Wednesday, March 14, 2018

Guangzhou : Day 1 Depart from KUL

Departing at 4pm memang timing yang sangat sesuai bila travel dengan anak-anak. Tak perlu nak bangun super awal dan stress yourself sebab tak cukup tidur. Tak perlu nak risau kalau-kalau traffic jam. Dan untuk tambah lagi efisien, kami decided untuk park saja kereta di KLIA2. Memang mahal, tapi kalau berbanding ambil teksi pergi balik, harga dia hampir sama. Tapi keselesaan dan kesenangan bila balik lagi lah best. Dah lah kami dijangka sampai pukul 6am nanti, memang lebih baik park kereta kat KLIA2 je lah.

Not much event kat dalam flight. Hessa dah besar dan dah biasa. So kami dah sediakan dia few papers untuk mewarna. Cuma dia ingat ni flight macam Qatar Airways pergi Itali, so dia cari-cari if boleh main game kat tv, tapi takde TV. Muhammad masih menyusu. By the way, this is the flight before Muhammad 2 tahun. Tu lah gigih jugak nak pergi somewhere while tiket dia masih murah.


Kami sampai on time. Waktu pukul 8 lebih. Kami decided untuk ambil teksi dari airport ke hotel. Not a pre-book. Kami ambil je teksi airport. Takde special arrangement. But kami dah dapat rate tambang teksi lebih kurang. Aku ada baca somewhere yang lebih elok kita ambil gambar duit yang kita serahkan sebelum bayar kat teksi driver, in case dia mengaku dapat duit kurang. Kata nya ada scam macam tu. Disebabkan ini ada lah tambang yang agak mahal, kami patuh je lah dengan cadangan tu.
Kami stay di Marriot. Bilik dia lama. Hotel dia lama. Tapi agak covenient. Ada Starbucks dan 7-11 dalam bangunan yang sama. By the time kami sampai, dah pukul hampir pukul 10pm dan cuaca kat luar agak sejuk. Kami ada bawak roti sikit untuk alas perut untuk malam tu. Malam tu aku sempat la turun tengok-tengok interesting items kat 7-11 dan starbucks lepas anak-anak tido. Beli susu dan muffin untuk budak-budak breakfast esok. The room was pretty standard Marriot. And deco hotel agak cantik. Anak-anak kami ni walau dah seharian berjalan, still lah aktif sampai ke malam.




No comments:

Post a Comment