Friday, May 3, 2019

Weekend trip : Cherating

Awal-awal pagi ni aku cuba arrange untuk tengok pelepasan penyu di sanctuary Pak Su Cherating. Alhamdulillah, ada pelepasan hari ni dan masih ada slot kosong. Aku dah follow sanctuary Pak Su Cherating ni dah lama dah. Tapi tak pernah berkesempatan nak datang sini. Sampai lah few months ago, Pak Su ni meninggal dunia. Terasa ralat tak dapat datang much earlier. Sanctuary ni diteruskan oleh anak dia. So dah ada kat Kuantan ni aku wajib lah aku support sanctuary ni.
Pagi ni kami breakfast di hotel dan kemudian main pasir la... Breakfast was good. Spread dia bagus. Walaupun ramai orang, banyaknya macam group office trip, but kitchen cepat penuhkan makanan. Cumanya ada jugak lalat, apa nak buat dah tepi laut kan.

Kami keluar agak awal ke Cherating tu. Selepas zohor kami dah ke sana. Lunch kami makan di Mee Chalong. Kami tiba di situ around pukul 4 lebih. Event start pukul 5.30. Dah sampai awal sangat, sempat lah kami pergi ke kuala kemaman cari sata dan keropok sekejap.

Aktiviti pelepasan penyu ni start dengan penerangan serba ringkas dari pihak sanctuary. Sangat informatif dan nampak betapa passionate nya keluarga pak su ni dalam memulihara penyu ni. Walaupun sanctuary ni disediakan secara pensendirian, tempat nya cukup menarik untuk dikunjungi. Kecil dan cosy. 
Bila sessi mengeluarkan anak-anak penyu dari dalam timbunan pasir, dia jemput sesiapa saja yang lahir dalam minggu untuk turut serta bersama2 warga-warga emas. So my wife dapat lah special treatment dan dapat tengok proses up close. 
Setelah tu, dalam lebih kurang pukul 630pm proses pelepasan penyu dilakukan. Untuk anak2 kecil, penyu ni diletakkan dalam bekas plastik untuk elakkan kena terlebih tekan.


It was a simple event. But i found it very inspiring. How these people dedicated their life for this. Walaupun sekejap je dengan penyu, but it was very intimate. An impactful event for myself. The kids love it too. But Muhamad doesn't understand much - dia yang end up jadi penyu.

We surely will come back for this. 

Malam tu kami makan di lilawadi. Food was great. Service excellent. Hujan teramat lebat. They tried as much to give us table yang x kena hujan. Hahaha... The food was quick. Harga hampir mcm harga KL. 

p/s - selamat berpuasa.

No comments:

Post a Comment