Thursday, March 28, 2019

Weekend trip : Roadtrip to Satun Day 2

Bila berjalan dengan mak ayah, memang hari akan bermula sangat awal. Sebab kalau ikut itinerary dia, haruslah bermula dengan solat Subuh. Alhamdulillah. Mudah benda tu di sini sebab Masjid kat central. Nak parking pun kat tepi jalan je. Tak ramai orang.

Yang menariknya, lepas solat saja la pusing2 cari breakfast. Eh... Ada kedai yang buka awal pagi ni. Macam2 ada dah tersedia. Nasi beriani pun dah ada pukul 645am. Aku memang la tak tahan nampak makanan lokal. Semua nak cuba kalau boleh. Tak de plak nama kedai ni. Tapi lokasi nya di jalan yang menghala ke Starin Resort.

Ni environment hotel kami. Peaceful place kat pekan kecik Satun ni.

Hari ni punya plan hanyalah nak gi makan di tepi laut di Tanjong Pauh. Punya lah matlamat jalan ni pergi makan. But sebelum ke situ, kami singgah di pasar basah Satun. My parents memang suka pergi pasar ni. For me, i just stay with the kids dalam kereta. Macam ni senang. Kalau bawak diaorg memang tak membeli. Seriously, with that opportunity membeli my mom siap beli lala dan udang. Katanya murah dan besar... So dia geram. Dont know how to cook them yet, janji beli. Rebus pun jadi katanya. Banyak juga barang-barang kering lain yang dibeli sebab ramai yang boleh berbahasa melayu. Jadinya bila nampak benda pelik boleh tanya macam mana nak guna or kalau teringat makanan siam, diaorg bagi cara masak dan apa rempah nak beli. Oh, sebab dah beli udang, kena lah beli ice box. 
Lepas pasar, since masih awal ke tanjong pauh. Kami singgah di Muzium Satun. Masuk kena bayar. But with the kids, we just enjoyed the spacr depan muzium je. Bagi diaorg lari lari... Tu lah aktiviti yang dia suka pun. Then we head straight to Tanjong Pauh. 
Instead of makan at the famous Pak Tam yang kami pergi dulu. We instead cari sebuah kedai di kampung nelayan. The tourist guide semalam ada bagi hint ada kedai yang sedap dalam kampung nelayan. Nama tak di beri dan dalam waze takde jalan. So, redah saja lah... And at one point my parents dah suruh turn back sebab jalan dah macam nak masuk laut. But i insisted to drive through... And finally we found the restaurant. Macam tak de tanda halal... But semua pekerja islam je. Alhamdulillah... This is the restaurant.

It was superb to the max. We even asked them if they could cook the fresh udang and they willingly to cook for a very minimal price. Murah ya amat dan sedap to the max. Kari ketam dia giler sedap. 

And sepertimana Pak Tam, they have a beautiful beach blh lepaskan anak anak main. Private wide sandy beach... Seronok la diaorg.

Lepas tu kami singgah satu kedai kat tepi laut ni, saja je nak check out apa dia jual. Ada belacan dan makanan laut kering. Ada tester lagi... sedap. So we bought belacan (yang bila kat rumah dah test n memang sedap!!!) dan ikan-ikan kering. Orang jual boleh cakap melayu. Senang nak membeli dan bertanya.
Hari ni hari sabtu, ada 3 pasar malam dekat dekat sini. Paling dekat di Satun ni, tapi katanya x banyak makanan. Paling jauh di Pak Bara, lebih kurang 1 jam perjalanan. Or pasar malam Don Khuan yang abt half an hour dr Satun. We chose the latter. Memang sungguh tak mengecewakan... penuh kedai-kedai halal kat sini. Memang best ya amat... rambang mata.

We left the place right after Maghrib. But since malam masih awal, we singgah kejap dekat pasar malam di Satun, memang not comparable at all dengan yang kat Don Khuan tu. Takde pun makanan diaorg jual. Lepas tu, still tak balik hotel, kami singgah at Restoran Kampong yang jual pelbagai roti canai. Nothing to shout out. Service sangat slow. Kami rasa sangat penat menunggu. Rasanya biasa saja. Tempat ni untuk orang muda menghabiskan masa melepak dengan kawan-kawan.

Monday, March 25, 2019

Weekend trip : Roadtrip to Satun Day 1

Mak bagi impromptu idea last month. Dia ajak gi ke Satun sebab katanya masa dia gi trip ramai2 dengan kawan kawan dia, diaorg tak singgah Satun. Dia teringin nak gi makan-makan. My wife said ok... So last weekend we went to Satun.

Satun is the most southern region in South Thailand. Bandar kecil je. In fact dari sini boleh nampak Langkawi. I've been to Satun last year. But tak masuk pun pekan Satun itself. So for this trip it was just Satun. 

We follow the same way as before, entered the town via Wang Kelian border. About the same timing as before. Used the same insurance company and refresh in the same masjid en route to the border. 

We arrived quite early. Straight to the hotel. We booked The Gleam Resort due to availability of an outdoor pool. Not many hotel has a pool. Bila bawa anak-anak pool will give them an additional excitement. It is a very small reasort, not more than 20 rooms/chalet. Here are the pictures of the room. 
Masa sampai tu sangat hampir dengan waktu solat jumaat. Since dapat terus masuk bilik, boleh lah aku gi solat jumaat. Masa tu baru ada cerita tembakan jemaah masjid Christchurch. Agak risau jugak since di kawasan selatan ni selalu juga benda-benda bomb. Tapi, dah dok masjid. Relax je lah. Ramai juga orang berjemaah. In fact aku rasa kawasan ni mostly Islam.
Habis solat jumaat. Kami makan di Restoran Negaraku. Sangat dekat dengan masjid. Sedap makanan nya. Di sini kami jumpa kawan mak ayah who has made earlier arrangement untuk pergi menghantar beberapa hadiah dan derma dekat satu sekolah agama. Rupanya orang tu orang local yang ada tour agency sendiri. Dia sgt bagus, dia siap ada kuliah khas dekat kolej local mengajar bagaimana jadi a good tour guide. So beruntung lah kami.
Setelah selesai urusan penghantaran hadiah dan derma. Kawan mak ayah tu pun bawak sekitar pekan, tunjuk kedai-kedai yang ok bershopping dan kedai makan. Dia juga ada share kedai2 yang sedap. Untung juga ada dia. 

Walaupun penat, bebudak nak jugak main kat swimming pool... So pool we went sambil makan ayam goreng beli dekat hotel. Sedap!!!

Malam tu makan di restoran di Starin Resort. Starin ni resort yang provide makan muslim. Owner muslim. Restoran di Starin ni ok je. Nothing to shout out. But presentation cantik. Starin Resort ni pun nampak decent. Tapi dia agak jauh dari central... Jauh ni dlm 2km je. Tak lah jauh mana 😁