Showing posts with label activity for kids. Show all posts
Showing posts with label activity for kids. Show all posts

Thursday, March 5, 2020

Tips bawa anak-anak kecil ke Moscow, Russia

Here are some tips for those who want to bring your little kiddos to Moscow. Please note these tips are based solely on my trip planning and experience. I have only been there twice and only a couple of days each time. So list ni bukanlah ultimate, ada ramai lagi orang berpengalaman, ni kiranya basic info la. 

1. Antara perkara yang banyak mengelakkan orang nak ke Russia/Moscow adalah kerana masalah visa. Sebenarnya proses untuk mendapatkan visa sangat mudah. Cumanya harga dia agak mahal. Kalau pakai agent, boleh sampai rm700 per person. Kalau buat sendiri aku rasa kos tak sampai rm500. Boleh baca entry ni untuk keterangan lebih lanjut.

Lagi satu masalah nya, ada juga website terangkan pasal registration upon arrival. Pendaftaran ni wajib. Tetapi setakat dua kali aku di sana, takde siapa pun cek dan hanya pihak hotel je yang sebenarnya faham pasal ni. So jika ada plan nak duduk sana lebih lama, mungkin ada baiknya stay di hotel. Ada beberapa airbnb je yang boleh tolong buatkan. Tapi berbayar. Mungkin akan buatkan kos hampir sama dengan bilik hotel. Kalau tinggal sekejap, kurang 5 working days, aku ada baca yang tak perlu pun register. Lets say sampai moscow then pergi tempat lain untuk 4 hari dan kembali ke Moscow, kat tempat lain tu tak perlu pun register.

2. Pemilihan hotel/penginapan agak crucial bila bawa anak-anak. Kalau boleh senang makanan halal or ada dapur sendiri, dekat dengan public transport dan ada ruang yang mencukupi. Aku punya bajet untuk penginapan ni agak rendah, RM 400 sehari. Jadi bila browse airbnb, pilihan agak terhad dan kebanyakan rumah tak lah cantik mana. Berbanding tengok airbnb negara lain, rumah tempat lain lebih berseni. Di Moscow ni mostly rumah-rumah airbnb ni dalam bangunan lama. Jadi kena cek pasal lif. Ada banyak rumah takde lif. Dan kalau ada lif pun, mungkin kena naik tangga sikit baru ada lif. Mostly lif ni created a little bit later. Kalau nak bangunan baru dan keadaan lebih cantik, selalunya a bit outskirt. Please be in mind, pilihan ni bergantung pada bajet, aku bajet murah, dapat la macam tu.

So disebabkan faktor registration dan pilihan yang kurang airbnb. Kami decide untuk stay di Adagio Aparthotel Kievskaya. Ini hotel apartment means ada small kitchennete. Ada katil yang besar. Hotel ni sangat recommended. Sebab lokasi sangat dekat dengan metro dan ada kedai kebab halal dan jual daging/sosej halal depan hotel. Ada juga fast food halal dalam europe mall which is located sebelah hotel. Kalau masa winter rasanya ada pool yang boleh digunakan. Dan yang amazed me, diaorg sangat lenient pasal bawak anak2. Aku ambil bilik standard sahaja - studio unit with kitchen. Aku agak risau if dia nak minta bayaran tambahan untuk anak2. Dia tak tanya langsung. Perhaps, sebab bilik tu takde langsung tempat letak katil extra. Since anak kami memang tido sekali bersama kami, muat je lah. In fact, diaorang happy je register anak2 untuk proses immigresen, so kami tak sorok pun anak2.

Similarly with the hotel dekat airport tu, pretty lenient with kids. So aku beranggapan memang hotel kat Russia ni ok untuk kids bawah 6 years old. Not as rigid as europe hotels, pay per pax not per room.

3. Transportation agak mudah di Moscow. Station Metro dia cantik dan comprehensive. Plus, dia ada sistem bas dan tramp yang selari. Tapi Station Metro dia tak stroller friendly. Selain dari banyak tangga, dia punya eskalator sangat panjang dan curam. Kalau naik eskalator memang kena tutup stroller. Lagi satu, walaupun ada beberapa line kat dalam station yang sama, jarak antara line tu selalunya agak jauh. Di sini, walaupun ada 2 lines on the same station, sesetengah tempat dia bagi different station name for line a dan nama lain untuk yang serve line b. Walaupun both under the same roof dan interconnected.

Walaupun signboard dalam bahasa Russia, ada juga bahasa inggeris but very tiny. Lagi satu, pakej tiket Rub 400 utk 3 full days adalah sangat berbaloi. Beli lah tiket tu.

But if you think metro tu agak susah. Teksi Yandex dan Gett sangat mudah dan cepat. As good as in Malaysia. Takperlu nak deal apa2. Siap2 download untuk masukkan credit card Malaysia. Senang. Untuk bawa anak2 dia ada option untuk kereta ber car seat. It is slightly expensive, but tak beza mana. Dan kereta ber carseat ada banyak. Cumanya, masa kami di St Petes, ada je bawak anak tak ber car seat. Macam takde issue je. So i dont know how strict their rules are. But dari airport, memang diaorg strict.

4. Untuk plan itinerary, tak banyak attractions untuk anak-anak kecil. Walaubagaimanapun, Red Square alone deserved 1 full day. Dataran dia luas, bangunan cantik, dan banyak aktiviti. Ruang luas untuk anak berlari-lari. Even dah pergi siang, waktu malam pun kena datang lagi. Memang worth 1 whole day spend kat situ sahaja.
Kremlin kompleks tu boleh skip kalau takde interest nak tengok cathedral. Aku tak pernah masuk armory, itu maybe interesting. Tapi pada aku, if ada anak kecil museum may not be that interesting. Kremlin tu sangat luas, ada park yang cantik di depan dan di dalam nya. Dan ada changing guards proses. Tu pun best. 

Especially during winter, di dataran red square tu ada xmas market dan some sort carnival standard fun fair malaysia. Tu lagi lah buat kan tempat tu best. Pay per ride around 200 to 300 rub, parents can sit along (if required) for free. Ada juga ice skating, i think the rate is pretty reasonable juga.

5. Again on itinerary, on both occasions aku pergi souvenir market di Ismailovo.  Bagi orang kita yang suka beli n pesan2 souvenir, tempat ni wajib pergi walaupun jauh. Harga souvenir dia jauh lebih murah. Tapi kena plan on weekends saja rasanya, tak ramai penjual pada hari lain. Ada juga flea market during the weekends. 

Di sebelah market tu ada kremlin ismailovo, on both occasions aku x sempat nak ke situ. Rasanya ada various museums and attraction. Tapi we had some issues yang menyebabkan masa yang ada tak sempat ke situ. 

Di market ni ada restoran jual grilled chicken/lamb/salmon yang sedap. Sangat best which even you are not a big shopper, akan enjoy at least the food. They claim halal. We did ask. Plus, banyak penjual yang mengaku Islam dan confirm kan makanan tu halal. So we took it as it is la. Harga satu cucuk main course - ayam, daging, salmon - rub 600 rasanya. It comea with salad/coleslow and roti. If you have to choose between the 3, aku paling suka salmon. Mushroom dan potatoes grill pun sedap. Nasi boleh minta, nanti dia belikan from other shops and hantar. 

Since we are discussing on souvenir, HRC Moscow ada di Arbat Street. Nak ke situ lebih hampir if stop dekat Smolenskaya metro not Arbatskaya metro. Tapi aku lebih suka HRC st petersburg berbanding Moscow. Tapi at both places, city shirt diaorg surely banyak salib. So kena tengok2. 

6. Pakaian untuk anak-anak semasa cuaca sejuk/winter memang kena sangat jaga. Otherwise, diaorg tak larat jalan dan complain. Pakaian basically at least 3 lapis. Heattech + fleece + jacket. Heattech and jacket tu penting. Kalau x banyak bawak heattech, pakai lah layers satu lagi utk x bg heattech busuk. But heattech uniqlo tu kalau basuh pun cepat kering.

So these are the baju they wear bawah the full jacket. 2 pasang heattech, satu fleece. Thick socks. Boots.Glooves and beanie.

Jacket tu penting untuk elakkan angin sejuk direct contact dengan badan. Jangan risau if nampak awkward pakai baju sepasang, mostly kids sana memang pakai sepasang penuh baju winter. Cover head to toe. We've made a mistake untuk dress down bila gi ismailovo, dua2 anak kesejukan. X boleh nak jalan lama2 kena balik hotel cepat. 

Tablet memanaskan tangan tu sangat berfungsi. Memang cepat tangan jadi panas. Anak2 seronok. Boots pun kena ada. Kalau sports shoes tu memang akan beku jari-jari kaki tu. Senang kata lapisan paling luar kena yang kalis air dan angin. Kat dalam boleh belasah.

7. Makanan halal can be an issue here. Tak banyak kedai halal. dan kalau jumpa kedai shawarma especially kat St Petersburg, tak semestinya halal. Masa first time datang sini, dok area Red Square, ada restaurant Mr Livenet, Halal Lebanese restaurant. Tapi mahal. Fine dining. Tapi masa dok kat Kievskaya, banyak pula kedai kebab halal. Dan kat Europeskiy Mall ada Halal Fast Food (kami tak jumpa/cari masa dok situ, later dah kat Murmansk baru terjumpa dlm internet). So Kievskaya maybe a better place to stay.

Selain tu, ada few restaurants dekat dengan central mosque Sobornaya. Ada 2 exactly kat luar. Ada satu dalam perkarangan masjid. Dalam masjid tu Morrocan style dessert, agak mahal. Kat luar lebih russian style and authentic. Harga ok.

Ada satu lagi masjid dekat dengan red square, nak ke situ better naik grab. Kat dalam area masjid tu ada small halal shop. Ada pastry yang sedap sedap dan ada small little grocery/butcher shop. Boleh beli daging halal.

8. Travelling during winter when the sunrise at 10am can be a bit depressing :-) Ingat kan still awal, rupanya dah hampir pukul 12pm... lepas tu kena bekejar untuk balik for solat sebelum pukul 4pm. Siang agak kelam dan pendek. Kena jalan malam. So untuk bawak anak-anak ni agak mencabar jugak. Sebab nak lepak kat park pun tak sempat. nak keluar awal-awal pagi pun macam tak sesuai sebab gelap.

But sebenarnya salji ni kering bila pegang. macam pasir. Kata our driver kat Murmansk, the govt used pasir dan some chemicals untuk clear kan salji. so kereta2 nampak kotor.

Here is our short video masa kami di Moscow.

p/s : Susah rupanya nak buat video ni hahaha...


Thursday, February 20, 2020

Plan for 2020

Hmm... lets plan for 2020...

It is our 10 year annivesary, but we have just spend a bomb last year. So budget nak travel kena potong sikit.

Dan disebabkan Hessa dah masuk darjah satu, jadi travel plan kami tahun ni kena berlegar-legar dengan cuti sekolah dia (boring!)

So here is the berangan plan:

March - Cuti seminggu - this kind of set dah... we are going to Phuket :-) dah booked and settled last December hahaha... sebab ada discount. But a bit worried lah dah ada Covid 19 ni. But Thailand macam ok je.

End of May - Early June 2 weeks - Ni macam nak kena allocate for Hari Raya. Hoping no more Covid 19. First week tu boleh concentrate untuk raya, we have long raya holidays. So ada 2nd week holiday untuk jalan-jalan. Nak gi mana ye? Tapi aku sukar sikit nak cuti awal bulan ni. Hmm...

End July - Ni raya haji pulak, tapi happened to be towards the end of the cuti sekolah. So ada dalam seminggu boleh jalan-jalan... Kena plak hujung bulan, lepas gaji. Sesuai nak jalan ni... gi mana ye...

End of the year - ada 6 minggu cuti. Adik aku baru pindah ke KK. Maybe we could spend 2 weeks in Sabah lah kot. Aku tak pernah ke sana for a holiday... perhaps this is a good timing... cumanya penat lah nak berebut dengan orang-orang lain masa cuti sekolah ni. But what to do.

This year ni macam tak boleh plan jauh mana, sebab bajet restricted. But here are some travel ideas yang aku ada sekarang... Mid level budget.

1. Taiwan - the city is pretty compact. Lately muslim friendly. Banyak restaurant halal rasanya. Lepas tu ada gak sejuk-sejuk sikit dan ada food picking. Perhaps interesting to fit in End July tu, tapi masa tu peak summer kot... Malas lah travel masa panas ni.

2. Tasmania, Australia - for a short road trip macam ada banyak aktiviti. Tapi disebabkan takde direct flight, tak boleh nak buat a quick trip. Mesti kena spend at least 7-9 hari. 3 hari travelling, 2 hari kat tempat transit - Melbourne atau Sydney. 4 hari di Tasmania. So kalau nak spend lebih masa kat Melbourne atau Sydney, kena lah add more days. Perhaps this is an option for Summer vacation next year, sebab Tasmania sejuk in July/August. Ada southern aurora plak tu.

3. Island holiday... apparently, kami tak pernah pergi pulau for island holiday.... Local trip dulu lah kot. Mana best? The last time i went to Perhentian/Redang was 15 tahun sudah. Mana yang lebih kids friendly?

Friday, January 31, 2020

Russia with toddlers : Day 8 Murmansk all round

Hari ni kami nak cover the city center. So kitaorang plan dengan Michael untuk buat city tour. A standard city tour macam pakej orang lain melibatkan visit few monuments dan muzium. Tapi disebabkan kami ni ada anak-anak kecil, we stick to something basic but fun. But still go to the important places. We do not know if we ever come to this place again, so wajib lah tengok semua.

First stop and a must go especially those yang boleh masuk muzium. The Lenin icebreaker. Ni adalah kapal pemecah ais pertama dalam dunia yanh menggunakan tenaga nuklear untuk bergerak. Sekali bergerak 2 tahun baru kena 'isi balik' nuklear. But now jadi muzium je. We really enjoyed the place although kami tak masuk muzium tu. The kids enjoy a very fresh snow while we both dengar-dengar cerita yang di share oleh Michael. Apart from sejarah tempat tu, dia jugak cerita serba sedikit hal keluarga dan budaya. So boleh la kami tau serba sedikit hal Russians ni.
Michael memang rajin share dan banyak cerita.. Walaupun kadang2 dia sukar nak mencari perkataan dalam english, tapi dia dah sangat bagus dah. Most Russians tak tahu berbahasa inggeris. 
Anyway, tempat ni sangat menarik. Especially masa kami kat situ almost takde orang. So Hessa and Muhammad dapat bergolek dan berlari sana sini in the fresh snow. Lepas tu ada pulak ice carving kat tengah2 tu. Cantik... We spent more than half an hour sini until kami puas hati lah.

Next we want to see frozen lake. Aku teringin nak jalan atas tasik yang beku. Jadi Michael bawa kami ke tasik Seymon dekat Oceanarium semalam. Sebelah tasik tu ada amusement park, tapi sebab tak ramai orang kat situ, takde lah Hessa dan Muhammad nak masuk. Kat situ pun ada monument kuching yang berjalan pulang ke Murmansk, setia kepada keluarga. Dan ada slide ais yang x buka pulak pagi tu.

Tasik tu pun diseliputi snow juga. Nampak ada orang main skate kat situ. Tapi bila Michael cuba tengok betul2, dia rasa macam tak selamat la pulak. Di hentak-hentak boots dia dan ais tu pecah. Untuk mengelakkan bahaya, dia ajak kami naik dari tasik je. Tapi sempat la kami nampak air mengalir bawah ais tu. Kalau terpecah, tenggelam kami dalam tu. Tasik tu dalam kot. Sejuk pulak tu.

But dah tengok snow... memang masing-masing ambil peluang lah.. Hessa and Muhammad siap sapu2 snow kat kapal tu... berlari sana sini.

We walk around sambil sembang-sembang. Michael juga share rupa tempat tu masa summer. Cakap pengalaman masa kecil dia. Seronok. Macam kenal sedara. gambar atas ni adalah jeti untuk tambat bot masa summer, sekarang dah boleh jalan atas dia.

Dalam kereta while we were here, budak2 main game je lah. kalau tak bagi game atau depa tido, memang tak boleh nak sembang :-) bagi chance lah kat depa, kat sini je dpt phone, otherwise tak lah.


Tak jauh dari tasik tu ada monumen tertinggi di Murmansk, the Alyosha. Tapi on the way ke situ, Muhammad dah tertido. Kami decide untuk tak turun. Lagi pun nak kena mendaki sikit baru sampai. Tapi Michael cadangkan untuk kami pergi ke satu lagi monument iaitu the waving women. Monument ni simbolik isteri-isteri melambai tangan kepada seaman/seafarers... Or suami mereka. Samada untuk pergi ke laut atau pun pulang. Di sini bukan sahaja ada monumen, tapi view port Murmansk nampak sangat cantik dari lokasi ni. Wow...

Our next destination is the special one. Orang tak datang Murmansk for this, but since kami ada anak2, lets go for snow tubing. Asalnya kami nak ke Northstar Ski Resort, tapi semalam masa Michael nak confirmkan, diaorg kata tak cukup salji for tubing. Ada satu lagi ski slope yang Michael sendiri tak pernah sampai di Murmansk. The South Slope Ski Center pun ada snow tubing. So lets go there...
Harga snow tubing ni 30 mins Rub 300 dan 1 hour Rub 400. So we went for 1 hour. Rasanya cukup lah. Kami sampai situ lebih kurang pukul 1.15pm, ski resort tu baru buka pukul 1pm. So xde orang. Setelah di brief oleh pekerja situ dan ditranslate oleh Michael, we started our snow tubing. Best rupanya... Hessa and Muhammad enjoyed. Mak bapak pun suka. Tak pernah rasa free and seronok macam ni. Tenang rasanya tengok langit dan slide atas snow ni... While we were on the tubing ni, Michael rajin plak nak ambilkan gambar. Dengan 2 pekerja - satu kat bawah dan kat atas slope - dan cameraman. Dan kami sahaja berempat di situ, terasa pelancongan VIP pulak. Sangat exclusive.
Snow tubing ni main nya mcm ni. We have to sit on the tube tayar ni. Dan dia akan ditarik ke atas slope. Sampai di atas, we arranged ourselves untuk slide semula ke bawah. Di sebabkan dia ni dipengaruhi graviti dan berat badan, takde sekali pun kami pusing atau slide dengan cara yang sama. Anak2 kena go with 1 parent, so Muhammad dengan aku while Hessa with ibu. Muhammad tak nak stop. 
Ada satu slope tu pekerja tu cadangkan kami berempat sekali slide, kami pegangkan tube budak2 so jadi 4 bulatan turun sekali. Best.... Dan lagi best bila fresh snow tu cover seluruh muka kami...
Disebabkan kami je kat situ, tak perlu nak beratur dan berebut... Sejam tu aku rasa dah cukup lama dan puas hati. Anak-anak tak de pun rasa x cukup. 
Habis sejam... Dan kami ke destinasi terakhir. Our lunch stop. We decided for Michael drop kan kami kat restoran seafood Tundra which is known as the best in town. Memang local pun makan kat sini. Michael pun makan kat sini dengan family. Kami ajak dia makan sekali, but rupanya dia dah plan untuk birthday party anak dia petang tu. Ok lah... Kami boleh balik naik teksi.
It was a wise decision. Restaurant cantik. Makanan sedap. While kat situ, kami ambil kesempatan untuk solat. Kami dapat kebenaran guna cloak room utk solat. Yang lagi best, kat restaurant tu ada kawasan kanak2 bermain. Agak luas jugak. Disebabkan kami di situ dah almost pukul 3, tak ramai orang. We really feel it was really the best ending for our trip ni. A very nice lunch/dinner.
*Restoran ni takde sijil halal. Makan at your own discretion ye. Banyak pilihan makanan dia berasaskan seafood. Ada steak, but not too many choices.*

We went back home later... Kemas beg for tomorrow as we head back to Moscow before going back to KL the next day. Sedih plak nak tinggalkan this depressing city. Hahaha... 


Tuesday, January 28, 2020

Russia with toddlers - Aurora of Murmansk (part 2)

We started the chase pretty early. By 730pm Michael has already arrived. He said that we are heading to a place further than yesterday. Towards Teriberika, a destination we skipped from thr itinerary as it is pretty far from Murmansk.

According to Michael, Teriberika is a real tundra where the snow sejauh mata memandang. Tapi perjalanan ke sana hampir 2 jam dan Teriberika adalah pekan kecil yang dah ditinggalkan. Not much activities for the kids. Dan gelap plak tu now, so we skipped. 

Backed to the aurora. Michael cakap kawan dia kata awan macam kurang kat area towards Teriberika. Plus, kalau ikut KP (probability Aurora) hari ni dan esok lebih baik dari semalam. KP 4. Semalam KP2. Ada je apps tunjuk KP ni. Aku dah download dari Malaysia lagi. (ni forecast masa aku kat malaysia lagi) 

Di sebabkan malam masih awal. Tak de la penat sangat or anxious macam semalam. Sambil drive, Michael akan cek awan. Wassap dia. Tengok jugak temperature. And malam tu Murmansk ada snowfall so for sure sukar nak tengok if stay dalam bandar. So tour group naik bas maybe tak berapa boleh keluar la. 

Dalam 1 jam lebih kami keluar dari rumah... Dalam 30 km outside of Murmansk. Tetiba apps Aurora bagi notice pop up katanya you will see aurora within thr next 25 minutes (rasanya 25 or perhaps 30... Ntah x ingat... But really soon la). Masa tu aku terus check apps kat phone aku, dia tulis KP masa tu 4.67. 2 kali Michael confirmkan aku yg KP tu 4.67. Dia terus berhenti bila nampak tempat sesuai dan terus tengok langit. Dan keluar kereta bawak kereta. Terus buka pintu n cakap... Aurora is here... Wah... (masa aku tulis ni berderau darah mengingatkan event tu). Like it is really happening.
(screenshot tu aku ambil masa aku tengok 4.67 KP. Dan live location kami masa tu. Boleh tengok actual time tu. And we were at the orange zone. Zone 4 KP ke atas. Kalau dapat Zone Merah tu rasanya KP6. Memang lagi hebat la) 

Michael berlari kebelakang ambil tripod. Kami cuba keluar secepat mungkin. Aku agak stuck sebab salji level peha aku block pintu, x boleb buka penuh. Aku squeeze as much. Muhammad dah tido masa tu, tapi full jacket cuma tak button. Aku grab him while my wife siapkan Hessa lebih kurang. Terus kami keluar... N ready to pose... My wife siap pakai sweater je. And it was freaking call. 

And there you go... The Aurora... Finally.. 
Muhammad x pakai glove masa tu. Semua tangan masuk dalam baju. Nak ambil gambar bukannya senang. Nak kena freeze 10 secs utk capture the lights. Both of the kids memang sangat co-operative. We so happy... 

Tapi untuk mengelakkan jadi beku... Aku ambil semua baju dan gloves etc... Dan the tablets nak panaskan tangan n kaki semua... Then sambung bergambar dan enjoy the scene. 
bukit kebelakang tu bukan pasir, but salji... That was how high the salji. 

Kami cuba ubah tempat... Tapi awan dah mula tutup aurora.
Alhamdulillah.

Michael masih nak teruskan perjalanan cari lagi. Tapi anak2 dah sejuk. Dan aku rasa kami dah puas hati dah... So decided to turn back. Michael cakap this is aurora for the babies... Sebab by 9pm lebih kami dah balik rumah dah. Ye lah. Semalam keluar sampai pukul 1am pun x nampak. 

Alhamdulillah. Subhanallah.. MashaAllah...

p/s - sempat aku tengok game el classico pukul 10pm dah sampai rumah.

Thursday, January 23, 2020

Russia with toddlers : Day 7 - with the Husky and Seal of Murmansk

Hari ni hari tengok haiwan je... Setelah semalam Hessa and Muhammad takut ya amat tengok reindeer. Kami dah prepare depa awal2 yang hari ni kita tengok Husky Dogs. Dengar je tu, Hessa terus takut. Pujuk je lah slow slow... Convince dia. Muhammad selalunya ok je, dia jadi over sikit kalau kakak dah start jerit-jerit.

Ada banyak husky farm di sekitar area ni, tapi kebanyakan farm ni letak nya jauh... Area Saami Village semalam. Kami dah bagi tau Michael we do not want to go too far. So we decided to go to Smile of Alaska or Ulybka Alyski (in Russian). Jarak nya lebih dekat, dalam 30 minit dari city center. So kami cuma keluar rumah dalam 10.20am sebab program start pukul 11am. (from the picture you can see how dark it was around 10.40am) Program for around 2 hours. Ada talk dan finally ada husky sled.
Apparently, tempat ni bukanlah husky farm tapi lebih kepada dog shelter. But the owner dia Natalia, sangat berpengalaman. Dia pernah ditugaskan untuk train anjing kutub utara untuk askar Russia. Ada banyak jenis anjing kat situ. Ada yang special breed. The person explain it very well to us. And we got to know yang huskies ni tak menyalak, dia howl... dan huskies super friendly. Suka kena pat. comel-comel anjing ni. Masa kami sampai agak bising, sebab masing-masing menyalak dan howl supaya kena select untuk berlari. Later on, bila trainer dah select, yang tinggal tu buat bunyi sedih je. Kesian dengar howl dia. Depa ni jenis aktif dan nak berlari je.

Hessa was ok. Dia beranikan diri ambil gambar dengan Huskies. And pat one. She even try nak bagi makan kat reindeer, tapi bila dah nak dekat, dia lepaskan je carot tu pada guide. And Muhammad ok je... Ada la sekali skala depa terkejut, mostly sebab the dogs menyalak.

But the tea break masa kat situ was very good. We had hot tea dengan biscuits dan roti jem. Sedap. Or kami kelaparan. Kira lunch boleh settle makan tu. Sedap jem dan biskut dia. bebudak pun suka. Sambil minum tea, kami tengok video huskies.
Sebenarnya kami punya tea time agak panjang so kami makan banyak jugak lah. Kami kena tunggu giliran untuk do the husky sled ride. Ada group yang lagi besar. Kami ni individuals, ada 6 orang je including kami anak beranak. The sled ride was super fun. Disebabkan kami bawak budak, only Natalia the owner of the place can handle the dogs yang bawak kami. Dia jaga keselamatan dan dia memang pakar. Tapi ride dia tak sepanjang ride dengan reindeer semalam. Ni 1/3 dari ride semalam.

We really enjoyed the ride. Memang thrill. Tapi tak boleh nak record video sebab pegang anak. The dogs tu memang super fun.

Next, kami menuju ke Oceanarium. Tengok some sea animal show. But on the way, aku minta Michael stop kan kitaorang di Masjid. Yes ada masjid di utara dunia ni. Memang halfway between the 2 places pun. 

We had 20 minutes solat. Alhamdulillah it was a good place. And ada sorang mamat yang too excited to see us. Siap tunjuk around the masjid. Memang elok masjid ni, ada playroom untuk kanak2. Ada ruang solat wanita yang hampir sama luas dengan yang lelaki. Ada tempat special bersihkan/susukan baby. Bagus. Tapi kami x boleh lama sebab nak kejar show di Oceanarium pukul 3.00pm.

Oceanarium is at the city center. Near an amusement park. Katanya ada tasik sebelah tempat tu. But now frozen lah. Tak ramai pun kat Oceanarium. Apart from us ada 2 family. So in total ada dalam 12 orang je tengok. Siap dah cukup orang baru show start.
Sebelum masuk, Hessa ada nampak seal dalam aquarium. Nampak sangat besar. So dia terus tak nak masuk. Pujuk punya pujuk... Dia pun berhenti menangis dan duduk baik-baik. But it was not an enjoying moment for her. But ok lah. Sebab show dia so-so je... The seal show dekat Songkhla tu pun ok lagi. Cuma seal sini jauh lebih besar la. We got a chance to take picture. But Hessa too afraid to join, dia kata dia tengok dari jauh je. Hahaha...
Dalam perjalanan tu kami dah discuss untuk tengok the Aurora on the next day je. Sebab ikut forecast esok lagi sejuk dari hari ni. Ada kata yang lagi sejuk lagi tinggi peluang. And Michael pun agree je. Dia tak nak ambil tanggungjawab kalau2 salah decide. Kami pula dah redha je dengan apa yang kami nampak semalam.

So lepas show kami minta dia dropkan kami di Murmansk Mall dan we planned to walk back je. Lagipun hari masih awal. Baru pukul 430pm. Cari dinner sambil tengok2 apa ada di Mall dan supermarket. Aku je sempat gi semalam. My wife x sempat gi semalam. Tapi budak-budak ni, nampak apa saja mula lah berlari. Sempat lah main2 dengan xmas setup ni, main dengan kanak2 russian.

We had our lunch di foodcourt sebab ada pizza. Plus ada some local kedai yang jual macam veggie-potatoes je. Ada nampak kedai arab Rotana. Tanya dia if halal, dia cakap ikan n nasi halal. Ayam tak. Rupanya pekerja islam, cook pun Islam pakai tudung. So aku pun beli nasi n ikan... Sedap ya amat. 

While we were having dinner. Michael call kata nya kawan dia kata ada potensi awan akan berkalih arah. Tapi tempat kita nak tuju ni agak jauh... So dia nak ambil kami awal. Pukul 7-8pm, if we can get ready by then. Masa tu baru je nak makan... Around 500pm... So we said ok. Jadi kami selesaikan makan cepat2 dan terus balik apartment and get ready. Solat maghrib siap2. Hessa siap doa for a nicer aurora. InsyaAllah.