Friday, January 31, 2020

Russia with toddlers : Day 8 Murmansk all round

Hari ni kami nak cover the city center. So kitaorang plan dengan Michael untuk buat city tour. A standard city tour macam pakej orang lain melibatkan visit few monuments dan muzium. Tapi disebabkan kami ni ada anak-anak kecil, we stick to something basic but fun. But still go to the important places. We do not know if we ever come to this place again, so wajib lah tengok semua.

First stop and a must go especially those yang boleh masuk muzium. The Lenin icebreaker. Ni adalah kapal pemecah ais pertama dalam dunia yanh menggunakan tenaga nuklear untuk bergerak. Sekali bergerak 2 tahun baru kena 'isi balik' nuklear. But now jadi muzium je. We really enjoyed the place although kami tak masuk muzium tu. The kids enjoy a very fresh snow while we both dengar-dengar cerita yang di share oleh Michael. Apart from sejarah tempat tu, dia jugak cerita serba sedikit hal keluarga dan budaya. So boleh la kami tau serba sedikit hal Russians ni.
Michael memang rajin share dan banyak cerita.. Walaupun kadang2 dia sukar nak mencari perkataan dalam english, tapi dia dah sangat bagus dah. Most Russians tak tahu berbahasa inggeris. 
Anyway, tempat ni sangat menarik. Especially masa kami kat situ almost takde orang. So Hessa and Muhammad dapat bergolek dan berlari sana sini in the fresh snow. Lepas tu ada pulak ice carving kat tengah2 tu. Cantik... We spent more than half an hour sini until kami puas hati lah.

Next we want to see frozen lake. Aku teringin nak jalan atas tasik yang beku. Jadi Michael bawa kami ke tasik Seymon dekat Oceanarium semalam. Sebelah tasik tu ada amusement park, tapi sebab tak ramai orang kat situ, takde lah Hessa dan Muhammad nak masuk. Kat situ pun ada monument kuching yang berjalan pulang ke Murmansk, setia kepada keluarga. Dan ada slide ais yang x buka pulak pagi tu.

Tasik tu pun diseliputi snow juga. Nampak ada orang main skate kat situ. Tapi bila Michael cuba tengok betul2, dia rasa macam tak selamat la pulak. Di hentak-hentak boots dia dan ais tu pecah. Untuk mengelakkan bahaya, dia ajak kami naik dari tasik je. Tapi sempat la kami nampak air mengalir bawah ais tu. Kalau terpecah, tenggelam kami dalam tu. Tasik tu dalam kot. Sejuk pulak tu.

But dah tengok snow... memang masing-masing ambil peluang lah.. Hessa and Muhammad siap sapu2 snow kat kapal tu... berlari sana sini.

We walk around sambil sembang-sembang. Michael juga share rupa tempat tu masa summer. Cakap pengalaman masa kecil dia. Seronok. Macam kenal sedara. gambar atas ni adalah jeti untuk tambat bot masa summer, sekarang dah boleh jalan atas dia.

Dalam kereta while we were here, budak2 main game je lah. kalau tak bagi game atau depa tido, memang tak boleh nak sembang :-) bagi chance lah kat depa, kat sini je dpt phone, otherwise tak lah.


Tak jauh dari tasik tu ada monumen tertinggi di Murmansk, the Alyosha. Tapi on the way ke situ, Muhammad dah tertido. Kami decide untuk tak turun. Lagi pun nak kena mendaki sikit baru sampai. Tapi Michael cadangkan untuk kami pergi ke satu lagi monument iaitu the waving women. Monument ni simbolik isteri-isteri melambai tangan kepada seaman/seafarers... Or suami mereka. Samada untuk pergi ke laut atau pun pulang. Di sini bukan sahaja ada monumen, tapi view port Murmansk nampak sangat cantik dari lokasi ni. Wow...

Our next destination is the special one. Orang tak datang Murmansk for this, but since kami ada anak2, lets go for snow tubing. Asalnya kami nak ke Northstar Ski Resort, tapi semalam masa Michael nak confirmkan, diaorg kata tak cukup salji for tubing. Ada satu lagi ski slope yang Michael sendiri tak pernah sampai di Murmansk. The South Slope Ski Center pun ada snow tubing. So lets go there...
Harga snow tubing ni 30 mins Rub 300 dan 1 hour Rub 400. So we went for 1 hour. Rasanya cukup lah. Kami sampai situ lebih kurang pukul 1.15pm, ski resort tu baru buka pukul 1pm. So xde orang. Setelah di brief oleh pekerja situ dan ditranslate oleh Michael, we started our snow tubing. Best rupanya... Hessa and Muhammad enjoyed. Mak bapak pun suka. Tak pernah rasa free and seronok macam ni. Tenang rasanya tengok langit dan slide atas snow ni... While we were on the tubing ni, Michael rajin plak nak ambilkan gambar. Dengan 2 pekerja - satu kat bawah dan kat atas slope - dan cameraman. Dan kami sahaja berempat di situ, terasa pelancongan VIP pulak. Sangat exclusive.
Snow tubing ni main nya mcm ni. We have to sit on the tube tayar ni. Dan dia akan ditarik ke atas slope. Sampai di atas, we arranged ourselves untuk slide semula ke bawah. Di sebabkan dia ni dipengaruhi graviti dan berat badan, takde sekali pun kami pusing atau slide dengan cara yang sama. Anak2 kena go with 1 parent, so Muhammad dengan aku while Hessa with ibu. Muhammad tak nak stop. 
Ada satu slope tu pekerja tu cadangkan kami berempat sekali slide, kami pegangkan tube budak2 so jadi 4 bulatan turun sekali. Best.... Dan lagi best bila fresh snow tu cover seluruh muka kami...
Disebabkan kami je kat situ, tak perlu nak beratur dan berebut... Sejam tu aku rasa dah cukup lama dan puas hati. Anak-anak tak de pun rasa x cukup. 
Habis sejam... Dan kami ke destinasi terakhir. Our lunch stop. We decided for Michael drop kan kami kat restoran seafood Tundra which is known as the best in town. Memang local pun makan kat sini. Michael pun makan kat sini dengan family. Kami ajak dia makan sekali, but rupanya dia dah plan untuk birthday party anak dia petang tu. Ok lah... Kami boleh balik naik teksi.
It was a wise decision. Restaurant cantik. Makanan sedap. While kat situ, kami ambil kesempatan untuk solat. Kami dapat kebenaran guna cloak room utk solat. Yang lagi best, kat restaurant tu ada kawasan kanak2 bermain. Agak luas jugak. Disebabkan kami di situ dah almost pukul 3, tak ramai orang. We really feel it was really the best ending for our trip ni. A very nice lunch/dinner.
*Restoran ni takde sijil halal. Makan at your own discretion ye. Banyak pilihan makanan dia berasaskan seafood. Ada steak, but not too many choices.*

We went back home later... Kemas beg for tomorrow as we head back to Moscow before going back to KL the next day. Sedih plak nak tinggalkan this depressing city. Hahaha... 


No comments:

Post a Comment