Friday, September 7, 2018

Roadtrip Hatyai : Last day - back to Ipoh for Hari Raya

Hari ni last day kami di sini. Selain dari makan-makan, itinerary yang biasa kami buat di sini adalah shopping di supermarket especially dekat 7-11. Apparently 7E kat sini harga nya tak melampau mahal or even berbeza berbanding dengan supermarket Big C, Tesco or Makro. Ada kalanya lagi murah. Macam-macam ada. Tambahan pula kat 7E ada section or rak makanan halal. So seronok.
So last day ni kami plan nak shopping sikit kat Big C. Beli barang org pesan dan some medicine yang takde jual kat Malaysia. Barang orang pesan tu termasuk lah susu pekat dalam tiub Teapot dan multivitamin Beroca. Penangan PM baru. 

Sebelum tengahhari kami gerak ke border sebab our plan nak makan kat border. Balik ni kami nak keluar kat Padang Besar. Makan lunch kat situ. Yummsss... 

Entah macam mana, perjalanan ke border tidak melalui pekan sebelum border. Puncanya sebab waze nak elak jam... Tetiba kami dah pintu keluar border dah... Settle semua urusan border termasuk perkara paling penting pulangkan form custom untuk bawak kereta. As been read somewhere, kalau tak pulangkan akan kena saman kalau bawak masuk kereta yang sama next time. Saman thb 1000 sehari with maximum thb 10k. Bazir je kalau kena. 

So since tak makan lunch, we decided to have our lunch makan laksa kuala perlis. Wifey cakap zaman dia kecik2 parents dia selalu bawak situ. Sedap ya amat dulu2... So lets try... 

Lepas makan... Lets go back balik kampung for Raya... The road was uneventful. 

Selamat Hari Raya Haji... 

Wednesday, September 5, 2018

Planning Russia : Learn the language

For the past two weeks, I've been listening and watching youtube on learning Russian Language. I think it is useful to know a few words and to read the characters. Yes, 2 weeks is sufficient to read them.

This are some good videos.



They are my favorites. Tak sabar dah nak fly ni... hahaha...

Monday, September 3, 2018

Roadtrip Hatyai : Day 3 Songhkla

Hari ni kami plan gi jauh sikit. Ke Songhkla. Lebih kurang 40 minit drive ke sana. Tapi kalau dah jumpa kedai itu singgah, jumpa 7-11 singgah... memang lah lambat sikit lah sampai. Matlamat utama aku, nak cari aktiviti menarik untuk anak-anak. So we decided untuk pergi ke Songkhla Zoo.

Menarik giler rupanya zoo ni. Lokasi dia atas bukit. Walaupun jalan masuk dia melalui kampung, tapi aku rasa tu sebab waze bawak shortcut. Halfway to the entrance kita dapat pemandangan full view bandar Songhkla di tepi laut. Tu dah nampak best dah.

Zoo ni boleh bawak kereta masuk. The entrance fee untuk tourist thb150 untuk dewasa manakala kanak-kanak thb70. Bawak masuk kereta bayar lagi thb50. Tapi dua orang budak kecik ni free. Dia ada bagi map kawasan dan nasib baik kami sempat untuk join first show dia.

Seperti dekat Chimelong, dia pun ada buat animal show di mana haiwan tu keluar dan jalan cari makan. Tapi tak lah sehebat chimelong, haiwan paling besar pun rasanya memerang je. Tapi ok lah. Cumanya explanation in Thai, so kita tak paham sangat. Tapi tengok gelagat haiwan dah terhibur. Lepas show haiwan darat tu, ada plak penguin and seal show. Wow... negara panas ada binatang ni... interesting show, cuma nya nampak agak kesian binatang tu duduk di cuaca panas. tak bebas la depa. Antara dua tempat show ni kami drive je. Tak de pun tengok haiwan-haiwan lain.



Habis dua show ni, kami tunggu pulak bagi harimau makan. Ni kami tengok dari dalam kereta je sebab cuaca panas ya amat. Show plak pukul 12.30pm. Ada la turun kejap tengok haiwan-haiwan sekitar. Tapi punya lah panas. Tiger feeding ni pun best. Dia agah-agah harimau tu untuk melompat tinggi.

Dah lepas tiger show ni we habiskan semua-semua tempat, but tak turun pun unless haiwan tu menarik perhatian. Otherwise, tengok dan lambai dari dalam kereta je.

Lepas tu, kami terus ke Samila Beach. Cari lunch. Tapi anak-anak dua-dua tido dalam kereta. Jadi kami tapau je lunch untuk makan dalam kereta. Lepas depa jaga baru kami gi melepak di Samila Beach. Samila Beach ni laut dia agak jauh. Beach bersih. Ada jual-jual makanan which mostly halal. Hampir sama je gaya dengan beach kat Malaysia. Sini budak-budak boleh try naik kuda padi. So seronok lah Hessa.

From Samila Beach we headed back to Hotel. Aku rasa macam tak puas kalau gi ke Siam tapi tak pergi massage center. Rugi duduk jauh dari tengah bandar sebab takde nampak massage center. Bila sampai dekat hotel aku lajak sikit ke depan, hoping ada lah. Memang ada spa... so apa lagi, kami take turn lah gi massage tu. Sorang jaga anak, sorang gi spa. Jaga anak pun dalam kereta je. So tak lah susah. Ok lah... a cheap massage. Boleh request for man untuk massage, dia panggil orang luar. Kalau ladies memang dapat tukang urut perempuan.

Malam tu malam last kami di sini. Kami nak makan semula kat Kai Tod Decha, rupanya dah tutup untuk cuti raya haji.. sob sob sob... so kami gi makan kat Chekkar. Wowweee.. sini pun sedap ya amat. Kedai besar, parking banyak, bersih, takde orang (sebab bukan musim), pekerja peramah, owner peramah sampai hantar ke pintu kereta, suka entertain budak-budak. kiranya terbaik lah!!! Boleh cari lokasi di Waze. Tak sempat bergambar, lapar sangat. Oh hari ni hari isnin, semua night market tutup. Lepas makan, balik hotel je lah.