Friday, March 23, 2018

Guangzhou : Day 3 Chimelong Safari Park

Hari ini merupakan highlight untuk trip ke Guangzhou ni. Chimelong Safari Park. Tak banyak maklumat yang saya dapat kumpul sebelum ke mari. Kebanyakan website yang ada cerita pasal tempat ini bukan dalam bahasa yang saya faham. Tapi tau lah macam mana nak ke sini dan berapa harga tiket masuk. 


Pagi tu kami cuba bertolak seawal mungkin. Tapi perancangan untuk ke situ sudah saya aturkan malam sebelum tu. Kami plan nak guna khidmat uber atau seumpamanya, tapi disebabkan kami tak beli sim card, kami tak boleh contact. Lagipun mungkin kami tak faham. Kami minta tolong conceirge hotel untuk book kan. Kebetulan staff shift malam tu bekerja sampai pagi. So dia janji tolong aku pagi esok. Keesokkannya, kereta dibook seperti dirancang. 

Perjalanan agak lancar. Lalu highway. Sebelum ke sini saya tak langsung ada bayangan kemajuan bandar ni. Aku pernah pergi Beijing dan Hong Kong. Tapi bandar ni jauh lebih maju. Dari perjalanan dari airport 2 hari sudah aku kagum. Bila dah lalu hari siang, lagi lah aku kagum. 


Kami sampai as plan dalam pukul 10am, cumanya ada sedikit salah faham. Conceirge point kan Chimelong Water Park, kami nak pergi Safari Park. Mula-mula driver tu suruh turun je, tapi aku dapat khidmat penjual tiket Water Park untuk tuliskan kat aku perkataan Safari Park. Masa aku turun ke kaunter tu anak anak dan wifey saya tak bagi turun. Lepas driver dapat mesej, dia tak puas hati. Dia call concierge sebab dia nak cah extra. So aku confirm kan dengan concierge aku akan bayar bila balik hotel. By the way, tambang aku dah prepaid sebab dia dah maklumkan sebelum naik. 


Harga tiket RMB 350 or RMB 300. Utk anak kami, Hessa bawah dari 110cm so tak kena bayar. Dia cek heights masa beli tiket. So bayar tiket adults je. Dia agak strict on no outside food ruling. Semua beg dia cek. Dan dia bagi locker untuk tinggalkan makanan dan barang2 lain. Sebab kami tau no food allowed. Kami memang tak bawak apa2 makanan. Tapi air pun kena tinggal jugak. Hmm... 



But masuk masuk je, kami dah kagum dengan tempat ni. Luas. Bersih. Hijau. Redup. Tenang.

Walaupun tak banyak information dalam bahasa inggeris tapi at least signboard ni dalam bahasa inggeris. Map dia pun ada maklumat sikit-sikit dalam bahasa inggeris. So kami straight tengok first animal show. The Africa Discoveries. Just nice dengan timing kami sampai.


Wohooo... Giler best... Siap zirafah pun buat appearance. Aku x de ambil video otherwise memang boleh share. But sangat best. Aku tak pernah tengok show with so many animals diaorg keluar kan dan free roaming ke tempat sepatutnya. Cumanya semua penerangan dalam bahasa tempatan, satu apa pun aku takndaham. Next kami tengok the bird show. Pun hebat giler... Sloth yg slow pun diaorg boleh train untuk turut serta dalam show tu. Gilos... Aku sangat kagum. Lepas show tu ada elephant show. Kami skip sebab dia jauh sikit dari dua tempat show ni.

Next kami target nak naik cable car. Dalam perjalanan ke cable car tu ada la tengok itu ini. Dan kami terserempak dengan african dancers ni. Yang bertambah menarik, di arena orang menari ni, ada beberapa primate or monyet yang friendly bebas bergerak di cable atas penonton.

Cables car ni efficient. Kami mungkin bernasib baik sebab waktu kami disana bukan peak period cuti sekolah. Barisan tak panjang. Tapi melihatkan cara penyediaan jalur barisan dan ada jualan tiket expresa, rasanya masa peak period mesti beratur panjang. Bila kami naik cable car ni, banyak exhibit yang kami skip especially tasik dan taman taman. Tapi sebab tempat paling wajib i.e. Safari park kena lah pergi sana dulu. Takutl lewat nanti budak-budak penat. 

Kami beratur naik keretapi untuk ke safari park ni. Boleh juga berkenderaan sendiri, tapi kena siap sewa kereta atau ambil drive. Tapi pengalaman naik train lagi berbaloi. Sekali lagi kena beratur, tapi x panjang. Lepas satu train, kami dah dapat masuk. Memang best. Untuk beginner memang worth it safari ni. Haiwan-haiwan macam rusa, zirafah, zebra etc lepas bebas. Tapi haiwan yang lebih ganas di dalam compound masing-masing yang agak luas dan cantik. Haiwan-haiwan pun nampak sihat. Banyak pula tu, tak lah tercari-cari haiwan tu menyorok ke apa. Puas hati. Tapi Muhammad dengan selamba tido je the whole period dalam train. Takpelah... Dia belum faham kot. Kami yang sebenarnya terlebih excited. 

Lepas tu, kami ke kawasan dinosaur. Ini antara highlights yang aku minat nak tengok. Tapi rupanya salah decision, Hessa rasa bunyi dinosaur ni sangat kuat dan dia tak selesa. Dah pulak kawasan tu one way, lepas tengok dinasour kena follow the next exhibit... Tapi agak panjang pusing nya. Itu pun kami skip sebab keadaan dalam hutan tu buat Hessa tak selesa. By then, dah agak tengahhari juga. Dia pun dah agak penat. Kami pun lapar nak cari kalau ada apa-apa boleh lapik perut. 

Too bad. Setakat kami tengok hampir setiap food outlet takde yang berapa selesa nak order. Even fries or roti kosong pun takde.  Mostly ada benda-benda yang tak sesuai. Tapi dapat la makan popcorn je Takpe... Nanti cari lagi. By the way, toilet dalam park ni bagus. Selesa. 

Next kami jumpa small amusement park. Hessa seronok lah. Walaupun ada height restriction, yang ni dia lepas pula untuk naik. Muhammad tak dapat lah. Semua yang disediakan free je. 

Kami sampai semula dekat area pintu masuk. Another highlights park ni dan China as whole... Panda. Next kami masuk tempat Panda. Banyak ya amat Panda. Memang malas-malas je Panda. Bila keluar area Panda yang agak luas ni, baru lah jumpa pancake Panda. Dapat la makan sikit. 


By then, jam dah pukul 4. Badan dah penat. Kami pun nak kena balik hotel dah sebab nak kejar solat lagi. Lapar pun satu hal. We decided to skip the rest. Basically the one we missed the most adalah feed the small animals. Tapi kami risau kalau-kalau ada piglets dalam tu. Dah susah pulak kan. 


Banyak lagi binatang-binatang dalam tu yang kami nampak but tak tulis dalam ni. But seriously tempat ni worth a visit. Bukan for kids je. Adults pun sesuai. We skipped ada beberapa tempat macam the animal nursery dan the feeding point. Plus, we also skipped the Elephant Show. So kalau nak spend 2 hari pun possible kat sini. 

Untuk balik ke hotel, instead of naik teksi, kami naik public transport. Ada banyak teksi di luar park tu. Beratur. Tapi agak hostile. Kami takut tertipu dan kena bayar lebih. Jadi kami pun beratur untuk ke shuttle bus membawa ke station terdekat iaitu Hanxi Changlong. Tak bersesak pun shuttle bus tu dan mudah je. Naik train pun ok, sebab kami station awal, ada banyak seat. dapat duduk all the way to hotel. Hujan pulak malam tu, so tak boleh nak ke Yue Xiu park, dinner pun aku je turun sorang dan beli bawak makan kat hotel.

No comments:

Post a Comment