Monday, December 24, 2018

2019 Plan

Travel ke Russia dah 2 bulan. Dah recover dah expenses... Tp nak buka sekolah ni, costly la plak.

Our long overseas trip due in 2020 - 3 tahun selepas last trip to Italy. Kami reserve untuk pergi ke Spain & Morocco. So tahun 2019 adalah tahun menyimpan since we target untuk travel in March 2020.

So for 2019 we only plan to visit those small town throughout KL. Less than 2.5 hours drive from KL for a simple weekend trip. These are the towns we are interested to discover. 

1. Muar
2. Rembau/Pantai
3. Kuala Selangor/Sekinchan
4. Raub/Bentong
5. Slim River/Sungkai

For a longer weekends, we can go a bit further like these places:
1. Kuantan
2. Mersing
3. Some little town in Johor?

If tetiba ada bajet lebih:
1. Kuala Terengganu & Pulau Perhentian
2. Langkawi
3. Southern Siam

Eh eh... Dah ada 11 tempat ni. Ni mau 1 bulan 1 trip ni. Mcm mana nak save... Hahaha... 

Lets see... Welcome 2019.

Tuesday, November 6, 2018

Russia Day 8 : Last day... Bye Russia

Hari ini hari terakhir di Moscow. Kami ke airport pukul 2pm. So ada banyak masa lagi pagi ni. Mak ayah ajak aku pergi ke supermarket awal2 pagi. Diaorg nak beli buah tangan untuk kawan2. Diaorg pun nak singgah di Alenka cafe, beli coklat. Habiskan semua rubles yang ada. 

Lepas tu, aku n family adik nak ke GUM departmental store. Semalam tak sempat pergi. Mak ayah dah pergi. So depa nak relax je kat rumah. Cantik Red Square ni... tapi hari ni cuaca agak mendung. Nasib semalam cuaca lebih baik dan boleh ambil gambar banyak2. GUM ni departmental store je, ada satu supermarket jual barang harga premium. Nak beli ole-ole ok lah. Banyak designers jugak. But the inside is very pretty.
Sekejap je tengok2 GUM tu. Kami sempat makan lunch dekat kedai Lebanese halal, mr livenets. A fine dining restaurant, cantik deco. Cantik jugak harga. Rasa sedap ya amat. Tapi kami je lah try makan sini. Kebetulan tak jauh sangat dr apartment. Ni harga kat situ. So boleh lah korang estimate premium price makan/bajet makan.

Aku pun sempat ke elievskyi moscow. Market ni dibuka 24 jam. Tapi aku rasa SPB punya store jauh lebih cantik dari moscow. Tapi the inner deco kedai ni sangat cantik.. Tak macam normal grocer. Kedai ni pun depan rumah je. So area Tverskaya sesuai utk stay.. Mudah ke mana2. 

Vietnam airlines ni biasa je. Makanan pun lebih kurang sama je. Ye lah kami order halal food. Apa option yang ada. 



Bye bye Russia... See you next time insyaAllah. 

Thursday, November 1, 2018

Russia Day 7 : The Red Square Moscow

The most important visit. The Red Square. 

Apparently our accomodation airbnb letaknya tak sampai 1km dari red square. Boleh je jalan kaki ke situ. Tapi since aku ada the pass. So naik bas je lah. Lagi pun dari Red Square to our airbnb di Tverskaya, jalan dia mendaki. Dan kami semua ambil pass 3 hari tu, so naik je lah.

The Red Square ni adalah dataran yang luas. Sebelah kiri ada GUM sebelah kanan ada Kremlin, di depan nya the St Basil Cathedral while the other side ada State Historical Museum. Semua impressive buildings.dan both the museum dan kremlin color merah, so jadi lah red square.
Kami sampai awal. Orang dah ramai. So we spend a lot of taking pictures je.. enjoy the view.
Lepas tu, kitaorg decide untuk masuk Kremlin, while my parents decided not too. Dia tak larat nak masuk tempat tu, luas sangat nak berjalan. So dia kata nak lepak kat garden-garden sekitar je dan masuk GUM. Since diaorg takde phone, kita berjanji style lama... tunggu kat certain bench at certain time. Dan kawasan tu ada changing guard every top of the hour, so tak lah boring depa tunggu. 
Kremlin is another huge fortified complex. Nak masuk kena beli tiket. Beratur panjang.. especially kalau nak masuk the armoury chamber in fact ada possiblity tak boleh nak walk in je, kena reserve. Kami decided not to masuk the armoury sebab mak ayah ada tunggu. Kami masuk general area je, my main target the Ivan the Great Bell Tower je. So takde queue pun ke tempat tu.

Sebenarnya kalau tak masuk ke armory chamber macam tak berapa perlu pun. Ada beberapa church dan bangunan-bangunan. Kawasan dia sangat luas sebab sebahagian kawasan tu sedang digunakan sebagai official office.
Lepas Red Square, we went on separate ways sebab my parents prefer nak pergi Masjid for solat. So aku bawak dia ke Masjid terdekat dengan the Red Square. naik gett je senang. Adik aku ada pakai sim card. Nasib la dekat masjid tu ada small cafe, boleh lah beli some sort like karipap. Sedap.

Kami janji berjumpa semula di Kids Mall. Ada 5 floors of toys, baju2 untuk kanak2. Cantik mall ni. then from the mall we walk back to the Red Square. Nak tengok waktu malam pulak. Equally impressive. so kiranya sepanjang hari lah kami area sini :-)

Disebabkan malam masih awal lagi, lepas rehat sekejap kat rumah kami keluar minum kopi dekat Alenka cafe. Dekat je dengan apartment. Sedap cake dia. Chocolate gambar baby ni murah dekat cafe dia. Ada 3 jenis chocolate keluaran brand ni, yang gambar baby je boleh ambil sebab takde liquor. Lagi 2 tu agak mahal. Lepas tu sini boleh beli chocolate timbang, tapi tak sure ingredients, kami beli ni je. But memang murah murah. Souvenir macam fridge magnet pun murah kat sini.

Monday, October 29, 2018

Friday, October 26, 2018

Russia Day 6 : Ismailovo Market dan Moscow Metro

Hari ni one of the highlihhts of the trip. Gi beli souvenirs. Melalui pembacaan memang nak beli souvenir better beli di Ismailovo market. Kalau ada time la. Sbb harga selain tempat ni sangat mengarut. Kat sini jauh lagi murah. 

Nak ke sini agak jauh. Dia outskit. Plus dari station nak ke pasar tu ada jugak dalam 300 meter. So jalan kaki je lah. Tapi cuaca tak menyebelahi kami. Hujan je sepanjang masa kami di sana. Nak shopping pun susah. 

Sini semua barang yang sesuai untuk bagi buah tangan ada wujud. Dengan harga yang sangat jauh lagi murah. Tapi hujan ni mengganggu tengok2 ni. Dah lah becak sikit. Tapi sempat la kami cover most of the places. Cumanya memakan masa lebih panjang. Sebab susah nak berjalan. 

Lunch... Menurut tripadvisor. Grill sini halal. So... Aku tanya lah jugak dan dia confirm kan daging dan lamb halal. Alhamdulillah. 
Next to ismailovo ada complex macam kremlin with various museums. We skipped that sebab hujan. Dari luar tempat tu sangat cantik. 


Lepas shopping kami balik ke apartment. Hantar barang dan tukar baju yang lembab. Next kami pergi few places which very much recommended. Tengok station metro yang kebanyakkan sangat cantik.. Macam museum. Ballroom. Sangat well decorated. 

Dah lah metro ni sangat dalam. Katanya kalau perang, boleh je jadi bunkers. Plus ada satu tu perlukan 3 minit utk sampai ke atas. 

So here are the pictures of the station we went. 

Lepas settle semua. Singgah HRC di Arbat. Then we all went back home. Puas hati. Dekat 10 station kami pergi. Here are the pictures, a must visit indeed:







Monday, October 22, 2018

Russia Day 5 : Masjid Moscow

We are back in Moscow. Sepertimana perjalanan ke St Petersburg, sapsan ke moscow as eventful as the prior trip. 
Kami tiba dalam tengahhari. Ambil Gett untuk ke apartment airbnb. Tapi disebabkan space dan usaha penjimatan, aku ambil Metro je. Dan agak2 je jalan nak ke apartment. Di sini ada pakej tiket Metro. Secara kasar nya lebih murah ambil yang 3 hari for Rub 400. Boleh naik ke mana-mana saja bas, Metro atau tram. Senang, kalau salah naik boleh patah balik.

Lepas rehat sekejap, kami bergegas nak ke Moscow central masjid di area Sobornaya. Nak ke sana kena tukar dari bas ke tram. Cantik sekitar tempat tu, especially dekat area Metro Belorusskaya station ni.
Masjid ni sangat besar. Katanya kedua terbesar di Eropah. Akhirnya kami bertemu binaan dengan dome yang betul-betul masjid.. Lain2 tu macam masjid tapi sebenarnya church. Kami sampai elok elok baru je masuk maghrib. Tapi langit masih cerah. 
Ada kedai makan Morocco dalam kawasan masjid. Aku berharap ada butchery atau pasar basah utk beli2. Tapi takde. 

Lepas solat. Kami makan di kedai local. Walking distance je. Sedap kedai ni. Tapi nak order susah sikit dan portion dia tak la besar. Language issue memang wujud kalau makan tempat macam ni. Lagi satu service ntah apa2. Tapi kedai ni penuh. Worst thing was bila nak bayar dia masukkan benda2 tak order or tak dapat. Nasib la aku akauntan kiasu. Tanya everyline... Hahaha
My whole family balik dengan Gett. I went home naik Metro from Prospekt Mina to Tverskaya. Dapat tengok2 tempat dan singgah small convenient stores. Nice. 

Thursday, October 18, 2018

Russia Day 4 : Solat Jumaat at SPB

Hari ni plan nya agak concentrate on pergi solat Jumaat di masjid St Petersburg. So memang bersiap pagi2 utk tujuan tu. Cumanya my bro and family dia x ikut la but jalan-jalan to places suitable for their kids. For me, as this trip is solely to entertain my parents memang seronok la dapat bawak tempat2 macam ni. 

Tapi sebelum gi masjid. Aku sempat masuk ke Eliseyevskiy Store. Malam tadi dia dah tutup. Cafe dia sangat cantik dari luar. Kat dalam pun impressive. Pastries dia cantik.. Kalau dengan my wife surely kami akan minum kopi kat sini. 

Awal kami tiba. Tapi mak ayah kan jalan slow. By the time kami sampai, just nice dapat duduk kat dalam. Disebabkan khutbah dibuat dalam Russia, aku tak berapa pasti samada tu khutbah ke ceramah. But apa2 pun... Semua settle dan plan nya kami akan jumpa semula my bro. Dan nak makan dekat kedai semalam. 

Ramai pulak orang kat kedai tu dan tak de tempat duduk. While my parents prefer makan kat rumah je. So we headed home early. Diaorg nampak penat dah. Katanya nak save tenaga jugak. Sebab esok nak ke Moscow kan. 

Selepas solat tu sementara tunggu my parents siap, jumpa pula a few malaysian girls travel to SPB independently. Sempat la sembang sikit2. Depa baru sampai. 

Berus kasut sebelum masuk ke masjid. 

Petang tu kami pergi la tempat wajib rakyat Malaysia. HRC. Jauh tempat ni. Kena naik Gett. But design dia menarik.

Malam tu lepas a bit recover. Mak ayah ajak jalan-jalan dekat Galeria. Mall depan apartment je. Saja nak pusing2.

That's the end of our SPB chapter. Esok nak gi Moscow.