Hari ni kami plan untuk settlekan budak-budak punya barang. Kami menuju ke wholesale toy mall di Yide Lu dan Onelink International Plaza. Katanya kat sini tempat terbaik beli mainan kanak-kanak.
Dari hotel (Yuxiue Park) ke Onelink agak mudah. Onelink ni keluar je Haizhu Square station je terus jumpa (mcm dlm gambar atas). Kami target untuk ke Wholesale toy mall dulu - map kat bawah. On the way ke toy mall tu banyak kedai-kedai makanan kering terutama nya makanan laut. Kami ada jumpa kedai halal jual makanan laut ni. Tapi tak singgah sebab diseberang jalan. Balik nanti baru singgah.
Wholesale Toy Mall ni sangat besar. Ada at least 5 tingkat bangunan. Tapi bukan bangunan lawa pun. But ada aircond la. Kedai barang mainan. Tapi semuanya barangan China. Ada imitation, ada fake, ada mainan plastic yg cepat rosak tu. Kami tiba agak awal sebab ada kedai yang belum buka lagi. Pusing-pusing tak de berapa yang berkenan di hati. Harga dia tak la murah mana kalau kita beli 1 atau 2, ada kemungkinan harga sama kot dengan GM Mall Klang. Tapi sebab dah sampai, beli lah satu dua. Plus, yang kami beli pun banyak dari vendor yang duduk di kaki lima mall tu, bukannya yang ada gerai dalam tu. Sorang pun takde beriya nak layan minta discount kalau beli 1. Tp yg kaki lima ni layan la jugak. Tapi sebab tempat ni banyak tingkat abis jugak lah hampir 2 jam. Barang2 lain bercorak kartun pun ada jual seperti botol air dan baju. Tapi x banyak.
Masa nak keluar tu hujan pulak. Kami beli la payung dan baju hujan. Cantik baju hujan dia. Kami singgah di kedai jual makanan kering yang halal, tanya pasal kedai makanan halal. Rupanya, ada je 1 restoran halal dekat area tu. Di depan kawasan cathedral yang besar kat situ (as per map above - yg halal tu restoran bukan cathedral tu). Sepelaung je dari kedai makanan kering tu. Kalau dalam gambar bawah ni, kedai tu sebelah kedai yang ada dua tanglung tu. So we go lunch situ dulu while budak-budak tidur.
Menu standard restoran cina di sini. So kami belasah je lah. Tunjuk tunjuk gambar je. Hampir sama macam kedai dekat depan hotel.
Selepas lunch dan hujan pun berhenti, kami ke Onelink. Onelink ni jauh lebih menarik. Dekat few floors yang awal-awal ada banyak kids items - toys, baju, accesories. On the higher floors jual barang-barang deco rumah. Mana la nak tengok sangat bila dah ada 2 orang budak ni. Setelah tengok-tengok sekejap, we decided to split. I get the kids to the hotel while wifey boleh enjoy the shopping futher.
So here we are 3 beranak menempuh public transport balik hotel. Tak susah mana.
Wifey balik tak lama lepas tu. Tak membeli sangat. Tapi dapat lah tengok-tengok dengan tenang. Ada barang nak beli tapi takut tak muat beg. Yang untung hessa.. Dpt baju elsa.
Malam tu kami pergi ke main shopping street. China Road. Kami jalan dari hujung ke hujung. Kalau minat membeli, banyak benda menarik. Kami takde bajet dan tak gemar membeli banyak sangat. So dah penat, kami pun balik.
We decided to eat at the restaurant kat depan hotel sebab tak jumpa pula restoran yang dicari di area tu. Still sedap lagi rasa mee tarik ni. Hehehe
No comments:
Post a Comment