Tuesday, February 5, 2019

Hiking dengan anak kecil

Kami berusaha untuk banyakkan aktiviti luar untuk anak-anak. Among others, kami rasa hiking adalah aktiviti menarik. KL ni ada banyak tempat yang boleh hike ni. But, kami tak pasti mana yang sesuai untuk bawa anak-anak.

Kota Damansara Community Forest Reserve

Last year kami dah cuba Kota Damansara Community Forest Reserve - Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara. Menarik tempat ni. Ada banyak circuit, jadi kalau kami ada anak-anak kecil ni, boleh settle dengan route yang paling pendek.

Kesesuaian. Muhammad baru 2 tahun lebih memang tak turun lah. All the way dalam ergo je. Hessa dah 5 tahun, she managed to handle the hike sampai about 40 minit, lepas tu dah minta dukung. Since ni first time aku dukung jugak la. 

Track di Kota Damansara ni natural. Trail well marked. Dan sepanjang kami di sana sangat ramai trekker. Semua sangat friendly. Tapi disebabkan ada anak, we mostly have to give way to them. Sebab diaorg laju. Cumanya disebabkan kami turn untuk balik lebih awal... Ada masa yang agak sunyi takde orang. But we can still see people. So mudah lah for beginners. 

Untuk anak2 jalan nya agak mencabar, ada tempat yang mungkin lebih licin masa hujan. Dan akar-akar pokok can be a bit tricky.

Taman Tugu

So, this year kami cuba track. We heard about taman tugu reserve, belakang tugu negara. Tempat ni sangat terjaga. Kalau kita follow ig diaorg 'friends of taman tugu' banyak diaorg post aktiviti di taman tugu. So last weekend we joined one of their program.
Track hiking ni dalam 3km. Boleh habis dalam 1.5jam. Sangat sesuai untuk anak2. Track dia bersih. Signage sangat lengkap. Dan banyak pitstop yang best. Hessa boleh settle jalan dari mula sampai habis. Muhammad still dukung half of the time. But at many times dia minta nak jalan sendiri. Rest stop dia best, boleh main buaian.

Tempat ni sangat recommended for kids. Tempat central. Parking although tak banyak but so far mencukupi. Facilities sangat baik. Di pondok di akhir track, siap ada freeflow water. Ada toilet yang bersih. Meja dan kerusi yang sesuai kalau plan nak makan-makan. Sangat best dan kena datang. We definitely will come back and will recommend datang sini.