Monday, November 27, 2017

Malaysian Dads Photo Contest - IKEA & Swedish Embassy

Bulan sudah, aku terjumpa iklan dari Ikea pasa Malaysian Dads Competition anjuran IKEA dan Swedish Embassy. So saja-saja lah aku nak join. Ye lah, seronok jadi bapak. So aku submit lah this entry through facebook.


Out of 500 lebih kot.. ke 600 peserta... ntah macam mana, aku dipilih dalam top 10. So datang lah cameraman org perancis dari hired by the organiser ke rumah. Untuk ambil gambar. Gambar-gambar ni akan di pamerkan di National Art Gallery katanya.

Hej
Thanks to all the dads who submitted photos to our contest. We have been inspired by your stories of life at home and touched by the moments you shared. A team at IKEA and the Swedish Embassy of Malaysia have been pouring over more than 500 photo entries and choosing ten finalists has been no easy task! We made our decisions on a mix of factors – the moment captured, the insight into everyday life it provided and the nature of the message.
We were spoiled for choices and our decisions are, of course, subjective. Here are the top 10 finalists who have been chosen to receive a professional photoshoot and be featured in the ‘Malaysian Dads’ photo exhibition at the National Art Gallery from 1 November 2017 to 31 March 2018 and at MyTown Shopping Centre from 20 to 30 November 2017. We thank everyone for their participation and enthusiasm!

So last week, diaorg dah umum kan pemenang. Although kami tak lah menang 1 - 3. Tapi jadi finalist pun sangat mengujakan. :-) Thanks for the opportunity. 

By the way, gambar kitaorg diletakkan paling awal selepas signboard - ingat dah menang dah. Juara tu menang sebab dia resign dari kerja dan jaga anak. 









Friday, November 3, 2017

Kota Bahru for a wedding

Matlamat utama kami dapatkan kereta tu dalam bulan October sebab nak bawak mak ayah jalan-jalan ke Kota Bahru bagi menghadiri perkahwinan cucu sedara dia - anak sepupu kami. Kebetulan tarikh dia jatuh pulak dengan my own birthday. So celebrate birthday di KB lah kita.



Kami decided untuk book Hotel Perdana, Kota Bahru sebab orang kata breakfast dia best. Memang betul best ya amat... banyak pilihan makanan lokal especially kuih muih. Bilik dia pun bagus, siap dapat yang ada connecting door. Dan yang paling best pool dia. Saiz yang sesuai. Walaupun ramai orang, kami dapat our own corner :-)

Disebabkan berziarah keluarga, tak berapa lah nak merasa makan kat luar. Tapi dapat jugak lah mencuba teh tarik madu pulau pisang. dekat sini dia ada sediakan sup ikan. So sangat sesuai la bawak anak sebab sup ikan memang favourite diaorg. Istimewa tempat ni sebab teh tarik dia banyak buih... float... sedap. Manis tu ada... but reasonable lah. Kalau boleh layan teh tarik kedai mamak, sama je manis dia. Sup ikan pun sedap. Masa kami gi sana orang tak berapa ramai. Senang nak duduk. Tapi melihatkan keadaan kedai, rasanya bila ramai tu sangat sesak. Banyak sungguh meja.



Kami di Kota Bahru 2 malam je, lepas tu kami ke Kuala Terengganu. alang-alang dah ke Pantai Timur. Di KT kami duduk di airbnb apartment 3 bilik. Rumah apartment kampung ladang tok pelam,  facing laut. Elok jugak rumah ni. Tapi mungkin flat ni baru buka, jadi agak sunyi. Lepas tu plak, the design flat ni tak menggunakan view laut tu sepenuhnya. sedangkan boleh je dia maximise laut tu. Anyway, agak central apartment ni. Kami di sini satu malam je pun, sebelum balik semula ke KL.

Sempat singgah dekat our favourite keropok lekor. Ini sebenarnya matlamat utama singgah di KT. Keropok Kelulut 008!!!