Showing posts with label phuket. Show all posts
Showing posts with label phuket. Show all posts

Friday, September 7, 2018

Roadtrip Hatyai : Last day - back to Ipoh for Hari Raya

Hari ni last day kami di sini. Selain dari makan-makan, itinerary yang biasa kami buat di sini adalah shopping di supermarket especially dekat 7-11. Apparently 7E kat sini harga nya tak melampau mahal or even berbeza berbanding dengan supermarket Big C, Tesco or Makro. Ada kalanya lagi murah. Macam-macam ada. Tambahan pula kat 7E ada section or rak makanan halal. So seronok.
So last day ni kami plan nak shopping sikit kat Big C. Beli barang org pesan dan some medicine yang takde jual kat Malaysia. Barang orang pesan tu termasuk lah susu pekat dalam tiub Teapot dan multivitamin Beroca. Penangan PM baru. 

Sebelum tengahhari kami gerak ke border sebab our plan nak makan kat border. Balik ni kami nak keluar kat Padang Besar. Makan lunch kat situ. Yummsss... 

Entah macam mana, perjalanan ke border tidak melalui pekan sebelum border. Puncanya sebab waze nak elak jam... Tetiba kami dah pintu keluar border dah... Settle semua urusan border termasuk perkara paling penting pulangkan form custom untuk bawak kereta. As been read somewhere, kalau tak pulangkan akan kena saman kalau bawak masuk kereta yang sama next time. Saman thb 1000 sehari with maximum thb 10k. Bazir je kalau kena. 

So since tak makan lunch, we decided to have our lunch makan laksa kuala perlis. Wifey cakap zaman dia kecik2 parents dia selalu bawak situ. Sedap ya amat dulu2... So lets try... 

Lepas makan... Lets go back balik kampung for Raya... The road was uneventful. 

Selamat Hari Raya Haji... 

Thursday, March 24, 2016

Roadtrip : Relax at hotel

Hari ni kami utilise sepenuhnya hotel ni. As trip gi jogjakarta haritu, bila ambil hotel yang mahal sikit kena ada allocation 1 hari untuk enjoy the hotel facilities and the room. Baru lah berbaloi. Dan since bawak budak kecik, free day mcm ni memang sangat diperlukan. So depa bebas berlari dan relax. Tak perlu apa-apa expectation. 

Tapi disebabkan kami tak ambil breakfast kat hotel, pepagi tu aku keluar ke gerai-gerai tepi jalan dekat masjid, area restaurant kami pergi first night di Phuket. Banyak local stalls jual breakfast, halal-halal semua. rambang mata. memang aku ambil mostly 1 item from apa yang ada dijual. Aku jenis rajin mencuba. Tapi takde pulak snap gambar.

Lepas breakfast, first thing.. lets hang out kat the nice pool. Kali ni giliran ibu yang join Hessa kat dalam pool. Kat hotel ni ada separate kids pool and ada slide. Adult pool dekat bar near the beach. So agak secluded dan takde ramai org kat kids pool. Ada jugak kids center kat situ, tp Hessa was too small to enjoy the kids center.

Lepas puas mandi, tukar baju dan lepak tepi beach. Hotel ni ada private beach dia sendiri. Cantik suasana beach. Redup bawah pokok. Tapi laut tu tak boleh mandi pulak. 
By then dah dekat pukul 2pm pun, perut pun dah mula start lapar. Masih banyak lagi makanan yang beli pagi tadi, kami balik bilik untuk rehat, Hessa pun dah penat. So kami balik bilik rehat.


Petang tu kami balik semula ke tepi pantai, enjoy the sunset. Plus Hessa pun dari pagi minta main pasir, so there she was, main pasir.

Lepas sunset, kami makan kat kedai tepi jalan yang ada sign board halal. Ntah apa nama kedai ni. Janji dia label halal. Alhamdulillah. Kedai luas dan bersih. Makanan dan harga standard.

Monday, March 21, 2016

Roadtrip : Phuket and surroundings





Hari ni kami plan nak jalan-jalan pusing satu pulau Phuket. Aku pernah pergi Phuket in 2002, 2005 and 2011. But masa tu hanya pusing-pusing area Patong Beach je. Buat Island Hopping dan city tours. But 2 kali tu dok dlm van je - guided tour ikut office team, tak sempat nak cover all. Now ni lah peluang.
Our hotel, Renaissance tu memang jauh dari Phuket center. nak ke center ambik masa 1 jam! jauh betul. So our first stop Phuket Premium Outlet, itu pun sbb nampak tepi jalan. We spend an hour there, dapat lah Hessa satu toy. Sebab currency THB : RM dah teruk, tak de lah barang tu rasa murah...


Next kitaorg straight tuju ke kilang buat cashew nuts. Beli lah beberapa tin. Mahal pulak rasanya cashew kat kilang ni. Lepas shopping cashew nuts, hari pun dah tengahhari, sibuk lah nak cari restoran halal.


Sbb takde buat preparation, our target was the closest mosque based on waze. Dengan direction ke selatan pulau Phuket. Jumpa lah satu masjid ni (tak ingat nama) dan bila kat masjid tu, nampak small restaurant ada tanda Halal... yumss..  memang tak kan jumpa lah restoran lagi local dari tempat ni. Tak berapa banyak pilihan makanan, harga murah rasa pun not bad. Lepas makan kami berhenti solat sekejap dekat masjid.

After solat, we headed south. Menuju Phuket Aquarium. Target nak sampai sebelum tutup pukul 4.30pm. Kami sampai pukul 4.05pm, last entry dia kata pukul 4pm. Ala... tak merasa nak masuk. Tapi ntah macam mana, baik pulak org kaunter tu. Dia kata dia tak boleh nak issue tiket, but dia buka kan pintu. Dia kata, only 30 minutes, you have to leave. Memang Alhamdulillah lah... laju-laju kami masuk... sempat tengok semua. Memang 30 minit memadai. Kalau dah pernah gi Aquaria KLCC, tempat ni tak berapa berbaloi. Tiket dia tak murah, tp kami masuk free.


Rupanya area southern Phuket ni banyak orang Islam. Banyak kedai makanan halal. So kami stop for coffee at Panwa Cafe... cute cafe. nice coffee... relaxing. Depan cafe ni ada jugak hotel-hotel besar. Ni antara tempat yang kitaorg rasa best kalau the next time nak datang lagi phuket. Tak susah cari makanan halal dan beach dia cantik.



Lepas coffee, kami bekejar nak tengok sunset kat Promthep Cape.... Hessa dah tertido dalam kereta masa tu, but we enjoyed the sunset :-) dan lepas sunset, kami menuju ke hotel, melalui semua small town including Patong Beach. Masa tu lah kami plan mana nak stay for our next trip ke Phuket. On the way back, kitaorg tapau food from the available restaurant tepi jalan je.



Wednesday, March 16, 2016

Roadtrip : Krabi - Emerald Pool - Phuket

Hari ni kami berpisah dari group mak abah dan opek. Diaorg tak cuti panjang, tapi kami teruskan trip sampai ke Phuket. Tak jauh pun Krabi ke Phuket, dalam 2 - 3 jam je, kata waze. Sebabkan tak jauh, kami plan untuk detour sikit. Ke Emerald pool. Banyak je direction ke Emerald Pool tu. Tapi since kami pakai waze senang je, follow the direction, janji battery phone penuh dan ada data. Lepas breakfast besar, salam-salam, kami pun gerak... Perjalanan ke Phuket tak sesak mana. Jalan seperti biasa. Tapi takde dah nak jumpa masjid. And mostly dalam kawasan hutan. Tak banyak pekan-pekan kecil pun kami tempoh.

Emerald pool ni kiranya mcm half way dari Krabi ke Phuket. Kami sampai kat situ dah agak tengahhari. Tak nampak banyak sangat kenderaan kat tempat parking. Kami pakai park je kereta. Ada entrance fee untuk foreigners, tak mahal mana pun. Tapi jarak antara parking lot ke Emerald pool nya agak jauh... sebenarnya memang jauh lah... dah lah jalan tanah merah. Macam masuk ladang kelapa sawit. tapi sebab tak hujan, takde lah becak... dah lah jalan dengan ibu mengandung, kena dukung anak. Agak penat lah jugak.



But the view of the pool was mesmerizing. macam mana dalam hutan mcm ni, tetiba ada pool cantik mcm ni. Air jernih. Kami tak gi jauh sgt. Sampai the main pool je. Tapi, sebab kan aku tak pandai berenang plus ada Hessa yg kecik lagi. kami main-main air kat anak-anak sungai dan jeram kat sekeliling je. Takut la pulak kalau dalam pool tu. dah lah kami sekeluarga je.
Kawasan sini redup je. dan agak bersih.

Dok lah melepak situ dalam sejam dua. sempat hilang kan penat berjalan dari parking lot. Takde kedai makanan pun jual-jual kat area tu. Tapi ada lah aiskrim. Hessa dapat makan aiskrim je. Then kami meneruskan perjalanan ke Phuket.


Akhirnya kami sampai di Phuket. Hotel kami, Renaissance ni dekat dengan airport. Di utara pulau Phuket. Bagi sesapa yang pernah nak ke Phuket, hotel ni agak susah nak sampai sebab jauh dr main street and main town/aktiviti kat Phuket town. Sebab kami drive, kami boleh lah pilih hotel ni. Parking tak banyak kat hotel ni, tapi cukup lah. Kami sampai sini pun dah lewat petang. Agak jauh jugak dari main street untuk sampai ke hotel ni. Kalau takde kenderaan memang susah. Dah lah takde apa-apa kedai or restaurant berhampiran hotel. Lepas check in, kami berehat je, enjoy the room.


Tapi sebenarnya area utara pulau Phuket ni banyak makanan halal. Ada masjid lagi. Lepas rehat-rehat kejap, kami keluar ke jalan besar untuk cari dinner. Tak jauh dr simpang hotel kami jumpa restoran halal. Memang ada beberapa restoran kat situ tapi mostly takde orang. Kami gi yang nampak paling cerah. 

Sedap ya amat dan murah. :-) siap kami tapau untuk breakfast esok nya. Tak sempat ambil gambar, sebab lapar sangat. Dekat restaurant ni ada jugak khidmat laundry layan diri. Boleh lah nak basuh-basuh baju if perlu.