Kami tak gi jauh sgt. Sampai the main pool je. Tapi, sebab kan aku tak pandai berenang plus ada Hessa yg kecik lagi. kami main-main air kat anak-anak sungai dan jeram kat sekeliling je. Takut la pulak kalau dalam pool tu. dah lah kami sekeluarga je.
Kawasan sini redup je. dan agak bersih.

Dok lah melepak situ dalam sejam dua. sempat hilang kan penat berjalan dari parking lot. Takde kedai makanan pun jual-jual kat area tu. Tapi ada lah aiskrim. Hessa dapat makan aiskrim je. Then kami meneruskan perjalanan ke Phuket.


Akhirnya kami sampai di Phuket. Hotel kami, Renaissance ni dekat dengan airport. Di utara pulau Phuket. Bagi sesapa yang pernah nak ke Phuket, hotel ni agak susah nak sampai sebab jauh dr main street and main town/aktiviti kat Phuket town. Sebab kami drive, kami boleh lah pilih hotel ni. Parking tak banyak kat hotel ni, tapi cukup lah. Kami sampai sini pun dah lewat petang. Agak jauh jugak dari main street untuk sampai ke hotel ni. Kalau takde kenderaan memang susah. Dah lah takde apa-apa kedai or restaurant berhampiran hotel. Lepas check in, kami berehat je, enjoy the room.


Tapi sebenarnya area utara pulau Phuket ni banyak makanan halal. Ada masjid lagi. Lepas rehat-rehat kejap, kami keluar ke jalan besar untuk cari dinner. Tak jauh dr simpang hotel kami jumpa restoran halal. Memang ada beberapa restoran kat situ tapi mostly takde orang. Kami gi yang nampak paling cerah. 

Sedap ya amat dan murah. :-) siap kami tapau untuk breakfast esok nya. Tak sempat ambil gambar, sebab lapar sangat. Dekat restaurant ni ada jugak khidmat laundry layan diri. Boleh lah nak basuh-basuh baju if perlu.

No comments:

Post a Comment